CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 December 2011

Jejak Upin & Ipin


Last Sun kitorang ke Muzium Negara. Bawak Kiki pi tgk Jejak Upin & Ipin. Dia pun minat ngan Upin & Ipin ni...
Kitorang sampai tghari. Punya la hazab nak dapat parking! Ada la dlm setengah jam duk menunggu! Ramai sgt org!


Masa kitorang masuk tu kebetulan Upin & Ipin dah nak balik. Kiki punya la excited nmpk Upin & Ipin, dari jauh dah hulur tgn nak salam.  Bila Upin salam dia, siap boleh gelak2 lagi! Suka la tu!


Aktiviti bersama Upin & Ipin dah abes, bawak Kiki naik stage amek gambar je! Mentang2 dia minat Upin & Ipin...time suruh posing tu senang jer. Kalo idak, skit punya susah nak suruh bergambar!

Lepas tu kitorang masuk tempat pameran plak. Q skit punya panjang! Nak masuk kena beli tiket dulu ye...


Boleh tahan gak harganya. RM12 & FREE for kids below 5 years old. Tapi dapat 3 voucher KFC!


Masuk dlm tu mcm2 la ada. Gambar Upin Ipin & kawan2 pun ada. Ada byk set yg boleh amek gmbr. Puas jugak lah Kiki jadik model kat dlm tu ;).


Dipamerkan jugak anugerah yg diorg dpt drpd siri Upin & Ipin. Byk tu! Famous Upin & Ipin nih!


Lepas tu kitorang masuk Rumah Opah. Mcm yg kite tgk dlm siri Upin & Ipin tu la. Ada bilik Upin Ipin, bilik Kak Rose, bilik Opah, dapur. Jenuh la jugak duk tour & amek gmbr kat umah Opah ;).

Keluar dari tmpt pameran tu, aku pi sign up Kiki masuk Club Upin Ipin ;).


Bayar RM15 jer. And dapat botol air, membership card & voucher KFC lagi! *Jenuh la sebulan dua ni asik makan KFC jer!


Lepas sign up, pi tgk merchandise Upin & Ipin.


Beli la jugak sepasang baju Upin untuk Kiki. Pandai betul diorg ni bisnes! Yang dtg situ sure beli 1 barang! Habis tgk Upin & Ipin pun dah pukul 2 pm. Terus la balik umah. Panas!

So, pada sesape yg tatau nak ke mana weekend ni boleh la bawak your kids pi Muzium Negara. Pameran sampai 31hb.

28 December 2011

WW: Dec Winning!

from MommyNadia Giveaway


Revlon from HerWorld

*Waiting for 1 more item. Syukur, Alhamdulillah...

25 December 2011

Hilang!

Arrrggghhhh.....tensionnya! Mana la plak gambar2 Langkawi aku ni? Bila buka pendrive tinggal gambar ni jer!


Adoiiii....mana nak carik ni! Grrrr.....Dekat desktop tak tgk lagi...Hopefully ada la. If not, ada jugak yg kena pegi Langkawi lagik skali nih!

Time pegi Langkawi ni, kitorang pegi berdua jer...Kiki tinggal. Time tu Kiki is about 5 months. Kiranya first time berjalan without Kiki!

Mmmm...mmg kena plan pegi Langkawi lagi nih...with Kiki! *Thn bila tak tau la...

Asik nak berjalan jer keje nya...duit ada ke tak? Hehehehe....Tapi berjalan tu penting tau:

MEREKA YANG SERING BERCUTI MEMPUNYAI KUALITI KESIHATAN YANG MEMBANGGAKAN BERBANDING MEREKA YANG TIDAK SUKA PERGI KE MANA-MANA.

20 December 2011

Flaming Steamboat

Last week we went to Flaming Steamboat! Rasanya baru aritu duk cite pasal flaming ni kan? First time makan kat Flaming ni masa aku pregnantkan Kiki. Masa tu makan kat Flaming Steamboat Sunway. This time kitorang pegi dekat Seksyen 33, Shah Alam. Datang makan Flaming ni, time aku pregnant jugak! Hahahaha...

Kat Seksyen 33 ni mmg besar restorannya. Parking pun senang la compare yg kat Sunway tuh. Kat sini tak payah nak booking pun walaupun org ramai. Ada jer tmpt. Kalo nak booked dulu pun boleh jugak. Waktu operasi: 5pm - 12 midninght. Tapikan, kat Seksyen 33 ni bayar dulu baru makan ;).

Dah namanya buffet kan...mcm2 ada...rasanya kali ni mmg menu lagi byk compare ngan dulu.


Pilih je lah apa nak makan! Aku mmg suruh Mr Hubby amek ketam, udang, ikan (mcm2 ikan), telur puyuh...Tapikan, eh tak puas ati betul la ngan rasa ketam. Rasa hanyir. Time makan kat Flaming Sunway pun rasa yg sama. Tak tau la kot ketam tu dah tak fresh agaknya...


Pilihan sup: sup biasa & tom yam.


Berasap-asap ha...;). Mmg ramai, org makan kat sini! Boleh katakan full house lah!


Kat sini jugak ada mee goreng, bihun goreng, nasi putih, lauk, dim sum & pau. Pau inti kacang & kaya. Sedap! Aku rasa dim sum & pau ni something new. Dulu tak ada. Buah yg ada, watermelon & pineapple. Tapikan...tak puas ati sbb sudu, garpu kotor! Sudu yg berkarat pun ada! Sabor jer lah!


Dah namanya buffetkan...oii kenyang makan!


Ok, sape suka ice-cream, kat sini ada mcm2 flavour! Lepas tu boleh la korang add on ice-cream tu ngan biskut ke, mashmallow ke...mcm2 la!


Air pun mcm2 jenis! Ada air jus, laici, air berkarbonat...ada ABC jugak! Perghhh...mmg puas ati makan ngan harga RM26.90+ per person! Tapi harga ni pun dah naik! Dulu first time makan thn 2009 rasanya harga baru RM19.90+. Cepat betul naik harga yea...

Lepas ni boleh try steamboat lain plak ;).

17 December 2011

Tok Bali

Tok Bali...korang penah pegi Tok Bali? Me, first time ;). Aritu balik kg, tak tau nak pegi mana, kitorang jln2 ke sini.


Apa yg menarik kat sini? Mmmm...rasanya takde apa kot selain dari pantai. Kat sini byk gak pantai. Ada jugak nmpk kedai makan ikan bakar. Sini kan tmpt seafood ;). Harus la byk kedai makan seafood. Tapi siang tak bukak. Malam maybe meriah kot.


Ni lah dia nya Tok Bali ;). Ramai gak nmpk "org luar" stop by & amek gmbr kat sini.


Lepas singgah Tok Bali kejap, kitorang pegi pantai ni. Ntah apa nama. Lupa ;). Tapi dekat jer ngan Tok Bali. Beli satar seplastik & jln2 kat area pantai ni.




Tgk la Kiki...so....excited ;). Almaklum la...jarang pegi pantai, hehehehe...


Lepas jln2 kat sini, kitorang balik. And singgah kat 1 lagi pantai. Kat mana? Nnti la aku cite in the next entry ;).

Untung org duduk kat negeri yg byk pantai ni ;).

14 December 2011

13 December 2011

Mmmm...mana 1 nak pilih ek?

Mmmm...walaupun la kan...this is not my first pregnancy, tapi ni la baru first time nak merasa beli jamu-jamu lepas bersalin.

Why? Sebabnya last time tak berkesempatan nak makan jamu-jamu nih sebabnya Kiki kena prolonged jaundice. So, everytime pegi check up dia mmg doc dah bgtau jgn makan jamu sbb breastfeed takut 'panas'. Dia plak kena jaundice for 21 days...mmg lepas tu kalo nak "berjamu" pun dah rasa tak syok! Terus la melupakan hasrat nak "berjamu"! Cuma sapu minyak, bertungku, berpilis & berurut jer. Itu pun pakai yg belen-belen my sis! Hahahaha...Giler jimat!

Hopefully this time baby tak kena prolonged jaundice la so that boleh la nak merasa makan jamu-jamu ni kan...

Tapikan, banyak sgt produk lepas bersalin ni. Tak tau nak pilih mana satu. Bila baca kat forum, semua produk pun elok tapinya kesimpulan yg aku boleh buat hasil bacaan...tak semua produk yg orang lain pakai elok, elok jugak untuk kite. Haih....susah la nak pilih macam ni!

Antara produk yang menarik perhatian:

Sendayu Tinggi

My sis is using this. Mmg it works for her. Kurus giler jadiknya. The problem is...adakah aku akan kurus jugak kalo amek produk ni??? Dah le tu, byk sgt produk ni! Ada 11 produk dlm set ni. Harga pun boleh tahan mahal!

Produk detail boleh baca kat sini: http://badanlangsing.com/produk-selepas-bersalin/set-bersalin-sendayu-tinggi/prod_67.html

Tapikan, aku mcm berkenan yang ini:

Leesa Formula

ConfineMum Set ada beberapa pilihan. Ada set A, B & C. And of course harga adalah berbeza for every set.

For product detail, pls rfr: http://www.epayasia.my/default.aspx?portalname=www.epayasia.my/leesaformula&pageid=2128&product_id=63AD46EA-0E44-4063-9997-5E8727645EA6&cat_id=681B98C8-0C5C-4F99-8152-DE2B4ACD159C

Haaa...set bersalin ni yang paling murah!

HPA

Should i try this? :). Kalo tak berkesan pun tak la rasa sakit hati kan sebab murah! Hahahaha...Harga bawah seratus!

Product detail: http://www.setbersalin.net/set-bersalin-hpa.html

Amway

Mmmm...set bersalin Amway ni pun byk dpt good review. Ramai yg ckp elok. Tapi, elok utk org tak semestinya elok for me kan?

Prdocut detail: http://sihatjelita.com/set-bersalin-amway-p-84.html

Or should I try Jamu Mak Dara??? Mana tau blh ramping cam Ibu Halimah kan? Hahaha...

Jamu Mak Dara

Jamu Mak Dara skrg ni tgh meletup-letup kan...Kot ler aku pakai "menjadi".
Product detail: http://www.kedai2ekin.com/index.php?option=com_content&view=article&id=7&Itemid=13

Mmmm...should I buy now or after delivery?

Semangat seh...kali ni nak pantang betul2! :). Tak nak jadik cam dulu.

11 December 2011

Mohd Chan Abdullah

Cuti 3 hari, ramai yg pergi bercuti. Kitorang? Duk umah jer. Frust! Booked tmpt semua pun full! Next time nak plan for end year holiday kena plan awal2! Cuti ni mmg tak ke mana-mana. Keluar pegi makan jer.


Semalam kitorang pegi dinner kat Mohd Chan Abdullah. Dekat Section 15. Ni pun tmpt feveret makan Mr Hubby. Dia suka chinese food sbb tak pedas!

Lepas Maghrib kitorang datang sini. Pergghhh...boleh tahan jugak tmpt ni! Ramai org! Sib baik kitorang sampai awal.


Me makan nasi goreng seafood. Sedap!


Mr Hubby makan nasi putih & ayam lemon. Suka nau makan ayam lemon!


And this is for Kiki ;). Nasi ayam & sup sajo. Mesti pelik kan tgk Kiki makan mcm ni jer? Dia mmg makan mcm ni.


Air...we all order ribena laici & jus kedondong asam boi. I tell u...jus kedondong asam boi dia mmg best!


Lastly...dim sum ayam. Sedap.

Nasib baik la mlm pi keluar makan, kalo tak terperap lagi dlm umah time2 cuti panjang ni!

10 December 2011

Jom Steambot!

Anyone here like to eat steamboat? Ohhh...this is Mr Hubby's favourite. Actually anything which is not spicy is his favourite! Rasanya last time we all makan steamboat is kat Flaming Sunway.

This time try yang kat Shah Alam plak.


Address tmpt ni:


No.36, Jalan Pelabur A,
23/A Sek.23, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu perniagaan: 2 petang - 12 mlm


Kitorang sampai petang...mmg tak ramai org lagi time ni. Agaknya dekat time nak Maghrib kot. Tp don't worry, kat sini ada di sediakan surau. So, boleh solat kat situ.


Sesi memilih makanan....Mcm-mcm ada...pilih saje! Antara yang ada...




Satay pun ada...bbq pun ada...if nak, pilih jer & suruh staff diorg bakar or bbq! Make sure korang dtg ngan perut yg kosong! Baru la puas ati makan!


Sup ada 2 choices: sup biasa or tomyam. Yg tomyam tu harus la aku yg pilih kan? Sbb Mr Hubby tak suka yg pedas! Lepas tu boleh pilih nak makan ngan mee or bihun ... or nasi. Nasi goreng mee goreng pun ada.


Fuhhh...licin! Mmg kenyang makan! Harga? Tgk la kat bawah ni ;)


Ok, before balik kita makan ice-cream dulu! Tapikan...ice-cream dia tak byk choice mcm kat Flaming. And kat sini takde chocolate fountain mcm kat Flaming! And takde ABC mcm kat Flaming jugak!


Tapi kat sini ada satay & bbq which is takde kat Flaming. So, the choice is yours ;). Harga pun lebih kurang jer ngan Flaming. Dan yg pasti, kat sini senang nak parking compare to Flaming Sunwany!

09 December 2011

Dah lama tak beli & guna

Yes...mmg dah lama giler tak beli & pakai contact lense! Seingat aku sejak ada Kiki mmg tak pakai CL dah. Leceh!

Lagi 1 reason  kenapa tak pakai CL sbb beli mcm2 brand pun still tak sesuai. Bila pakai rasa mcm mata masuk pasir! Beli pun membazir jer. Pakai kejap dah tak selesa nak pakai. Jgn kate nak pakai for 8 hours...pakai 2, 3 hours pun dah tak boleh tahan.

Tapi aritu aku pegi jugak la beli CL. Actually nak abeskan duit claim, so beli la. Kalo tak guna rugi plak :). Pegi Focus Point ingat nak beli Johnson disposable CL jer tapi salesgirl tu suggest aku beli product ni.


Air Optix. Katanya if pakai ni mmg tak rasa mcm pakai apa2 pun & boleh tahan lama. Boleh la pakai for 8 hours. Tapi katanya for pregnant lady, apa2 brand pun mmg tak boleh tahan sampai 8 hours sbb mata cepat kering during pregnancy.

Air Optix ni latest product for CL katanya. Ntah...tatau la aku iye ke idak. Dah lama tak pakai CL kan...tak tau mana yg latest, mana yg bagus. Lagi 1 aku beli product ni sbb blh masuk contest. Hahahaha...*mintak2 menang ler Ipad! Sape2 nak join contest ni pi la beli mana2 produk CIBA. Contest period sampai Jan 2012. Lagipun skrg ada promo. Beli 2, percuma 2 :).

Eh tapikan, aku dah try pakai Air Optix ni (dpt free sample)...mmg sgt comfy la. Tak rasa langsung cam pakai "something" dlm mata!

Dah beli CL, haruslah kena beli solutionnya skali kan...


Bio true. Recommended by the salesgirl. Katanya latest product jugak ni. Dia kate bila kite cuci CL & pakai balik CL tu, kite akan rasa mcm pakai CL yg baru. Tapikan...mahal hoi solution nih! 2 botol RM53! Sib baik la boleh claim, so aku beli la. Kalo tak mmg selalu beli RM10 kat Guardian tu jer!

Dah beli 2 barang tu makanya...abeslah claim optical aku for this year. Kalo nak beli baru kena tunggu next year la pulak. *if la keje kat situ lagi.

08 December 2011

Sekejap jer!

29 Nov - kitorang balik kg sbb nak sambut my mom balik from Haj. Flite dia plak sampai 30hb 2.45 am! So, pikir2 if balik umah pepagi buta nak ke airport Sultan Mahmud cam tak larat. So we all decided to stay at KT Golf Resort. Kat area Tok Jembal. Mmg dekat sgt la ngan airport.

Memula me plan nak booked hotel kat area KT tp Mr Hubby ckp rugi la plak. Bayar memahal pastu nak stay nya for a few hours jer. Lgpun if duk area sana takut sesat barat plak nak ke airport. *kang aku jugak yg kena bebel tatau jln!

Tapikan... KT Golf Resort ni nak kate murah pun tak jugak. Tgk kat website dia boleh tahan gak harga! Masa aku call, dpt la bilik Ancasa 3 ni for RM120 per night. Tu pun sbb tak amek breakfast. Include breakfast RM130. *Chet...tolak RM10 jer breakfast?

Kitorang sampai sana dah 5.30 pm.


Kiki kalo pegi hotel mesti excited nmpk katil. First thing yg dia akan buat - lompat2 atas katil! Nmpk tak blind kat tepi katil tu? Bila duk kat luar bilik mmg boleh nmpk la apa yg kite buat kat dlm!


Sib baik la room dia benda2 basic hotel cam tv (ada Astro), fridge, kettle ada. Kalo tak susah jugak!


Toilet pun ok. Puas ati jugak la sbb bilik bersih. Siap letak ambipur lagi nak bagi bilik wangi. Agaknya sbb me dah call utk booking so they all kemas elok2 la agaknya sbb my sis duduk situ jugak katanya bilik hapak! Dia pegi tak booked main terjah je.

Petang kul 6 pm igt nak bawak Kiki gi swimming pool tapi hujan! So, takde la amek gmbr area resort tu. Tapi mmg ramai org dtg main golf kat situ. Even mlm pun ada org main lagi.

Area resort mmg convenience. Senang nak carik makan. Byk kedai makan kat situ.

3.00 am kitorang check out.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails