CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 December 2012

Kami hanya merancang, Dia yang menentukan

Sepatutnya last weekend kitorang ke Holiday Villa Cherating.


Hotel dah booked. Dah bayar pun. Beli from Cuti.


Dan sepatutnya, kami tido di sini malam Sabtu.


Dan Kiki sepatutnya berseronok mandi dekat swimming pool ni.

Tapiiii....disebabkan keadaan banjir yang teruk. Jalan byk yang tutup & kitorang pun tak boleh nak ke sana, makanya we decide not to go. Dan dengan itu, burnt la duit hotel tu, huhuhuhu...*what a waste!

Refund? We can get the refund if we cancel 14 days before the actual date. Sedih!

Untuk memujuk hati, kitorang just fikir maybe bukan rezeki kami utk stay sini. *lesson learnt. Jgn pegi Pantai Timur hujung tahun!

Nampaknya, this year 2 kali duit burnt gitu je. First masa awal tahun. Burnt tix pegi Kuching sebab bersalin. Hujung tahun burnt duit hotel sebab banjir. Pasrah!

*credit photo to Agoda.

21 December 2012

Melaka River Cruise

Sambung lagik cerita MELAKA, hehehehe...Ni last entry yea...Lepas ni takde dah cite pasal Melaka.


Untuk memenuhi permintaan Kiki, so before balik KL kita naik la dulu cruise ni. Tak lengkap la pulak pegi Melaka tak singgah sini kan. Itu pun berkali-kali en suami bagitau, kalo naik cruise waktu malam lagi cantik. Ye...memanglah cantik tapi dgn bawak budak kecik naik cruise malam2 macam tak sesuai la pulak :).


Lepas bayar tiket kena tunggu kat sini dulu. Dah tak ingat bape harga tiket.


Adik macam biasa la tatau apa. So, dia dgn hal dia jer :). Masih belum mengerti.


Menikmati keindahan. Best jugak la naik cruise ni tapi yang agak kureng skit bau air tu.


Excited & happy! Kiki pun diam jer duk menikmati kawasan sekitar la agaknya.


Menarik!


Angin yang sepoi-sepoi bahasa buatkan adik rasa mengantuk. Bukan adik jer yg ngantuk. Aku pun terasa nak mengantuk sama! Memang kalo dapat tido dalam tu best kot! Berangin jer.


Ha kan dah cakap! Terus tertido! Alah, dia kalo tak tido pun bukan tau apa, hahaha...


Ni adalah hotel yea. Casa apa ntah nama. Kalo mlm memang cantik la nampak hotel nih. Harga pun boleh tahan mahal.


Dalam 20 minit jugak la kot (tak igt dah) kitorang tawaf sungai ni. Puashati sudah dapat naik cruise ni :). Lepas tu terus balik KL. Takde singgah mana-mana dah.

Bye bye Melaka. Next year kami datang lagi, Insha Allah.

20 December 2012

Potty Training

Nak cerita pasal potty training Kiki.

Since dia dah 3 years old (next year is 4) so, aku rasa it's the right time untuk potty training. Sambil-sambil nak jimat belanja duit Huggies sekali sebab kena beli utk dia & adik.

Actually awal tahun aritu dah potty training dia tapi failed! Asik terkencing jer. Bila time tak buat keje memang la asik duk tanya dia nak kencing ke tak tapi bila dah busy buat keje langsung lupa! Yang dia pulak dah kencing baru bagitau. Haih...tak ke nak jadik singa ibu dia sebab kena lap kencing! Tambah keje lagi. Terus dah tak jadik potty training. Pakaikan balik diaper. Senang keje!

Tapi last weekend, start balik potty training dia. Masa mula-mula tu dia dah kencing baru dia bagitau. Lepas tu bagitau dia, sebelum kencing kena pegi toilet. Tapiii....dia dah kencing baru nak pegi toilet! Adehhh...Bila aku ugut suruh pakai diaper balik dia tak mau. 2nd day baru successful! Dia dah faham bila nak kencing terus berlari pegi toilet. Yang bestnya, bila potty training dia belajar sekali cara nak bukak & pakai seluar. Tapi yang funny, kadang-kadang bila pakai seluar terbalik! Lantaklah Kiki. Asal pakai.

Bab kencing dah successful tapi bila nak buang air besar tu, dia dah membuang baru dia cakap! Berkejaran aku bawak dia pegi toilet dengan terkepit-kepit! Again...bagitau dia bila nak buang air besar kena pegi toilet & bukannya dah buang baru nak pegi. Dia jawab "baik ibu". Dan dia memang paham. The next day dia nak buang air besar terus ajak aku pegi toilet sebab nak kena angkat dia letak kat toilet bowl.

So now I can conclude that I'm successfully potty training Kiki. Now time nak tido jer dia pakai diaper. Or nak kuar jalan-jalan. That means....jimat duit Huggies for us. Yeayy!

18 December 2012

Jalan-jalan sekitar Melaka

Sambung lagi entry cuti-cuti Melaka. *Bila nak abes daa...

Turun dari Menara Taming Sari tu kitorang jalan kaki menikmati keindahan Melaka :). Nasib baik cuaca pun ok. Jln2 kat sini senang jalan kaki jer. Pegi la parking kereta then jalan. Memandangkan kitorang ni bawak budak so, harusla carik tempat parking yg terdekat dgn tempat nak pegi kan. Kalo tak jenuh!



Kiki sangat excited bila nampak keretapi lama nih. Bising mulut pot pet pot pet!


Adik macam biasa tak tau apa lagi. Tapi nasib baik la jugak panas2 tu dia tak meragam walaupun berpeluh-peluh dia. Senang dapat anak-anak pun kaki jalan, hehehehe...


Nampak kereta bomba ni Kiki bising buat bunyi siren! Hahahaha...nasib baik time dia nak naik ni tak ramai org. Ada la sorang budak pompuan. Mak bapak dia ntah kat mana. Bila en suami angkat Kiki naik atas, dia pun sibuk suh angkat sama!


Lepas tu kitorang jalan ke sini pulak. Sebab dah penah dtg & sebab bawak budak2, so tak kuasa nak naik atas dgn stroller bagai. So, kitorang just amik gambar dekat bawah ni jer. Nanti bebudak ni dah pandai jalan baru boleh naik atas. *Kena datang Melaka lagi la ni, hehehehe...


Ingat nak pegi masuk Istana tapi pukul 5.00 pm dah tutup. Tgk jer la dari luar. Cis!


Penat jugak la jalan kaki kat sini. Nuha jer la yg tak penat sebab dia duduk kat stroller, hahahaha...Kiki lepas tak larat jalan suh en suami dukung. Jenuh!

Macam tu la if berjalan bawak anak-anak kecik ni. Jiwa kena kental. Fizikal kena mantap! Kalo tak memang tak boleh la nak jalan jauh :).

Aku if bab-bab berjalan ni automatik fizikal jadik mantap, ngehehehehehe...

16 December 2012

Sunsilk


Menang product Sunsilk from magazine contest. Alhamdulillah. Tak sia-sia take leave pegi ofis Mtouche dekat Menara Citibank untuk collect prize ni. Ingatkan dapat 1, 2 barang jer. Rupa-rupanya berat jugak la bawak.

If not because of winning these set, i will never have complete set of hair care product :). Dan kalau tak menang hadiah ni, takkan penah jugak beli shampoo botol besar macam ni, hehehehe...Jimat duit shampoo kitorang for 3, 4 months kot!

Time tulis entry ni, aku menang product rambut lagi. Tapi hadiah belum collect. Nanti dah collect aku buh dalam ni (sebagai kenangan).

08 December 2012

We are on top of the world :)

Remember this post - Menara Taming Sari?

Nak naik Menara Taming Sari ni we paid about RM25. RM20 for me + hubby & RM5 for Kiki. Stroller tak boleh bawak naik kecuali baby tgh tido.

Lepas beli tiket dekat counter, terus la pi q yea.


Sementara nak tunggu naik menara tu, kitorang duduk kat sini dulu. Kiranya kalo dah dapat duduk ni, turn kitorang lepas ni la.


Ok, dah turun. Lepas ni our turn :). Excited!


Kitorang dah kat dalam menara. Tunggu masa utk naik. Kiki excited ok! Actually dia yg request nak naik menara. Now dah pandai request macam2!


Sekarang kitorang dah ada kat atas. Boleh tengok seluruh bandar Melaka. Fantastic!


Menara ni berpusing, so korang boleh tgk semua view dari atas. Subhanaallah. Sgt cantik ciptaanNya.

Memang tak rasa gayat langsung. After few minutes (tak igt berapa lama kat atas tu), kitorang turun. Best sgt.

Lepas ni boleh la try naik menara-menara yg lain pulak :).

20 November 2012

"Kleenex® Share the Softness Contest by Fabulous Motherhood"


I am so PROUD to be a MANAGER of my own PERMATA!


Interested to join this contest? Check it out Fabulous Motherhood blog for detail.

09 November 2012

Rezeki November



Syukur alhamdulillah...Aku menang Dulux voucher worth RM250. Suka sangat dapat voucher ni! Impian nak cat rumah tanpa mengeluarkan duit bakal terlaksana! Itu yang bestnya join contest ni.

Kitorang memang ada berangan-angan nak cat rumah. Rasa mcm plain jer wall color putih. If dapat tukar color lain lagi menarik. Tapi memikirkan harga cat pun mahal so pendamkan dulu la niat nak cat rumah. Banyak lagi benda lain yg lagi important nak kena beli.

Tup tup end of October org ICI call bagitau aku menang magazine contest bulan Feb which aku pun tak ingat contest mana satu yg aku join. Syukur.

Ini yg lagi bersemangat nak join contest-contest lain :). Now kena pikirlah color apa yg suit dgn blue, black & brown :). Hopefully by next year raya umah dah bertukar color lain la pulak, hehehehe...

07 November 2012

Yeayyy...STREAMYX!


Finally! Our house dah pasang Streamyx! Why Streamyx? Why not Unifi? Mmmm...masa nak register tu ada la jugak org TM tu promote Unifi. Katanya lagi laju. Tapi pakejnya yg paling murah RM148 + TV. Aku cakap aku tak nak skali ngan TV sebab dah ada Astro so dia suggest amik jer pakej tu tapi tak payah la tgk TV. Rasa membazir la pulak. Why should I pay so much but did not use the full package kan?

Sudahnya org tu suggest amik Streamyx. Yeah I know ramai yg cakap Streamyx pun slow but it's ok. Cukup la ngan budget nak bayar monthly :).

Pakej ni come with free phone. Yeayy...I can call my mom for free! *Yang di Rawang & Penang tu boleh la calling-calling I! Hehehehehe...

Ok dah ada Streamyx ni boleh la aku guna laptop ni tanpa gangguan & Kiki boleh tgk Youtube lorry dekat Ipad. Suka! Lepas ni boleh la rasuah dia tgk lori kat Youtube bila aku nak tgk Masterchef :). Lagi satu yg merisaukan bila dia mengadap Youtube dekat lappy memang tgk rapat abes. Risau takut lama-lama kena pakai spek! Tak nak la kecik-kecik pakai spek kan. If bagi dia tgk dekat Ipad at least takde la dia tgk rapat sgt walaupun it's not good jugak if he spend most of his time using Ipad.

06 November 2012

Bila hujan lebat


*taken from my balcony*

Gambar ni aku ambik after balik keje semalam. Macam ni la selalunya if hujan lebat for few hours. Confirm depan kilang CSR tu banjir. Nasib baik la ada jln alternatif nak balik umah. Kalo tak haru!

Banyak jugak kereta yg dah lalu depan CSR terpaksa patah balik. Mmmm...pelik jugak. Diorang ni tak dgr radio ker? Sebabnya kalo dengar takkan nak lalu lagi depan CSR tu kan? Tapi tak tau lah kot ada yg nak tengok dengan mata sendiri keadaan banjir kat situ kot-kot la boleh redah jugak kan.

Time-time hujan lebat ni memang semua tempat la jam. Rajin2 lah dengar radio.

05 November 2012

Selesai sudah

Alhamdulillah, selesai sudah aqiqah untuk Nuha. Lega rasa. Tak payah pikir dah. Dua-dua anak pun dah buat aqiqah.

Pagi raya haji tu ingatkan nak pakaikan Nuha baju kurung pahang ni.


Baju ni actually ayahnya beli time raya puasa aritu. Excited nak tgk anak pompuan pakai baju kurung so beli sampai 2 helai! Baju ni mmg tak penah pakai lg & cadangnya nak bagi dia pakai time raya haji. Unfortunately, budak ni cepat betul besar & of course baju tak muat! Rugi RM35!


Bila baju kurung tak muat so pakai jer lah dress raya aritu. Dress ni pun pakai kejap jer by the time tghari dah tukar pakai baju yg nipis & tak panas. Ingatkan balik kampung hujan rupanya panas yg amat!

Aidiladha aritu kitorang buat aqiqah/korban dekat kampung my mom. So, lepas solat raya tu terus la ke sana. Tak sampai setengah jam dah sampai, hehehehe....Dekat jer kampungnya.


Lembu yg bakal dikorbankan. Dan proses pembayaran & akad pun dijalankan.


Masa untuk dikorbankan. Time ni aku tak tgk sebab Nuha tido. So tgk dari jauh jer. Tak nampak pun diorang sembelih.

Lepas sembelih, sesi lapah-melapah daging, bagi daging, masak & makan. Lepas makan terus balik. Tak boleh tahan dah kepanasan!

Hukum aqiqah bukan wajib tapi sunat muakkad. Sangat dituntut bagi yg berkemampuan. Rasanya majoriti dari kita yg bekerja berkemampuan untuk melakukan aqiqah/korban. Tapi bila ianya tak wajib makanya ramai yg tak ambil berat. Kalo kite boleh kumpul duit untuk pegi melancong & beli barang berjenama kenapa tidak kita mengumpul untuk melakukan aqiqah/korban kan? Sama-sama lah kite renung-renungkan :)

30 October 2012

Hadiah Bulan Oktober

Syukur Alhamdulillah. Ni hadiah yang aku menang from magazine contest. Tiga-tiga produk ni menang dari majalah yang sama :).


Produk Clinelle worth RM173.50. Itemnya:
Purifying Cleanser 80ml
Purifying Toner 200ml
Eye Bright 15ml


Menang RoC worth RM553. Itemnya:
RoC Sublime Energy (night) 30ml x 2 [SOLD]
Skin Bleach Mask 50ml
RoC Sublime Energy (day) 30ml x 2


Clarins worth RM250. Itemnya:
Gentle Foaming Cleanser 20ml
Lotion Tonique 50ml
Instant Eye Make up Remover 30ml
Shaping Facial Lift Lipo-drain Serum 10ml
Day Screen High Protection 10ml
Shaping Facial Lift Wrap 5ml
Defining Eye Lift 8ml

Aku cadang nak jual produk-produk ni. Dengan harga yg sangat murah la. If ada sape-sape yg interested boleh email me: rzahira[at]gmail[dot]com.

Produk ni memang sesuai la if nak buat hantaran kawen ke, nak bagi kat org as a gift ke. Lagi pulak boleh dapat dgn harga yg murah kan, so jgn lambat. Sape nak cepat2 email me. Sape cepat dia dapat :).

16 October 2012

Muzium Samudera

Pegi Melaka rasanya dah 2, 3 kali tapi baru kali ni la masuk Muzium Samudera :).

Masuk sini kalo tak silap tiket utk adult RM3 sorang untuk warganegara Malaysia. *staf kat tiket kaunter tu langsung la tak mesra alam! Tempat ni tak mesra stroller ye. Dah la nak ke kaunter tiket kena naik tangga. So, kitorang yg berstroller 2 ni kena sorang pi beli tiket dan sorang lagi tunggu anak kat bawah. Lepas dah beli tiket, turun balik & angkat stroller bawak naik atas plak.


Kapal ni memang la besar yg amat! Berpusing-pusing jugak la kitorang duk pikir mana nak letak stroller. Sah-sah la tak boleh nak bawak sampai atas kapal kan. Last sekali letak stroller bawah tangga kapal. Dalam hati duk doa-doa jugak jgn la ada org kebas stroller aku kang tak pasal-pasal rugi RM800! Hahahahaha....


Dalam kapal keadaannya tak berapa nak terang. Kena hati-hati bila berjalan. Kang ada yg tersadung. Org pun agak ramai sampai berpeluh-peluh tawaf kapal tu!

Apa yg ada dalam kapal ni? Byk replika kapal la. Kalo nak tau detail mengenai kapal ni boleh check dekat sini >>> Muzium Samudera.


Ni kat bahagian atas kapal. Ramai jugak yg duk posing :). Bila duk kat atas ni memang best dapat tgk pemandangan & dari atas ni dah boleh plan mana next tempat nak pegi :).


Puas posing kat atas, 2 beradik ni posing kat sini plak. Fuh! Selamat stroller aku! Hahahaha...

*Rasa macam pegi rombongan sekolah pulak bila masuk muzium, hehehe...

10 October 2012

Cuci mata

Ok, lepas abis lunch dekat Restoran Melayu Melaka kitorang jalan2 jap. Menikmati keindahan Melaka River Cruise. Actually Melaka River Cruise ni kat belakang restoran tu jer. Sambil makan pun boleh tgk bot lau-lalang. Dan penumpang-penumpang bot tu sgt la sporting semuanya duk lambai-lambai kitorang yg kat seberang sini :).


Encik suami & Kiki mmg beriya sgt nak naik bot.


Kitorang ingat lepas makan tu nak pi la naik bot. So, jln ler kitorang panas-panas terik tu nak carik tmpt beli tiket. Adventure giler la kan ngan bawak baby nya, hahahaha...


Sambil jalan sambil posing :).


Posing & jln tgh2 panas tu! Dah jln sampai ke ujung pun masih la tak nampak bayang entrance river cruise nih!


Memandangkan panas terik & Nuha pun dah mcm apa jer, kitorang pun patah la balik. Hahahaha...

En suami cadangkan naik bot malam. Katanya mlm pemandangan kat situ cantik tapi takut tak sempat plak. Nak pi makan lagi. Nanti karang terkejar-kejar plak.

So, kitorang pi river cruise ni on Sunday.

09 October 2012

Makan-makan di Melaka

Untuk lunch kitorang makan kat sini. Restoran Melayu Melaka. Tempat ni aku carik dlm foursquare. Masa duk search tempat makan jumpa tempat ni. So, off we go to this restaurant. Sesat la jugak nak carik tempat ni. Padahal dekat jer ngan hotel yg kitorang stay.


Masa kitorang sampai sini dah pukul 3.00pm++...Dah lebih pun waktu lunch. Orang pun tak ramai dah.


Masuk2 jer nampak ni. Rupanya tempat ni buffet. Takde plak mention dlm foursquare. Nasib baik la murah jer. Kalo tak, takkan nak patah balik kan, malu la, hahahaha...


Macam-macam la ada. Selain lauk-pauk, kuih-mueh pun ada. Tapi kuih tak sedap! Tapi rojak buah dia sedap!


Walau pun macam-macam ada tapi aku cuma amik lauk kat atas jer. Asam pedas is a must! Kate Melaka terkenal dgn asam pedas kan, so kena la makan. Memang sedap!

Dinner plak kitorang makan dekat Umbai. Tempat ni tempat baru. Ni pun aku gugel jugak. Nak pegi tempat ni korang just follow signboard nak ke Muar nnti korang akan jumpa la signboard nak ke tempat ni. Senang jer nak cari.

Sampai sana memang banyak gerai. Tempat ni 2 tingkat. Kitorang makan kat Nakhoda Restaurant dekat level 2. Tempat ni pun recommended jugak. Memang kedai ni lebih ramai org compare ngan kedai-kedai lain. 


Budak ni dalam kereta elok tido, sampai sini terus bangun. So, takde la nak amek gambar lebih-lebih.


Kat sini kitorang order nasi lemak, sotong celup tepung, kangkung goreng belacan & lala sweet sour(kalo tak silap. Lupa dah!)

Ok, mcm mana makan kat sini? Bagi aku nasi lemak tak berapa nak sedap. Lala pulak agak hanyir. Rasa lain daripada yang aku biasa makan. Tak tau la kalo rasa lain sebab lala ni gemuk-gemuk. Yang biasa aku makan kecik jer. Sotong celup tepung mmg sedap!

Harga? Reasonable. Tapi kalo pegi Melaka lagi tak nak dah aku makan kat sini ;).

Next day, breakfast kitorang makan kat hotel la. Dah pakej skali ngan breakfast kan...buat apa bazir duit nak makan kat luar.


Budak tak sihat ni makan coco crunch jer.


Oh...bubur nasi kat sini sedap la weh! Selalunya makan bubur nasi kat hotel ada jer yg tak kena tapi kat sedap mmg boleh diterima tekak!

Lain-lain makanan biasa-biasa jer. Takde la nak kata sedap sgt sampai ulang 2, 3 kali makan. Setakat nak alas perut boleh la.

Ok, tu jer food review aku kat Melaka. Ini jer pun tempat yg kitorang makan :).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails