CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

24 May 2010

Cerita Hujung Minggu

Hari Sabtu kitorang pegi Pertama Kompleks. Mr Hubby nak pegi carik kasik bola pulak. Jln lengang je. Cam musykil la pulak. Takde or gi shopping ke? Or ramai yg pegi Konsert Final AF8?

Masuk ntah bape kedai tak jugak beli kasutnya. Ada kasut yg dia berkenan tp bajet tak mengizinkan. Lgpon nak pakainya skali jer...Carik yg murah2 sudah ;-). Lain yg dicarik...lain plak yg dibeli. Beli sandal Nike utk Ziqri. Kebetulan lak size dia ada. Beli saja la. Ziqri kan takde kasut. Kesian...nak g jln jauh ni cam tak best la plak nak biar dia berkaki ayam.

Lepas dah abes kedai kasut tawaf & masih lagi tak jumpa kasutnya...kami ke Subang Parade la pulak. Sampai Subang Parade terus la ke World of Sport. Terjumpa kasut Puma. Ada sale lagi. After 50% discount tak sampai RM100. Apa lagi...rembat saja la.

Lepas tu menuju ke Mothercare. Beli cap utk Ziqri lak. Kata kat Saigon panas. Kena la belikan cap utk Ziqri. Beli jugak 1 tshirt utk dia. Lepas tu singgah Secret Recipe pegi order cake utk b'day Ziqri. Jugak singgah di pizza hut beli pizza yg baru tu. Sedap. Korang dah rasa? Ada discount 30% utk maybankard ok! ;-).

Balik umah bagi Ziqri try kasut tak mau pakai. Almaklum la...sblm ni jarang pakai kasut. Sabar je la. Try topi lak mmg tak lekat la atas kepala. Letak jer dia buang! Isshhh...cemana ni?

Hari Ahad pegi wedding kat Meru. Anak sepupu bapak mentua kahwin. Dua-dua still study lagi.


Byk duit budak2 skrg ni. Belum abes study dah kawen ;-).

Ok, balik from wedding pegi kedai tayar plak. Nak tukar tayar keta & buat allignment keta. Dah hazab giler. Memula igt nak tukar 2 biji jer. Skali org tu kata, tayar belakang pon tak boleh pakai dah. Kena la tukar jugak. Dari 2 jadik 4! Bukan takat tu jer...absorber lak katanya dah bocor. Aiseh...mmg byk tul kena kuar duit. Sabar je la.

Balik dari kedai tayar, singgah kejap di Fella Design. Dah dekat kan...Kata Fella ada sale. Harus la pegi cuci-cuci mata ;-). Mmg berkenan la tgk L-shape dia. Tapi even after discount pon mahal lg. Murah lagi L-shape kat Ikea yg aku tgk aritu.

Tapi barang2 kat Fella Design mmg cantik la. Abes 1 kedai aku tawaf ;-). Kat situ ada tmpt mainan utk budak2. Tapi level yg paling atas aku kurang berkenan skit brg2 dia. Byk design utk mak-mak datin. Paham2 jer la cemana design nya ;-).

Ok, itu saje aktiviti kami dihujung minggu.

3 comments:

MOMMY NADIA said...

Ziqri dah 1 year..happy birthday Ziqri! ;)

ReActivate said...

::: salam zahira, ini zahira yg baru beli ruma baru tuh yeee? [huhu] mood untuk beli perabot rumah masih segar lagi ni.. sonok baca kisah hari minggu zahira, macam2 kisah. kat KL mmg susah nak cari kasut yg murah2, maybe ada tapi susah nak cari, kalo ada pon kedai bundle atau pasar mlm. kat JB ni ada gak ler kasut berjenama tapi cop 'buatan gombak' ler.. harga bawah RM50 oklah tuh. lagipon saya selalu masuk hutan & air, kasut sukan mahal2 sayang plak nak direndam dlm air atau lumpur [huhu].. jadi beli versi 'gombak' jer laa. ikea mmg cantik design dia, murah plak tuh. tapi better beli kedai perabot cina biasa ajer sbb rumah kakak saya di TTDI dulu banjir, semua perabot ikea dia mengembang bila kena air.

::: happy belated birthday to ziqri! thanx zahira singgah di blog saya..

zahira said...

nadia - esok baru 1 year old ;-)

reactivate - sonok tgk aktiviti yg u buat kat yr blog. teringat time study dulu masuk kembara. mcm2 aktiviti buat.
umah saya tinggi tak banjir rasanya. baru jer berangan nak beli perabot. kena tgk bajet dulu baru blh beli ;-).
ziqri baru nak masuk 1 yr esok ;-). nway tq...wish.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails