CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label b'day. Show all posts
Showing posts with label b'day. Show all posts

17 January 2013

HAPPY BIRTHDAY NUHA

Hari ni harijadi Nuha. Setahun dah umur. Dari berat 1.6kg masa lahir now dah 8.4kg. Alhamdulillah. Dia membesar bagai johan. Syukur.


Pagi tadi dia bangun tidur 6.30 pagi aku nyanyikan lagu Happy Birthday. Yang si abang bila dengar lagu Happy Birthday terus bangun terlompat-lompat atas katil. Dia yang excited. Adik masih tak paham. Bersilih ganti tgk aku yg subuh-subuh sapi'e nyanyi dan abang yang terloncat-loncat. Lepas abes nyanyi, ayahnya bawak pegi umah Atuk mcm biasa.


Tak pasti dan tatau nak celebrate ke idak birthday Nuha ni. Kalo celebrate pun bukan dia paham. Sudahnya, yg tua excited terlebih, kahkahkahkah.....

Lagi pulak sejak aku masuk sekolah balik rasa mcm tak cukup masa jer nak buat birthday celebration. Free on Sun jer. Rasa mcm Sun tu nak bermalas-malas kat umah. Mmmmm...if buat pun maybe pegi makan-makan with in law jer kot.

Tengoklah macam mana.

07 September 2012

Beli hadiah b'day

Sempena sebedey to you Kiki on 26 May aritu, atok nak hadiahkan Kiki basikal. *Yeayyy...


So balik from makan-makan umah sedara belah ayah (lupa sudah umah sape!) aritu, kitorang semua ke kedai basikal!


Atok cakap "pilihlah Kiki nak apa, atok belanja". Dia boleh jawab "Kiki nak lori atok"...Pengsan! Lori jugak yg dia nak! Takde benda lain!

Disebabkan atok memang nak belikan dia basikal, so atok suh dia pilih basikal jer ;). Benda lain tak boleh beli. Kalo tak haruslah dia pegi amek lori.


Lepas dah buat pilihan...ni lah dia basikal baru Kiki. The one that Kiki choose is red color. Tq atok! Cucu happy dapat basikal, atok pun happy dapat belikan cucu basikal ;).

Ayah & ibu kasik hadiah apa??? Next entry lah cerita!

09 March 2012

35 years, Alhamdulillah.

6 March - was my b'day. Yang ke 35 tahun. Alhamdulillah. Dikurniakan hadiah yg tak ternilai oleh Allah - Kiki & Nuha.

Kali ni takde b'day cake. Tapi tak kesah pun. Dah selalu mkn cake :).


This time aku request kat M Hubby nak mkn kat Ole-Ole Bali. First time makan kat sini. Kitorang pegi Ole-Ole Bali dekat Empire sbb ni yg paling dekat dgn MIL house.


Aku order set ni. Ntah apo nama lupa. Tapi set no 63 :). Harga RM28. Perghhh...byk! Tak abes nak mkn sorang!


Mr Hubby order fish & chip. Harga pun RM28.


Dah ada anak rasa cam tak best la pulak nak tinggalkan Kiki kat umah Atuk so bawak jugak la walaupun kadang2 teringin nak keluar berdua jer (romantik la konon). If keluar berdua je pun sure tak lama sbb teringat anak kat umah. So better la bawak kan?


Kiki bukan makan tapi excited tgk water fountain yg dia panggil "hujan" :).

Apa2 pun tq Mr Hubby belanja I mkn yea :).

01 March 2012

Surrrrprissseeee

28 Feb was my bro's b'day. And....ada org tu datang buat surprise lah! *so sweeetttt....


Datang bawak b'day cake utk b'day boy.


So, me & Mr Hubby decide to buy domino's. Order online jer.


Dia bawak muffin lagi. *Aida, sudahnya Hilal bawak pegi ofis. Tak termakan!


Amboi...happynya dia...:)


Both of them together ;).

08 November 2011

AidilAdha yang suram

Ohhh...raya haji thn ni mmg rasa tak meriah lah! Walau pon sejak kawen ada gak time raya haji tak balik kampung tapi takde la rasa lemau cam tahun ni. Kenapa ek? Maybe sebab my mom takde kot. Sib baik la dah kawen...kalo tak, mmg raya sorang2 la aku!

Raya tahun ni lepas solat Subuh tu, sempat lagi tido balik. Hahahaha....nmpk nau mood raya tu takde. Beli brg raya pon petang nak raya tu baru gi beli. Ha...padan la muka aku semua benda pon abes! Sementara tunggu ayahnya balik solat raya tu sempat gak la aku masak lontong. Dengan bahan tak cukupnya belasah jer la masak. Yang nak makan pon bukannya org lain, kitorang jer. So, masak ala kadar cukup. Janji ada rasa!

Thn ni gambar raya family pon tarak! Kiki tak bagi kerjasama. So, tak payah bergambar. Ayah blk solat raya, kemas barang naik umah MommyNadia kejap jumpa Cik Mat & Cik Pah. Sempat gak makan. Tq :). Balik from their house terus ke Puncak Perdana. Tmpt biasa utk family gathering.

Kitorang sampai pon dah lambat. Menyinggah Secret Recipe beli kek. Time raya tu b'day Mr Hubby ;).


+Choc brownies+

So, utk gathering tu kitorang bawak kek je lah. Sampai2 terus makan. Punya la byk makanan, aku cuma makan nasi lemak & laksa johor jer. Tak larat nak sumbat semua!

+b'day boy kena pasang lilin sendiri++


Dah siap pasang lilin, so marilah kita nyanyi beramai-ramai. Yg tukang nyanyi pon budak2 ni jer yg excited tgk b'day cake ;).

+Kiki pun sibuk nak tiup lilin+

Abes acara potong kek, kitorang balik umah memandangkan ayah kena keje. Yes...sepanjang cuti raya haji ayah kerja. So, sepanjang cuti raya haji tu la aku spend berdua je ngan Kiki kat umah. *Sib baik la ada anak, kalo tak mmg bosan tahap gaban la duk umah sorang2!

Ha...bosan tak raya aji aku? Korang cemana?

06 November 2011

AidilAdha & B'day

Salam AidilAdha to all muslim. Today we're not only celebrating AidilAdha but today is also Mr Hubby's b'day!

HAPPY B'DAY TO U, MY DEAR! Semoga dimurahkan rezeki & dikurniakan kesihatan yang baik!

Actually kitorang dah celebrate b'day Mr Hubby last weekend. Advance b'day celebration sbb Mr Hubby bz keje during AidilAdha holiday!

So, atas rqst Mr Hubby, kitorang pegi makan dekat Chilis Citta Mall. And of course la ibu yg belanja kan ;).

+AyahSu & Ayah (the b'day boy)+

Kalo dah namanya Chilis kan...tak penah la tak ramai org! Masa kitorang sampai dlm kol 8 pm tu, ada la dlm agak2 setengah jam nak kena tunggu! Ramainya la hai org makan kat sini.

+Ibu & Kiki+

Kiki excited sbb dpt kertas untuk dia conteng2. Dapat la kitorang makan ngan aman. Ok, let see what we've ordered:


+for Kiki+

Free meal for Kiki! Tapi Kiki cuma makan fries tu 2, 3 batang jer...yg lain kitorang yang ngap! Hahahaha...

+wings over buffalo+

Me order wings over buffalo. This is my favourite! Mmg sedap sgt! Everytime pegi Chilis mesti aku order ni!


Ni b'day boy yg order. Dia teringin sgt nak rasa burger ni. Sedap gak.


Lastly....Brownies Choc Sundae ;). B'day cake takde, so makan ni pon cukuplah. Wooo...mmg kekenyangan giler la kitorang!

And the best part is....dpt masuk contest! Masa dpt resit tu, ada code utk kite key in kat website diorg. It's lucky draw base. Kalo menang dpt RM500 cash (bestnya kalo dpt ni blh shopping!) or Chilis voucher worth RM1000 (kalo dpt ni mmg every week gi makan kat Chilis la!). Hopefully ada la rezeki untuk kami.

Lepas makan terus balik. Tak larat dah nak jln2 kat Citta Mall tuh. Kekenyangan!

02 November 2011

03 May 2011

Cerita Labour Day...

1 Mei...kitorang pegi Subang Parade. Cadangnya nak pi beli hadiah b'day utk Adelia. Lepas masuk Parkson beli hadiah, kitorang lunch dulu before gerak ke tmpt b'day party nya.


Kalo nmpk botol2 nih sure korang tau kitorang makan kat mana kan...Kali ni lunch kitorang makan kat Nando's. Dah lama giler tak makan Nando's ooo...


Matilemaksss....3 kali berturut-turut makan ayam! Lepas ni aku puasa ayam lah sebulan! Tu pasal la gemuks kan!
*nak makan sedap punya pasal pasrah jer la...gemuks pon gemuks lah!


Cam biasa lah...takde order benda lain. Order set ni jah...
Lepas abes makan ingat nak gerak ke AEON Setiawangsa tempat b'day, tapi...Ziqri berak plak! Haih...time nak cepat kan...ada jer lah...

So, terpaksalah kitorang singgah dulu umah opahnya kat Subang Jaya utk basuh berak Ziqri. Sib baik la umah Opah dekat jer ngan Subang Parade kalo tak lagi lambat la kitorang gerak!

Setel semua, kol 5 pm baru gerak from Subang Jaya. Campur ngan sesat barat bagai, kol 6.30 pm baru sampai A&W!

First time datang AEON nih. Mak aiii...jam giler! Sib baik la dpt invitation utk b'day kat sini, kalo tak mmg tak jejak la AEON nih :).

Ok, jom enjoy gmbr2 b'day Adelia kat A&W AEON :).


Excitednya Ziqri...nak wat b'day camni jugak ke? =P.


Us with the b'day girl, Adelia & her mummy.



Me, Nurul & Aishah ngan anak masing2. Diorang ni semua sebaya. Nanti masuk sekolah skali la nih.

Oooo...masa tgh makan kat sini, tetiba terjumpa Kak Chik ngan hubby dia. Tak sangka leh jumpa sepupu plak kat sini.

Abes party dlm kol 7.30 pm tu kitorang balik. Sementara aku gi solat Maghrib tu, Mr Hubby dok amek gmbr bebudak AF dlm umah kaca tu.


Tak ingat lah sape nama budak nih. Tak follow sgt AF thn ni walau pon Aznil yg jadik pengacara. Cam tak best jer. Tak de feeling.


Lepas Mr Hubby pi solat Maghrib kitorang balik umah. Fuhhh...keluar siang mlm baru sampai umah!

10 March 2011

Tq Cikgu Ani...

I did not expect to receive this....

*
*
*


Hadiah dari Cikgu Ani. Saya suka sgttttt....;).

Dpt barang utk dapur kan, sape tak suka....

And thanks to Aida for the lovely b'day card. *Panda tu sgt cute, hehehe... 
"Happy b'day to you too". Semoga dimurahkan rezeki & bahagia dunia akhirat. Amin.

Nota kaki: Ada jugak org nak bagi hadiah ;)...

09 March 2011

Birthday yang suram...

Oh...b'day kali ni rasa mandom giler! Mcm la b'day2 yg lepas hebat sgt, hahaha...Actually mmg tak penah celebrate pon.

Kali ni no makan-makan...no jalan-jalan...duk umah jer ok on my b'day...sebabnya, malas nak jalan. Ziqri tak sehat.

2008 - Mr Hubby kasik jam ALBA.
2009 - 1 set brg Body Shop
2010 - bag 9 West
2011? - Mr Hubby ajak aku keluar. Katanya nak bawak aku ngan Ziqri jalan-jalan. Bila tny ke mana? Kata nak ajak kitorang pegi KL Bird Park! Tetiba rasa eh, ni b'day aku ke b'day Ziqri? Hahahaha...Actually mana-mana pon aku tak kesah cuma aritu malas nak keluar memandangkan Ziqri batuk demam selsema suma. So, duduk jer la melepak kat umah MIL.

Ziqri ari Jumaat dah batuk2 ngan selsema. Skali pegi clinic doc kate demam! Dikasiknya la ubat 3 serangkai ni...



Ubat Breathnine tu mmg elok betol. Kasik Ziqri minum jer kemain byk keluar lendir! Doc kate dia byk kahak!

Bila dah sakit 3 serangkai tuh mmg meragam jer la kejenya. Malam tido asal batuk jer dia bangun menangis. Haiyo!

Susu pon tak lalu minum. Minum susu muntah balik selambak atas katil. Sabar jer lah. Kol 12 tgh mlm dok tukar bedsheet! Sakit berlarutan sampai Isnin terpaksa amek EL even though I have something to do.

Nota kaki: Dapat hadiah dari seseorang ;).

04 March 2011

Love U So Much...


Hari ni b'day my mom yg ke 54 tahun. Happy b'day mok!

Sebagai anak...aku cuma harapkan my mom happy & sehat sentiasa. Tahun ni Insyaallah dia akan mengerjakan Haji. Aku doakan semoga dia mendapat haji yg mabrur. Impian nak buat haji bersama arwah bapak tak kesampaian. Kalo ikutkan mmg dah lama my mom berhajat nak buat haji...& arwah bapak ada izinkan dia pegi dgn sedara kitorang tp my mom tak nak sbb nak pegi dgn dia tapi nmpknya hajat dia nak buat haji dgn suami sendiri tak tercapai jugak. Apa pon aku happy sebab hajat dia tercapai jugak nak buat haji. Semoga semuanya dipermudahkan Allah.

Sejak dah solo ni ingat senang la nak ajak dia dtg sini tp skrg dia sibuk ngan kursus haji pulak. Dia actually berat nak tinggalkan rumah lama-lama if dtg jalan rumah kitorang. Lgpon kalo dtg sini byk aktiviti yg dia tak boleh buat mcm kat kampung. Dok sini mcm terkurung jer...If kat kg boleh la dia gi ngajar ngaji. Mlm boleh solat jemaah Maghrib & Isyak kat surau.

Lagipon dia kate "lemas" dok umah kitorang. Mcm terkurung jer, hahaha...Kalo kite pon mesti kite selesa duduk umah sendiri kan? Aku rasa mcm tu la yg my mom rasa. That's why la bila ajak datang sini dia macam keberatan jer. Tapi tak tau la maybe lepas my bro kawen dia senang sikit nak tinggalkan umah sbb dah ada org jaga. Hopefully la.

Nota kaki: Tunggu bila la my mom nak "berkampung" at my house pulak. Sejak pindah baru skali jer dia dtg. Tu pon dtg kejap jer.

03 March 2011

Chinese Muslim Restaurant lagi!

28 Feb aritu b'day Ayah Su. So, mlm tu we all belanja dia makan. Memula tny dia nak makan mana dia kate tak kesah lah...so, decided pegi makan dekat Homst Restaurant dekat Seksyen 13 sana.

Ramai jugak org makan kat sini. Kalo ramai org, harus la sedap kan?

Tanya b'day boy nak makan apa...dia order ni jer...


Mee tom yam ngan teh o ais limau! "Humble" giler! Kuah tom yam ni sedap. Pekat & cukup rasa!


Mr Hubby makan nasi goreng ketam. Licin dia makan. Sedap katanya. Aku?


Minum ribena special saje. Hahahaha...diet! Actually bukan diet...udah makan nasi kat umah mak mentua. Takkan nak makan lg kan? Pastu komplen asal tak kurus...Ha...paham2 sendiri la!

Side orders  kitorang amek...


chicken wings & fried wantan. Chicken wings tu rupa jer nmpk buruk tapi rasa sedap. Rasa cam rempah kari gitu. Fried wantan boleh tahan tapi berminyak sgt.

Overall...sedap jugak food kat sini.

Nota kaki: To the b'day boy...Happy b'day :-P.

12 November 2010

Doa selamat naik umah...

Last Saturday...kitorang buat doa selamat kat umah. Jemput mak2 sedara Mr Hubby jer. Ngan family & cousins aku. Ada la dlm 30 org kot. Itu pon dah penuh 1 umah!

Doa selamat start after Zuhur. Thanks to Uncle Id yg sudi datang bacakan doa even tho dia super bz. Actually hari tu dia ada byk event nak kena attend tp still jugak curik masa dtg our house.


Lepas baca doa...makan time! Food...mcm biasa la order from my FIL, hihihihih...


The 3 bujang senang. Anak-anak Uncle Id.


The makcik2 & cousins...


Makan yea...jgn tak makan ;-).  Harap2 kenyang la depa makan.


Ooo...on the 6th tu jugak is Mr Hubby's birthday. Tak sempat abes makan nasi dah nak kena potong cake. Udahnya takde la acara tiup2 lilin bagai. Gambar b'day boy pon tak ambik. Orang lain yg tukang potong keknya, hahaha...

My sis...cam biasa la, lepas semua org dah balik baru dia sampai!

Dah setel buat doa selamat ni lega rasa. Semoga umah kami aman damai...Terhindar dari segala benda/perkara yang tak baek. Amin...

31 May 2010

birthday bash...

On Saturday, we had a small b'day celebration for Ziqri. Ok, let the pictures tell the story of the b'day bash ;-).


 the food...


Guest yg dtg. Only a few people were invited. Atok2 sedara Ziqri.


Ayah Su Ziqri & Cik Aida (ehem..ehem...:-P)


The sisters & cousin


the 1 & only boy :-)


taking photo with the girls. seronok betol diorang...


the cake cutting...budak2 tu pulak yg excited.


Tq cik ngoh & the family for the gift.


Amboi...anak sedara ku skrg bukan main bergaya lg posing, hehehe...


Bukak hadiah...Tq everyone for coming. And tq for the gift ;-).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails