CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

05 September 2012

Pegi beraya pulak...

Hari Khamis tu igt nak gi beraya ke KT tapi my mom ckp ada kenduri kawen plak kat Kg Lampu. Anak ayah long kawen. So, tak jadik la ke KT. Rupanya anak ayah long tu cikgu Politeknik Shah Alam. Mmg dekat sgt la ngan umah aku tapi haram tak tau. Tak penah jumpa pun dia. Kalo jumpa selisih bahu pun tak kenal agaknya...

Gambar kawen dia tak amek. Takde mood nak bergambar. Hoi panas giler kat sana!! Lepas makan terus balik.

Petangnya kitorang beraya umah Pok Muda :). Tiap kali raya mana boleh kalo tak datang umah ni. Wajib kena datang.


Kebetulan masa kitorang sampai, anak dia tgh goreng mee. Mcm tau-tau jer kitorang nak datang :). Kata anak dia "mcm terbau-bau jer Kak Dah nak datang. Tu yg saje goreng mee".


Abes makan, borak-borak. Balik umah.

Hari Jumaat lepas solat jumaat kitorang pegi umah Cik Man pulak. Dia buat akikah cucu baru. Majlisnya pagi tapi kitorang saje pegi lepas solat jumaat.


Kiki tido. Org nak berjalan dia tido la pulak! Lepas tu terjaga mula la cranky!


Cucu baru Cik Man. Anak Yani. Boy. Lupa nak tanya nama! Selalunya aku suka nak tanya nama tapi sebab lapar punya pasal sampai lupa nak tanya. Sampai umah Cik Man, duduk kejap terus terkam makanan. Dia buat nasi minyak & nasi dagang. Tapi sebab kitorang ni kira org yg paling last datang so, tgl nasi minyak jer la. Nasi dagang pun sempat la berebut sorang sikit makan :).

Kat sini pun tak lama. Duk kejap balik. Hoi panas yg amat! Awat la cuaca kat Besut panas giler! Tak boleh tahan!



Adik jugak yg bagus. Walaupun panas giler, tetap la tersenyum. Tak byk kerenah. Bagus, dik!


Yang aku berkenan kat umah Cik Man dari dulu sampai skrg...koleksi kaktus!

Balik dari umah Cik Man kitorang singgah Bukit Kluang jap amek angin. Tak sangka time-time raya ni ramai pulak warga Besut picnic & bbq kat situ!

En suami bawak Kiki main air kat pantai.


Me & my mom duk lepak kat sini sambil tunggu Kiki main air.


Duk borak-borak sambil makan goreng pisang tak sedap + air kelapa. Beli RM2 goreng pisang pun tak abes.

Memang meriah rupanya Bukit Kluang ni time raya. Tak penah la pulak aku tau. First time datang sini during raya :).

Mcm ni next time raya boleh la picnic kat Lata Tembakah ke, Lata Belatan ke...or La Hot Spring! Aku pun tak penah sampai lagi La Hot Spring tuh!

Semua ni bakal direalisasikan if dapat cuti panjang. Kalo tak...next time jer lah pegi!

04 September 2012

Makan-makan raya

Raya ke 4 my mom ada buat makan-makan skit sempena anak2nya pulang beraya :). Ajak sedara-mara jugak datang umah.

My mom buat satay, nasi dagang, lontong, ketupat daun palas beli, rendang, tapai. Byk sgt makanan sampai aku lupa nak makan tapai!

Belum pun kitorang siapkan makanan tetamu dah sampai! Tuan umah pun tak mandi lagi! Satay pun baru nak bakar! Sgtlah awal diorg ni dtg!


First family yg datang. Pok Teh. Datang awal sebab nak pegi kenduri.


In between tu time takde org, tuan umah plak makan. Aku dah berapa kali ulang makan. Semua nak rasa! Rugi ooo tak makan. Mak aku masak sedap! :). Time tu diet tolak tepi.


Cik Ana & family. Ayah Ngah & family pun ada. Family belah adik ipar pun ada. Mmg abes licin la makanan! Yang datang lambat tu mmg tak merasa la. Next year kena buat byk skit la.

Oh...next year kena igt beli paper plate! Senang tak payah nak cuci2 pinggan gelas bagai! Best jugak buat makan raya mcm ni. Tak payah nak berjalan panas2 pegi umah org. Org dtg umah kita :).

Should do like this every year lah!

Oh yes, next year raya ke 2 akan buat makan-makan raya mcm ni lagi :).

30 August 2012

Raya ke 2

Raya ke 2 ni kitorang jalan sakan skit la. Janji omputihnya nak pegi raya umah Nek Chu pukul 10.30 am tapi time tu masih la kat umah lagi! Sementara tunggu depa ni bersiap, kami 1 family take photo la dulu. Kitorang bersiap dari Shah Alam, terus ke Subang Jaya. Nak gerak sama-sama ngan family en suami.


Aku jer yg tak pakai baju baru. Baju kurung tu baju lama. Jarang pakai pun. So sarung jer lah. Bukan org tau pun, kikikiki....


Selalunya pun byk gambar depa bertiga sebab yg jadik photographernya aku. So, gambar aku tak la byk mana :). Actually I love taking their photos :). Puas ati!


Nuha raya pertama jer berkasut. Raya ke 2 dan seterusnya dah tak berkasut. Almaklum lah, jarang berkasut dia pun mcm tak comfortable jer. Kaki asik membengkok jer. Sudahnya terus bukak kasut dia. Kaki ayam sudah!

Semua org dah siap, kitorang terus gerak ke Puncak Perdana umah Nek Chu. Nek Chu ni adik-beradik belah nenek ayah.

Kiki & dua pupu...

Dekat umah Nek Chu makan bihun tom yam & kueh lapis. Mabeles! Ketupat rendang tak makan sebab raya pertama dah makan. Lagipun lepas ni nak raya umah lain plak. Kena makan sikit jer. Nnti sampai umah ke 2 dah kenyang :).


Kaum-kerabat en suami. Ni belah ayah. Ramai kan? Collection duit raya pun meriah la jugak, kikikiki... Lepas makan, kami beramai-ramai gerak ke Bukit Jelutong plak. Umah sedara ayah jugak. Umah Uncle Din.


Kitorang semua melepak kat living hall.


Kaum yg veteren skit dok chit chat kat dining hall. Kiki & sepupu sepapatnya bukan main seronok lagi dok main kat luar! Berlari ke hulu ke hilir! Tempat luas la katakan...

Kat sini kitorang dijamu dengan laksa penang, nasi ayam, laksa johor, rendang, ketupat. Tapi aku cuma makan laksa penang jer. Makanan sgt menarik tapi again tak boleh makan byk sbb lepas ni nak pegi next house plak.

Habis makan, kitorang gerak next house plak. Umah mak uda kat Shah Alam. Kat sini kitorang lunch. Perghhh...mmg sedap lah makan nasi!


Nuha kepenatan beraya 3 buah rumah! Siap tertido terus! Petang baru balik umah. Balik umah mak mentua. Lepak sana sampai mlm. Petang tu pegi raya umah nenek depan kejap. Neighbour en suami. Makan laksa johor & lontong. Nenek ni buat laksa johor sedap!

Lepas maghrib baru balik Shah Alam kemas baju nak balik Besut. Raya belah my family pulak. Yahuuuuu....

Entry lepas ni cite raya kat Besut plak :).

28 August 2012

Cerita raya lah!

Selamat Hari Raya! Dah 1 week raya. Ofkos blogger pun suma update cite raya. Kan kan kan? Aku pun nak update cite raya jugak ni, hehehehe....
Ok, this year aku raya kat Subang Jaya dulu. Haruslah kena ikut giliran. Barulah adil & saksama :).

Pagi raya tu, kitorang bersiap-siap dari umah Shah Alam nak ke Subang Jaya. Kelam kelibut kemas barang nak kejarkan time en suami nak pi sembahyang raya pukul 8.30 pagi. *mcm la jauh nau Shah Alam ke Subang Jaya tuh! Pagi2 aku dah pot pet pot pet ingatkan en suami baju raya & barang yg nak dibawa ke Subang Jaya.

Dengan budak2 tak mandi angkut masuk keta. Dlm keta aku masih lagi duk pikir-pikir apalagi brg yg tinggal. Kepala otak duk keje keras igtkan umah iron guna tadi dah tutup ke belum, plug dah off ke tak. Terasa mcm ada brg yg tertinggal tapi tak igt apa. Sampai kat traffic light Batu Tiga baru perasan aku tak pakai tudung! Astagfirullahal'azimmmm...selamba jer turun dari umah tak bertudung! Nasib baik la takde org. Pak Guard jer la yg nmpk aku! Tgk...bila mcm2 duk pikir sampai tudung pun lupa nak pakai! Hahahaha...

Sampai Subang Jaya mandi & siapkan budak 2 beradik nih & makan. Makan takat alas perut jer sebab tradisi family en suami, suma anak-beranak belah ayah akan berkumpul di Puncak Perdana.


Sementara tunggu they all suma pegi sembahyang raya Nuha sempat lagi tido! Almaklumla...bangun awal!


Elok jer diorg balik Nuha bangun. Lepas tu terus la acara bermaaf-maafan. Setiap kali nak mintak maaf la aku jadik speechless tak tau nak ckp apa. Mana taknya, mak mentua aku tiap kali raya mintak maaf la dia nangis sampai aku yg sebelah ni jadik speechless nak cakap mintak maaf dgn bapak mentua!

Setel acara maaf-maaf...part yg paling best! Family photo, yeayyy! Ni family belah en suami. Small family kalo nak comparekan dgn family aku.


Lepas abes amek gmbr, kitorang gerak ke Puncak Perdana umah Chu utk beraya dgn family belah ayah. Yang kelakarnya, dah sampai Puncak Perdana baru aku teringat aku belum salam raya dgn en suami! Kahkahkahkah....Makanya, keluar keta sblm masuk umah Chu kitorang salam raya. Kang kalo tak buat terus, lupa lagik!


Dekat umah Chu ni suma adik-beradik ayah, sedara-mara yang tak balik kampung akan kumpul kat sini. Itu dah mmg jadik tradisi sejak dulu lagi.

Oh, baju aku dlm gambar tu mcm besar! Ok, maknanya berjaya la turunkan berat badan skit sepanjang bulan puasakan?


Agak lama jugak kitorang lepak umah Chu. Puas la makan & minum sampai tak termakan sebab byk sgt makanan.

Lepas Zohor balik umah. Rest & relax.

Mlm beraya umah Teh (kakak ayah) dekat Flora Damansara. Pukul 12 mlm baru balik. Perghhh...mmg sakan la beraya!


That's all for 1st day raya. Raya di 2 buah rumah sajo!

28 September 2011

Penghujung Syawal

I'm back! Yesss :)! Dah hujung Syawal pon. Finally...no more open houses to attend. Penat weh! Every weeks ada open house.

This year raya turn my house beraya dulu. So, balik Besut la kitorang ;).



Our theme for this year is blue! Raya this time adalah raya yg ke 2 aku tanpa arwah. Walau mcm mana pun, kami tetap beraya dgn meriah cuma terasa sedikit "kekurangan" je. Paham-paham jer la kan...


Pagi raya tetap sama mcm raya2 before this even tanpa arwah. Kami bersiap pakai baju raya. Pegi sembahyang raya. Lepas tu bermaaf-maafan. Cuma bila arwah tak ada, cucu-cucu takde la lagi dpt duit raya yg lumayan dari Tokki ;).


Juadah pagi raya pun tetap sama mcm raya2 sblm ni. Pagi raya we have satay, nasi impit, lontong, kuah kacang, rendang daging & ayam yg dimasak sendiri oleh my mom. Semuanya tetap sama even tanpa arwah. Tak ada yg kurang. Cuma "seri" raya jer yg aku rasa kurang sbb arwah tak ada with us to celebrate!

Kalo tak pepagi raya dia dah kecoh kejutkan kitorang bangun. Sebelum Subuh dah gerak kitorang. Dia yg kecoh duk bakar satay. By solat Subuh tu, semua makanan dah ada atas meja.


Tapi raya kali ni aku rasa teruja sbb nak pakaikan Kiki sepasang baju melayu. Last year beli baju melayu tapi tak terpakai sbb baju tu besar!
Haih bukan senang nak siapkan budak ni!

Raya this year pun agak sederhana. Tak ada la kitorang dok pi beraya sakan. First raya duk kat umah jer. 2nd raya baru berjalan, sedara-mara dtg umah. Raya ke 3, pegi kubur "melawat" arwah. Tengahari kitorang dah bertolak balik KL.

Balik KL, raya belah my hubby plak.


Orang bandar beraya mmg meriah. Sbln Syawal tu mmg digunakan sepenuhnya! Every week la aku ke hulu ke hilir pi open house depa.


Selain umah sedara-mara, kitorang pegi jugak open house Datuk Dr Yaakop & Datin Ani ;). Lama tak jumpa. Last jumpa masa diorang dtg melawat arwah.
Kiranya almost a year tak jumpa. Kiki pegi sana excited main ngan kucing! Dlm takut2 tu pegang jugak la kucing ;).



Ramai jugak jemputan diorang. Masa kitorang sampai jemputan ramai...masa kitorang balik, suma dah balik ;). Balik tu siap dpt bekal lagi! Tq la tuan umah ;).



Memenuhi jemputan open house sedara-mara sampai tak terpergi open house member2. Sorry la guys. Bukan tak nak pegi. Tak sempat! Tau lah, time2 open house ni jln sana-sini jam!

My sister pun buat open house jugak tapi for us only la :)




Yang bestnya time Syawal ni weekend tak payah nak masak dah. Open house dari pagi sampai ke mlm! Tapi yang tak bestnya...perut asik meragam jer bila dah sumbat ngan mcm2 makanan kan ;).

Bye bye Syawal...semoga bertemu kembali tahun depan. And ofkos, next year, aku akan beraya di KL dulu. Syawal tak abes lagi pon dah siap set tema baju utk next year!! Kah...kah...kah...

08 October 2010

Open house raya tak abes-abes (lagi)

This Saturday will be the last open house for us. Fuh...Byk weh invitation. Hari Sabtu ni ada 3 buah rumah nak pegi. Start dari kol 2 ptg membawak sampai ke malam! Korang ada?


Ok, ni antara open house yg we all pegi. Sumanya dekat umah sedara-mara belah Mr Hubby. Balik dr beraya di Besut, this is the first house we went. Dekat Flora Damansara. Umah Teh.


Mentang2 la kerusi ni empuk Ziqri takmo bangun ok, from this chair!


Ziqri with 1 of his cousins, Sabrina. Suka buat muka pelik2 tak cun Ziqri ni kalo amek gambar! Memang tak suka bergambar betol!


Kami jugak beraya di umah Opah di Ampang Jaya. Sedara belah mak mertuaku.


Aku lupa la ntah bila pegi raya umah Opah ni. Ni kali ke 3 aku dtg sini. Time raya jer baru dtg sini. Selalunya my MIL dtg sendiri tgk Opah.


Agak lama jugak kitorang lepak umah Opah ni. Balik dari umah Opah, aku lupa la kitorang gi beraya kat mana lak. Hahaha...ni la jadiknya bila gambar simpan lama sgt before update! Lantak...


Rumah my MIL pon orang tak abes2 lagi datang beraya. Mmg raya to the fullest betol la diorg nih. Rasanya kalo kat umah aku, cam lepas seminggu raya tu org dah "surut". Meriahnya cuma raya pertama - ketiga je. Lepas tu mcm dah abes raya ;-).

Lain tempat, lain caranya. Tak gitu?

29 September 2010

Ke Kubur...

Raya 6...Jumaat 17/09 - for the first time aku ke kubur. Huhuhuhu...
Dekat kg aku, bila raya 6 mmg ramai yg akan dtg ke kubur. Masing2 datang melawat kubur family masing2 la.




Lepas tu, ada makan2 skit kat pondok kat kubur tuh. Masing2 akan bawak makanan skit sorang utk diberikan kepada mereka-meraka yg dtg melawat kubur. Ala2 mcm potluck la kekdahnya...



Ni la kubur arwah bapak aku. Masa diorg tanam lepas Isyak (14/09) tu, aku tak ikut pegi kubur sbb Ziqri ada. Kang sapa plak nak tolong jaga Ziqri. Kalo dia tak kesah nak dok ngan org lain takpe jugak. Ini...bertuah la dia!

Disebabkan aku belum lg ke kubur arwah, so raya 6 tu aku ikut la my mom & Udin pegi kubur. Depan kubur arwah bapak aku tu, kubur arwah abang bapak aku yg meninggal last year. Sebelah kiri kubur arwah bapak (tak nmpk dlm gambar) plak kubur arwah datuk aku. Arwah datuk dah lama meninggal. Aku pon tak pernah kenal dia sebab masa aku lahir dia dah takde. Mak aku cakap dia meninggal lepas 1 week diorg kawen.

Rasa sayu plak bila berdiri depan kubur nih. Rasa mcm perasaan time tu kosong jer. Tak sangka yg aku ngadap tu adalah tanah. Dan org yg disayangi (arwah bapak) berada di dalam! Ntah la...tak tau nak ckp perasaan aku!

Sedih? Sape tak sedih. Tapi kalo aku asik dok nangis jer...Tak berkesudahan jugak. Lagi akan buat mak aku sedih. Lgpon, aku gembira dgr dia pegi ngan senang. Dan aku masih sempat tgk jenazah dia sebelum dikebumikan. Sempat cium dia buat kali terakhir!

Nampaknya lepas ni, tiap2 thn raya akan ada agenda ke kubur. Kalo sebelum ni aku tak penah pegi, Insyaallah, lepas ni aku akan dtg melawat arwah bapak di sini. Amin...




Masa kat kubur tu sempat jugak la aku snap gambar kubur sapa ntah ni. Berdekatan ngan kubur arwah. Tak bertanggungjawab betol org yg buang sampah-sarap kat dalam tuh! Tak hormat langsung.

P/s: korang selalu ke pegi kubur?

27 September 2010

5 & 6 Syawal: sedih & pilu

Syawal ke 5. Hari yg paling sedih dalam hidup aku. Dlm perjalanan balik ke Besut utk beraya, aku dpt panggilan telefon from my bro bgtau, bapak aku dimasukkan ke hospital & keadaannya tenat. Belum abes cakap dgn my bro, my mom amek telefon tu dan bgtau yg bapak aku dah meninggal. Time tu dlm pukul 12:45. Dan aku time tu berada di Kuala Lipis. Mmg terkejut sgt2. Takde dgr dia sakit (walau pon dia ada sakit jantung) tiba2 dpt panggilan dia dah meninggal! Aku menangis sepanjang jln dari Kuala Lipis tu sampai la ke Gua Musang! Sedih sebab tak sempat nak jumpa raya dgn dia.

Aku sampai kg dekat nak pukul 5. Time tu aku hanya sempat jumpa jenazah arwah. Time org lain bersuka ria balik kg utk beraya...aku? Tak dapat nak digambarkan perasaan tu. Nasib baik bila sampai umah, tgk mak aku ok. So, aku pon ok la skit. Tp bila mengadap jenazah, airmata keluar. Bila bacakan Yassin, airmata keluar lagi.

Sedih sbb tak sangka dia akan pergi raya tahun ni. Mmg rasa cepat sgt. Dulu raya 2007, dia masuk spital on the 1st day raya sbb strok. Raya tahun ni 2010, raya ke 5, dia meninggalkan kami semua!


 gambar terakhir arwah

Sebagai anak, aku redha dgn pemergiannya. Aku sentiasa mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org2 yg beriman, Amin...

Pada mlm raya ke 6 pulak, kami dikejutkan dgn kematian Mak Long. Dia meninggal akibat kemalangan jln raya lepas balik dari menziarah arwah bapak aku.

Bayangkan kesedihan yg kitorang rasa. 2 hari berturut2 dgr berita kematian! Mmg tak sangka. Mmg mengejutkan!

Itulah dia cerita raya aku tahun ni yg sgt menyedihkan. Pada arwah Mak Long, aku doakan semoga rohnya juga dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

Al-fatehah...

22 September 2010

4 Syawal: Santai

Hari raya ke 4 mmg tak pegi beraya. Kitorang siap jln2 ke Carrefour lagi. Kalo dah pegi Carrefour tu apalagi...carik susu Ziqri la.


Nak balik kg kena beli siap2 susu Ziqri. Kat sana kang mahal sgt plak. Pegi Carrefour time2 raya ni best. Takde org, hahaha...

Ziqri kalo dah jumpa bola mmg diam la dia.


Lepas pegi Carrefour, kitorang singgah Subang Parade plak. Mmmm...dah tak tau nak beraya kat mana, so kitorang dtg la jalan2 kat sana.

How's your raya? Meriah ke?

3 Syawal: Menerima Tetamu


Hari raya ke 3 mmg bz. Dari pagi sampai ke malam sedara-mara belah bapak mentua datang berkunjung. Aku cuma bz buat air ngan basuh pinggan jer ;-).

Yg paling bz bapak mentuaku la...jadik chef! Dia yg masak makanan utk tetamu.

Mmg ramai betol sedara-mara belah bapak mentua aku ni. Sekali dtg sampai penuh 1 umah! ;-).

21 September 2010

2 Syawal: beraya sakan!

Hari raya ke 2 baru kami keluar beraya umah sedara -mara.


Before keluar, amek gambar family dulu. Hahaha...raya ke 2 baru sempat nak bergambar.


First stop - breakfast kat umah Mak Ngah. Kat Subang Jaya jugak. Mmg every year Mak Ngah akan buat open house on the 2nd day raya. Pepagi dah puas makan segala macam makanan!


Balik dari umah Mak Ngah, ramai-ramai konvoi ke Puncak Perdana plak. Beraya umah adik-beradik arwah nenek.

Lepas tu ke Bukit Jelutong. Kat sini kami beraya kat 2 buah rumah.

ziqri with his funny face

Balik dari Bukit Jelutong, beraya kat Shah Alam plak. Umah Mak Uda. Dekat nak maghrib baru balik umah. Raya ke 2 ni mmg sakan beraya! Dari pagi sampai ke mlm!

Puas makan segala mcm makanan sampai diorang ni cirit-birit the next daynya. Naseb baik aku tak kena!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails