CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label weekend xtvt. Show all posts
Showing posts with label weekend xtvt. Show all posts

21 September 2012

Raya Upin Ipin

As a member, aku dapat invite to Majlis Raya Upin Ipin organized by LesCopaque.So, aku pun call la diorg utk buat reservation. First time nak pegi ni majlis ni. Bagitau Kiki seronok sgt la dia.

Ari Sabtu tengahari tu kitorang gerak pegi SpaceU8 utk majlis raya Upin Ipin. Every year pun buat kat situ. Ooo...kalo dtg majlis raya Upin Ipin ni jgn expect la nak makan sedap2. *aku la tuh. Eloknya before pegi makan dulu kenyang2. Lagi la kitorang pegi pukul 2 pm...makanan pun dah tinggal baki-baki jer. Sedih! Kat tmpt media jer nmpk mkn sedap2. Tak aci betul!


Masa kitorang sampai tu, nampak la 2 mascot ni. Ehsan ngan sapo ntah. Kalo tanya Kiki dia tau la. Upin & Ipin takde. Agaknya Upin Ipin belah pagi kot.


Nuha mcm biasa kalo pegi jalan2 ni la tempatnya :).


Kak Ros pun ada! Kak Ros keluar jer budak berkerumun pegi. Aku suh Kiki pegi amik gmbr sama Kak Ros tak nak dia! Apa la!


Ada aktiviti utk budak2. Nyanyi la, menari la. Sape yg naik atas stage tu dapat duit raya RM10. Puas tolak Kiki suh naik ramai2 ngan budak lain tak nak! Huh...pemalu la konon!


Tak tunggu lama kitorang balik. Makan pun mcm nak bagi tak nak bagi. Kacang utk kuah kacang dia mak aiii...besar giler! Mcm tak ikhlas jer nak bagi org makan. Buat la elok2 skit LesCopaque oi! Tau la bagi org makan free tapi jgn la sampai mcm tu skali.


Rasanya cukup la sekali ni jer pegi raya Upin Ipin. Next year tak pegi dah kot. Makan free what to expect kan?

28 February 2012

Play Time!

Lokasi: Bukit Keluang, Besut 


Muka happy dapat main.


Kalau boleh semua yg ada kat playground tu dia nak try. Layankan aje lah!


Wooo...bestnya ibu!


1,2, 3 turunnnn....*ayah sambut kat bawah.


Ok jom balik! Nangis terus! Tak puas nak main. Kang kalo tunggu dia puas mau sampai mlm pun tak nak balik lagi kan...

27 February 2012

Ibu...bird!

Ni actually last year nya story.


Kitorang bawak Kiki pegi tgk bird dekat KL Bird Park. Masa beli tiket tu kitorang guna Metrojaya member card. So, dpt la diskaun skit. Berapa diskaunnya korang pi la tgk kat website KL Bird Park yea.

Masa kitorang pegi tu cuaca panas! Menyesal tak bawak payung! ;).


Burung kat sini bukan dlm sangkar jer...yg berkeliaran pun byk. Bagi org yg bukan pencinta binatang cam aku ni mmg tak suka betul (takut yg benarnya) bila ada binatang berkeliaran ni. Nak lalu pun takut-takut! Haih!


KL Bird Park ni punya la luas. Berpeluh gak la ketiak nak tawaf semua tempat ni. Tempat yg sesuai untuk kuruskan badan :D!


Antara burung2 yg ada di sana. Cantik. Ada yg tak penah aku tgk pun...


Bukan takat burung...fish pun ada. *Kiki muka tak rela nak posing. Dia takut sebenarnya...


Actually kitorang pun tak abes tawaf tmpt ni. Dah takde energy nak berjalan. Tgk yg mana kaki larat melangkah jer...

Menarik gak tmpt ni utk bawak anak2 jln hujung minggu. Nanti nak bawak Kiki pegi Zoo plak. Rasanya belum penah bawak dia pegi sana lagi.

22 February 2012

WW: Let have some fun

Location: Sunway Pyramid






30 December 2011

Jejak Upin & Ipin


Last Sun kitorang ke Muzium Negara. Bawak Kiki pi tgk Jejak Upin & Ipin. Dia pun minat ngan Upin & Ipin ni...
Kitorang sampai tghari. Punya la hazab nak dapat parking! Ada la dlm setengah jam duk menunggu! Ramai sgt org!


Masa kitorang masuk tu kebetulan Upin & Ipin dah nak balik. Kiki punya la excited nmpk Upin & Ipin, dari jauh dah hulur tgn nak salam.  Bila Upin salam dia, siap boleh gelak2 lagi! Suka la tu!


Aktiviti bersama Upin & Ipin dah abes, bawak Kiki naik stage amek gambar je! Mentang2 dia minat Upin & Ipin...time suruh posing tu senang jer. Kalo idak, skit punya susah nak suruh bergambar!

Lepas tu kitorang masuk tempat pameran plak. Q skit punya panjang! Nak masuk kena beli tiket dulu ye...


Boleh tahan gak harganya. RM12 & FREE for kids below 5 years old. Tapi dapat 3 voucher KFC!


Masuk dlm tu mcm2 la ada. Gambar Upin Ipin & kawan2 pun ada. Ada byk set yg boleh amek gmbr. Puas jugak lah Kiki jadik model kat dlm tu ;).


Dipamerkan jugak anugerah yg diorg dpt drpd siri Upin & Ipin. Byk tu! Famous Upin & Ipin nih!


Lepas tu kitorang masuk Rumah Opah. Mcm yg kite tgk dlm siri Upin & Ipin tu la. Ada bilik Upin Ipin, bilik Kak Rose, bilik Opah, dapur. Jenuh la jugak duk tour & amek gmbr kat umah Opah ;).

Keluar dari tmpt pameran tu, aku pi sign up Kiki masuk Club Upin Ipin ;).


Bayar RM15 jer. And dapat botol air, membership card & voucher KFC lagi! *Jenuh la sebulan dua ni asik makan KFC jer!


Lepas sign up, pi tgk merchandise Upin & Ipin.


Beli la jugak sepasang baju Upin untuk Kiki. Pandai betul diorg ni bisnes! Yang dtg situ sure beli 1 barang! Habis tgk Upin & Ipin pun dah pukul 2 pm. Terus la balik umah. Panas!

So, pada sesape yg tatau nak ke mana weekend ni boleh la bawak your kids pi Muzium Negara. Pameran sampai 31hb.

03 May 2011

Cerita Labour Day...

1 Mei...kitorang pegi Subang Parade. Cadangnya nak pi beli hadiah b'day utk Adelia. Lepas masuk Parkson beli hadiah, kitorang lunch dulu before gerak ke tmpt b'day party nya.


Kalo nmpk botol2 nih sure korang tau kitorang makan kat mana kan...Kali ni lunch kitorang makan kat Nando's. Dah lama giler tak makan Nando's ooo...


Matilemaksss....3 kali berturut-turut makan ayam! Lepas ni aku puasa ayam lah sebulan! Tu pasal la gemuks kan!
*nak makan sedap punya pasal pasrah jer la...gemuks pon gemuks lah!


Cam biasa lah...takde order benda lain. Order set ni jah...
Lepas abes makan ingat nak gerak ke AEON Setiawangsa tempat b'day, tapi...Ziqri berak plak! Haih...time nak cepat kan...ada jer lah...

So, terpaksalah kitorang singgah dulu umah opahnya kat Subang Jaya utk basuh berak Ziqri. Sib baik la umah Opah dekat jer ngan Subang Parade kalo tak lagi lambat la kitorang gerak!

Setel semua, kol 5 pm baru gerak from Subang Jaya. Campur ngan sesat barat bagai, kol 6.30 pm baru sampai A&W!

First time datang AEON nih. Mak aiii...jam giler! Sib baik la dpt invitation utk b'day kat sini, kalo tak mmg tak jejak la AEON nih :).

Ok, jom enjoy gmbr2 b'day Adelia kat A&W AEON :).


Excitednya Ziqri...nak wat b'day camni jugak ke? =P.


Us with the b'day girl, Adelia & her mummy.



Me, Nurul & Aishah ngan anak masing2. Diorang ni semua sebaya. Nanti masuk sekolah skali la nih.

Oooo...masa tgh makan kat sini, tetiba terjumpa Kak Chik ngan hubby dia. Tak sangka leh jumpa sepupu plak kat sini.

Abes party dlm kol 7.30 pm tu kitorang balik. Sementara aku gi solat Maghrib tu, Mr Hubby dok amek gmbr bebudak AF dlm umah kaca tu.


Tak ingat lah sape nama budak nih. Tak follow sgt AF thn ni walau pon Aznil yg jadik pengacara. Cam tak best jer. Tak de feeling.


Lepas Mr Hubby pi solat Maghrib kitorang balik umah. Fuhhh...keluar siang mlm baru sampai umah!

27 April 2011

Kami baru pulang dari Sabah ;)

Sabtu lepas balik dari KK aritu, kitorang pegi umah Chu kat Puncak Perdana. Saje datang lepak kat sini. Lagipon Chu nak jumpa Ziqri. Asik dok sebut2 jer suruh Ziqri datang, so kitorang pon bawak la Ziqri pegi sana.

Dah lama pon tak ke sana. Last rasanya masa ujung tahun lepas masa dia buat BBQ.


Dua beranak ber T-shirt KK :). 


Ziqri seronok la datang sini...main sesuka hati jer....ramai dok melayan. Kat sini la tempat berkumpul family Abu Ashari lepas umah kat Kg Pandan tu dah jual.


Lepas ni gathering kat sini is first week of puasa. Sure kitorang semua akan berbuka kat sini. Dah jadik tradisi diorang sejak arwah datuk nenek masih ada.

Chu nya mmg rajin layan Ziqri. Kang dia boring2 dok umah...dia datanglah Subang Jaya main ngan Ziqri.

Rumah ni kecik jer compare ngan umah Kg Pandan dulu tapi aku suka tgk susun atur umah ni. Kemas dan cantik jer...Walaupon byk barang tapi tak nmpk serabut. Kreatif ;).

25 April 2011

Ke KL


Last weekend (last 2 weeks) kitorang jalan2 ke KL. Mr Hubby nak ke Pertama Kompleks carik kasut futsal. Kasut futsal kena curik lagi uolls! Hai...minat benar org ngan kasut Mr Hubby ni. Asik kena curik jer!

Lepas pusing2 Pertama Kompleks tu, dia macam tak jadik plak nak beli kasut. Terus la kitorang ke Jalan TAR. Nak beli jersey katanya. Lepas dah beli jersey imi (nak beli ori sayang duit katanya :P), kitorang singgah makan mee goreng mamak. Kedainya sebelah Alinas jer. Mmg full house sokmo lah kedai makan nih.

Kuar kedai mamak tu aku ajak Mr Hubby pegi Gulatis. Ingat nak pi carik tudung Aalia selai dua...tapikan, bila dah masuk Gulatis tuh...bukan selai dua yg aku beli. 10 elai terus aku borong! Murah ko...RM10 jer selai. Haruslah kan kena amek peluang. Best pakai tudung Aalia. Very comfortable ;).

Lepas pegi Gulatis kitorang singgah Sogo jap pi solat. Idak beli apa pon kat Sogo. Pastu pegi Pertama Kompleks lagik. Mr Hubby nak beli kasut futsal plak. Lepas berjam dok pilih kasut...finally dia beli jugak kasut futsal. Lama giler uolls dia pilih kasut. Sampai salesman pon dok pandang 4, 5 kali...Hahahaha...

Dari Asar membawak ke Maghrib baru setel barang yg nak dibeli. Lepas solat Maghrib kat Medan Mara kitorang balik.

Dok dengar org bercerita pasal ada org mencuri kat surau Medan Mara. Mmmm...ada setengah-setengah org ni masuk surau bukan nak solat tapi mmg niat nak mencuri. So, be careful lah.

21 April 2011

Fiqhri bam bam...

Oh...ni actually kesah minggu lepas. Fiqhri datang umah. Tujuannya datang nak sign surat penolakan kuasa harta camtu lah....aku lupa! Sambil2 nak gi tgk baby Ryan.
*Oh...aritu gi tgk baby Ryan lupa nak ajak Che Pah datang umah. Tu la...byk sgt benda dlm kepala otak aku ni pikir! Dah sampai bawah baru teringat! Che Pah & Che Mat...kalo dtg sini, jemput la dtg umah. Ajak via blog, boleh? hahaha...

Budak Fiqhri ni mmg semangat betollah! Kalo bagi aku dukung...10 min je aku lalu. Berat!



{Fighri Iman}

Lagi pon tak biasa dukung budak semangat2 nih. Anak aku kan halus jer dulu masa lahir.

Masa diorang dtg tu aku mmg tak masak apa pon. Pagi tu aku makan pulut gaul nyior jer. Diorg datang aku goreng keropok ngan bagi marble kek beli kat Tesco.Tak sedap langsung. Patut la leh jual murah. Itu jer yg ada. Selalu kebetulan time diorang nak dtg umah aku mesti kekeringan bahan makanan. Yang benarnya umah aku ni pon jarang ada bahan makanan sebab aku pon jarang masak. Ni pon utk kesekian kalinya nak kena buang sayur lagi. Time beli mcm nak guna. Tapi bila dah beli tak sempat nak masak plak. Adeh...

Lepas makan ringan2...tapi tgk diorang makan cam kelaparan jer, hahaha...abes licin keropok! kitorang naik gi tgk baby Ryan. Lepas borak2, kitorang balik.

Petang aku keluar. Gi mana pon aku dah lupa...hahaha...Mana taknya...last week nya cite baru nak update skrg.

04 April 2011

Tutti Frutti & Laman Seri

Last Saturday...kitorang dah bersiap2 nak pegi visit MommyNadia dekat UMSC. Nasib baik la terjumpa Mimi masa kat bawah umah. Katanya MommyNadia dah discharged. Alang-alang dah pakai cun-cun takkan la nak naik umah balik kan? So, kitorang pon men"jalan"kan diri pi T&T Freshmart beli ikan. Lepas beli ikan bukannya nak balik umah masak! Boleh la plak nak pi carik mamak for dinner! Hahahaha...

Mr Hubby nak tapau makan kat Restoran Rafi kat Seksyen 13. So, dah alang2 ke sana, kitorang singgah la Laman Seri.

Before pegi tapau makan for dinner, kita singgah dulu Tutti Frutti kat Laman Seri.


First time try makan Tutti Frutti nih.


Ini pon dah RM19.60! Mahal weh Tutti Frutti nih! Sib baik tak letak semua benda yg ada kat situ. Kalo tak mau la cecah RM30!


Sedap gak Tutti Frutti nih. Tapi takleh la makan selalu. Mahal!


Ziqri memberontak sebab tak kasik dia main Tutti Frutti. Dia bukan nak makan. Nak buat main! So, tak nak bagi dia menangis...kitorang tawaf la area Laman Seri tuh.


Cantik & bersih tempatnya. Ramai gak nampak org dok amek2 gambar.


Kat sini ada air pancut. Tepat 7.00 pm air pancut keluar! Nasib baik Ziqri tak main2 kat situ time tu. Kalo tak...kuyup!


Lepas dah puas amek gambar, kitorang balik ke tujuan asal. Tapau dinner. Plannya nak tapau kat Rafi tapi bila dah nampak Lagenda 17 bukak, terus la singgah sana tapau nasik ayam. Tercapai jugak nak makan kat Lagenda 17 ;). Dari aritu pegi asik tutup jer.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails