CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label AidilAdha. Show all posts
Showing posts with label AidilAdha. Show all posts

05 November 2012

Selesai sudah

Alhamdulillah, selesai sudah aqiqah untuk Nuha. Lega rasa. Tak payah pikir dah. Dua-dua anak pun dah buat aqiqah.

Pagi raya haji tu ingatkan nak pakaikan Nuha baju kurung pahang ni.


Baju ni actually ayahnya beli time raya puasa aritu. Excited nak tgk anak pompuan pakai baju kurung so beli sampai 2 helai! Baju ni mmg tak penah pakai lg & cadangnya nak bagi dia pakai time raya haji. Unfortunately, budak ni cepat betul besar & of course baju tak muat! Rugi RM35!


Bila baju kurung tak muat so pakai jer lah dress raya aritu. Dress ni pun pakai kejap jer by the time tghari dah tukar pakai baju yg nipis & tak panas. Ingatkan balik kampung hujan rupanya panas yg amat!

Aidiladha aritu kitorang buat aqiqah/korban dekat kampung my mom. So, lepas solat raya tu terus la ke sana. Tak sampai setengah jam dah sampai, hehehehe....Dekat jer kampungnya.


Lembu yg bakal dikorbankan. Dan proses pembayaran & akad pun dijalankan.


Masa untuk dikorbankan. Time ni aku tak tgk sebab Nuha tido. So tgk dari jauh jer. Tak nampak pun diorang sembelih.

Lepas sembelih, sesi lapah-melapah daging, bagi daging, masak & makan. Lepas makan terus balik. Tak boleh tahan dah kepanasan!

Hukum aqiqah bukan wajib tapi sunat muakkad. Sangat dituntut bagi yg berkemampuan. Rasanya majoriti dari kita yg bekerja berkemampuan untuk melakukan aqiqah/korban. Tapi bila ianya tak wajib makanya ramai yg tak ambil berat. Kalo kite boleh kumpul duit untuk pegi melancong & beli barang berjenama kenapa tidak kita mengumpul untuk melakukan aqiqah/korban kan? Sama-sama lah kite renung-renungkan :)

08 November 2011

AidilAdha yang suram

Ohhh...raya haji thn ni mmg rasa tak meriah lah! Walau pon sejak kawen ada gak time raya haji tak balik kampung tapi takde la rasa lemau cam tahun ni. Kenapa ek? Maybe sebab my mom takde kot. Sib baik la dah kawen...kalo tak, mmg raya sorang2 la aku!

Raya tahun ni lepas solat Subuh tu, sempat lagi tido balik. Hahahaha....nmpk nau mood raya tu takde. Beli brg raya pon petang nak raya tu baru gi beli. Ha...padan la muka aku semua benda pon abes! Sementara tunggu ayahnya balik solat raya tu sempat gak la aku masak lontong. Dengan bahan tak cukupnya belasah jer la masak. Yang nak makan pon bukannya org lain, kitorang jer. So, masak ala kadar cukup. Janji ada rasa!

Thn ni gambar raya family pon tarak! Kiki tak bagi kerjasama. So, tak payah bergambar. Ayah blk solat raya, kemas barang naik umah MommyNadia kejap jumpa Cik Mat & Cik Pah. Sempat gak makan. Tq :). Balik from their house terus ke Puncak Perdana. Tmpt biasa utk family gathering.

Kitorang sampai pon dah lambat. Menyinggah Secret Recipe beli kek. Time raya tu b'day Mr Hubby ;).


+Choc brownies+

So, utk gathering tu kitorang bawak kek je lah. Sampai2 terus makan. Punya la byk makanan, aku cuma makan nasi lemak & laksa johor jer. Tak larat nak sumbat semua!

+b'day boy kena pasang lilin sendiri++


Dah siap pasang lilin, so marilah kita nyanyi beramai-ramai. Yg tukang nyanyi pon budak2 ni jer yg excited tgk b'day cake ;).

+Kiki pun sibuk nak tiup lilin+

Abes acara potong kek, kitorang balik umah memandangkan ayah kena keje. Yes...sepanjang cuti raya haji ayah kerja. So, sepanjang cuti raya haji tu la aku spend berdua je ngan Kiki kat umah. *Sib baik la ada anak, kalo tak mmg bosan tahap gaban la duk umah sorang2!

Ha...bosan tak raya aji aku? Korang cemana?

18 November 2010

Salam AidilAdha 2010

Salam Aidiladha utk semua. Rasanya belom terlambat nak wish memandangkan belah pantai timur still lagi cuti raya. Aku dah start keje today. Actually tak apply cuti pon. (sgt la terasa mcm pekerja cemerlang! hahahaha)


Wah...raya aji thn ni rasa mcm tak raya jer! Mana taknya...kol 6.30 am bgn solat subuh, lepas tu aku sambung tido balik. Sedar2 dah kol 8.30 am! Hahahaha...kelam kelibut bangun bersiap! Memandangkan aku tak masak anything kat umah...so kena la bersiap cecepat ke umah MIL utk beraya & makan ;-).

Sampai sana, diorg pon baru nak makan. MIL buat nasi impit, rendang ayam, kuah kacang & lemang (beli). Lepas makan2...my bro balik my house. Kitorang? Aku 11.30 am tidokan Ziqri, ngan aku-aku skali tido. Sedar2 dah kol 3.00 pm! What a raya day for me. Mengantuk giler!

Petang, kitorang berjalan jap ke umah Uncle Id dekat Subang Bestari sana. Dia buat bbq. Time raya aritu x sempat tak ke sana...so, this time pegi lah.


Masa kitorang sampai tu, depa baru dok bakar2 ayam. So, kitorang lepak2 la dulu. My MIL & opah borak. Aku...menjadi pendengar yg setia jer lah.



Sambil2 dok layan Ziqri. Org lain buat apa?


Mr Hubby baca paper. Anak-anak muda yg lain sibuk dok main ping pong. Sementara nak tunggu food ready kan? Aku? Dok merakamkan gelagat2 mereka itu.

Byk makanan aritu...ada nasi hujan panas, laksa penang, spagetti, popia otak2, lauk-pauk, kuih-kuih...Wah, mmg kenyang abes la makan!


Sementara nak tunggu turn aku makan, apalagi...acara memposingkan Ziqri la...


Hahahaha...ni konon2 cam comel la tu gaya. Berposing kat taman Tok Din yg baru di make-over ;-).

Petang, dekat kol 5.30 pm baru kitorang balik Subang Jaya. Mlm lepas Maghrib, back to my house. Tu saje la aktiviti aku during raya haji. Ha...mcm tak meriah jer kan?

03 December 2009

Hari Raya AidilAdha - 27/11/09

Ini n3 mengenai Raya Korban. Kali ni kitorang wat aqiqah utk Ziqri. Actually aqiqah ni disponsor oleh En Ramli. Tq, Pak! Lega, dah buat aqiqah utk Ziqri.

Korban kali ni buat kat umah nenek aku kat Kg Lampu.



Inilah dia lembu yg menjadi korbannya, hehehe...



Acara dimulakan dgn niat utk korban. Lakiku pertama kali buat benda nih. Udah ler pakcik tu ckp klate...terkial2 dia nak memahami. Hehehe...Kelakar lak aku tgk :-).



Selesai acara penyembelihan...bermula lah sesi potong-memotong. Lepas daging dibahagi2kan, masak skit, bahagi2kan lauk2 yg dimasak maka berakhir lar acara korban utk ari itu ;-).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails