CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

18 September 2008

kad raya & apam pisang

kad raya from suzi


Tak sangka betol dpt kad raya. Ingatkan zaman2 skrg ni dah takde org nak bagi kad raya. Rupa2nya ada jugak yg sudi bagi aku kad raya. First kad raya aku terima utk tahun ni...Skrg ni dah senang...antar kad raya pon thru email jer, hehehe...main fwd2 jer...Tak pon sms.

Teringat time sek ren dulu...Siap mintak duit ngan mak sbb nak beli kad raya. Itu pon beli kad raya yg size kecik jer sbb murah kan...Size tak penting yg penting ingatan tu . Lepas tu bila dah dpt kad raya byk2, gantung kat umah. Kadang2 tampal kad dinding...kadang2 gantung kat pokok. Pokok pon dah jadi ala-ala pokok krismas.

Lagi 1, kat bawah kad tu mesti tulis pantun. Biasanya pantun yg aku selalu tulis:

Pecah kaca pecah gelas, Sudah baca harap balas

-------------------------------------------------------------------------------

Ok, ni aku nak kongsi resepi Apam Pisang ngan korangs. Memandangkan my hubby beli pisang byk, aku pon merajinkan la diri buat apam ni. Lg pon aku bukan makan pisang. Kalo aku makan pon pisang yg dah dibuat sesuatu mcm goreng ke, buat kueh ke, pengat...lepat...apa2 lar as long as bukan makan mcm tu jer, hehehe...



Bahan:

  • 6 biji pisang
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara:

Lenyek pisang & soda bikarbonat. Pukul telur & gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan tepung gandum yg dah diayak dgn baking powder. Kemudian masukkan pisang. Letakkan dlm acuan & kukus selama 45 minit.

Senang jer kan?

1 comment:

<< jeff >> said...

>> okay lagi tu dah dapat kad raya...
>> tahun ni saya sekeping pun belum dapat lagi...:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails