CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

06 September 2012

Raja Ikan Bakar

Hari raya ke 5 kitorang dinner kat luar. Yeayyy... Plannya nak ke Tok Bali tapi my bro Zeli suggest makan kat sini.


Tempat ni kat Kg Pachakan. Area Kelantan aku rasa. Betul ke Pn Blog Diva?


Kekdahnya nak makan kat sini kena booking dulu. Mana la kitorang tau. Kitorang main terjah jer. Makanya...sila la menunggu dgn penuh sabar yea. Dah la masing2 datang dgn perut kosong. Lepas tu kena tunggu lama la pulak!


Adik nasib baik tak meragam malam-malam ni. Kalo tak ilang mood nak bersantap dgn kusyuknya!


Yang dipilih oleh my mom. Ikan merah, kembong, sotong & cencaru.


Bakar dulu. Dah nama kedai pun Ikan Bakar so menu kat sini semuanya bakar jer.


Dah siap! Ours!


Ha....makan la puas-puas! Dimakan dgn nasi putih & cicah sambal kicap. Terangkat abes lah! Masing2 makan mcm piranha terkan mangsa. Maklumla lapar! Lama plak tu kena tunggu!


Adik sampai tertido! Pergghhh...mmg kenyang giler lah! Tu pun tak abes makan. Ada 4 ekor kembong tapau bawak balik.

Kos makan campur air sirap limau 2 jug & milo 2 gelas = RM175. Thanks to Ayah Do yg belanja makan :). Semoga terus dimurahkan rezeki.

03 September 2012

Bila jumpa sepupu...

Bila depa ni dah bergabung meletop semua orang pun pening kepala!!


Balik aritu, dapat la Kiki rasa naik lori Ayah Do.


Sebagai peminat lori tegar, sgt excited la dia dapat naik lori! Mcm nak roboh lori Ayah Do diorg duk lompat sana sini!


Posing bersama cousin. Eh, Adam takde rupanya!!


Muka excited & happy dapat naik lori! First time tu naik lori :).

27 April 2011

Kami baru pulang dari Sabah ;)

Sabtu lepas balik dari KK aritu, kitorang pegi umah Chu kat Puncak Perdana. Saje datang lepak kat sini. Lagipon Chu nak jumpa Ziqri. Asik dok sebut2 jer suruh Ziqri datang, so kitorang pon bawak la Ziqri pegi sana.

Dah lama pon tak ke sana. Last rasanya masa ujung tahun lepas masa dia buat BBQ.


Dua beranak ber T-shirt KK :). 


Ziqri seronok la datang sini...main sesuka hati jer....ramai dok melayan. Kat sini la tempat berkumpul family Abu Ashari lepas umah kat Kg Pandan tu dah jual.


Lepas ni gathering kat sini is first week of puasa. Sure kitorang semua akan berbuka kat sini. Dah jadik tradisi diorang sejak arwah datuk nenek masih ada.

Chu nya mmg rajin layan Ziqri. Kang dia boring2 dok umah...dia datanglah Subang Jaya main ngan Ziqri.

Rumah ni kecik jer compare ngan umah Kg Pandan dulu tapi aku suka tgk susun atur umah ni. Kemas dan cantik jer...Walaupon byk barang tapi tak nmpk serabut. Kreatif ;).

21 April 2011

Fiqhri bam bam...

Oh...ni actually kesah minggu lepas. Fiqhri datang umah. Tujuannya datang nak sign surat penolakan kuasa harta camtu lah....aku lupa! Sambil2 nak gi tgk baby Ryan.
*Oh...aritu gi tgk baby Ryan lupa nak ajak Che Pah datang umah. Tu la...byk sgt benda dlm kepala otak aku ni pikir! Dah sampai bawah baru teringat! Che Pah & Che Mat...kalo dtg sini, jemput la dtg umah. Ajak via blog, boleh? hahaha...

Budak Fiqhri ni mmg semangat betollah! Kalo bagi aku dukung...10 min je aku lalu. Berat!



{Fighri Iman}

Lagi pon tak biasa dukung budak semangat2 nih. Anak aku kan halus jer dulu masa lahir.

Masa diorang dtg tu aku mmg tak masak apa pon. Pagi tu aku makan pulut gaul nyior jer. Diorg datang aku goreng keropok ngan bagi marble kek beli kat Tesco.Tak sedap langsung. Patut la leh jual murah. Itu jer yg ada. Selalu kebetulan time diorang nak dtg umah aku mesti kekeringan bahan makanan. Yang benarnya umah aku ni pon jarang ada bahan makanan sebab aku pon jarang masak. Ni pon utk kesekian kalinya nak kena buang sayur lagi. Time beli mcm nak guna. Tapi bila dah beli tak sempat nak masak plak. Adeh...

Lepas makan ringan2...tapi tgk diorang makan cam kelaparan jer, hahaha...abes licin keropok! kitorang naik gi tgk baby Ryan. Lepas borak2, kitorang balik.

Petang aku keluar. Gi mana pon aku dah lupa...hahaha...Mana taknya...last week nya cite baru nak update skrg.

17 April 2011

Pn Zainab....

Pn Zainab dah pon selamat sampai di Jerteh kol 4 pagi tadi.

Semalam kitorang gi Seksyen 17 hantar Pn Zainab naik bas Sani Express kat situ. On time gak bas datang. 8.30 mlm sampai. Lepas dia dah naik bas kitorang balik umah. Kesian Mr Hubby tak tido. Pagi keje, petang gi amek kitorang kat Rawang pastu singgah Subang Parade lak sebab Pn Zainab nak beli kasut Scholl. Mlm gi keje!

Pn Zainab duk sini 1 week. Dia sampai ari Ahad kul 5.30 pagi. Kitorang gi amek kat Seksyen 17. Mmg dah pesan awal2 la suh dia beli tiket sampai Shah Alam. Dekat skit nak amek. Kalo tak kena gi amek kat Hentian Putra nun jauh!

Sib baik masa Mr Hubby ngan Hilal gi amek, bas dia baru sampai. Pastu sekian hal plak duk carik cincin. Cincin belah rotan Pn Zainab ilang! Dah le cincin belah rotan dia bukan cam cincin aku yg halus jer. Cincin belah rotan pon ala-ala tebal bukit. Mmg berjoli sakan la sape yg jumpa cincin belah rotan dia!

Macam-macam Pn Zainab bawak. Dia tau cucunya suka makan keropok siap sekotak bawak keropok walaupon naik bas. Ngan mangga, pauh,  dodol, cili api. Siap ngan ikan rebus uolls! Asal bawak ikan rebus, cili api ngan pauh? Sebabnya...dia nak buat sambal ikan. Dia tau aku suka makan kan...Oh, terharunya...Kalo tunggu beli brg kat sini lmbt plak dapat buat. Ni semua bahan dia dah bawak, sampai sini boleh terus buat. Sib baik Pn Zainab naik bas, kalo dia dtg sini naik kereta, aku tatau la apa lagi yg dia angkut.

Sampai umah aku, dia rest kejap, kul 8.30 am tu aku ajak dia gi mamak. Hahahha...nak buat nasi lemak, goreng bihun dia dah selalu makan. So, ajak la dia gi tapau roti canai. Nak ajak dia makan kat mamak dia tak mau. Pn Zainab ckp jauhnya nak gi beli roti canai! Hahahaha...

Memula igt nak antar dia pegi Rawang petang tu tapi mengenangkan dia belum penah lagi tido umah kitorang, so, suh la dia bermalam dulu umah kitorang smlm.

Malam tu kitorang masak mee bandung muar.

{mee bandung muar}

Kebetulan plak my sis ada bagi perencah mee bandung muar Adami. Oh...mmg senang lah buat. As easy as ABC! Especially utk org cam aku ni. Sedap pon sedap. Che Meng, next time balik Pagoh aku nak kirim.

Actually masak mee bandung muar ni sebab my in laws nak datang jumpa Pn Zainab.


Sementara tunggu they all datang kitorang lepak tgk TV. Aritu mmg kitorang tak keluar pon. Sian Pn Zainab penat dah seharian naik bas kan?

Lepak2 sambil dgr Pn Zainab dok update cite pasal org kampung. Oh, ramai sungguh cousins yg nak kawen bulan 6 nih. Izani anak Cik Man nak kawen bulan 6. Tudek anak Pak Long pon nak kawen bulan 6 jugak. Bila diorang bertunang pon aku tatau. Pn Zainab lupa nak update masa aku call agaknya, hehehe...

Byk lagi la cite sedara-mara yg dia update ;).

Kol 9.00 pm my in laws sampai. Aku dah kelaparan giler!


Lepas makan, borak2...tgk Trilogi Cinta...dlm kol 11 pm jugak la baru diorang balik.

Esok, Isnin kitorang gi keje tinggal la Pn Zainab sensorang kat umah. Ingat dia boring dok umah, rupanya byk keje dia buat dok kemas umah, lipat kain aku yg dah berbukit tu, kemas bilik ilal, hahaha...Masak lagi! Petang baru siap keje katanya. So, idok ler dia boring dok umah. Tq mok! 

Isnin lepas Maghrib tu kitorang pi antar dia kat Rawang. Punya la byk tol nak ke Rawang, sampai Pn Zainab tanya bape byk bayar duit tol? Byknya tol kena lalu. Hahahaha...

Sampai sana, lepak2 jap, minum...kol 10 pm kitoang balik.

23 February 2011

Diorang datang...

Last Sunday, my SIS dtg umah. Oh...dah lama diorang tak ke mari. Last dtg aritu masa aku buat doa selamat naik umah. Agak lama jugak lah! Memandangkan diorang nak dtg...petang Sabtu tu aku dah siap2 buatkan inti karipap. Ingat nak jamu diorang ngan karipap la.

Mlm tu ingat nak uli karipap tp sebab penat sgt tak jadi. Pepagi tu bangun, dok menggentel karipap. Baru separuh aku goreng diorang dah sampai!

My sis plak dah sesiap bawak barang2 nak masak nasi lemak. Sib baik jugak la dia siap bawak bahan sesiap. Almaklum la...umah aku ni brg2 basah tak berapa nak complete. Jarang masak la katakan! Aritu beli tembikai pon sudahnya buang, tak makan langsung. Boleh terlupa ada beli tembikai! Membazir betol. So, skrg...bila nak masak baru beli barang...kalo tak...asik beli masuk tong sampah jer...Tu nugget, fries, crab ball dah berbulan dlm fridge! Ntah bila nak abes pon tatau. Bila pegi beli barang dapur rasa suma nak!

Ok, balik pada cite my sis...sampai2 jer terus letak si kecik Fiqri, terus masak nasi lemak. Karipap aku dah siap goreng. Dapat la 18 biji. Ingatkan dah banyak la tu aku buat 18 biji...skali tak cukup da...Amboi...sedap benar ke karipap Mak Long ko ni Tihani? Siap tny tu...ada lg tak karipapnya?

Siap masak suma...Ayah Su bawak Aus & Tihani pi swimming pool. Dok serabut dlm umah, dia bawak bebudak tu pegi swim.


Memula Tihani merajuk sbb ibunya tak bagi dia pegi swimming pool. Hahaha...muncung jer. Sudahnya lepaskan jugak la pegi mandi. Jenuh Ayah Su diorang dok melayan. Lepas swimming pegi playground plak! Sampai tak nak balik umah ko! Sampai ibunya kena turun amek!

Dalam kul 2 pm baru they all balik. Diorang balik jer Ziqri terus bermaharajalela. Sebelum tu dok diam jer sbb takut ngan Aus! Hahahaha...

Nota kaki: Dok pikir cemana la kalo aku ada anak ramai!

21 February 2011

Dinner with in-laws

Last Fri, we all ke Mohd Chan Abdullah for dinner. Kitorang pegi yg kat Kelana Jaya tuh.


Ramai ok...orang kat kedai ni. Last time kedai dia 1 lot jer...skrg dah 2 lot! This is my first time eating here.

Ziqri & Tok Cik


Ziqri & ayah



Order time!!! Memasing dok tgk2 menu. Mcm2 ada!



Akhirnya, we all order siakap sweet & sour (bapak besar siakapnya!), butter prawn & udang celup tepung. Ohhh...mmg sedap lah makan kat sini. Tak percaya? Tgk ni...

*
*
*


Licin!!! Mr Hubby siap bertambah 2 kali! Yg bestnya murah bangat! Kitorang bajet ngan siakap besar giler tu mau la seratus lebih...skali Mr Hubby ckp tak sampai pon seratus.

Nota Kaki: Next time nak try goreng2 plak.

12 February 2011

Selamat Bertunang - Hasli & Huda

4hb Februari, my bro bertunang. Dengan orang dekat je. Org Besut jugak. To be exact...orang Pasir Akar ;-). Tempat aku jadi Cikgu kejap!


Hantaran pertunangan 5 berbalas 7. Alkisahnya...makcik aku lupa nak bawak pahar untuk letak barang2 hantaran! Hahaha...Nasib la labu...


Antara ahli rombongan belah kitorang. Tu pon, ada org kedai sebelah cakap ramainya rombongan kitorang! Ni baru majlis tunang...kalo majlis kawen ntah ramai mana katanya!

Ketua rombongan kitorang ayah ngah. Dok bincang duit hantaran pot pet pot pet...tarikh kenduri pot pet pot pet...lepas tu setel.


Setel bincang...sarung cincin la pulak.


Pompuan sudah...sarung cincin utk lelaki la pulak.


Cincin pon dah selamat pakai...Kite baca doa lah. Semoga majlis diberkati. Semoga apa yg dirancangkan dipermudahkan & semoga semuanya berjalan lancar...

Lastly...


Ni lah dia my SIL-to-be. Huda namanya.

Nota kaki: Selamat bertunang Hasli & Huda.

11 February 2011

Aqiqah Aisyah Arifah

Aisyah & nenek

Balik kg aritu sempat la pegi aqiqah umah Ayah Ngah. Aqiqah untuk Aisyah, anak Kak Chik. Last jumpa anak dia masa arwah bapak aku meninggal. Time tu kecik jer lagi.

with Ayah Ngah

Kitorang datang awal. Makanan tak siap lagi dah sampai ;-). Biasa la tu.

Ziqri & Ayah

Tihani & Ain

Budak2 kejap jer kamceng. Sebaya diorang nih.


Tak ramai mana pon dia jemput. Yang dekat2 jer. Family in-law Kak Chik pon datang. Wah...kagum aku tgk masing2 dok usung DSLR. Dah mcm majlis kawen plak. Ramai benar fotographer, hihihihi...


Time org baca doa selamat, Ziqri selamat tido. Mengantuk benar! Senang keje ibu, tak payah nak kejar Ziqri sana sini ;-).

Fiqhri & Wa

Aus

Qistina

Nota kaki: Amek gambar pakai digital camera jer ;-P.

10 February 2011

Balik Kampung

Cuti panjang CNY aritu we all balik kampung! Ari Rabu lagi dah cabut balik. Bertolak pukul 4 am uolls! Punya la tak nak tempuh jam! Masing2 punya la mengantuk yg amat. Maklumla...malam tu tido 3 jam jer.

All the way balik tu mmg smooth. Kereta byk tapi tak jam. 12.30 pm kitorang dah sampai Apal. Petang tu my sis sampai.

Tengok la 2 sepupu ni...

Ziqri & Aus

Memula tu elok la lagi mainnya. Maklum la...baru jumpa kan...



Lepas tu...berebut mainan. Apa yg Ziqri pegang...selalu la dirampas Aus. Mmg kena buli la Ziqri.


Bukan takat Ziqri jer kena buli ngan Aus...Abg Adam pon kena buli jugak. Sampai satu tahap bila Aus datang dekat Ziqri, Ziqri cecepat lari. Takut! Hahahaha...

gambar lawak Aus!

Bila cucu-cucu semua balik...tunggang-langgang umah Wa. Pening! Tu belum Fiqhri besar lagi! Bayangkan la nanti bila 4 cucu lelaki bergabung...Mau pecah la umah Wa ;-P.

Nota kaki: Waiting for cucu no 6 this year. Boy ke girl? Sama-sama la kite tunggu ;-).

09 February 2011

Alfatihah untuk Opah Chu

1 Februari...

Pagi tu dpt berita Opah Chu meninggal.

@ Hospital Putrajaya

After a few months sakit, akhirnya, Opah Chu pergi jugak. Pergi ketika berumur 83 tahun.  Lepas dapat berita tu, kitorang terus ke Presint 11. Opah Chu meninggal kat situ.

Masa we all sampai Presint 11, kami diberitahu mayat Opah Chu dah di bawa ke Masjid Putra.

Masjid Putra @ Putrajaya


Kitorang terus la bergegas ke sana. Sampai sana, Mr Hubby terus ke bilik jenazah.

Ziqri

Me & Ziqri tunggu la kat atas sebabnya...my MIL byk pantang larang tak boleh bawak budak tgk mayat...Makanya aku dok la melayan Ziqri kat tmpt yg luas tuh. Mmg penat la weh....Tak reti nak duduk diam! Ada jer tmpt dia nak jelajah!

Setel urusan jenazah, mayat dibawa ke perkuburan Presint 20. Me & Mr Hubby tak ikut sbb my MIL tak bagi (sebab bawak Ziqri). So, kitorang pegi isi perut dulu lah. Lapar beb!

mee rebus

One of my FB friend suggest to eat mee rebus at Presint 9 (kalo aku tak silap). Katanya the best mee rebus! So, kasik try la. To me...the best mee rebus I've tried was at Shell Cafe @ Singapore. Perghhhh....mmg sedap giler!

Lepas makan...balik semula ke Presint 11. Tunggu they all balik dari kubur.


Ziqri kemain excited dpt duduk dlm walker. Almaklum la...selama ni tak penah merasa duk dlm walker :-). Siap takmo keluar tuh!

Petang we all balik umah & after Maghrib datang lagi ke Presint 11 untuk tahlil. Dekat kol 12 mlm baru sampai Indahria!

Nota kaki: Semoga roh arwah Opah Chu ditempatkan dikalangan org yg beriman. Amin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails