CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

22 April 2011

Pengalaman Menjadi Cikgu...

Oh...dok baca blog my sis yg asik dok ngadu pasal tension jadik cikgu. Aku boleh paham la perasaan dia sebab aku lagi dulu jadik cikgu, walaupon sekadar CIKGU SANDARAN!

Teringat pengalaman jadik cikgu sandaran for a few months masa kat kampung sementara tunggu grad. Walaupon cuma beberapa bulan saje...tapi sudah tak boleh tahan. Everytime balik sekolah jer kepala aku dah nyut nyut. Tahap maximum punya!

Mana taknya...kalo udah namanya pon cikgu sandaran...takkan la ko dpt kelas yg paling pandai kan? Harus lah ko kena ngajar budak2 kelas yg paling corot. Tapikan...budak-budak ni dah la otak tu tak berapa nak cerdik...perangai mengalahkan anak jin!

Cuba ko bayangkan...ko tengah dok ngajar kat depan ni, ada sorang murid pompuan ni boleh tuang air teh yg dia bawak atas meja dgn tak semena-menanya! Sampai aku pon jadik heran...asal budak ni? Sakit mental ke apa? Motif tuang air atas meja? Oh...mmg tak leh terima dek pemikiran aku dia buat mcm tuh.

Itu cite pasal murid pompuan. Murid laki?

Aku ngajar kat depan, dia siap leh bergaduh kat belakang, boleh? Apalagi...aku jerit la. Dah kalo cakap ngan intonasi biasa pon dia boleh buat derk jer...harus la aku kena bagi jeritan maut skit kan...ha, sepelaung dah dengar suara aku sampai a few cikgu datang kelas aku, hahahaha...Diorang ingatkan aku dah kena buli ngan budak2 tuh. Ada pulak, aku dok ngajar kat depan ni dia buleh dok ketuk2 pembaris atas meja. Mmg bingit la bunyi. Aku cakap skali suruh stop takmo dengarkan, so, aku amek pembaris dia aku buang kat tingkap! Siap ckp bapak dia baru beli pembaris tuh. Pedulik apa aku. Aku siap ckp ngan dia "dah la bodoh! org ajar takmo dengar. Lepas tu tak nak hormat org pulak. Otak letak kat lutut"! Dia nak komplen kat mak bapak dia pon aku dah tak pedulik. Mmg serious aku ckp camtu kat dia sampai lepas tu terus tak berani nak buat onar kat kelas aku!

Itu cerita pasal perangai...pasal kebersihan? Haiyo...pening aku! Dengan budak pompuan yg ko boleh nmpk kutu dok merayap atas rambutnya...sampai aku dok doa dlm ati jgn la kutu budak ni berjangkit kat aku. Belum lagi tgk kuku masing2 yg panjang & itam! Baju sekolah tu tak yah ckp lah kotornya. Ada tu selsema sampai ingus meleleh kat idung tak lap. Kalo ingus biasa takpe gak. Ni color ijau ko! Cuba bayangkan? Tak ke ko rasa nak termuntah??? Haiyoh!

Itu cerita pasal jadik cikgu. Orang yg keje kat ofis cemana pulak?

Mmmm...kalo ikutkan keje kat ofis lagi tension. Nak2 dapat plak boss yg "gila" & racist. Lagi sakit ati. Sekurang2nya kalo jadik cikgu leh la jugak cuti berbulan2 (time cuti sekolah)...kalo keje ofis? Terpaksa la ngadap org yg ko tak suka tu 365 hari!!! Lagiiiiii.....tensiiii!!!!

Tapi, nak wat macam mana kan? Dah namanya pon carik rezeki. Terpaksa la hadap jugak. Kalo dah tak tertahan lagi, resign jer...Or, carik keje lain. Hopefully boleh la dpt keje kat tmpt yg less stress. Tapi kalo tak dpt, terpaksa la terima.

Tu pasal la org skrg mati awal. Stress ngan keadaan sekeliling.

Ohhh...panjang plak sesi luahan perasaan aku arini. Sebab aku pon stress ngan keje skrg nih! Tired mentally & phisically!

01 August 2010

Going to Langkawi

Last 2 weeks aku ke Langkawi. 1 hari je. Ada keje kat sana. Kat sana, kitorang stay kat Grand Continental. Memandangkan sampai sana pon dah malam...so, kitorang just pegi dinner kat warung depan hotel tu. Dinner pon dah kol 11 lebih.


Order nasi orang Thai & telur mata. Sedap jugak. Harga pon murah. Tapi duduk area Kuah tak best la. Sunyi sepi. If duduk area Pantai Chenang baru best skit. Happening ;-).


Pemandangan waktu malam from my hotel window.


Pemandangan sama di waktu pagi. Tak ada yg menarik. Sebelah kiri bangunan tu ada laut. Pagi, kitorang keluar ke tempat meeting di Pasir Hitam Beach. Abes meeting kol 12 pm kami balik ke hotel.


Sebelum balik, kami dapat souvenir ni. Hahaha...tak sia-sia gi meeting sampai Langkawi ;-).

12 May 2009

He got it

My hubby got a new job :). Next month start. Kat mana? Tak yah lar cite in detail ek? Aku kasik hint lar...Rasanya kalo sebut nama company ni suma org tau. Dealing with newspaper & magazine :).

Last year, bulan 5 dia dpt offer keje yg dia buat skrg. Time tu consider as rezeki nak kawen lar.

This time pon, dpt offer lagi. Kali ni I can say rezeki anak pulak kot :D.

Semoga kami sentiasa dimurahkan rezeki, :). Insyaallah, Amin...

29 January 2009

Takde Tajuk

B4 cuti CNY aritu, dept aku ada makan2 sempena migration...





Siap ada potong cake lagi! Dgr cite another dept from SKAD will be coming here...Tak tau lar plak aku bila. Dgr cite they all start interview next month. Good luck lar yea to u all :-).

09 July 2008

Hangin satu badan

Aku hangin betol kalo jawab call cust yg kurang ajar! Pasal dia call customer service tak dapat pon nak marah...Siap cakap ngan aku, cust service tido ker? Pastu aku jwb lar masalahnya line mmg bz sbb ramai yg call...Just imagine 1 hari 4000 call...Yang nak menjawabnya cuma 20 org. Mmg tak terjawab lar diorang. Pastu boleh plak dia cakap...bukan masalah dia kalo ramai yg call...Nak jer aku jawab bukan masalah aku jugak kalo dia call tak dapat! B***h punya cust!

08 July 2008

macam-macam

Pagi tadi aku sampai lambat ofis. Jalan jam. Bila dah ujan, KL nih mula lar nak jam...Kol 9.15am baru aku masuk ofis, hehehe...

Arini takde apa lar sangat nak cite...Kesian kat 1 of my fren. Baru dpt tau the husband ada affair ngan pompuan lain. So sad!

07 July 2008

Induction course

me & Pasha at the training room


Last week, mmg penat betul! 3 hari training kat Damansara Heights. 3 hari aku kena bangun kol 6 am! Mengantuk & penat. Mana tak penatnya, 6.26 am aku dah kuar umah. Biasanya kol 7.30 am baru aku kuar umah. Jln pon masih gelap lagi time tuh. Sampai lrt KJ kol 6.50 am. Pastu kena amik lrt plak to KL Sentral. From KL Sentral aku naik bas company plak gi Damansara. Ini akan jadi rutin aku start from next week!

*******************************************************

Tadi nak pegi keje aku buat illegal u-turn kat jalan kuar umah aku. Elok jer aku u-turn, polis dah tunggu kat simpang jln. Aku tak perasan plak pakcik polis tu ada kat situ! Biasanya mmg takde. Dia tanya aku, dah biasa ker wat keje camtuh? Aku cakap ler baru first time, sbb dah lambat nak gi keje, hehehe....alasan. Sib baik tak kena saman! Kalo tak, melayang lagi duit aku...Selamat!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails