CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label house. Show all posts
Showing posts with label house. Show all posts

30 October 2011

Setahun sudah...

+view from my apartment+

4 Oct - genap setahun kitorang duduk di rumah sendiri. Wah...pejam celik pejam celik dah setahun rupanya kitorang jadik warga Shah Alam :).

Kalo dulu before duduk sini, mmg area Shah Alam la yg aku paling tak suka nak pegi. Bukan apa, byk sgt roundabout. And aku selalu sesat if masuk Shah Alam. Tu yg tak suka dtg Shah Alam tu.

Tapi since duduk sini, I start to "heart" Shah Alam! Yes...very convenience place for us. Dan of course yg paling best sbb duduk umah sendiri kan? Our house pon dah almost complete. Tinggal nak touch up jer bagi cantik skit. Tgk la, kalo ada rezeki lebih boleh la cantik kan lagi umah ni. Tu pon takde la byk sgt nak buat sbb umah pun kecik jer ;).

Apa-apa pun, Happy 1 year old to our house! :).

27 January 2011

Kasut ilang!!!!

After almost 4 months dok sini ngan aman damai...tetiba kasut Mr Hubby kena curi last 2 weeks! Dah le tu...siap 2 pasang skali pencuri tu kebas! Tak sekolah betol!

Tu la akibatnya letak kasut kat luar. Masa awal2 dok Indahria ni mmg kitorang bawak masuk kasut dlm umah. Tapi sbb takde shoe rack (tinggalkan kat umah lama ngan kasut2 skali sbb stor kunci, kunci ilang tatau mana), kitorang letak jer la kasut kat luar. Lagi pon tgk neighbour2 lain pon selamba jer letak kasut kat luar. Tiba2 last 2 weeks boleh plak ada pencuri kasut. Yg herannya...selipar cap ayam kat luar tu takde plak dia amek! *buruk la kaki sape yg pakai kasut tu.

Dah kasut ilang...terpaksa la pulak Mr Hubby pi beli kasut baru. Tak pasai2 jer kena beli kasut!


Bila dah bawak masuk kasut dlm umah...terpaksa la pulak beli rak kasut. Tak kuasa nak larang Ziqri buat catwalk ngan kasut aku! Bila dah letak kasut kat rak takde la lagi dia buat catwalk kasut aku.

Nota kaki: Bila kata jer nak jimat, ada jer benda yg nak kena beli!

24 January 2011

Our next project

Our next project for the house is....

Nak pasang tile kat balcony.


Kalo ikut plan...projeknya start arini. Yang bestnya...tiles tu bukan kitorang beli ;-). Amek from Mr Hubby's uncle yg baru lepas reno umah dia. Ada byk tiles lebih so, dia bagi kat kitorang. Tq, Uncle Id ;-).

Sampai sakit2 badan Mr Hubby dok angkut tiles. Kesian u...

Kitorang cuma keluar duit utk beli simen & bayar upahnya saje. Save money!

Orang sibuk dok kira tile, dia pon menyibuk sama!

*
*
*
*
*
*

22 January 2011

Dah tak sejukkkk....

2 tahun memanjakan diri mandi guna water heater masa menyewa kat Subang dulu...bila duduk Indahria ni mmg pagi-pagi especially kul 6.15 am nak mandi "bercinta" betol! Sejuk bebenar airnya!

So lepas discuss with Mr Hubby, we agree to buy a water heater. Last week mlm Thaipusam tu we all pegi Subang Perdana nak carik water heater. Our budget dlm RM300 - RM400 la. Brand apa mmg tak pikir pon.

Bila masuk kedai...ingat nak beli brand ni...

Panasonic

Harga Panasonic water heater ni RM339. Mmg igt nak amek yg ni la sbb within our budget. Skali...

Salesman: umah akak, air shower kuat tak?
Me: kuat
Saleman: kalo org mandi bilik air depan air bilik mandi akak ok ke slow ke mcm mana?
Me: ok jer...
Salesman: tapi yg ni without water pump. if air kat umah akak kuat ok la beli yg ni tapi if air tak kuat saya rasa baik akak amek yg ada water pump skali. Kalo akak amek ni...dia punya tmpt push ni cepat patah. Lagipon spare part panasonic payah skit nak carik.
Me: Mmmm...pulak

Banyak pulak la kriteria nak beli water heater nih! Ingatkan sama jer...Mmmm...lepas discuss ngan Mr Hubby, we all decided to take Joven water heater with water pump. Price plus installation RM590. Itu pon nasib baik my bathroom dah ada plug for water heater. If not...kena tambah lagi charge for wiring.


Joven

Hari Khamis jugak suruh they all datang pasang ;-).

Nota kaki: Lari budget

14 November 2010

Exploring the place...

Weekend aritu memandangkan kitorang tak ke mana2...so, bawak la Ziqri main kat playground. Dekat jer ngan tmpt parking keta kitorang.

Hari-hari asik dok tgk tmpt tu tak penah pon nak bawak Ziqri main kat situ. So, kebetulan petang tu nak kuar beli lauk jap, so...kasi chan la Ziqri main sat.


Mula-mula letak tu mcm tak nak duduk. Macam takut2 pon ada gak. Lepas dah lama skit baru ok!


Oh...anak ibu dah besar la...Kaki dah boleh cecah tanah! Ziqri, mcm biasa la...bila nak amek gmbr jer...start la pandang ke lain!


2nd time suruh pose...baru dpt amek gambar nih!

Next time nak bawak dia pi swimming pool plak. Sejak pindah ni tak penah lagi bawak Ziqri mandi pegi swimming pool. Aritu jer la kejap dia pi tgk Aus mandi swimming pool.

Ooo...lagi 1 kan...memandangkan parking kitorang depan tmpt buang sampah...so, agak rajin la jugak pi buang sampah. Tapi kan...yg mengherankan kitorang...everytime buang sampah, sampah kitorang jer yg ada. Tmpt buang sampah tu bersih sentiasa. Sampaikan Mr Hubby dok tny orang lain tak buang sampah ke? Rupa2nya...arini baru dpt tau...dekat every floor ada bilik sampah! Bongok betol! Wakakaka...padan la tak penah tgk org lain buang sampah kat tmpt sampah tu!

20 October 2010

Finally...We moved in!!!

Akhirnya...setelah beberapa episod drama...Kami sekeluarga (chewah!) telah berpindah to our new crib! Our own house! Finally...aku ada umah sendiri. Bahagianya rasa. Ahakksss...Kami pindah 02/10 tapi kitorang start tido sana 04/10.


Tapi kalo nak ikutkan perasan aku yg sebenar2nya...rasa "excited" tu tak rasa sangat. Sebabnya? Mcm aku ckp tadi...nak masuk umah baru ni ada "drama" yg berlaku (nanti la aku story). Lepas tu Lagi 1 rasa excited tu tak rasa sgt sebab bapak aku takde utk sama2 tgk rumah aku. Aku tak boleh nak "show off" umah ni kat dia, huhuhu...


Before dia meninggal, dia ada call utk tanya status umah. Nampaknya dia pon excited nak tunggu aku masuk umah baru tp tak sempat jugak ;-(.


So, utk tatapan keluarga (yg jauh dimata), ni la keadaan my house...


Masih lagi bersepah. Aku still lagi berkemas. Tak tau la berapa lama nak abes kemas umah ni. Current status: my kc (bajet) dah siap ;-) tapi barang masih belom abes kemas utk show off kat sini, hahaha...


Penat seh pindah umah ni...Banyak barang umah aku yg calar-balar! Huh....For the time being...takde brang2 "mewah" baru yg masuk ke umah aku nih. So, jgn jeles, hahaha...


Misi utama aku skrg adalah utk kemas umah ni dulu lepas tu baru pikir brg apa yg nak bawak masuk. Kena tgk dulu brg apa yg sesuai nak beli memandangkan keluasan umah aku yg agak mencabar kreativiti aku ni. Bestnya org ada umah besar kan?


Tapi nak kemas umah ni pon agak mencabar dengan adanya budak ini...


Memang susah nak mengemas time Ziqri ada. Kalo ari bekerja, kena tunggu dia tido baru boleh kemas. Kalo dia tido 10.30 pm, 10.30 pm la baru aku boleh start kemas. *Sigh*...

Bila la nak abes kemas...Dah tak boleh tahan aku tgk umah sendiri yg mcm dilanggar todak tuh!

P/S: Kehabisan wang...How?

01 September 2010

Horray...Horray...Horray!!!!

Aku sgt happy arini. Sgt teruja! Mood raya tolak tepi skrg nih. Wah...seronoknya...Nak tau kenapa seronok sgt???

Sebabnya....


Dah dapat kunci Indahria. Yahoo!!! Dah boleh pindah. Seronok sgt tak terkira. Mana tak seronoknya...6 bulan tunggu wei! Jenuh.

Akhirnya...dapat jugak kitorang pindah umah sendiri! Tapi idak ler nak pindah skrg. Lepas raya la. Bulan2 puasa ni mana larat nak angkat barang kan. Kalo angkut pon...yg kecik2, ringan jer.

Last year, lepas raya pindah. This year, lepas raya pon pindah lagi. Hopefully this will be the last (for the time being). Kalo ada rezeki nak pindah umah baru (yg lebih besar) maybe lambat lagi la kot. For now, will be staying here.

Me rasa seronok sgt. At last dpt jugak duduk rumah sendiri. Alhamdulillah, syukur. Lepas ni kalo nak beli barang pon dah tak payah pikir nak pindah2 lagi.

My bro will be staying with me. Senang skit. Kesian dia skrg dok sorang2. Oh, Udin pon if ada meeting kat sini tak payah dok hotel lagi. Boleh la tido kat umah. Dekat jer ngan Uitm tu!

Tapi dlm seronok tu ada jugak peningnya...pening memikirkan nak renovate rumah (mcm la duit byk nau!). Oh duit...Tgk la...buat jer la apa yg termampu. Yg lain2 tu later boleh touch up.

21 May 2010

INDAHRIA: The progress

Tadi baru bayar balance legal fee RM3150. Last 2 weeks bayar valuer RM570. Fuhh...abes duit shopping gi Saigon. Nampaknya gi Saigon nanti kena shopping berpada-pada la ;-).

Lepas bayar valuer, diorg terus courier valuation report to me. So, this is the house floor plan.



Square feet tak lar besar mana. Kalo tak silap 1041 jer. Pening jugak nak pikir cemana nak deco umah ni nanti.

Kebetulan plak dlm Apartment magazine ada deco umah Indahria. Kena sgt la. Dpt gak aku idea cemana nak deco nanti. Cantik umah mamat ni. Tapi umah dia lot tepi. So, umah dia ada window.


Indahria ni balcony dia mmg luas. Tgk la mcm mana mamat tu deco balcony dia. Siap buat tmpt bersantai lg. Dia letak alat exercise kat situ. So, bila dia exercise, dpt lar dia menikmati view kat situ. Good idea tp tak sesuai utk yg ada anak kecik utk letak kerusi meja kat situ. Dangerous!


Dining & living hall dia. Menarik juga skim color dia pilih.


Lorong nak masuk umah...dia letak cermin besar kat situ. Good idea. Umah dia nmpk luaskan?


Kitchen. Cantik. Boleh tiru ni ;-). Suka tgk kitchen dia.


Even umah dia tak berapa besar pon dia still boleh letak dining table kat situ. Menarik. Pandai mamat ni deco umah dia. Furniture tak byk sgt. Cukup2 jer. Tau berapa kos deco umah dia? RM115 000. Pengsan....

Kata my lawyer...maybe next month dah boleh dpt kunci ;-). Yeay...tak sabarnya!!!

13 May 2010

On Mother's Day: Part 2

Lepas tgk wayang kami ke Puchong. Pegi carik kedai lampu. Kata kat situ ada sale sempena opening kedai. Saja la pegi tgk kan...Kot la ada yg murah boleh beli skali. Ok, jom jamu mata tgk lampu ;-).


Kedai ni ada 3 tingkat. Kat level bawah byk lampu2 kristal, lampu toilet, stand lamp. Mmg semuanya cantik2 la.


Dekat level 2 plak byk lampu2 style bali & jepun. Kebanyakkannya style kayu ukir2 la.


Dekat level 2 jugak ada mcm2 jenis shower & kepala paip. Water heater pon ada.


Ni plak kat level 3. Mcm2 jenis lampu ada. Kat level 3 ni byk yg murah2 ;-). Cantik2 lampunya. Sakit sakit tengkuk aku dok dongak nak pilih lampu!


Level 3 jugak ada mcm2 jenis kipas.


Cantik jugak kipas ni tapi color tak menarik.


Cuba teka apa ni? Ni adalah kipas ye. Menarik...


Lepas abes satu kedai pusing...inilah pilihan kami. Lampu dlm bulatan tu. Murah jer. RM69. Beli 2 for our living hall. Dan jugak beli lampu toilet. RM55.

Sgt excited nak masuk umah baru. Tak sabarnya ;-).

08 April 2010

Rumahku Syurgaku

After months of house hunting, finally we managed to find the house. This will be our house.

photo from property2u

Hopefully everything will be settled by June so that we can move in before puasa. Nanti lps raya boleh lar buat open house ;-).

Why we chose this house? Because this is the best location for both of us to stay at. Hubby works at Shah Alam & me will be working at Cyberjaya later. So, paling senang is Shah Alam. And it's near to my PIL house too. About 5km. Senang nak antar Ziqri nanti.

Belom pikir lagi how to decorate the house. It will be a challenge too cos the house is small. Tgk lar mcm mana. Yang penting kena tgk duit dulu, hehehe...Kalo ikutkan mmg mcm2 nak buat. Rumah belum setel lg sudah ada yg mahu mendermakan L-shape & 2 seater sofa Fella Design kat aku! Wah...Kalo ikutkan ati mmg nak amek jer suma, tapi pikirkan umah yg sempit maybe we just take the L shape. Tapi tgk lar mcm mana...Kot2 lar terasa nak beli yg baru, hehehe....

P/s: Nadia, mine is on the 9th floor ;-). Nanti leh ler Ziqri belajar swimming ngan abang Adam ;-)

16 March 2010

I'm happy!


Rasanya suma org tau itu masjid apa & kat mana letaknya masjid itu kan? Ke ada org yg tatau? ;-). So...apa kaitannya dgn aku??

Kami dlm proses utk menjadi warga Shah Alam! ;-).

11 January 2010

Looking for a house


foto from iproperty

Ni cerita ari Ahad. Kitorg pegi tgk umah yg kat atas tu. Agent tu bgtau suh dtg kol 8am! Aku suh tukar to 9am then dia ckp 8.30am sbb owner ada hal. Aku pon agree jer lar. Kol 8.15am aku dah sampai depan umah tu! Aku ni kalo bab2 time ni mmg punctual. Sekali agent tu kol 9am baru sampai. Sakit betol ati! Udah ler aku mintak kol 9am tak mau konon2nya nak 8.30am! Skali dia lak yg lambat! Patutnya dia yg kena tunggu aku...ni tak, dah terbalik pulak!

Lepas dah parking, agent bawak lar pegi naik atas. Wah...tmpt ni mmg security dia tip top! Nak masuk lif kena bukak pintu dulu, ok! Meaning, cuma penghuni tmpt ni sahaja yg akan diberikan kunci utk naik ke atas. Bila dah naik atas mmg privacy betol umahnya. Sunyi sepi! I likeeee....

Yg bestnya psl umah tu...dah ada 3 aircond, every room dah ada built in wardrobe. Kat master bedroom toilet ada bath tub (syoknya), dah ada kitchen cabinet (tp aku tak berapa berkenan). Kiranya kalo masuk umah tu mmg cuci kaki lar. Bab2 reno can do later!

Umahnya tingkat 11. Gayat seh...bila tgk bawah! Lepas tu agent bawak pegi swimming pool & playground. Tmptnya luas! Mmg aku berkenan lar dgn umah ni. Nak beli ke tak ek?

10 February 2009

Buying house?

On Sun, kitorang pegi tgk rumah. Saje jer pegi usha2 :-). Mana tau ada yg berkenan kan? Actually nak pegi tgk show house tapi sampai kat umah ni dulu, so kitorang pon pegi ler tgk umah ni dulu...

It's a double storey house. Taman perumahan ni dah ada org duduk...Ni umah sape ntah. Kebetulan pintu terbuka, so kitorang pon masuk jer lar...









Ni dapur...Biasa lar, umah skrg dpr kecik jer...Kalo nak extend dapur pon dah tak boleh cos tanah kat belakang tu sikit jer...






Ni lak master bedroom. Mmg luas lar...Toilet pon besar. Rumah ni ada 4 bilik. 3 kat atas, 1 kat bawah. Yg aku suka umah ni sbb kat bahagian atas ada ruang yg boleh dijadikan family hall.






Harga rumah tu...mcm yg kat banner di atas. Aku suka umah ni...Unfortunately...Suma unit dah abis dijual :-(.



Lepas tu kitorang gi tgk single store house lak. Dekat kawasan yg sama...






Umahnya, mcm gmbr kat atas lar. Mmg kecik umahnya...Kalo beli mmg dah tak boleh nak besarkan sbb kawasan dia limited. Harga? Aku tak sure...






Rumah yg kat atas ni pulak, bersebelahan ngan rumah double storey kat atas tu...My hubby mmg berkenan ngan design umah ni. Unfortunately, umah ni pon suma dah abis jual. Yg tinggal cuma cornet lot jer. Sapa2 nak beli harga dia RM268K. Intermediate house harga dia just RM158K. Mmg jauh beza harga ngan cornet lot! Patut ler corner lot masih byk yg kosong!


Ha...gmbr kat bawah ni adalah show house yg kitorang nak pegi tgk sebenarnya. location dia opposite umah yg kat atas tuh...It's semi-D house. Harga dia RM245K.






Rumah dia takde ler besar sgt. Sesuai ler ngan harga dia kan?






Ni pulak living hall kat bahagian atas.






Toilet pon luas. Kira ok ler ngan harga dia. Boleh dikatakan murah lar...Mana nak dpt semi-D ngan harga mcm tu kan?
Tapi masalahnya...suma umah2 tu kat Puncak Alam. Mmg jauh giler lar aku rasa kalo beli umah kat situ!

29 April 2008

My House

Smlm aku tido kat umah baru, hehehe...Perasaan pindah umah kali ni mcm happy skit lar. W/pon umah ni cuma umah sewa jer tp aku rasa mcm masuk umah baru :-). X sabar nak memenuhkan umah aku dgn segala mcm perabot. Ok, presenting you my house (abaikan brg2 yg bersepah kat situ).


Master bedroom


Living hall (pintu masuk)


Living hall


kitchen
Kawan2, jemput lar dtg umah :-). Boleh tlg aku kemas umah sekali, hahaha...Byk lagi benda yg perlu dikemas. Aku dah rasa x larat ni. Kalo kawan2 sudi tlg ringan lar skit, hehehe...
p/s: che meng, bila ko nak dtg umah aku?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails