CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

21 March 2012

17 March 2012

Blog baru

Mmmm...memandangkan blog ni pun dah exceed limit, so aku bukak blog baru. Nak upgrade blog ni mcm tak berbaloi la pulak. If income nuffnang berkepuk2 berbaloi la jugak nak upgrade kan? So, this is my new blog: http://kikinuha.blogspot.com.

Tapi blog baru ni mmg sempoi giler lah. Tak reti plak aku nak cantikkan lagi blog ni. Buta IT! Lgpun susah nak ngadap blog lelama ngan adanya budak berdua ni.

So, sudi-sudikan la add my new blog to your bloglist ya ;)

16 March 2012

Exceed Limit

Nak update blog. Nak upload gambar. Skali account exceed limit pulak! Cemana ek? Malas la pulak nak baca pasal storage limit. If tak boleh jugak upload gambar malas dah la nak update blog!

15 March 2012

Kami di kampung


Dah 6 hari aku ber"kampung" di kampung ;). Nasib baik perjalanan jauh kami sgt smooth. Risau gak bawak Nuha takut dia meragam tapi elok jer all the way tu dia tido. And thanks to my mom jugak yg sudi datang utk tolong bawak balik cucu ;). So, kitorang gilir2 la riba Nuha & Kiki. Kalo la aku sorang yg nak kena handle budak berdua kat seat belakang mau asik jadik tarzan jer!



Ohhh...weather kat kampung mcm musim tengkujuh lah. Asik hujan je. Baju plak terpaksa jemur bawah garage kereta. Mmg lambat kering la. Nasib baik baju Nuha bawak banyak tapi baju Kiki sampai abes stok! Terpaksa la duk umah pun bagi dia pakai baju cantik2.

Lagi satu bila ujan2 ni mmg asik lapar je la! Asik nak mencarik makanan je. Nasib baik la aku ni susah nak bergerak. If not, mmg asik keluar carik kueh la. Nasib baik jugak la susah nak gerak...if not tak tau la balik kg jer naik bape kilo! Dah la after bersalin pun baru turun bape kilo jer! *make me stress...


Ni gambar Nuha yg di ambil smlm. Now dia dah 3.275 kg! Dah semangat dah...


Budak ni mmg sgt kuat menyusu! Lepas breastfeeding, minum fm...Kadang tu aku bagi fm jer...abes sebotol, wajib dia nak breasfeed jugak! If not tak tido! Hai...mcm mana la ibu nak keje nanti Nuha. Budak ni harus la nanti before aku start keje kena pi carik puting untuk dia. Kang kesian plak org yg nak jaga Nuha nanti if dia tak mau tido.

14 March 2012

09 March 2012

35 years, Alhamdulillah.

6 March - was my b'day. Yang ke 35 tahun. Alhamdulillah. Dikurniakan hadiah yg tak ternilai oleh Allah - Kiki & Nuha.

Kali ni takde b'day cake. Tapi tak kesah pun. Dah selalu mkn cake :).


This time aku request kat M Hubby nak mkn kat Ole-Ole Bali. First time makan kat sini. Kitorang pegi Ole-Ole Bali dekat Empire sbb ni yg paling dekat dgn MIL house.


Aku order set ni. Ntah apo nama lupa. Tapi set no 63 :). Harga RM28. Perghhh...byk! Tak abes nak mkn sorang!


Mr Hubby order fish & chip. Harga pun RM28.


Dah ada anak rasa cam tak best la pulak nak tinggalkan Kiki kat umah Atuk so bawak jugak la walaupun kadang2 teringin nak keluar berdua jer (romantik la konon). If keluar berdua je pun sure tak lama sbb teringat anak kat umah. So better la bawak kan?


Kiki bukan makan tapi excited tgk water fountain yg dia panggil "hujan" :).

Apa2 pun tq Mr Hubby belanja I mkn yea :).

05 March 2012

Semoga dipermudahkan

As of today...I still bf Nuha walaupun tak sepenuhnya. Still campur dgn fm sbb my milk supply not enough for her.

Tapi...aku masih bersemangat nak fully bf Nuha. Saya se-ri-us! Buktinya....

*
*
*


Barang2 untuk bf dah beli. Beli dekat LittleWhiz. Mmg save byk la beli brg2 tu dekat LittleWhiz. Contohnya...if beli Medela Swing (ni jer mampu, nak beli FS kang takut hangat2 tahi ayam ;D) dekat Parkson, price dah RM799. Beli dekat LittleWhiz, with that price I can get all the above item! 

For the time being, aku masih lagi tak pump secara konsisten. Still tercari2 time yg sesuai untuk pumping.

Macam mana nak pump secara konsisten, baru nak start pump, Nuha bangun tido. Kalo tak Nuha bangun, karang si abang nak susu la, nak berak la...Macam2! Time aku duk bersenang-lenang takde plak dia mintak suma tu! Haih! Cabaran betul!

Now, me still lg dlm process nak bykkan susu (dah lebih 40 days susu still x byk). Nampaknya nak kena pegi carik ubat untuk bykkan susu la. Baca kat internet ada kata halba boleh bykkan susu. Tapi belum try lagi. *apa la rasa agaknya...

Disebabkan susu pun tak berapa masyuk lagi, so me takde la beli freezer utk simpan stok. Kang beli takut susu takde (boleh plak pikir camtu). Ni pun tgh duk pikir2 lagi nak beli bottle warmer ker tak...Mmmm...

Fuhhh...byk jugak modal permulaan utk fully bf ni yea...

01 March 2012

Surrrrprissseeee

28 Feb was my bro's b'day. And....ada org tu datang buat surprise lah! *so sweeetttt....


Datang bawak b'day cake utk b'day boy.


So, me & Mr Hubby decide to buy domino's. Order online jer.


Dia bawak muffin lagi. *Aida, sudahnya Hilal bawak pegi ofis. Tak termakan!


Amboi...happynya dia...:)


Both of them together ;).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails