CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 November 2010

Saat yg mencemaskan

Continue kesah balik kampung, yea...

Masa ari Senin nak balik KL...time kitorang tgh duk berkemas dalam bilik...tetiba dengar org dok mengongoi...Makin lama makin kuat! Aku yg kemusykilan ni keluar la tgk...

Opah Chu

Rupa-rupanya my MIL yg dok menangis beria-ia sambil peluk Opah Chu. Sambil tu mulut dah tanya kenapa chu...kenapa chu...Aku pon nmpk Opah Chu dok terlentok tak sedarkan diri, try la letak jari kat idung dia. Takde rasa nafas! Dlm hati duk ingat benda yg tak elok dah. Dlm masa yg sama dah tak sanggup nak face lagi 1 kematian. Mcm dah ramai sgt org yg rapat & aku kenal "pergi" tahun ni.

Dlm dok kalut2 tuh, my FIL dtg baca apa yg patut sambil goncang2 badan Opah Chu & Alhamdulillah dia bernafas balik. Lega...


us@ Hospital Batu Gajah

Kitorang terus antar dia ke Hospital Batu Gajah. Sampai sana baru dia sedar & tanya kenapa kitorang bawak dia ke hospital. Katanya kalo dia nak mati biarlah mati kat umah!

Lepas dah check, rupa2nya darah dia rendah! Tu yg pengsan agaknya. Time aku tulis entry ni, Opah Chu masih lagi belum keluar hospital. Masih lagi dirawat.

Aku doakan semoga Opah Chu cepat sembuh.

29 November 2010

Ke Macy...

Wah...Sabtu lepas ujan sgt la lebatnya! Terbantut kitorang nak berjalan! Terpaksa kena tunggu ujan stop dulu baru leh kuar. Lama plak tuh!

So korang Sabtu gi mana? Kitorang ke Macy, Taipan USJ. Buying a few things for our house. Skrg kan Macy ada Christmas Sale...harus la kena pegi check it out!

Wah...Macy USJ ni ada 3 floor. Barang2 kat sini mmg menarik hati betol lah! Time ada sale giler2 nih boleh la beli kat sini, kalo idak...tak mampu la. Mahal weh! Bagi org byk duit, no problem rasanya ;-).

Curtain dia mmg cantik2. Rambang mata dibuatnya! Mmg puas la duk belek2 barang kat sini ;-). Staff pon very friendly.


Nak tau tak...Ziqri duk sini sampai takmo balik ok! Tatau la kerusi ni empuk sgt sampai dia takmo balik, or tempat ni yg buat dia tak nak balik! Sabor jer lah!

Lepas gi Macy kitorang terus balik umah. Tak menyinggah ke mana dah. Dah byk duit abes kat Macy!


Ziqri dlm keta dah tido. Angkat bawak naik umah pon tak sedar. Ngantuk sangat la tuh!

Oh...aku sgt puas hati sebab dpt apa yg aku nak ;-).

Visiting Fiqhri Iman

Yesterday we went to Puteri Heights, Rawang. Rumah my sister.


We all ke sana nak pi tgk the newborn. Dah nak dekat seminggu lahir, ni baru nak gi tgk baby. Ziqri dah bape ari asik dok sebut2 baby...baby...Ntah sape la yg ajar dia sebut baby...


This is the newborn. Fiqhri Iman. Sgt la halus comel jer. Even berat 3.2kg...tapi rasa mcm dukung Ziqri dulu time baby. Kecik sungguh!


Tak sama mcm abg Aus dulu bulat. Baby Fiqhri ni halus jer! Teringat arwah bapak selalu salah sebut nama Ziqri as Fiqhri!

Lepas ni baby Fiqhri nak balik kampung...

P/S: Utk Cik Teh yg nak tgk gambar baby Fiqhri...ni la dia!

28 November 2010

Balik Kampung

Last weekend we all balik kg. Not my kampung. Mr Hubby kampung lah @ Batu Gajah. Dah lama tak balik pon. Last balik June ritu.


Ni lah umah kampung kat Batu Gajah. Umah lama. Ntah dah berapa puluh tahun agaknya umah ni. Yang pasti, sure umah ni lagi tua dari aku, kahkahkahkah...



Lagi pon...kitorang balik kampung sbb Opah Chu nak sangat tgk Ziqri. Udah lama tak tgk Ziqri katanya (mmg lama la pun).



Lagi 1 tujuan kitorang balik kampung selain dari tgk Opah Chu & Mak Long...sebab ada wedding. Ada 2 wedding on Sunday tuh. Sedara belah my MIL. Dia ajak, aku ikut jer la ;-).


If balik kampung Mr Hubby mmg tak jalan ke mana pon. Duk jer la kat umah tuh. Bila la nak ada chan makan kuey teow Doli yg glemer itu!

Kitorang stay sana sampai Isnin. Isnin baru balik sini. Eh tapi masa nak balik KL tu kan...ada peristiwa yg mencemaskan (& lucu pon ada) berlaku. Apa dia?

Continue next entry la yea...

27 November 2010

Baby Expo

Yesterday during lunch, we went to MV ;-). Target...nak ke Baby Expo. Mmg dah lama tunggu. Igtnya, nak carik liquid cleanser Pureen. Org punya la ramai! Dok q nak amek goodie bag. Aku, harus la tak terlibat. Kang kalo q jugak ada yg tak balik ofis!

Tapikannnn.....Baby Expo kali ni tak best lah (bagi aku). Pureen takde...Pigeon takde...Nestle takde...Byk brand baru. Disebabkan tak berapa menarik, aku cuma beli ni jer...


Biscotti Heinz for Ziqri. Murah. 2 = RM7. Ha...tu jer la yg aku beli kat expo! Nak carik botol susu pon cuma ada Avent jer. Dah malas beli Avent...nak try brand lain plak. Sudahnya...aku ke Mothercare beli botol susu.
 

Beli botol cap Mothercare plak kali ni. Ada diskaun 10%. So, beli jer lah.


Ziqri memula bagi botol ni dia tolak. Sebab besar sgt agaknya, hahahaha...


After a while, dia dah get used to it ;-).

Kalo tak pegi baby expo ni pon tak terasa rugi!

24 November 2010

Dulu takut...Sekarang tak dah...


Ziqri dulu kalo letak atas motor skit punya meraung. Takut beb!


Tapi skrg dah tak takut dah. Kemain suka if dpt duduk atas motor!

Gambar ni amek masa raya haji aritu. Punya la tak ke mana kan...duk dlm umah...boring2, bawak Ziqri duk atas motor...masuk umah balik...makan2...baring2...tido! What a day!

Raya haji ni kalo tak buat korban mmg tak terasa meriahnya!

23 November 2010

Sad & happy...

Pepagi sambil dok dlm LRT tuh...bukak la fb. Skali nmpk status Teh (SIL) - papa dia dah passed away. Innalillah...Al-Fatihah utk arwah. Semoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

Mmmm...my father passed away on the 5th day of AidilFitri. Papa Teh plak passed away on the 7th day of AidilAdha. Tahun ni mcm rasa ramai plak org2 yg terdekat meninggal! Diharapkan Teh, Ema & family tabah menghadapi dugaan ni. Walaupon aku tak kenal papa personally tapi sbb aku penah kehilangan mmg tiba2 rasa sayu jer...

Ok, enuff sad story. Ni happy story plak. Petang tadi my sis selamat delivered a baby boy. 3.2kg @ Hospital Sg Buloh. Baby boy name Firzan Addin.

Wah...cucu Wa bertambah lagi sorang boy. Skrg sudah ada 4 boys & Tihani will be the only girl (for the time being :-P). Tak dapat nak dibayangkan if semua boys bergabung. Harus gamat umah Wa nanti!

22 November 2010

Nak duit FREE???

Korang nak duit FREE? Korang umur below 35? Meh la join YouthSays!

Kalo korang nak join, KLIK SINI.

YouthSays ni apa? Ala, YouthSays lebih kurang mcm Nuffnang la jugak. Bila dah jadik member, korang akan dibayar bila korang promote their campaign or jawab survey. Bila dlm akaun dah ada RM50, boleh la cash out. Senang kan?

Actually aku dah join 1 yr. Tapi...biasa la aku nih, bab-bab org nak bagi duit FREE malas nak usaha ;-). Malas nak promote2 campaign. Sudahnya...sampai sekarang la tak cecah RM50 lagi. Hahahaha...

Sekarang nak rajin skit la. Nak dpt duit FREE ;-P. Jom la join!

21 November 2010

Baik U simpan...

Sebelum kisah tetamu-tetamu kitorang datang...


This is my FM collection. Ada jugak yg dah ilang. Ada yg pecah masa pindah aritu. Ada jugak yg aku beli tp lupa letak kat mana (mana la FM fish aquaria aku)! FM ni ada yg aku beli sendiri bila pegi jln2 & ada jugak yg bagi as souvenir ;-). Mmg aku suka collect FM.

So, aritu Mr Hubby cakap ngan aku baik aku simpan FM-FM tu semua memandangkan ramai budak2 nak datang. Eh budak...kenapa la ko minat sgt ngan FM aku kan?

Tapi tak kuasa la aku nak simpan. Penat seh...everytime ada budak2 nak dtg, aku kena simpan. Lepas diorang balik letak balik. Kalo la FM aku tu penuh 1 fridge...tak ke penat nak susun & simpan balik??

Betol tak?

20 November 2010

Menerima kunjungan...

Last weekend, datuk sedara Mr Hubby belah mak dtg umah. Aku mmg pening kalo org nak dtg umah. Bukan pening apa...Pening pikir nak masak apa!

Sib baek la diorang nak dtg petang. So, takde la pusing sgt nak pikir masak yg susah-susah ;-P.


Memandangkan diorang dtg petang...so, aku buat menu minum petang jer la. Aku buat karipap & goreng keropok lekor.

MIL plak bermurah hati nak goreng mee. Cantik lah! Dia bawak kuih bom instant jugak. So, agak penuh jugak la menu atas meja aku tu ;-).

Lepas Maghrib baru depa balik.

Tapikan...diorang agak gerun bila anak2 diorang pegi kat balcony. Mmmm...takut jatuh agaknya ;-). Maklumla...rumah depa terrace kan? Harus la mcm takut-takut bila anak pegi kat balcony tu.

19 November 2010

Jom derma darah


Dekat ofis aku aritu ada buat aktiviti derma darah. Eh...korang pernah derma darah?


Antara mereka-mereka yg "berani" menderma darah. Aku tak terlibat dlm aktiviti ini yea ;-). Dulu masa kat uni teringin nak derma darah tak boleh la pulak. Sebab? Underweight ok! Jgn tak tau...aku dulu kategori underweight tuh!


Sekarang dah overweight ;-). Kalo ikutkan mmg dah boleh la nak menderma darah. Tapi...eh, tak berani lah!

Nak marah pon tak sampai hati...


Ha...tgk la muka Ziqri...suci murni jer ok! Mcm tak bersalah langsung! Aku nak marah pon tak jadik. Nak tergelak ada!

Nak tau kenapa?

Dia capai mug air aku kat tepi meja tu. (Sib baek la air nescafe ice. Kalo air panas? Haru...) Pastu air tu tumpah ke lantai...ada la skit2 masuk mulut dia. Yg kelakarnya...muka dia kelat2 jer minum air nescafe ice tuh! Tu yg tak jadik nak marah! Kelakar, ok!

Moral of the story: Jgn letak barang2 kat tepi meja. Tak sangka dia dah boleh sampai pegang meja tu!

18 November 2010

Salam AidilAdha 2010

Salam Aidiladha utk semua. Rasanya belom terlambat nak wish memandangkan belah pantai timur still lagi cuti raya. Aku dah start keje today. Actually tak apply cuti pon. (sgt la terasa mcm pekerja cemerlang! hahahaha)


Wah...raya aji thn ni rasa mcm tak raya jer! Mana taknya...kol 6.30 am bgn solat subuh, lepas tu aku sambung tido balik. Sedar2 dah kol 8.30 am! Hahahaha...kelam kelibut bangun bersiap! Memandangkan aku tak masak anything kat umah...so kena la bersiap cecepat ke umah MIL utk beraya & makan ;-).

Sampai sana, diorg pon baru nak makan. MIL buat nasi impit, rendang ayam, kuah kacang & lemang (beli). Lepas makan2...my bro balik my house. Kitorang? Aku 11.30 am tidokan Ziqri, ngan aku-aku skali tido. Sedar2 dah kol 3.00 pm! What a raya day for me. Mengantuk giler!

Petang, kitorang berjalan jap ke umah Uncle Id dekat Subang Bestari sana. Dia buat bbq. Time raya aritu x sempat tak ke sana...so, this time pegi lah.


Masa kitorang sampai tu, depa baru dok bakar2 ayam. So, kitorang lepak2 la dulu. My MIL & opah borak. Aku...menjadi pendengar yg setia jer lah.



Sambil2 dok layan Ziqri. Org lain buat apa?


Mr Hubby baca paper. Anak-anak muda yg lain sibuk dok main ping pong. Sementara nak tunggu food ready kan? Aku? Dok merakamkan gelagat2 mereka itu.

Byk makanan aritu...ada nasi hujan panas, laksa penang, spagetti, popia otak2, lauk-pauk, kuih-kuih...Wah, mmg kenyang abes la makan!


Sementara nak tunggu turn aku makan, apalagi...acara memposingkan Ziqri la...


Hahahaha...ni konon2 cam comel la tu gaya. Berposing kat taman Tok Din yg baru di make-over ;-).

Petang, dekat kol 5.30 pm baru kitorang balik Subang Jaya. Mlm lepas Maghrib, back to my house. Tu saje la aktiviti aku during raya haji. Ha...mcm tak meriah jer kan?

17 November 2010

Asalnya nak jadikan collection...


Asalnya...aku beli collection ferrari ni sbb nak buat perhiasan. Actually kereta dlm box. Beli masa promo kat ofis. Mmg murah sgt la compare ngan beli kat petrol stsn.

Tapi bila tgk Ziqri nak main...aku keluarkan la dari box. 


Mmg seronok la dia dapat main car. Tetiba ada byk kereta ;-P. Abang Adam...Ziqri ada ferrari :-). Bila nak dtg sini main ngan Ziqri?


Mmg excited la dia main sambil dok tolak2 kereta tu sambil mulut dok muncung2 buat bunyi kereta. Very funny! Tapi kejap jer la mainnya...lepas tu abes suma dia tolak masuk bawah cabinet TV tuh!

Lotih den nak kemas!

16 November 2010

Nak jadik chef ke?

Tempat feveret Ziqri skrg ialah kitchen. Time ibu masak...dia pon sibuk jugak dok punggah periuk belanga! Abes suma dicampaknya! So, awal2 aku dah beringat tak boleh letak brg2 kaca or tajam kat sini. Sib baek la dia tak berani nak keluar ke balcony (dia gayat seh!)...kalo tak...harus semua benda dicampak ke bawah!


Barang2 dapur aku, kalo tak dicampaknya...dia amek buat main...


Tgk la gayanya ha...ala2 menggoreng uolls! Ziqri...goreng apa tu? Ni la akibatnya bila selalu ke dapur ngan tok ciknya, hahaha...


Lepas dah puas main...elok plak dia letak benda tu jadik perhiasan! Adoi la...kalo tak benda nih...periuk aku dia letak kat sini!


Ha...kan aku dah cakap...periuk belanga aku suma dia jadikkan permainan! Nak jadik chef ke Ziqri? Chef Ziqri...cun jugak. Kalo nak jadik chef...biar jadik chef yg hebat yea...;-).

14 November 2010

Exploring the place...

Weekend aritu memandangkan kitorang tak ke mana2...so, bawak la Ziqri main kat playground. Dekat jer ngan tmpt parking keta kitorang.

Hari-hari asik dok tgk tmpt tu tak penah pon nak bawak Ziqri main kat situ. So, kebetulan petang tu nak kuar beli lauk jap, so...kasi chan la Ziqri main sat.


Mula-mula letak tu mcm tak nak duduk. Macam takut2 pon ada gak. Lepas dah lama skit baru ok!


Oh...anak ibu dah besar la...Kaki dah boleh cecah tanah! Ziqri, mcm biasa la...bila nak amek gmbr jer...start la pandang ke lain!


2nd time suruh pose...baru dpt amek gambar nih!

Next time nak bawak dia pi swimming pool plak. Sejak pindah ni tak penah lagi bawak Ziqri mandi pegi swimming pool. Aritu jer la kejap dia pi tgk Aus mandi swimming pool.

Ooo...lagi 1 kan...memandangkan parking kitorang depan tmpt buang sampah...so, agak rajin la jugak pi buang sampah. Tapi kan...yg mengherankan kitorang...everytime buang sampah, sampah kitorang jer yg ada. Tmpt buang sampah tu bersih sentiasa. Sampaikan Mr Hubby dok tny orang lain tak buang sampah ke? Rupa2nya...arini baru dpt tau...dekat every floor ada bilik sampah! Bongok betol! Wakakaka...padan la tak penah tgk org lain buang sampah kat tmpt sampah tu!

13 November 2010

What makes a wife HAPPY?

Just look at this picture....


Do I need to tell more? ^_^.

To Mr Hubby: Tq for helping me. I really appreciate it.

12 November 2010

Doa selamat naik umah...

Last Saturday...kitorang buat doa selamat kat umah. Jemput mak2 sedara Mr Hubby jer. Ngan family & cousins aku. Ada la dlm 30 org kot. Itu pon dah penuh 1 umah!

Doa selamat start after Zuhur. Thanks to Uncle Id yg sudi datang bacakan doa even tho dia super bz. Actually hari tu dia ada byk event nak kena attend tp still jugak curik masa dtg our house.


Lepas baca doa...makan time! Food...mcm biasa la order from my FIL, hihihihih...


The 3 bujang senang. Anak-anak Uncle Id.


The makcik2 & cousins...


Makan yea...jgn tak makan ;-).  Harap2 kenyang la depa makan.


Ooo...on the 6th tu jugak is Mr Hubby's birthday. Tak sempat abes makan nasi dah nak kena potong cake. Udahnya takde la acara tiup2 lilin bagai. Gambar b'day boy pon tak ambik. Orang lain yg tukang potong keknya, hahaha...

My sis...cam biasa la, lepas semua org dah balik baru dia sampai!

Dah setel buat doa selamat ni lega rasa. Semoga umah kami aman damai...Terhindar dari segala benda/perkara yang tak baek. Amin...

What Can Money Do or Not Do?

Hahhaha...tetiba pagi-pagi dah cite pasal duit apa kes? Bukannya apa...pindah umah ni mmg byk keluar duit. Ada jer gatal tangan nak beli itu ini. 


Ye lah...dulu dok umah sewa boleh la bagi alasan takmo beli barang sebab nanti nak pindah malas nak angkutkan? Dah kalo duduk umah sendiri...tak kan takmo tgk umah cantik. Ye dok? Sekurang2nya...puas ati la tuan umah nak dok terperap dlm umah pon ;-).



Bila duit udah byk keluar tuh...harus la kena planning balik duit. So, aku pon merajinkan diri la bukak website AKPK. Eh, korang penah pegi baca website situ dak? Bagus lah. Mmg byk la tips yg aku rasa eh eh...betol la...eh, boleh guna la tips nih. Ha...kalo korang nak tau lebih lanjut pegi la website AKPK tuh. Mmg byk membantu utk planning kewangan.


Tapi dlm byk2 artikel tu...aku mmg tertarik betol ngan ayat kat bawah nih...


While our culture says money is the answer to all our problems, we also hear that money is bad: Money is the root of all evil. Money corrupts! Let’s take a look at what can money do or not do:

“It can buy a house, but not a home.
It can buy a bed, but not sleep.
It can buy a clock, but not time.
It can buy you a book, but not knowledge.
It can buy you a position, but not respect.
It can buy you medicine, but not health.
It can buy you blood, but not life.”

So you see, Money isn’t everything!

So...pandai2 lah merancang duit sendiri (ingatan pada diri sendiri).

11 November 2010

Makan kedai lagi...

Ohhh...kecik-kecik dah ajar asik makan luar jer. Nanti karang takut jadik mcm kakak Tihani pantang nampak restoran nak ajak gi makan! Matilemakkksss....kena prepare duit banyak la kalo udah asik makan luar jer!


Actually pegi makan luar ni bersebab! Hahahaha...ada je alasan malas masak kan? Bukan malas...dapur aku tak berfungsi. Ntah tak tau apa yg tak kena. Padahal dapur baru beli tak sampai sebulan. Tak tau dapur yg rosak ke...kepala tong gas yg tak betol.

Kali ni kitorang makan kat area my house. Kat Taman Batu Tiga. Wah byk rupanya kedai kat sini. Kitorang pilih makan kat gerai P'Teh Tomyam. Actually semua kedai kat situ kedai tom yam!


Kitorang order tomyam campur, telur dadar, sotong celup tepung, nasi 2, air teh o ais 2. Nak tau berapa kena? RM13 sajo. Ha, murah kan? Aku sampai tny kakak tu 2 kali berapa ringgit! Hahaha...murah sgt cam tak cayo jer...Sedap gak org tu masak.

Time Deepavali pon kitorang dinner kat sini jugak tapi this time kedai lain plak. Try kedai Sakan Tom yam! Mmg ramai lah org kat kedai dia. Order pon lebih kurang sama jer cuma telur dadar tu kitorang tukar kailan ikan masin. Kali ni makan my bro pon join sekali.

Sambil makan dok tgk org main mercun. Meriah wo! Berdentum- dentam...cantik2 plak tu mercun diorang nih! Kali ni makan utk 3 orang abes RM28. Kira ok sangat lah. Makan sedap & kenyang ;-). Puas ati. Balik boleh terus tido jer, hahaha...

Ada apa dgn roti?

I don't know what is so special about this gardenia bread (except it's expensive compare to the normal gardenia bread that I usually buy :-)). But just look at Ziqri...


Holding the gardenia bread while sleeping!


Bila aku tarik roti tu, dia tarik balik...even tho mata still pejam!

Macam-macam kerenah la anak ibu ni. But sometimes this kind of thing will make me smile ;-).

10 November 2010

Perjalanan pulang...

Ok...continue cerita balik kg, gegegege....

Masa kitorang balik KL ari Ahad aritu, jln ke KL tak jam tp jln balik Kelantan memanjang ada keta. Mau taknya...geng2 red warrior balik dari tgk Piala Malaysia. Memang meriah sungguh. Sepanjang jln tu ramai org2 yg dok kibar bendera negeri. Yang drive plak siap bagi high beam...Siap bunyikan horn. Suka la tu Kelantan menang kan? Anyway...congrats la pada pemain2 Kelantan!


Masa kitorang singgah R & R Gua Musang mmg geng2 red warrior jer yg penuh. Aku tgk MERAH jer kat mana-mana! Suka benar diorang, mcm diorang jer yg main. Hihihihi...

*************

Balik kali ni kitorang singgah makan kat Pak Boh Recipe.


Kat mana restoran ni? Kat bandar Kuala Lipis. Senang jer nak carik. Lepas Sek Clifford tu, jln terus...Kat simpang jln tu dari jauh dah boleh nampak kedai nih. Sebabnya kedai ni paling tepi & paling outstanding kat situ.


Ziqri yo yo ooo jer...mcm nak order makan kan? Padahal dia makan nasik kosong jer, hahahaha...


Drinks aku order capuccino & Mr Hubby order air soda laici kalo x silap aku. Ntah dah lupa. Ziqri suka weh minum Capuccino tuh. Agaknya sbb dia lapar kot. Balik tuh dia muntah after minum susu! So, aku tak bagi dia susu takut muntah lagi. Tu yg dpt air minum sungguh2.


Makan plak kitorang order nasi goreng Pak Bo spesel. Hahaha...nasi goreng lagik! Mcm peminat setia nasi goreng jer kitorang nih. Nasi goreng dia sedap jugak. Ayam dia pon sedap. Dia letak skali popia goreng.

Kenyang jugak makan. Harga? Boleh tahan la. Takde la mahal sgt.

Lepas makan, terus gerak balik. Sampai Subang Jaya lagi 5 minit nak kol 7 pm.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails