CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

07 September 2010

Persiapan raya dah siap ke?

As for me, semuanya dah siap. Takde la shopping sgt pon. Lebih kepada shopping brg2 Ziqri je ;-). Memandangkan brg2 Ziqri pon dah setel beli semua...so weekend aritu kami ke Carrefour. Pegi beli susu Ziqri.

Ziqri pakai baju baru ;-)

Ok, memula kami ke Carrefour Kota Damansara. Asal jauh sgt? Sebab dah alang kepalang pi ngantar biskut raya kat sana kan...so, singgah jer la. First time ni pegi Carrefoour sini. Oleh kerana kami malas nak dukung Ziqri, so...amek la troli walaupon brg yg nak dibeli cuma setin susu, hahaha...

Memula igt dia takmo la duduk dlm troli. Skali letak...wah...excited ko! First time, ngehehehehe....

Kat Carrefour Kota Damansara sgt la aman. Takde org. Heran aku! Ke manakah mereka2 ni semua? Parking senang. Nak jalan pon tak serabut. Tapi...unfortunately...walaupon susu Enfagrow berlambak kat sana, yg ORIGINAL flavor takde! Isshh...ni yg malas aku nak pegi tempat yg tak biasa nih.

Makanya...tak lain & tak bukan, kami ke Carrefour Subang Jaya sudahnya. Senang skit beli kat sini. Aku dah biasa. Dah boleh hafal brg2 suma kat mana. Tak payah nak pusing keliling carik barang.


Ziqri cam biasa la. Letakkan dlm troli. Tapikan...bila kitorang stop jer nak belek2 barang, dia mula la menjerit nak suruh tolak. Kalo boleh jangan stop. Haiyo...Ziqri!

Bila beli barang dia sebok nak pegang. So, aku bagi la dia pegang roti Gardenia. Sampai lunyai dibuatnya roti tu nak boleh ke gi bayar! Dah sampai kaunter nak bayar, boleh plak dia takmo bagi aku amek roti tuh!

Lepas misi beli Enfagrow berjaya kat Carrefour, kami singgah McD drive-thru. Beli makanan. Utk aku la, hahaha...yea...saya sudah beraya.

Aaarrghhh...tinggal esok jer lagi nak keje nih. Tak sabar nak cuti! Korang, lama ke cuti? Aku cuti start ari Khamis membawak ke next week je. Yeay....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails