Ok, 2nd day we all amik tour pi Chu Chi Tunnel. Price utk tour ni USD5 per person. Booking through our hotel staff.
Perjalanan ke Chu Chi Tunnel is about 2 hrs, naik bas. Picked up at our hotel. Kematu la jugak bontot dok dlm bas tu! Ziqri, masuk jer dlm bas terus zzzzz.....Sampai sana, baru dia jaga.
Nak masuk dlm ni, kena bayar entrance fee VND75000 sorang. Yg bagusnya kat Vietnam ni, entrance fee dia adalah sama. Tak kira ko tourist ke or rakyat tempatan.
Lepas byr entrance fee, group kitorang di bawak ke tempat ni utk dgr history pasal tmpt ni. Kesah perang...cite pasal tunnel yg dibuat & tgk video perang.
Dah abes semua, baru la kami di bawa ke dlm hutan. Ok, aku sampai kat tempat ni saja sbbnya Ziqri dah menangis bila nak masuk hutan! Sabar jer la. So, terpaksa la aku keluar tunggu kat entrance sementara yg lain pi tgk tunnel. Rugi je bayar entrance fee!
Ha...korang tgk la lubang tunnel diorg. Mmg muat-muat badan je. So, if korang teringin nak masuk dlm tu, sila kuruskan badan dulu, hehehe...Kalo tak, tak merasa la masuk dlm tuh.
Ini adalah perangkap mereka. Cuba bayangkan kalo korang terjatuh dlm tuh. Isshhh...harus la badan korang tertusuk benda-benda tajam tuh. Ngerinya...
Ni plak laluan ke tunnel. Again, yg kurus saja ye boleh masuk. If badan korang besar, sila tgk jer la, hahaha...
Mr Hubby bergambar dgn kereta kebal. Katanya, elok jugak Ziqri tak masuk dlm tu. Byk nyamuk!
Ni adalah tempat dimana askar Vietnam mengawal tawanan mereka. Kiranya, ni adalah penjara la.
Ditunjukkan jugak cara-cara mereka memasak.
Bom yg digunakan. Ko tgk la...skit punya besar! No wonder la ramai rakyat diorg yg cacat & mcm2 lagi akibat bom ni. Nanti boleh tgk kesan perang in my next entry. Kitorang pegi War Remnants Museum.
Ada la dekat 2 jam jugak diorg kat dlm tu tgk benda2 ni semua. Aku la yg keboringan dok tunggu depa abes. Habis tour dlm pukul 2.00 pm kami bertolak balik ke hotel.
Satu pengalaman yg menarik walaupon aku tak dpt masuk & tgk dengan mata sendiri. Dpt tgk gambar yg Mr Hubby amek pon sudah cukup ;-). Aku dpt bayangkan cemana keadaan diorg time tu!
Happy belated birthday Yana!!!
11 hours ago
No comments:
Post a Comment