Semalam kitorang gi Seksyen 17 hantar Pn Zainab naik bas Sani Express kat situ. On time gak bas datang. 8.30 mlm sampai. Lepas dia dah naik bas kitorang balik umah. Kesian Mr Hubby tak tido. Pagi keje, petang gi amek kitorang kat Rawang pastu singgah Subang Parade lak sebab Pn Zainab nak beli kasut Scholl. Mlm gi keje!
Pn Zainab duk sini 1 week. Dia sampai ari Ahad kul 5.30 pagi. Kitorang gi amek kat Seksyen 17. Mmg dah pesan awal2 la suh dia beli tiket sampai Shah Alam. Dekat skit nak amek. Kalo tak kena gi amek kat Hentian Putra nun jauh!
Sib baik masa Mr Hubby ngan Hilal gi amek, bas dia baru sampai. Pastu sekian hal plak duk carik cincin. Cincin belah rotan Pn Zainab ilang! Dah le cincin belah rotan dia bukan cam cincin aku yg halus jer. Cincin belah rotan pon ala-ala tebal bukit. Mmg berjoli sakan la sape yg jumpa cincin belah rotan dia!
Macam-macam Pn Zainab bawak. Dia tau cucunya suka makan keropok siap sekotak bawak keropok walaupon naik bas. Ngan mangga, pauh, dodol, cili api. Siap ngan ikan rebus uolls! Asal bawak ikan rebus, cili api ngan pauh? Sebabnya...dia nak buat sambal ikan. Dia tau aku suka makan kan...Oh, terharunya...Kalo tunggu beli brg kat sini lmbt plak dapat buat. Ni semua bahan dia dah bawak, sampai sini boleh terus buat. Sib baik Pn Zainab naik bas, kalo dia dtg sini naik kereta, aku tatau la apa lagi yg dia angkut.
Sampai umah aku, dia rest kejap, kul 8.30 am tu aku ajak dia gi mamak. Hahahha...nak buat nasi lemak, goreng bihun dia dah selalu makan. So, ajak la dia gi tapau roti canai. Nak ajak dia makan kat mamak dia tak mau. Pn Zainab ckp jauhnya nak gi beli roti canai! Hahahaha...
Memula igt nak antar dia pegi Rawang petang tu tapi mengenangkan dia belum penah lagi tido umah kitorang, so, suh la dia bermalam dulu umah kitorang smlm.
Malam tu kitorang masak mee bandung muar.
{mee bandung muar} |
Kebetulan plak my sis ada bagi perencah mee bandung muar Adami. Oh...mmg senang lah buat. As easy as ABC! Especially utk org cam aku ni. Sedap pon sedap. Che Meng, next time balik Pagoh aku nak kirim.
Actually masak mee bandung muar ni sebab my in laws nak datang jumpa Pn Zainab.
Sementara tunggu they all datang kitorang lepak tgk TV. Aritu mmg kitorang tak keluar pon. Sian Pn Zainab penat dah seharian naik bas kan?
Lepak2 sambil dgr Pn Zainab dok update cite pasal org kampung. Oh, ramai sungguh cousins yg nak kawen bulan 6 nih. Izani anak Cik Man nak kawen bulan 6. Tudek anak Pak Long pon nak kawen bulan 6 jugak. Bila diorang bertunang pon aku tatau. Pn Zainab lupa nak update masa aku call agaknya, hehehe...
Byk lagi la cite sedara-mara yg dia update ;).
Kol 9.00 pm my in laws sampai. Aku dah kelaparan giler!
Lepas makan, borak2...tgk Trilogi Cinta...dlm kol 11 pm jugak la baru diorang balik.
Esok, Isnin kitorang gi keje tinggal la Pn Zainab sensorang kat umah. Ingat dia boring dok umah, rupanya byk keje dia buat dok kemas umah, lipat kain aku yg dah berbukit tu, kemas bilik ilal, hahaha...Masak lagi! Petang baru siap keje katanya. So, idok ler dia boring dok umah. Tq mok!
Isnin lepas Maghrib tu kitorang pi antar dia kat Rawang. Punya la byk tol nak ke Rawang, sampai Pn Zainab tanya bape byk bayar duit tol? Byknya tol kena lalu. Hahahaha...
Sampai sana, lepak2 jap, minum...kol 10 pm kitoang balik.
4 comments:
duk panggil maksu je smp kena pikir jap sape Pn Zainab...hehehe ;)
balik dah maksu??kejap je mr sini??
btw,complete dah umah kaklong..with sofa n meja mkn..nice!
nadia sokmo kn tazkirah ngan ma sb takmboh beli sofa..ni org duk mari tgk baby,baru rs mcm nk kena beli sofa..owh sbnrnye suka duduk rumah yg lawas ;)
Klong, lawa nye sofa, model sofa pun bergaya lentok hihi
wahwahwah..baru kali ni buleh stalking ur home. buat la entry psl home tour ni. me n adam kan tak pernah pegi lagi. Buleh la kitorang cuci mata dari jauh ;p btw, i like ur sofa n dining table... mana yang asal? hantar bundle ke? ngehngehngeh..
kaklong, puan menteri pun kalu datang sini ngan bas pun berkotak-kotak brg dia bawak. utk cucu ada, utk menantu ada, utk me lagi la ada! dari ikan kering sampai biskut kering sampai sayur-sayuran pun dia angkut. sebab takde org kat umah nak makan dia ckp. huhu. memang org tua kalu dtg ke bndr camtu la. segala maknekatoknenek pun diorang nak bwk. sebab kat bndr xde kan. or ssh nak beli.
mok ngan puan menteri sama la. pegi umah anak-anak mana reti dok diam. tu umah kaklong yg keje. dtg umah me yg tak keje pun dia tlg lipat kain jugak ;p
kesimpulannya, puan zainab memang baik hati ;))))
p/s:adami punya perencah memang buleh diharap. i like it too!
pjg plk mengarang kat blog org.sorry!
nadia - maksu dok sini seminggu jer. dia mana nak dok sini lelama. sayang kelas haji dia.
umah ni nak kate complete pon tak jugak. ada lagik benda yg belum buatnya...takpelah, skit2 ;). k long mmg suka umah yg tak sarat ngan barang. as long as benda basic ada cukup lah. k long kena la beli sofa sbb makcik2 belah hubby suma dah berumur. mana diorg leh duduk bersila. kang ada yg tak leh bangun lak kalo duk bersila!
Mimi - sofa beli kat Macy masa year end sale kalo tak silap. Mmg muirah. dpt 50%. Mmg worth it lah beli ;).
Teh - ala, segan plak la nak tunjuk gmbr umah kat dlm blog ni.
dining table tu pon beli kat Macy masa sale teh. murah jah ;). hok lama ada. nak buang rasa sayang plak. if buat makan2 leh gak letak makanan. lgpon dining table baru ni kecik jer...nak beli hok besar tak muat umah plak.
Post a Comment