CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

05 November 2012

Selesai sudah

Alhamdulillah, selesai sudah aqiqah untuk Nuha. Lega rasa. Tak payah pikir dah. Dua-dua anak pun dah buat aqiqah.

Pagi raya haji tu ingatkan nak pakaikan Nuha baju kurung pahang ni.


Baju ni actually ayahnya beli time raya puasa aritu. Excited nak tgk anak pompuan pakai baju kurung so beli sampai 2 helai! Baju ni mmg tak penah pakai lg & cadangnya nak bagi dia pakai time raya haji. Unfortunately, budak ni cepat betul besar & of course baju tak muat! Rugi RM35!


Bila baju kurung tak muat so pakai jer lah dress raya aritu. Dress ni pun pakai kejap jer by the time tghari dah tukar pakai baju yg nipis & tak panas. Ingatkan balik kampung hujan rupanya panas yg amat!

Aidiladha aritu kitorang buat aqiqah/korban dekat kampung my mom. So, lepas solat raya tu terus la ke sana. Tak sampai setengah jam dah sampai, hehehehe....Dekat jer kampungnya.


Lembu yg bakal dikorbankan. Dan proses pembayaran & akad pun dijalankan.


Masa untuk dikorbankan. Time ni aku tak tgk sebab Nuha tido. So tgk dari jauh jer. Tak nampak pun diorang sembelih.

Lepas sembelih, sesi lapah-melapah daging, bagi daging, masak & makan. Lepas makan terus balik. Tak boleh tahan dah kepanasan!

Hukum aqiqah bukan wajib tapi sunat muakkad. Sangat dituntut bagi yg berkemampuan. Rasanya majoriti dari kita yg bekerja berkemampuan untuk melakukan aqiqah/korban. Tapi bila ianya tak wajib makanya ramai yg tak ambil berat. Kalo kite boleh kumpul duit untuk pegi melancong & beli barang berjenama kenapa tidak kita mengumpul untuk melakukan aqiqah/korban kan? Sama-sama lah kite renung-renungkan :)

3 comments:

mommyNadia said...

hoho dapat imagine kepanasan kat rumah tok hitam..
nadia pun buat yg ryan aritu, lepas masak lauk bagi2 kan sahaja..
Lagi elok kalau dapat edar2kan kepada yg miskin2..so kitorang bungkus2 pergi edar kat kawasan hujung kg..settle..Alhamdulillah...

zahira said...

Nadia - ha...boleh imagine kan? kekekeke....alhamdulillah...lega rasakan bila dah buat.

ni pun aritu diorg yg duk bagi2 daging pastu panggil org kampung datang makan kat umah tok itam.

Blog Diva said...

aik, bakpo versi gmbr dua org mek ni sopan jah. my version kain zaraa terselak sikit ;p nuha menten jah sopan gebu-gebu pun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails