CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

23 July 2009

Puting

Ziqri ada 5 botol susu Avent. And dia dpt hadiah botol susu lagi 2 set. Memandangkan aku tinggalkan Ziqri kat umah Opah dia bila aku keje, aku ingatkan nak tinggalkan jer botol susu hadiah tu kat umah opah so that aku tak payah nak bekalkan botol susu Avent everytime antar Ziqri kat umah MIL.


gift from Mak Intan & K Nadia


Masalahnya pulak...Ziqri tak reti nak isap botol susu hadiah tu memandangkan puting dia terlampau lar "cute" (kecik). Dia dah biasa isap botol susu Avent yg putingnya besar. Bila aku bagi botol susu hadiah tu...dia masukkan suma puting dlm mulut dia sampai nak tercekik dibuatnya! Terus lar tak jadik aku nak gunakan botol susu tuh. Nampaknya, aku simpan jer la botol susu tu.


Ziqri isap puting


Bila time nak tido, dia suka nak isap puting. Bila aku bagi jer botol susu (yg susu dah abis), dia isap & mata terus pejam. Lagipon itu salah satu cara nak diamkan dia. Bila nampak mcm dia nak isap puting, aku bagi lar puting Pooh tu...ini pon dia tak reti nak isap jugak! Sekejap jer dia isap puting Pooh tu, pastu dia nangis. Bila aku bagi botol susu dia, dia diam. Elok jer dia isap.



Avent Translucent Pacifier


Aisehman Ziqri...takkan ibu kena beli puting brand Avent gak? Dah ler harga puting Avent mcm dlm gmbr tu RM28.90! Mahal betul! Puting botol susu Avent pon mahal. 2 = RM19.90. So nanti bila aku nak tukar puting utk botol susu Ziqri, aku kena belanjakan RM59.70! Tu lar dah tau mahal sapa suh aku ngengada belikan dia botol Aventkan? Mana lar nak tau Ziqri ni cerewet lak. Padan muka aku!

2 comments:

Segenit Puteri Bunian said...

tunggu dia besar sket, say 3,4bln lagi ke, try bagi botol biasa. Skang memang la mulut dia kecik lagi.ok kot. dia pun makin cerdik nanti.

faerni said...

not good bg puting..
isi botol susu ngan air masak better..
botol kosong nanti senang kembung perut...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails