CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

21 January 2013

Every Saturday


Bermula tahun ni, di sinilah tempat aku menghabiskan masa every Saturday. For this semester subject yg aku amik class on Saturday jer. Baguslah, Sunday boleh relaks. Next semester tak tau la lagi mcm mana. Oh, syukur Alhamdulillah. 1 of my azam which is to further study dah tercapai.

Ada jugak yg tanya...kenapa sambung study? Boleh tak aku jawab sebab cita-cita nak jadik fulltime housewife tak tercapai? Kahkahkahkah...Eh tapi itu adalah serius! Memang sgt bercita-cita untuk jadik fulltime housewife tau! Memanglah org cakap jadik fulltime housewife penat. Tapi bekerja & balik umah nak uruskan rumahtangga lagik jadik double penat!

Eh tapi aku macam dah menyusahkan diri sendiri dengan bekerja, uruskan rumahtangga & study! Hahahaha...baru sedar! Tapi takpe. Ada sebab aku sambung study. Harap2 apa yg aku impikan tercapai. Insha Allah.

Seronok jugak study ni. Boring dah dok ulang rutin yg sama for the past few years. Nak la pulak buat benda lain kan. Bila dah study dapat kawan baru. Mcm2 org aku kenal. Boleh tukar2 experience. Dan aku adalah sgt kagum bila tgk perempuan yang dah berumur masih lagi study. Serious saya kagum! Kuatnya semangat diorang ni.

Harap-harapnya aku dapat abeskan study ni dalam masa 2 tahun.

Terima kasih kepada en suami yg sanggup hantar & amik aku pegi balik class. Terima kasih jugak sebab izinkan aku sambung study balik. Terima kasih pada in-law yang sanggup tolong jagakan budak2 bila time aku pegi class. Bila class abes mlm budak2 terpaksa tinggalkan dekat sana sebab by the time balik dah pukul 12 mlm.

Dan paling penting semoga aku diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan study ni. Amin.

19 December 2012

27 September 2012

Hibernate Mode

Hibernating from blogging for a while because of this...


and this...


What is this for? Wait till you see the end product :). I think many of u can guess what is this for kan? Current phenomena for the photo world :).

Masa mula-mula buat tu excited la sgt. After a while, jenuh & bosan la pulak nak siapkan 80 photos! Ada lagi 33 photos to go. Pergghhh...Good luck to me!

21 September 2012

Raya Upin Ipin

As a member, aku dapat invite to Majlis Raya Upin Ipin organized by LesCopaque.So, aku pun call la diorg utk buat reservation. First time nak pegi ni majlis ni. Bagitau Kiki seronok sgt la dia.

Ari Sabtu tengahari tu kitorang gerak pegi SpaceU8 utk majlis raya Upin Ipin. Every year pun buat kat situ. Ooo...kalo dtg majlis raya Upin Ipin ni jgn expect la nak makan sedap2. *aku la tuh. Eloknya before pegi makan dulu kenyang2. Lagi la kitorang pegi pukul 2 pm...makanan pun dah tinggal baki-baki jer. Sedih! Kat tmpt media jer nmpk mkn sedap2. Tak aci betul!


Masa kitorang sampai tu, nampak la 2 mascot ni. Ehsan ngan sapo ntah. Kalo tanya Kiki dia tau la. Upin & Ipin takde. Agaknya Upin Ipin belah pagi kot.


Nuha mcm biasa kalo pegi jalan2 ni la tempatnya :).


Kak Ros pun ada! Kak Ros keluar jer budak berkerumun pegi. Aku suh Kiki pegi amik gmbr sama Kak Ros tak nak dia! Apa la!


Ada aktiviti utk budak2. Nyanyi la, menari la. Sape yg naik atas stage tu dapat duit raya RM10. Puas tolak Kiki suh naik ramai2 ngan budak lain tak nak! Huh...pemalu la konon!


Tak tunggu lama kitorang balik. Makan pun mcm nak bagi tak nak bagi. Kacang utk kuah kacang dia mak aiii...besar giler! Mcm tak ikhlas jer nak bagi org makan. Buat la elok2 skit LesCopaque oi! Tau la bagi org makan free tapi jgn la sampai mcm tu skali.


Rasanya cukup la sekali ni jer pegi raya Upin Ipin. Next year tak pegi dah kot. Makan free what to expect kan?

05 March 2012

Semoga dipermudahkan

As of today...I still bf Nuha walaupun tak sepenuhnya. Still campur dgn fm sbb my milk supply not enough for her.

Tapi...aku masih bersemangat nak fully bf Nuha. Saya se-ri-us! Buktinya....

*
*
*


Barang2 untuk bf dah beli. Beli dekat LittleWhiz. Mmg save byk la beli brg2 tu dekat LittleWhiz. Contohnya...if beli Medela Swing (ni jer mampu, nak beli FS kang takut hangat2 tahi ayam ;D) dekat Parkson, price dah RM799. Beli dekat LittleWhiz, with that price I can get all the above item! 

For the time being, aku masih lagi tak pump secara konsisten. Still tercari2 time yg sesuai untuk pumping.

Macam mana nak pump secara konsisten, baru nak start pump, Nuha bangun tido. Kalo tak Nuha bangun, karang si abang nak susu la, nak berak la...Macam2! Time aku duk bersenang-lenang takde plak dia mintak suma tu! Haih! Cabaran betul!

Now, me still lg dlm process nak bykkan susu (dah lebih 40 days susu still x byk). Nampaknya nak kena pegi carik ubat untuk bykkan susu la. Baca kat internet ada kata halba boleh bykkan susu. Tapi belum try lagi. *apa la rasa agaknya...

Disebabkan susu pun tak berapa masyuk lagi, so me takde la beli freezer utk simpan stok. Kang beli takut susu takde (boleh plak pikir camtu). Ni pun tgh duk pikir2 lagi nak beli bottle warmer ker tak...Mmmm...

Fuhhh...byk jugak modal permulaan utk fully bf ni yea...

16 February 2012

Masuk Magazine U!

Hahahaha...tajuk gempak tu!


Ok, sape ada beli magazine Cosmopolitan bulan Jan 2012? Apa yang menarik? Tgk la gambar kat bawah ni ;).



Apa yg aku tulis masuk magazine u! Hahaha....gigih tulis hantar kat diorang dengan harapan terpilih sebagai surat pilihan so that I can win a perfume.

Tapi...setakat terpilih jer tapi tak menang! So, takde la dpt hadiah.

Korang penah tak tulis something for a magazine?

Actually bukan utk magazine ni jer aku tulis. Ada a few magazines that I've submitted tapi tak menang. Semua yg aku hantar tu hadiahnya perfume. Sudahnya...aku beli sendiri perfume online. Frust! Tak dapat perfume free!

04 February 2012

Longgg holidayyyy....

Cuti 4 hari...mana uolls pegi? Sure ramai yg balik kg & pegi jalan2 kan? Me? Menghabiskan masa berpantang kat umah sajo. Not going anywhere sampai la abes pantang! Lama lagi tuh nak kena terperap dalam umah ni...Tapi takpe lah!

Oooo...actually, bulan Jan aritu, 14 - 17hb kitorang dah beli tiket pegi KCH...tapi disebabkan dah sarat nau preggy makanya, we all decided utk tak pegi. So, burn la tiket yg dah dibeli a year ago! Tak pasal2 "menderma" kat Pak Tony...Kalo derma kat anak yatim pun dapat pahala!

Tapi nasib baik gak la kitorang amek keputusan utk tak pegi. Sebabnya....17hb tu aku dah terberanak! Hahaha...Ada jugak hikmahnya tak dapat pegi KCH!

Nampaknya, belum ada rezeki lagi la nak jejak KCH. Takpe...insyaallah, ada rezeki & dgn izinNya...dapat jugak la kitorang pegi sana nanti 1 day! Masa kekecik dulu penah duk KCH tapi masa tu aku baby lagi...Mana tau apa kan...So, mmg berhajat jugak la nak pi jln2 kat KCH ni...

Takpe...takpe...ada rezeki boleh la pegi. Boleh bawak Nuha skali ;). Tiket yg aku burn aritu harga RM248 for 3 pegi balik...Murahkan? Hopefully next time AA buat promo boleh dpt rege yg camtu...Kalo tak, tak pegi la jawabnya!

Lastly, selamat bercuti panjang uolls!

02 February 2012

We're Home!


Finally...1 Feb...Nuha dah boleh discharged after she gained 1.84kg. She was born with the weight of 1.660 kg. After 15 days at hospital - the longest ever stayed at hospital. Mmg rasa "lemau" giler duk lelama kat spital!

It's good to be back home! Really miss my home. Miss Kiki jugak of course!

Itu pun sebelum balik mcm2 Dr Nurul bagi pesanan...Almaklum la kan...baby premature!

Hopefully Nuha membesar dengan sihat. Tak mau stay kat hospital lelama lagi...

23 January 2012

Gong Xi Fa Cai!

Happy Chinese New Year! It's a dragon year! Banyak ong...

Sure ramai yang pegi holiday kan? Almaklum la...long public holiday kan?

Me? Today i'll be spending my "holiday" with my baby @ UMMC!

Nuha Dzakirah Binti Mohd Najib

Yes...i just delivered a baby girl on 17 Jan 2012 @ 7:34pm, 33++ weeks, 40cm - emergency ceasarean.

Nampaknya Nuha pun tak sabar nak keluar & celebrate CNY ;). Kalo ikutkan EDD, sepatutnya 2/3. *aku mmg selalu bersalin awal ;).

25 December 2011

Hilang!

Arrrggghhhh.....tensionnya! Mana la plak gambar2 Langkawi aku ni? Bila buka pendrive tinggal gambar ni jer!


Adoiiii....mana nak carik ni! Grrrr.....Dekat desktop tak tgk lagi...Hopefully ada la. If not, ada jugak yg kena pegi Langkawi lagik skali nih!

Time pegi Langkawi ni, kitorang pegi berdua jer...Kiki tinggal. Time tu Kiki is about 5 months. Kiranya first time berjalan without Kiki!

Mmmm...mmg kena plan pegi Langkawi lagi nih...with Kiki! *Thn bila tak tau la...

Asik nak berjalan jer keje nya...duit ada ke tak? Hehehehe....Tapi berjalan tu penting tau:

MEREKA YANG SERING BERCUTI MEMPUNYAI KUALITI KESIHATAN YANG MEMBANGGAKAN BERBANDING MEREKA YANG TIDAK SUKA PERGI KE MANA-MANA.

30 April 2011

BW memang berkesan, TAPI...

Dah banyak aku baca kat blog yg bagi tips kalo nak up traffic kena la rajin BW. Tak dinafikan aku ni mmg malas nak BW. Sebabnya....

Ni la jadiknya bila aku dok BW....
per
*
*
*



Aku dok ngadap lappy BW...dia dok buat hal sendiri..kemain lagi dia. Abes Huggies dikeluarkan...


Mmg sakan lar dia dok main ngan Huggies tu...



Mentang2lah aku diam jer kan...ho, sakan dia ko main!

Ni lah sebabnya aku jarang BW. Aku dok asyik BW, dia pon asyik dok sepah selerak kan barang. Kadang2 nak update blog pon tak aman!

Lagi satukan...skrg bila aku bukak jer lappy, dia pon sibuk la dok "mak...mak...". Tau "mak" tu apa? Dia nak suh aku bukak youtube Ustaz Zulkarnain. Mmg feveret la kalo dpt tgk Ustaz Zulkarnain tuh. Confirm dok diam!

Kalo aku bukak youtube kartun or nyanyi2 ABC ker, 123 ker...dia tgk la kejap pastu bising suh bukak Ustaz Zulkarnain. Mmg idola Ziqri lah Ustaz Zulkarnain tuh!

Kalo kat TV...dia mmg minat Indahnya Iman. Kalo bukak channel Oasis time Indahnya Iman tu mmg aman la aku. Buleh la nak buat keje tanpa gangguan. Dia akan tgk rancangan tuh sampai abes. Kalo ada sape yg tukar channel lain bising lah dia. Mmg kalo time Indahnya Iman tuh takde sape la buleh nak kacau dia ;).

22 April 2011

Pengalaman Menjadi Cikgu...

Oh...dok baca blog my sis yg asik dok ngadu pasal tension jadik cikgu. Aku boleh paham la perasaan dia sebab aku lagi dulu jadik cikgu, walaupon sekadar CIKGU SANDARAN!

Teringat pengalaman jadik cikgu sandaran for a few months masa kat kampung sementara tunggu grad. Walaupon cuma beberapa bulan saje...tapi sudah tak boleh tahan. Everytime balik sekolah jer kepala aku dah nyut nyut. Tahap maximum punya!

Mana taknya...kalo udah namanya pon cikgu sandaran...takkan la ko dpt kelas yg paling pandai kan? Harus lah ko kena ngajar budak2 kelas yg paling corot. Tapikan...budak-budak ni dah la otak tu tak berapa nak cerdik...perangai mengalahkan anak jin!

Cuba ko bayangkan...ko tengah dok ngajar kat depan ni, ada sorang murid pompuan ni boleh tuang air teh yg dia bawak atas meja dgn tak semena-menanya! Sampai aku pon jadik heran...asal budak ni? Sakit mental ke apa? Motif tuang air atas meja? Oh...mmg tak leh terima dek pemikiran aku dia buat mcm tuh.

Itu cite pasal murid pompuan. Murid laki?

Aku ngajar kat depan, dia siap leh bergaduh kat belakang, boleh? Apalagi...aku jerit la. Dah kalo cakap ngan intonasi biasa pon dia boleh buat derk jer...harus la aku kena bagi jeritan maut skit kan...ha, sepelaung dah dengar suara aku sampai a few cikgu datang kelas aku, hahahaha...Diorang ingatkan aku dah kena buli ngan budak2 tuh. Ada pulak, aku dok ngajar kat depan ni dia buleh dok ketuk2 pembaris atas meja. Mmg bingit la bunyi. Aku cakap skali suruh stop takmo dengarkan, so, aku amek pembaris dia aku buang kat tingkap! Siap ckp bapak dia baru beli pembaris tuh. Pedulik apa aku. Aku siap ckp ngan dia "dah la bodoh! org ajar takmo dengar. Lepas tu tak nak hormat org pulak. Otak letak kat lutut"! Dia nak komplen kat mak bapak dia pon aku dah tak pedulik. Mmg serious aku ckp camtu kat dia sampai lepas tu terus tak berani nak buat onar kat kelas aku!

Itu cerita pasal perangai...pasal kebersihan? Haiyo...pening aku! Dengan budak pompuan yg ko boleh nmpk kutu dok merayap atas rambutnya...sampai aku dok doa dlm ati jgn la kutu budak ni berjangkit kat aku. Belum lagi tgk kuku masing2 yg panjang & itam! Baju sekolah tu tak yah ckp lah kotornya. Ada tu selsema sampai ingus meleleh kat idung tak lap. Kalo ingus biasa takpe gak. Ni color ijau ko! Cuba bayangkan? Tak ke ko rasa nak termuntah??? Haiyoh!

Itu cerita pasal jadik cikgu. Orang yg keje kat ofis cemana pulak?

Mmmm...kalo ikutkan keje kat ofis lagi tension. Nak2 dapat plak boss yg "gila" & racist. Lagi sakit ati. Sekurang2nya kalo jadik cikgu leh la jugak cuti berbulan2 (time cuti sekolah)...kalo keje ofis? Terpaksa la ngadap org yg ko tak suka tu 365 hari!!! Lagiiiiii.....tensiiii!!!!

Tapi, nak wat macam mana kan? Dah namanya pon carik rezeki. Terpaksa la hadap jugak. Kalo dah tak tertahan lagi, resign jer...Or, carik keje lain. Hopefully boleh la dpt keje kat tmpt yg less stress. Tapi kalo tak dpt, terpaksa la terima.

Tu pasal la org skrg mati awal. Stress ngan keadaan sekeliling.

Ohhh...panjang plak sesi luahan perasaan aku arini. Sebab aku pon stress ngan keje skrg nih! Tired mentally & phisically!

17 April 2011

Pn Zainab....

Pn Zainab dah pon selamat sampai di Jerteh kol 4 pagi tadi.

Semalam kitorang gi Seksyen 17 hantar Pn Zainab naik bas Sani Express kat situ. On time gak bas datang. 8.30 mlm sampai. Lepas dia dah naik bas kitorang balik umah. Kesian Mr Hubby tak tido. Pagi keje, petang gi amek kitorang kat Rawang pastu singgah Subang Parade lak sebab Pn Zainab nak beli kasut Scholl. Mlm gi keje!

Pn Zainab duk sini 1 week. Dia sampai ari Ahad kul 5.30 pagi. Kitorang gi amek kat Seksyen 17. Mmg dah pesan awal2 la suh dia beli tiket sampai Shah Alam. Dekat skit nak amek. Kalo tak kena gi amek kat Hentian Putra nun jauh!

Sib baik masa Mr Hubby ngan Hilal gi amek, bas dia baru sampai. Pastu sekian hal plak duk carik cincin. Cincin belah rotan Pn Zainab ilang! Dah le cincin belah rotan dia bukan cam cincin aku yg halus jer. Cincin belah rotan pon ala-ala tebal bukit. Mmg berjoli sakan la sape yg jumpa cincin belah rotan dia!

Macam-macam Pn Zainab bawak. Dia tau cucunya suka makan keropok siap sekotak bawak keropok walaupon naik bas. Ngan mangga, pauh,  dodol, cili api. Siap ngan ikan rebus uolls! Asal bawak ikan rebus, cili api ngan pauh? Sebabnya...dia nak buat sambal ikan. Dia tau aku suka makan kan...Oh, terharunya...Kalo tunggu beli brg kat sini lmbt plak dapat buat. Ni semua bahan dia dah bawak, sampai sini boleh terus buat. Sib baik Pn Zainab naik bas, kalo dia dtg sini naik kereta, aku tatau la apa lagi yg dia angkut.

Sampai umah aku, dia rest kejap, kul 8.30 am tu aku ajak dia gi mamak. Hahahha...nak buat nasi lemak, goreng bihun dia dah selalu makan. So, ajak la dia gi tapau roti canai. Nak ajak dia makan kat mamak dia tak mau. Pn Zainab ckp jauhnya nak gi beli roti canai! Hahahaha...

Memula igt nak antar dia pegi Rawang petang tu tapi mengenangkan dia belum penah lagi tido umah kitorang, so, suh la dia bermalam dulu umah kitorang smlm.

Malam tu kitorang masak mee bandung muar.

{mee bandung muar}

Kebetulan plak my sis ada bagi perencah mee bandung muar Adami. Oh...mmg senang lah buat. As easy as ABC! Especially utk org cam aku ni. Sedap pon sedap. Che Meng, next time balik Pagoh aku nak kirim.

Actually masak mee bandung muar ni sebab my in laws nak datang jumpa Pn Zainab.


Sementara tunggu they all datang kitorang lepak tgk TV. Aritu mmg kitorang tak keluar pon. Sian Pn Zainab penat dah seharian naik bas kan?

Lepak2 sambil dgr Pn Zainab dok update cite pasal org kampung. Oh, ramai sungguh cousins yg nak kawen bulan 6 nih. Izani anak Cik Man nak kawen bulan 6. Tudek anak Pak Long pon nak kawen bulan 6 jugak. Bila diorang bertunang pon aku tatau. Pn Zainab lupa nak update masa aku call agaknya, hehehe...

Byk lagi la cite sedara-mara yg dia update ;).

Kol 9.00 pm my in laws sampai. Aku dah kelaparan giler!


Lepas makan, borak2...tgk Trilogi Cinta...dlm kol 11 pm jugak la baru diorang balik.

Esok, Isnin kitorang gi keje tinggal la Pn Zainab sensorang kat umah. Ingat dia boring dok umah, rupanya byk keje dia buat dok kemas umah, lipat kain aku yg dah berbukit tu, kemas bilik ilal, hahaha...Masak lagi! Petang baru siap keje katanya. So, idok ler dia boring dok umah. Tq mok! 

Isnin lepas Maghrib tu kitorang pi antar dia kat Rawang. Punya la byk tol nak ke Rawang, sampai Pn Zainab tanya bape byk bayar duit tol? Byknya tol kena lalu. Hahahaha...

Sampai sana, lepak2 jap, minum...kol 10 pm kitoang balik.

14 April 2011

Ada HANTU ke?

Balik umah tadi...masa nak bukak pintu umah tetiba ada sorang pompuan tegur...

P: Assalamualaikum...Saya dok umah bawah.
Sambil tangan dok tunjuk umah dia. Umah dia sama row ngan neighbour sebelah kanan umah aku.

Aku: Wa'alaikumussalam...

P: Saya nak tanya skit boleh?

Aku: Boleh, nak tanya apa?

P: Mmmm...mlm2 ada tak dengar bunyi guli jatuh or orang tarik furniture?

Haaa...time ni aku dah pandang muka Mr Hubby. Sebabnya....kitorang penah dengar benda yg sama! Tapi tak la selalu. Kadang2 jer. Aku suspek org umah atas aku ni. Asal kol 12 tgh malam jer dok tarik tarik furniture or bunyi tolak tolak kerusi! Sebab diorang baru pindah, so kitorang ingat diorang still dok mengemas lagi la!

Aku: Ada gak kadang2 dengar...

P: Smlm ada dengar tak bunyi orang tarik furniture? Kuat sgt!


Aku: Takde plak
Tapi Mr Hubby kate mlm tadi dia ada dgr!

P: Smlm sampai ada Cina bawah umah saya ni ketuk pintu umah saya kol 12 tgh mlm marah2 saya. Dia kate dia nak tido tak boleh sebab saya dok tolak tarik furniture. Masalahnya...saya pon dengar benda yg sama!

Aku: haaa...

P: Cina tu baru pindah umah tu. Before this melayu yg duduk. Tapi dia dah pindah sebab dia bgtau husband saya dia dah tak boleh tahan.

Lepas abes dok cite tuh, pompuan tu pon blah. Haiyo...meremang bulu roma aku bila di ingatkan balik conversation tuh!

Misteri apakah?????

19 March 2011

Diam tandanya....?

Diam tandanya setuju? Itu cuma boleh diguna pakai oleh org dewasa. Kalo untuk anak-anak...if diam tu meaning ada la keje yg dibuatnya!

Tak percaya?

*
*
*


Wah...wah...wah...bukan main seronok lagi dia yea...

Biasanya if takde org kat umah, if aku nak mandi...aku akan tutup pintu bilik. At least Ziqri kalo main pon cuma dlm area bilik jer. Kalo aku biarkan dia dok luar while aku plak dlm bathroom...kang ntah apa2 la yg dia buat. Takut kang dia pegi kat kitchen bukak drawer pisau. Drawer pisau mmg letak paling atas tp mana la tau skrg dia dah sampai kan...Gawat...Gawat...
So, utk langkah berjaga2...aku bawak dia masuk dlm bilik biar dia main kat dlm tu. If ada apa2 at least aku blh dgr.

Sebelum tu...suma brg2 yg boleh mendatangkan bahaya kena sorok dulu. Yg tak bahaya mcm my glasses pon kena letak tmpt paling tinggi. Kang tak pasal2 kena beli baru!

Aritu skali...time aku nak mandi, bagi la dia minum susu sambil bagi main my bb (punya la nak suruh dia diam). Skali bila dia dah abes minum susu, balance susu tu abes dia tonyoh kat bb aku! Waaarggghhhhh...Terus keypad jammed! Tekan "A" kuar "C", tekan "D" kuar "K", stress mak!
*Stress pikirkan duit nak kena kuar gi repair BB.

Dlm pada dok berkira-kira nak gi repair keypad bb tu, tertumpah plak air kat atas keypad tuh. Adoyaiii...bersabar jer lah. Tapikan...lepas kena air tuh terus elok keypad bb aku! Agaknya dia bersihkan keladak2 susu yg ada kat dlm bb tuh, hahahaha...
*selamat duit aku!

Moral of the story...jgn percayalah if anak2 korang ni dok diam jer. Ada la keje yg dibuatnya.

Nota kaki: Awasi anak anda 24-7!

18 March 2011

SALE is EVERYWHERE...

Perempuan & SALE mmg tak dapat dipisahkan. *Aku la tu...=D.
Aku mmg sangat kagum pada wanita-wanita yg tak HERAN langsung pada SALE. Mmg kental betol jiwa diorang nih! Hehehehe...

Korang jenis yg mcm mana yea???

Biasanya aku dapat info SALE from these website:


Aku siap jadi follower twitter ngan FB diorang, hahaha...So that i will get up-to-date info =D.
Tapi idok le suma SALE pon aku pegi. Giler nak pegi suma???
Setakat ambik tau jer mana ada SALE, muahahahaa....
Kadang2 rajin gak aku dok update2 FB/twitter psl SALE ni...Sharing is caring kan?

Disebabkan aku rajin dok mengupdate SALE kat FB...last week ari Sabtu masa aku dok bersantai kat umah tetiba dpt sms:

SOGO arini ada sale tak?

Lepas baca sms tu aku rasa nak tergelak pon ada gak. Dah jadik kaunter pertanyaan SALE plak aku nih, hahaha...

Bila dah lama tak update status SALE kat FB tetiba dpt msg from my fren:

Arini takde SALE ke?

Adoyaii...korang ni...mcm la aku ni PIC SALE kat Malaysia ni pulak. Aku saje jer la nak share pasal SALE ni kat korang, kot la korang nak pegi kan?

So, sape yg rajin shopping tu blh la jadikkan 3 website kat atas tu as reference ;) utuk penjimatan maxsimum, hehehe...

Nota kaki: Pilih SALE mana yg berkenan jer.

08 March 2011

Waaaaa....tak pasal-pasal melayang RM400!!!!

04 Mac...Fri...

Balik keje tu tgk jln clear. Aku pon merajinkan diri la singgah Speedmart SS17. Parking byk kosong. Tapi being me yg mmg malas nak jalan...kalo boleh nak parking betol2 depan kedai! So, dari jauh dah nmpk ada 1 parking depan Speedmart. Punya la byk parking kosong tapi parking yg itu jugak mcm dok lambai2...

Elok jer nak side parking kat situ tetiba strreeeeettttttttt.......Rasa bergoyang keta. Dlm hati...alamak!!!! Aku dah langgar keta org ke? Skali turun...sah! Terlanggar Altis! Dah ler Altis baru lak tuh! Damn!!! Nasib baik la makcik bawak Altis tu tak maki hamun aku sbb langgar keta baru dia! Tapi dia pot pet pot pet jugak la. Maklum la...keta baru kan? Tapi aku cam dengar tak dengar jer la apa yg dia bebel...rasa cam di awang-awangan jer...Panik pon ada. First time wo bawak keta dah dekat 14 tahun baru ni terlanggar keta org!

Nasib baik la keta yg aku langgar tu kena sikit jer. Keta aku la yg teruk...abes bercalar 1 pintu! Yg kemek aritu pon tak repair lagi dah nak kena repair lagi 1 pintu! Mcm tau-tau jer keta ni aku nak dapat bonus. Cis!

Lepas tu kawtim ngan makcik Altis tu...dia suh bayar RM400 jer. Sib baek la ko mintak RM400 jer! Tapi....tetap tak puas ati sebab tetiba kena kuar duit tak pasal-pasal!

Adoyai...dlm pada nak kumpul duit tu ada jer yg nak kuar! Duit ni mmg tak serasi betol ngan aku. Tak leh la nak dok diam2 dlm bank tuh! Cemana nak byk camni??? *cemana nak byk asik nak membeli jer...;)

Nota kaki: Risiko bawak keta..kalo kite tak langgar orang, orang plak langgar kite!

24 February 2011

Saya minat kamu!

Korang suka baca novel? Aku mmg minat sgt-sgt. Hobi. Antara penulis yg aku suka...Sharifah Abu Salem, Fauziah Ashari, Ma Lee Chuswan, Aisya Sofea. Tapi yg paling aku minat....NORHAYATI BERAHIM! Mmg minat sgt baca novel2 dia. Buktinya...

*
*
*


Ini antara koleksi novel Norhayati Berahim yg aku ada. Sebenarnya banyak...Tapi ada yg pinjam tak pulangkan. Buat jadik rete sendiri plaks!

Suka baca novel dia sbb kalo part yg sedih tu mmg sedih giler! Sampai aku pon boleh nangis! Mcm ala2 aku pulak watak dalam novel tu. Kalo part yg kelakar...siap aku boleh gelak. Kalo part yg romantik, sampai aku pon boleh tersenyum-senyum baca!



Disebabkan byk sgt baca & beli novel Norhayati Berahim sampai kadang2 aku lupa yg mana aku dah baca & mana yg belum. Skali beli tgk rupanya dah ada. Mana taknya...cover novelnya lain...ingat novel baru! So, beli lah. Skali...ha amek ko! Siap ada 2 lagi novel yg sama.

Tapi skrg dah jarang beli novel dia. Bukan apa...takde masa nak baca. Alasan sgt! Hahahaha...Dah byk ketinggalan latest novel Norhayati Berahim aku ni.

Eh, korang tau tak...dia ada blog tau! Sape minat dia boleh la pegi terjah blog dia lepas ni. Klik sini : NORHAYATI BERAHIM.

Nota kaki: Anak dia comel sgt! Mix la katakan...

08 February 2011

On 31st January...

31st January aritu we all ke Subang Parade (lagi). Saje jln2 abeskan masa. Takde tujuan pon sebenarnya. Lepas pusing2 Subang Parade...singgah McD for dinner.


Ziqri mcm biasa la...bukan makan. Makanan pon dia buat main.

Tengah dok makan tu, nmpk org skit punya meriah kat Baskin Robbins. Abes makan, kitorang pon menyebuk sama join the crowd. Tetiba terasa nak beli ice-cream.

Mr Hubby tunggu turn

Semua org tau kan on 31st Baskin Robbins ada diskaun 31%. So, kitorang pon join sama la membeli. Nak beli ice-cream pon siap kena amek no ok!



Orang punya la ramai! Masa kitorang amek nombor tu, before us ada lg 50 orang! Perghhhh...mmg jenuh menunggu ko! Tapi nak makan ice-cream punya pasal, tunggu jugak la. Ziqri sampai dah tertido!

Finally...after waiting for 2 hours....

*
*
*
*
*
*

1 quartz of Baskin Robbins

Nota kaki: Next time kena pegi awal lah. Tak sanggup lagi dah nak tunggu 2 jam!

27 January 2011

Kasut ilang!!!!

After almost 4 months dok sini ngan aman damai...tetiba kasut Mr Hubby kena curi last 2 weeks! Dah le tu...siap 2 pasang skali pencuri tu kebas! Tak sekolah betol!

Tu la akibatnya letak kasut kat luar. Masa awal2 dok Indahria ni mmg kitorang bawak masuk kasut dlm umah. Tapi sbb takde shoe rack (tinggalkan kat umah lama ngan kasut2 skali sbb stor kunci, kunci ilang tatau mana), kitorang letak jer la kasut kat luar. Lagi pon tgk neighbour2 lain pon selamba jer letak kasut kat luar. Tiba2 last 2 weeks boleh plak ada pencuri kasut. Yg herannya...selipar cap ayam kat luar tu takde plak dia amek! *buruk la kaki sape yg pakai kasut tu.

Dah kasut ilang...terpaksa la pulak Mr Hubby pi beli kasut baru. Tak pasai2 jer kena beli kasut!


Bila dah bawak masuk kasut dlm umah...terpaksa la pulak beli rak kasut. Tak kuasa nak larang Ziqri buat catwalk ngan kasut aku! Bila dah letak kasut kat rak takde la lagi dia buat catwalk kasut aku.

Nota kaki: Bila kata jer nak jimat, ada jer benda yg nak kena beli!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails