CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 March 2011

My journey to KK

Akhirnya...after a year tunggu...21/03 aritu kami berangkat ke KK. First time dah umur 34 baru la nak sampai KK! Baik la Ziqri yg belum umur 2 thn dah sampai KK, hahaha...

Kami sampai LCCT @ 9.30 am. Lepas check in semua, kitorang makan kejap. Belum breakfast lagi. Makan nasi lemak bungkus 2, puff 2, kopi 2 = RM16.90!
*asal la harga makan kat airport nak kena mahal? Jual murah2 tak blh ke?


Ziqri as usual, org makan dia minum susu sudah ;P. Oh, pegi KK ku angkut skali stroller nya. Senang nak berjalan. Malas seh nak dukung. Tak larat dah nak dukung dia. Berat!


Kebetulan flight yg aku naik ni sama ngan rombongan KFC. Almost 3/4 flight ni adalah org2 KFC! Oh...aku 1 flight ngan Stacy jugak ;).


Walau pon ramai ahli rombongan KFC, tapi flight tak penuh. Ziqri boleh dapat seat sendiri lagi. Tapi...kejap jer la dia duduknya. Baru flight gerak dlm 15 min...atas riba ibu dia jugak yg dia sedap nak duduk!
*peha ibu lagi empuk dari seat tu yea, Ziqri?


Flight kitorang sepatutnya depart @ 10.20 am tapi kol 11 am baru gerak. Perjalanan adalah selama 2 jam 30 min. Hooo...ala2 nak pegi Saigon plak lamanya!

Flight baru gerak dalam half an hour, Ziqri dah buat onar. Kencing! Abes basah jeans aku! Tak tau la mcm mana boleh bocor Huggies pants dia! Sabar jer lah...Dah la aku tak bawak spare seluar dia! Lepas dah salin Huggies pants, Ziqri tak berseluar sampai la sampai airport KK! Hahahaha...

Other than that, Ziqri is well behave. Sepanjang journey tu dia tido! Mana taknya...smlm kul 12.30 mlm baru dia tido. Orang sibuk packing dia pon sibuk jadik tukang sibuk!


Kami sampai Airport KK dlm kol 1.20 pm. Agak kematu jugak la punggung duk dlm flight. Tambah lagi duk riba Ziqri yg seberat 11.5 kg tuh! Mana la tak terasa kebas!

Pegi KK aku bawak passport. Senang. Tak byk cerita. Kat imigresen, cop passport terus jalan. If not, sape yg ada anak kecik tu, sila bawak birth cert skali yea. Aku malas nak bawak birth cert sebab besar so bawaklah passport.
*sib baik before pegi my sis dah remind suh bawak passport jer senang ;)


Lepas amek bag suma, kitorang gerak ke Terminal 1 (KK International Airport). Dari Terminal 2 ke Terminal 1 naik cab. Jaraknya 7km jer tapi biasalah kalo amek airport cab...cajnya RM30 la!

Buat apa pegi Terminal 1? Next entry la aku cite yea ;)

Nota kaki: To be continued...

2 comments:

Nini D.. said...

waaaahhhh...best!

zahira said...

Emy - mmg besttt!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails