CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

15 March 2011

Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

Pic from Berita Harian

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak. 


Full story, sila baca sini >>> Berita Harian

Aku dulu masa beli botol susu Avent Ziqri mmg beli yg bukan BPA Free. Sbbnya tatau pon apa beza BPA ngan non-BPA. Yg aku tau yg BPA Free tu mahal skit. Lgpon masa beli tu takde pon baca pasal BPA Free nih. So, beli jer la yg murah ;).

Lepas dah beli tu baru la dpt tau pasal BPA nih. Makanya...beli la lagi botol Avent BPA Free plak. Mmmm...terpaksa la melabur duit beli botol susu BPA Free pulak. Last beli botol susu Ziqri yg cap Mothercare tu pon amek yg BPA Free jugak. Mahal pon mahal lah. Untuk kebaikan anak sendiri kan?

Untuk panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat (mcm dlm gmbr kat atas) korang boleh la tgk kat sini >>> BOTOL POLIKARBONAT

Lepas dah baca artikel tu sila la check botol susu anak anda ;).

Nota kaki: Sara hidup anak zaman moden makin mahal!

3 comments:

MOMMY NADIA said...

Nadia ms time Adam dah beli semua botol ss,ebm storage n weaning items yg BPA free..
sb bnyk kali nak kena sterilized kan..so nk taknak kena invest BPA free..
tp betul mmg mahal sket..
Avent pun baru2 ni aje yg kuar BPA free kan...
I'm using MaM botol.

tp betul..semua brg2 bdak skrang mahal2!pening!!

K-Addicts said...

kitorg time jumpa BPA free cap Pureen ngan OK Babies tu je beli. Murah je, 3 botol pjg tu buleh dapat under RM20. Kalu time takde tu, sambar aje yg bukan BPA free pun. Adam kan minum susu bukan guna air panas. So, safe la sket kot.

tp mcm ziqri dah biasa guna botol ngan puting besar. Memang bajet pun bsr la sket. tp takpe, ibu ngan ayah sama2 gaji bsr ;p

zahira said...

nadia - a'a...Avent mmg lambat! baru jer kuar yg BPA Free. Tu la masa beli dulu tak perasan pon ada BPA Free.

barang makin lama makin mahal...tu psl la kos diorg pon byk!

teh - takde la byk mana pon pitihnya...anok pon baru sorang...buleh la kalu nok beli hok mahal skit...dah masuk anaok 2, 3 esok tak la kot, hehehe...lgpon ziqri tok reti minum pakai puting kecik! nak tak nak kena beli hok puting besar jugok la

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails