CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 September 2010

5 & 6 Syawal: sedih & pilu

Syawal ke 5. Hari yg paling sedih dalam hidup aku. Dlm perjalanan balik ke Besut utk beraya, aku dpt panggilan telefon from my bro bgtau, bapak aku dimasukkan ke hospital & keadaannya tenat. Belum abes cakap dgn my bro, my mom amek telefon tu dan bgtau yg bapak aku dah meninggal. Time tu dlm pukul 12:45. Dan aku time tu berada di Kuala Lipis. Mmg terkejut sgt2. Takde dgr dia sakit (walau pon dia ada sakit jantung) tiba2 dpt panggilan dia dah meninggal! Aku menangis sepanjang jln dari Kuala Lipis tu sampai la ke Gua Musang! Sedih sebab tak sempat nak jumpa raya dgn dia.

Aku sampai kg dekat nak pukul 5. Time tu aku hanya sempat jumpa jenazah arwah. Time org lain bersuka ria balik kg utk beraya...aku? Tak dapat nak digambarkan perasaan tu. Nasib baik bila sampai umah, tgk mak aku ok. So, aku pon ok la skit. Tp bila mengadap jenazah, airmata keluar. Bila bacakan Yassin, airmata keluar lagi.

Sedih sbb tak sangka dia akan pergi raya tahun ni. Mmg rasa cepat sgt. Dulu raya 2007, dia masuk spital on the 1st day raya sbb strok. Raya tahun ni 2010, raya ke 5, dia meninggalkan kami semua!


 gambar terakhir arwah

Sebagai anak, aku redha dgn pemergiannya. Aku sentiasa mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org2 yg beriman, Amin...

Pada mlm raya ke 6 pulak, kami dikejutkan dgn kematian Mak Long. Dia meninggal akibat kemalangan jln raya lepas balik dari menziarah arwah bapak aku.

Bayangkan kesedihan yg kitorang rasa. 2 hari berturut2 dgr berita kematian! Mmg tak sangka. Mmg mengejutkan!

Itulah dia cerita raya aku tahun ni yg sgt menyedihkan. Pada arwah Mak Long, aku doakan semoga rohnya juga dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

Al-fatehah...

4 comments:

Nini D.. said...

kuatkan semangat kak....Al-Fatihah untuk arwah..moga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...

MOMMY NADIA said...

Itulah..nadia kagum tgk maksu n kaklong tenang..
be strong..seddey tahun ni hilang 2 sekaligus..
Alhamdulillah Nadia smpt jumpa paksu and maklong sblm diaorang pergi..Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan org beriman..Amin!

KSWSK said...

Alfatihah..moga roh arwah ditempatkan dlm golongan yg beriman...amin...

zahira said...

emy - thanks. Amin...

nadia - tu yg paling seddey tuh...tak sempat jumpa arwah. last k long jumpa bulan 7, huhuhu...tapi masa arwah mak long "pergi" mmg tak sangka betol. tak sangka dia dtg tgk org meninggal, lepas tu dia plak yg "pergi". Semoga roh mereka di tempatkan dikalangan org yg beriman.

Wawa - thanks. amin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails