CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

22 January 2013

Menang From Cosmo

Alhamdulillah. Menang kecil-kecilan. Walaupun nilainya tak seberapa & hadiahnya adalah biasa-biasa tapi tetaplah buat aku happy.


Dapat set mandian from Ginvera. Ini memang sampai next year tak payah beli sabun mandi lagi dah!


Empro brow pencil. Oh, ini time nak berjangok pegi kenduri kahwin bolehlah pakai. Kalo nak tunggu aku beli benda ni memang tak beli la. Nasib baik la menang boleh jugak la berjangok. Hahahahaha...


Oh, ni yang paling best. 1 beg penuh product Syahirah worth RM100.


Ni lah barang-barangnya. Barang ni aku nak bagi dekat Tok Chik. Dia memang pakai Syahirah. So bolehlah aku hadiahkan barang ni. Sebagai tanda terima kasih aku kerana menjaga Kiki & Nuha dengan penuh kasih sayang :). Seronoknya dapat hadiahkan org barang tanpa perlu keluarkan duit, yeayyy...

Walaupun hadiah yg aku menang ni tak seberapa tapi dapatlah jugak bantu jimatkan belanja kitorang. I like!

21 January 2013

Every Saturday


Bermula tahun ni, di sinilah tempat aku menghabiskan masa every Saturday. For this semester subject yg aku amik class on Saturday jer. Baguslah, Sunday boleh relaks. Next semester tak tau la lagi mcm mana. Oh, syukur Alhamdulillah. 1 of my azam which is to further study dah tercapai.

Ada jugak yg tanya...kenapa sambung study? Boleh tak aku jawab sebab cita-cita nak jadik fulltime housewife tak tercapai? Kahkahkahkah...Eh tapi itu adalah serius! Memang sgt bercita-cita untuk jadik fulltime housewife tau! Memanglah org cakap jadik fulltime housewife penat. Tapi bekerja & balik umah nak uruskan rumahtangga lagik jadik double penat!

Eh tapi aku macam dah menyusahkan diri sendiri dengan bekerja, uruskan rumahtangga & study! Hahahaha...baru sedar! Tapi takpe. Ada sebab aku sambung study. Harap2 apa yg aku impikan tercapai. Insha Allah.

Seronok jugak study ni. Boring dah dok ulang rutin yg sama for the past few years. Nak la pulak buat benda lain kan. Bila dah study dapat kawan baru. Mcm2 org aku kenal. Boleh tukar2 experience. Dan aku adalah sgt kagum bila tgk perempuan yang dah berumur masih lagi study. Serious saya kagum! Kuatnya semangat diorang ni.

Harap-harapnya aku dapat abeskan study ni dalam masa 2 tahun.

Terima kasih kepada en suami yg sanggup hantar & amik aku pegi balik class. Terima kasih jugak sebab izinkan aku sambung study balik. Terima kasih pada in-law yang sanggup tolong jagakan budak2 bila time aku pegi class. Bila class abes mlm budak2 terpaksa tinggalkan dekat sana sebab by the time balik dah pukul 12 mlm.

Dan paling penting semoga aku diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan study ni. Amin.

17 January 2013

HAPPY BIRTHDAY NUHA

Hari ni harijadi Nuha. Setahun dah umur. Dari berat 1.6kg masa lahir now dah 8.4kg. Alhamdulillah. Dia membesar bagai johan. Syukur.


Pagi tadi dia bangun tidur 6.30 pagi aku nyanyikan lagu Happy Birthday. Yang si abang bila dengar lagu Happy Birthday terus bangun terlompat-lompat atas katil. Dia yang excited. Adik masih tak paham. Bersilih ganti tgk aku yg subuh-subuh sapi'e nyanyi dan abang yang terloncat-loncat. Lepas abes nyanyi, ayahnya bawak pegi umah Atuk mcm biasa.


Tak pasti dan tatau nak celebrate ke idak birthday Nuha ni. Kalo celebrate pun bukan dia paham. Sudahnya, yg tua excited terlebih, kahkahkahkah.....

Lagi pulak sejak aku masuk sekolah balik rasa mcm tak cukup masa jer nak buat birthday celebration. Free on Sun jer. Rasa mcm Sun tu nak bermalas-malas kat umah. Mmmmm...if buat pun maybe pegi makan-makan with in law jer kot.

Tengoklah macam mana.

08 January 2013

Help! Help!

Nak mintak tolong korang. Tolong vote for my baby.


Please click this link to vote:

http://www.facebook.com/ComfortMalaysia?sk=app_311246128985316&app_data=%7B%22entry_id%22%3A%22848%22%7D

Login to your FB & vote for my baby:

NUHA DZAKIRAH BINTI MOHD NAJIB

Thanks.

07 January 2013

Hadiah Penutup 2012


Alhamdulillah. Menang hair care product from Schwarzkopf worth RM148. Hadiah penutup untuk tahun 2012. Hari tu menang set Sunsilk. Memang sampai next year la tak payah beli hair care product lagi!

Harapan 2013 - semoga menang hadiah yang best-best. Harap-harap this year merasa la nak menang cash. Inshaa Allah.

04 January 2013

Rezeki 2013

Pagi tadi masa dekat Maybank nak update buku ASB dapat call from Utusan Media Sales. Katanya aku menang hadiah cat. Masa ni duk terpikir2 lagi betul ke aku dengar dia cakap cat? Menang contest apa? Dah tak ingat. Lantak.

Lepas setel urusan update buku ASB tu, aku call balik Utusan mintak address. Katanya boleh collect hadiah arini. Kebetulan plak arini aku cuti sebab ada urusan so terus la pegi Utusan Media Sales dekat PJ sana.

Masa mula-mula tu tersalah pegi Utusan lain. Hahahaha...Nasib baik Utusan Media Sales ni dekat area yg sama tempat aku salah pegi. Tapiii....hazabnya la hai nak carik parking kat sini! Jenuh pusing 3, 4 kali takde parking!

Last skali pegi parking depan umah org then jalan kaki nak pi carik Utusan Media Sales nih. Sekalinya...terjumpa secara tak sengaja, hahahah!

Bila naik tingkat 4 nak collect hadiah org tu tanya menang contest apa? Aku cakap tatau. Nasib baiklah mamat tu baik hati tolong check kan. Rupanya, aku menang 2 tin cat Nippon Paint dari contest magazine WANITA. Mamat tu siap tanya, puan tak ingat ke penah masuk contest ni? Memang lupa langsung penah join contest ni.


Dua-dua cat ni color putih.


Satu tin untuk Hydro Gloss


dan yang ni Hydro Matt.

Masa nak balik tu mamat yang bagi hadiah ni berkali-kali cakap Tahniah. Mcm la aku ni menang RM10,000! Hahahaha...Dan siap tolong bawakkan cat ni sampai lif lagi. Terima kasih la. Baik budi bahasanya, chewah!

Dah turun sampai tingkat 1, makanya menapak la aku ngan mengangkut 2 tin cat ni. Dah la parking jauh! Nasib baik menang 2 tin jer. Kalo menang 4 tin mau jadik badang aku nak angkut pegi sampai keta.

Berpeluh-peluh jugak la nak menyampai ke kereta tu. Dah sampai umah, lagi sekali sesi mengangkut sebab kereta parking luar. Fuhh!

Apa-apa pun, syukur alhamdulillah. Last year punya voucher ICI Dulux belum redeem lagi :).

03 January 2013

Online Shopping

Korang suka online shopping? Confirm ramai yg suka kan kan kan :)

Ok, aku nak cite problem beli barang secara online. Aritu aku ada beli cover Ipad dekat Groupon. Murah siot! From RM200++ dapat RM60 jer. Mana la tangan tak gatal nak belikan! Kalo tak beli rugi. Kalo beli untung, kekekeke...Kebetulan pulak casing Ipad aku yang beli tak sampai la setahun dah jahanam. Mahal tu beli, RM130. So bila nampak ada yg jual murah terus la beli.


Mana tak jahanamnya...tgk budak bambam ni. Dia la punya keje suka tarik2 sampai tercabut dah terus getah casing tuh.

Ok, masa beli tu lepas dah bayar katanya sekian sekian date baru boleh isi form utk update detail mana nak antau barang tu. So, bila dah sampai datenya, aku pun isi la form tu. Kat situ ada tulis aku akan dapat barang within 1 week. If 1 week tak dapat jugak, meaning stock abes. So kena tunggu dlm masa 2 weeks la utk depa restock barang. So aku pun tunggu la.

Tunggu punya tunggu dah sebulan lebih tak dapat jugak lagi barang. So, aku email dekat Groupon. Diorg pun investigate dgn supplier & katanya stock abes. Depa tgh tunggu stock baru untuk antar. Kot ye pun stock dah abes apa la salahnya emel dekat customer bagitau. Masa isi form tu siap mintak emel tapi tak digunakan! Takde la customer tertunggu-tunggu. Ingatkan duit dah kena kebas. Nasib baik la customer service Groupon ni bagus.

Lepas email Groupon tu in 1 week, akhirnya dapat jugak aku casing baru :)


Inilah dia barangnya...


Berbaloi jugak la beli dgn harga RM60 jer! Tapi part yg payahnya nak pasang screen protector tuh. Berjam-jam aku duk lekat cabut lekat cabut. Akhirnya jadik gak la. Tapiiii...tak dan 3 hari Kiki bukak screen protector tu & dia pasang balik. Terus jadik tak lawa! Byk bubble dlm tu. *sigh

Lega dapat barang.

Tapikan...my friend ada beli travel package dekat satu website ni. Memang murah la kosnya. Duit dah bayar. Tapi bila nak isi online form tu, link yang diberi tak dapat bukak. Bila contact travel agency sampai ke sudah takde org jawab. Bila dia emel website tu tanya rupanya ramai dah org yg complaint. Sampai lar ni, dia belum dapat lagi jawapan sebab dia request for refund. So guys, be careful bila beli barang online ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails