CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 June 2009

Ke rumah mak bidan

Pagi tadi aku ke rumah mak bidan. Pegi urut. Mak aku risau takut2 peranakan aku tak diurut dgn betol. Sampai umah mak bidan tu...terus2 lar aku diurutnya. Sgt sakit ok! Memandangkan urat2 kat badan aku ni dah "keras".

Lepas dah urut, mak aku suruh mak bidan tu buang kahak Ziqri. Nak tau mcm mana mak bidan tu buat? Dia amik garam & limau nipis, kemudian dia jolok lelangit Ziqri. Katanya byk kahak dlm mulut Ziqri.

Nasib baik masa aku pegi umah mak bidan tu takde org. Mak bidan ni mmg terkenal lar kat kg aku nih. Selalunya mmg ramai org dtg umah dia. Siapa yg ada masalah nak pregnant ke...Nak betulkan peranakan ke...nak urut lepas bersalin ke...Pegi jer la jumpa dia. Hahaha...mcm aku tlg promosikan pulak pasal mak bidan nih. Jgn main2, doctor & nurse pon dtg carik mak bidan nih!

1 comment:

Mrs. Asida said...

Mak Bidan mana? Dekat kampung Besut?
saya pun dah lepas berpantang bersalinkan anak ke2, Arisha. umur dia pun lebih kurang dengan Ziqri. hehe.

Alang2 u pergi jumpa Mak Bidan untuk mengurut, knp tak suruh dia kuncikan peranakan? Bolehlah jarak baby 2 3 tahun. Kalau nak tambah lagi, suruh dia bukakan balik. :)

Asid nak buat juga macam tuh, tapi ceaser. Tak mengurut pun. Dah dekat habis pantang baru mengurut. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails