CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

20 April 2011

Ziqri yg funny...

Hari tu kan...aku ada la beli 1 shawl nih.
Aku ni mmg la selalu beli shawl tapi pakainya idak. Mcm ala-ala beli utk buat koleksi jer.
Leceh la nak pakai shawl especially time pepagi nak gi keje nak kena lilit2. Harus lah aku kena bangun kol 5 pagi kalo nak pakai shawl. Sokmo pakai tak kemas. Sudahnya, tudung awning (mak aku panggil tudung sudu) tu jugak yg aku sarung. Senang!

Tengah aku dok testing-testing shawl dalam bilik skali Ziqri pon datang. Dia nampak aku duk lilit-lilit shawl tu dia pon sibuk la nak jugak. Kacau daun jer!

Malas nak dengar dia dok merengek-rengek...aku bagi jer lah shawl tu kat dia.

Nak tau dia buat apa? Dia pon lilit-lilit shawl tu kat kepala dia...

*
*
*



Hahaha...kelakar giler! Ni dia lilit sendiri ok!


Tak tahan aku tgk dia. Sambil amek gambar dia sambil aku gelak. Memang lawak betol!


Muka takde perasaan. Tak tau yg aku gelakkan dia sebab dia funny!


Selamba jer pakai shawl aku ke hulu ke hilir! Kelakar!

Kadang-kadang anak buat kite geram, marah. Tapi diorang jugak la pengubat & penyejuk hati kite ;). Betul tak?

3 comments:

Nini D.. said...

aku nk belajar jugakla dgn ziqri camne nk lilit...

K-Addicts said...

another mokcik limah in action. adam pun gitu la jugoknyo. tgk org tenyeh lipstik, dia pun sibuk nak jgk. tgk org tepek krim, dia pun nak suruh tenyeh kat pipi jugak. org pakai krim gatal pun dia sibuk hulur kaki suruh sapu sikit. hayo!

ziqri macam pakai sling indon tu pulak nampak!

zahira said...

Emy - meh la sini, leh aku suh ziqri ajar ko, hehhehe...

Teh - tu la nyo...apa yg kita buat suma dia nak tiru.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails