CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

18 June 2010

Soal makan...

Bila aku bgtau my family & my fren that I'm going to Vietnam...Diorang tanya...senang ke nak makan? Ada ke halal food?

Actually tak susah  nak carik makanan halal kat Saigon ni. Cumanya...the price is a bit expensive (for budget traveler like us). So, kena spend lebih skit for food kat sana.

Masa kitorang sampai...terus keluar pegi carik makan.


Ni tempat makan we all on the first day. It's just a walking distance from my hotel. Tapi memula tu dok pusing sana sini jugak la carik tmpt ni. Padahal, kitorang lalu tempat ni masa dok mencari kedai makan tapi boleh tak perasan! Maklum la...building dia kurus sgt!

Masuk kedai ni mmg ramai org Msia. Tingkat bawah penuh. So, waiter tu bawak kitorang to the 3rd floor. Punya la seksa nak naik atas. Tangga sempit sgt!

Masa nak order food, my sis asked the waiter to suggest the food for us. So, apa lagi...si waiter tu ckp dia sediakan set mkn utk 4 org. Ada kerabu, ayam, ikan, daging & sup.


These are the food suggested by the waiter. Memasing mengorder kopi susu ice. Drink ni mmg wajib minum la if pegi sana. Sedap. Sgt kaw! Nak tau bape kitorang kena for all these? USD76! RM247! Terkedu jap masing2. Mana taknya...first day makan dah RM200++...Ada lagi 3 hari nak makan.



Mcm ni la cara they all antar makanan ke atas. Masing2 cam jakun jer tgk. Hahaha...maklum la...tak penah tgk kan...

Selain dari Restoran VN Halal...korang boleh gak gi makan kat sini...


Kitorang dinner kat sini. Mahal gak. Kat sini kitorang order ala-carte. Tak mo dah makan set-set nih. Kang beratus lak lagi kena bayar. Tapi mahal la jugaknya. Bayangkan sekeping roti canai segera harganya RM9! Dan mee goreng mamak harganya RM17! Gosh....


Ha...Kedai Samsudin ni consider murah skit la banding ngan 2 restoran kat atas tu. Makanan dia pon sedap. Staf dia pon boleh cakap Melayu. Tapi jauh skit la. From our hotel ke sini tambangnya VND50000 (1 way). Kitorang dinner dekat sini & suruh diorang deliver makanan esoknya for lunch & dinner. Diorang ada delivery service to your hotel. Senang.

Kesimpulannya, if korang nak ke Vietnam...sila sediakan duit lebih skit utk makan ;-).

2 comments:

MOMMY NADIA said...

itu sgt mahal kan!
hishish..amik kesempatan betul kan..
tp takpelah as long halal kan..

the 1st rest tu kelako lah..sekali bc mcm unhalal...;)

zahira said...

nadia - mmg mahal! tapi no choice...terpaksa la masuk gak makan. nak carik warung yg ada halal food mmg takde la.

masa kitorang carik 1st rest tu, lalu depan rest singapore...tanya dia mana rest halal...dia ckp masuk jer rest dia...2nd floor ada makanan halal...tapi kitorang tak konfiden la nak makan situ. ye la...dia igt halal tu if takde pork agaknya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails