CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 December 2012

Kami hanya merancang, Dia yang menentukan

Sepatutnya last weekend kitorang ke Holiday Villa Cherating.


Hotel dah booked. Dah bayar pun. Beli from Cuti.


Dan sepatutnya, kami tido di sini malam Sabtu.


Dan Kiki sepatutnya berseronok mandi dekat swimming pool ni.

Tapiiii....disebabkan keadaan banjir yang teruk. Jalan byk yang tutup & kitorang pun tak boleh nak ke sana, makanya we decide not to go. Dan dengan itu, burnt la duit hotel tu, huhuhuhu...*what a waste!

Refund? We can get the refund if we cancel 14 days before the actual date. Sedih!

Untuk memujuk hati, kitorang just fikir maybe bukan rezeki kami utk stay sini. *lesson learnt. Jgn pegi Pantai Timur hujung tahun!

Nampaknya, this year 2 kali duit burnt gitu je. First masa awal tahun. Burnt tix pegi Kuching sebab bersalin. Hujung tahun burnt duit hotel sebab banjir. Pasrah!

*credit photo to Agoda.

21 December 2012

Melaka River Cruise

Sambung lagik cerita MELAKA, hehehehe...Ni last entry yea...Lepas ni takde dah cite pasal Melaka.


Untuk memenuhi permintaan Kiki, so before balik KL kita naik la dulu cruise ni. Tak lengkap la pulak pegi Melaka tak singgah sini kan. Itu pun berkali-kali en suami bagitau, kalo naik cruise waktu malam lagi cantik. Ye...memanglah cantik tapi dgn bawak budak kecik naik cruise malam2 macam tak sesuai la pulak :).


Lepas bayar tiket kena tunggu kat sini dulu. Dah tak ingat bape harga tiket.


Adik macam biasa la tatau apa. So, dia dgn hal dia jer :). Masih belum mengerti.


Menikmati keindahan. Best jugak la naik cruise ni tapi yang agak kureng skit bau air tu.


Excited & happy! Kiki pun diam jer duk menikmati kawasan sekitar la agaknya.


Menarik!


Angin yang sepoi-sepoi bahasa buatkan adik rasa mengantuk. Bukan adik jer yg ngantuk. Aku pun terasa nak mengantuk sama! Memang kalo dapat tido dalam tu best kot! Berangin jer.


Ha kan dah cakap! Terus tertido! Alah, dia kalo tak tido pun bukan tau apa, hahaha...


Ni adalah hotel yea. Casa apa ntah nama. Kalo mlm memang cantik la nampak hotel nih. Harga pun boleh tahan mahal.


Dalam 20 minit jugak la kot (tak igt dah) kitorang tawaf sungai ni. Puashati sudah dapat naik cruise ni :). Lepas tu terus balik KL. Takde singgah mana-mana dah.

Bye bye Melaka. Next year kami datang lagi, Insha Allah.

20 December 2012

Potty Training

Nak cerita pasal potty training Kiki.

Since dia dah 3 years old (next year is 4) so, aku rasa it's the right time untuk potty training. Sambil-sambil nak jimat belanja duit Huggies sekali sebab kena beli utk dia & adik.

Actually awal tahun aritu dah potty training dia tapi failed! Asik terkencing jer. Bila time tak buat keje memang la asik duk tanya dia nak kencing ke tak tapi bila dah busy buat keje langsung lupa! Yang dia pulak dah kencing baru bagitau. Haih...tak ke nak jadik singa ibu dia sebab kena lap kencing! Tambah keje lagi. Terus dah tak jadik potty training. Pakaikan balik diaper. Senang keje!

Tapi last weekend, start balik potty training dia. Masa mula-mula tu dia dah kencing baru dia bagitau. Lepas tu bagitau dia, sebelum kencing kena pegi toilet. Tapiii....dia dah kencing baru nak pegi toilet! Adehhh...Bila aku ugut suruh pakai diaper balik dia tak mau. 2nd day baru successful! Dia dah faham bila nak kencing terus berlari pegi toilet. Yang bestnya, bila potty training dia belajar sekali cara nak bukak & pakai seluar. Tapi yang funny, kadang-kadang bila pakai seluar terbalik! Lantaklah Kiki. Asal pakai.

Bab kencing dah successful tapi bila nak buang air besar tu, dia dah membuang baru dia cakap! Berkejaran aku bawak dia pegi toilet dengan terkepit-kepit! Again...bagitau dia bila nak buang air besar kena pegi toilet & bukannya dah buang baru nak pegi. Dia jawab "baik ibu". Dan dia memang paham. The next day dia nak buang air besar terus ajak aku pegi toilet sebab nak kena angkat dia letak kat toilet bowl.

So now I can conclude that I'm successfully potty training Kiki. Now time nak tido jer dia pakai diaper. Or nak kuar jalan-jalan. That means....jimat duit Huggies for us. Yeayy!

18 December 2012

Jalan-jalan sekitar Melaka

Sambung lagi entry cuti-cuti Melaka. *Bila nak abes daa...

Turun dari Menara Taming Sari tu kitorang jalan kaki menikmati keindahan Melaka :). Nasib baik cuaca pun ok. Jln2 kat sini senang jalan kaki jer. Pegi la parking kereta then jalan. Memandangkan kitorang ni bawak budak so, harusla carik tempat parking yg terdekat dgn tempat nak pegi kan. Kalo tak jenuh!



Kiki sangat excited bila nampak keretapi lama nih. Bising mulut pot pet pot pet!


Adik macam biasa tak tau apa lagi. Tapi nasib baik la jugak panas2 tu dia tak meragam walaupun berpeluh-peluh dia. Senang dapat anak-anak pun kaki jalan, hehehehe...


Nampak kereta bomba ni Kiki bising buat bunyi siren! Hahahaha...nasib baik time dia nak naik ni tak ramai org. Ada la sorang budak pompuan. Mak bapak dia ntah kat mana. Bila en suami angkat Kiki naik atas, dia pun sibuk suh angkat sama!


Lepas tu kitorang jalan ke sini pulak. Sebab dah penah dtg & sebab bawak budak2, so tak kuasa nak naik atas dgn stroller bagai. So, kitorang just amik gambar dekat bawah ni jer. Nanti bebudak ni dah pandai jalan baru boleh naik atas. *Kena datang Melaka lagi la ni, hehehehe...


Ingat nak pegi masuk Istana tapi pukul 5.00 pm dah tutup. Tgk jer la dari luar. Cis!


Penat jugak la jalan kaki kat sini. Nuha jer la yg tak penat sebab dia duduk kat stroller, hahahaha...Kiki lepas tak larat jalan suh en suami dukung. Jenuh!

Macam tu la if berjalan bawak anak-anak kecik ni. Jiwa kena kental. Fizikal kena mantap! Kalo tak memang tak boleh la nak jalan jauh :).

Aku if bab-bab berjalan ni automatik fizikal jadik mantap, ngehehehehehe...

16 December 2012

Sunsilk


Menang product Sunsilk from magazine contest. Alhamdulillah. Tak sia-sia take leave pegi ofis Mtouche dekat Menara Citibank untuk collect prize ni. Ingatkan dapat 1, 2 barang jer. Rupa-rupanya berat jugak la bawak.

If not because of winning these set, i will never have complete set of hair care product :). Dan kalau tak menang hadiah ni, takkan penah jugak beli shampoo botol besar macam ni, hehehehe...Jimat duit shampoo kitorang for 3, 4 months kot!

Time tulis entry ni, aku menang product rambut lagi. Tapi hadiah belum collect. Nanti dah collect aku buh dalam ni (sebagai kenangan).

08 December 2012

We are on top of the world :)

Remember this post - Menara Taming Sari?

Nak naik Menara Taming Sari ni we paid about RM25. RM20 for me + hubby & RM5 for Kiki. Stroller tak boleh bawak naik kecuali baby tgh tido.

Lepas beli tiket dekat counter, terus la pi q yea.


Sementara nak tunggu naik menara tu, kitorang duduk kat sini dulu. Kiranya kalo dah dapat duduk ni, turn kitorang lepas ni la.


Ok, dah turun. Lepas ni our turn :). Excited!


Kitorang dah kat dalam menara. Tunggu masa utk naik. Kiki excited ok! Actually dia yg request nak naik menara. Now dah pandai request macam2!


Sekarang kitorang dah ada kat atas. Boleh tengok seluruh bandar Melaka. Fantastic!


Menara ni berpusing, so korang boleh tgk semua view dari atas. Subhanaallah. Sgt cantik ciptaanNya.

Memang tak rasa gayat langsung. After few minutes (tak igt berapa lama kat atas tu), kitorang turun. Best sgt.

Lepas ni boleh la try naik menara-menara yg lain pulak :).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails