CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 January 2011

My Weekend

Petang tadi kami ke PKNS Shah Alam. Apa yg menarik? Takde apa yg menarik pon. Saje pegi sana amek baju kurung yg aku tempah. Suka tempah kat situ. Jahit pon ok & sedap pakai. Lagipon dekat!

Orang lain yg nak tunang orang lain yg sibuk buat baju, hehehe...Ni pon dah pikir2 nak tempah baju lagi utk majlis kawennya plak. Dah pikir2 color apa nak beli. Hahaha...over!

Lepas amek baju...singgah Sate Hj Samuri.


Kali ni beli sate arnab skit. Rasa dagingnya lebih kurang jer ngan ayam, tapi daging dia keras compare daging ayam.

Dah lama tak makan sate. Tu yg singgah. Bila makan sate Hj Samuri, teringat sate Jabi. For me, sate Jabi lagi sedap!


Ohhh...Ziqri berambut baru. Dah tak kembang lagi rambutnya...Atuk dah gunting rambut Ziqri. Dah masuk 20 months baru 3 kali Ziqri gunting rambut. So far belum penah gunting kedai lagi. Bagus...jimat duit :-).

Lepas makan terus balik.

Nota kaki: Ingatkan nak pegi Karnival Karangkraf tapi tak jadi sebab asik ujan dari pagi. Tak merasa nak menang Alza! Hahahaha...

28 January 2011

Kami rakyat bertanggungjawab...

Perrrgghhhh...tajuk tak boleh blah! Wakakakaka...

Korang dah bayar saman PDRM? Ohhh...kitorang baru jer bayar. Tgk la gmbr kat bawah ni...Berjela-jela kertasnya!


Lega...at last! Settle saman kitorang. So polis...kitorang dah takde utang ngan uolls! Total? Semua skali RM680 ok! Kalo ikutkan mmg sayang gak la duit nak pi bayor tp mengenangkan nanti kena blacklist & tak leh nak renew roadtax...so, pegi gak la bayar.

Itu pon nasib baik la ada diskaun. Kalo takde diskaun? Korang kali la ngan dua amount yg kitorang dah bayar tu!

Nota kaki: Keluar duit lagi! Bila nak simpan duit camni????

27 January 2011

Kasut ilang!!!!

After almost 4 months dok sini ngan aman damai...tetiba kasut Mr Hubby kena curi last 2 weeks! Dah le tu...siap 2 pasang skali pencuri tu kebas! Tak sekolah betol!

Tu la akibatnya letak kasut kat luar. Masa awal2 dok Indahria ni mmg kitorang bawak masuk kasut dlm umah. Tapi sbb takde shoe rack (tinggalkan kat umah lama ngan kasut2 skali sbb stor kunci, kunci ilang tatau mana), kitorang letak jer la kasut kat luar. Lagi pon tgk neighbour2 lain pon selamba jer letak kasut kat luar. Tiba2 last 2 weeks boleh plak ada pencuri kasut. Yg herannya...selipar cap ayam kat luar tu takde plak dia amek! *buruk la kaki sape yg pakai kasut tu.

Dah kasut ilang...terpaksa la pulak Mr Hubby pi beli kasut baru. Tak pasai2 jer kena beli kasut!


Bila dah bawak masuk kasut dlm umah...terpaksa la pulak beli rak kasut. Tak kuasa nak larang Ziqri buat catwalk ngan kasut aku! Bila dah letak kasut kat rak takde la lagi dia buat catwalk kasut aku.

Nota kaki: Bila kata jer nak jimat, ada jer benda yg nak kena beli!

26 January 2011

20 Months!

@ Alam Medic Clinic

Oh...my baby is 20 months old today. Another 4 months he turns 2 years old! Oh...cepatnya masa berlalu!

Makin besar makin nakal! Dah pandai cakap skit-skit. But still tak pandai sebut IBU lagi!
@ Pizza Hut Subang 2

Walaupon dah 20 months but still tak nak makan. Asik susu, susu, susu! If dia makan pon certain2 things saje. Biskut. Itu pon not all biscuit dia makan. His feveret is Tiger biscuit. Sgt suka makan keropok! Nasi? Dia makan la skit...itu pon nasik & sup...letak benda lain dia tak makan!

Kadang2 risau jugak...sebab dia tak berapa nak makan. Tgk anak org lain age dia dah makan serba-serbi!

Whatever it is...asal sihat sudah.

Happy 20th birthday baby. Ibu & ayah love u so much! Muahhhhhhh.

Nota kaki: Second baby? Mmmmm...Kalo ada rezeki, adalah...Kami tak mau merancang.

24 January 2011

Our next project

Our next project for the house is....

Nak pasang tile kat balcony.


Kalo ikut plan...projeknya start arini. Yang bestnya...tiles tu bukan kitorang beli ;-). Amek from Mr Hubby's uncle yg baru lepas reno umah dia. Ada byk tiles lebih so, dia bagi kat kitorang. Tq, Uncle Id ;-).

Sampai sakit2 badan Mr Hubby dok angkut tiles. Kesian u...

Kitorang cuma keluar duit utk beli simen & bayar upahnya saje. Save money!

Orang sibuk dok kira tile, dia pon menyibuk sama!

*
*
*
*
*
*

22 January 2011

Dah tak sejukkkk....

2 tahun memanjakan diri mandi guna water heater masa menyewa kat Subang dulu...bila duduk Indahria ni mmg pagi-pagi especially kul 6.15 am nak mandi "bercinta" betol! Sejuk bebenar airnya!

So lepas discuss with Mr Hubby, we agree to buy a water heater. Last week mlm Thaipusam tu we all pegi Subang Perdana nak carik water heater. Our budget dlm RM300 - RM400 la. Brand apa mmg tak pikir pon.

Bila masuk kedai...ingat nak beli brand ni...

Panasonic

Harga Panasonic water heater ni RM339. Mmg igt nak amek yg ni la sbb within our budget. Skali...

Salesman: umah akak, air shower kuat tak?
Me: kuat
Saleman: kalo org mandi bilik air depan air bilik mandi akak ok ke slow ke mcm mana?
Me: ok jer...
Salesman: tapi yg ni without water pump. if air kat umah akak kuat ok la beli yg ni tapi if air tak kuat saya rasa baik akak amek yg ada water pump skali. Kalo akak amek ni...dia punya tmpt push ni cepat patah. Lagipon spare part panasonic payah skit nak carik.
Me: Mmmm...pulak

Banyak pulak la kriteria nak beli water heater nih! Ingatkan sama jer...Mmmm...lepas discuss ngan Mr Hubby, we all decided to take Joven water heater with water pump. Price plus installation RM590. Itu pon nasib baik my bathroom dah ada plug for water heater. If not...kena tambah lagi charge for wiring.


Joven

Hari Khamis jugak suruh they all datang pasang ;-).

Nota kaki: Lari budget

My new GADGET

Apa dia??? Taraaaaa......


blood pressure monitor


Hahahaha...org lain new gadget handphone la...ipad la...laptop la...Aku??? Blood pressure monitor ;-P.
I got high blood pressure during pregnancy...& strange enough...after delivery pon BP still tak menentu. Kejap naik, kejap turun...

So, disebabkan BP yg tak konsisten itu, doc adv me to buy this product as he doesn't want to start medication on me because I'm still young.

Doc just adv me to monitor my BP at home.

Disebabkan family history yg mmg ada penyakit ni...so, I better be careful.

I think every house should have this product. Senang jer nak guna. And the price is not so expensive. Bought this for RM119 only @ Guardian.

Nota kaki: Tahun ni aku berazam untuk menjaga kesihatan. Tapi ubat malas nak makan, hahaha...

21 January 2011

Akibat Salah Pilih, Mulut Jadi Mangsa

Lipstick dah nak dekat abes...so, last Fri kuar lunch, aku menyinggah la sat kat Watson. Tujuannya cuma nak beli lipstick. Terus la menghala ke counter Loreal.

Pilih punya pilih...so i decided to take this lipstick....

Loreal

Sekali pakaiiiii......baru pakai dlm 2 hari jer...mulut aku dah gatal-gatal...kering...merekah! Tension betol! Selalunya pakai lipstick Loreal ok jer...Kali ni plak buat hal. Rasanya maybe i cannot use lipstick yg nmpk shining kot...

Menyesal plak beli. Abes duit RM40 tak pasal-pasal!

Sebab dah tak tahan tu kan...pegi la clinic @ Subang Jaya. Doc gave me this...

bonjela

Tapikan....pakai bonjela ni lagi menyakitkan mulut. Rasa pedih yg amat!

Disebabkan rasa tak tertahan sgt...so, on Wed, I went to the clinic again! This time pegi clinic at my office. Doc said...bonjela mmg tak akan baikkan mulut if kena kes mcm aku. So, he gave me this...


Ubat ni mmg mujarab lah. Pakai 2 hari jer terus baik. Doc adv not to take spicy food...don't use lipstick for the time being...

And doc also adv me to buy this...


Vaseline. Untuk melembabkan bibir. Vaseline ni beli kat Guardian. Klinik takde bagi...Eh, asal klinik tak provide skali vaseline ni? Senang, tak yah la nak kena menyinggah Guardian beli...

Moral of the story...jgn la gatal-gatal nak cuba produk baru. Beli jer la lipstick yg biasa pakai!

Nota kaki: Bulan ni jer dah 10 kali aku pegi klinik. Everytime pegi kena bayar co-payment RM5. So kira la sendiri dah berapa duit abes for co-payment. Sib baek la aku ni keje...medical company cover (Mr Hubby company does not cover medical for family). Kalo tak...kira la sendiri if everytime pegi klinik charge RM30....10 kali pegi dah berapa??? Nak pegi klinik gomen utk sakit yg simple2 ni malas. Malas nak menunggu!

How's your Thaipusam Day?

Selamat Menyambut Hari Thaipusam for those who celebrate it yesterday...Uolls pegi mana smlm? Me? Tak ke mana-mana as Mr Hubby is working.

Oooo...pagi smlm kat my house ada perarakan kaum-kaum India ke temple. Tgh-tgh aku nak prepare breakfast tu tetiba dgr bunyi bising.

Skali tgk bawah...rupanya they all berarak ke kuil. Depan my apartment tu ada temple. Meriah jer nmpk...

Here are a few photos taken from my BB....




Tak tau la diorang ni start berjalan dari mana...Tapi nmpk gaya mcm dari belakang my apartment. They all ada kat temple tu sampai tengahari. Time tu byk betol keta kat area my house...

Tak dpt tgk Thaipusam kat Batu Caves, dpt tgk ujung-ujung pon jadik la..

Nota kaki: Teringin nak pi tgk org yg cucuk-cucuk badan masa Thaipusam ;-)...

15 January 2011

A Good Start...

Alhamdulillah...rezeki tahun baru...I won again!...This time i get these...

estee lauder

I won an Estee Lauder product worth RM500! Sukanyaaaa....I save another RM500, hehehe...This is my 2nd time winning for Estee Lauder product. I won the product before, also worth RM500.

Hopefully this year, aku akan menang banyak lagi hadiah so that I can save more money.

Yes...azam aku for this year >>> berjimat cermat. Kalo boleh nak spend dgn lebih berhemah la.

Dah 2 weeks melangkah ke tahun 2011...cepatnya masa berlalu. Syukur alhamdulillah...Masih diberi kesempatan untuk melangkah ke tahun baru.
Looking back...2010...banyak kenangan pahit manis masam masin tawar. Biasalah...it's life. Takkan la sepanjang tahun tu hidup kite elok jer...sure ada cabarannya kan? Lain orang lain cabarannya...

Antara yg manis untuk dikenang for 2010:

view from my balcony

Finally...we have our own house. Nmpknya plan to buy the house last year berjalan lancar. So, 1 of our plan dah tercapai utk thn lepas ;-).

Plan for this year...utk "make up" umah bagi cantik skit la...Seb baek umah kecik jer...so, takde la byk sgt benda yg nak kena buat. Yang penting...within our budget! Idok le renovate secara besar-besaran...cuma tambah apa yg perlu saja.

us @ Ho Chi Minh, Vietnam

Vacation to Saigon went smoothly. Mmg rasa best sgt sebab kali ni cuti bawak Ziqri skali. And, first time jugak vacation together with my sister's family. Bukan senang nak vacation sama2. Susah nak plan cuti sekali.

Cuti-cuti for this year? So far...yang dah confirm is KK. Rasa sgt excited! Almaklum la...tak penah pegi, hehehe...
And hopefully this year dpt jalan byk tempat lagi...Macam org cakap...byk berjalan, luas pemandangan, tak gitu?

Antara yg sangat pahit untuk dikenang tahun 2010:

Of course lah losing the love one. Mmmm...mmg tak sangka, arwah bersama kami cuma sampai 14 September 2010 saja. *semoga rohnya berada dikalangan orang2 yg beriman.

My hope for 2011:

# Semoga dikurniakan kesihatan yg baik.
# Semoga apa yg dirancang berjalan lancar (byk sgt plan dlm kepala ni...takut tak terbuat jer).
# Semoga dimurahkan rezeki.
#Semoga dipereratkan lagi hubungan kami sekeluarga.

Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya...Amin...

14 January 2011

Animal Zone @ Menara KL

Weekend ujung tahun aritu...kitorang pegi Menara KL. Bawak Ziqri jalan2. Plan asalnya nak pegi Zoo tapi disebabkan cuaca yg kejap ujan kejap panas...so, we decide to go here...



Nak carik parking kat sini punya la hazab! 2, 3 kali pusing baru dapat. Tempat orang ramai datang ni patutnya sediakan la parking banyak skit!


Dekat sini sape yg nak naik keta kuda or naik kuda pon boleh...Tapi aku x sure how much. Ramai jer tgk bebudak dok naik kuda.


Nak masuk Animal Zone ni kena bayar RM10. Bebudak RM8 saja. Tempatnya kecik jer...sekali round dah abes ;-). *entry ni byk gambar sbb aku malas nak edit or combine photo.

Antara binatang yg ada...

burung kakak tua



us @ Animal Zone


ular

Kat sini mmg banyak ular. Mcm2 jenis...yg besar yg kecik suma ada!


labah-labah


iguana

kura-kura



rabbit



Apa yg menarik kura-kura ni? Kura-kura ni ada 2 kepala ok!


Hahahaha...buat apa tuh????


Ni aku lupa la binatang apa...tp geli tgk sbb licin takde bulu!

katak

Lepas keluar from Animal Zone...we all masuk menara sat...


Culture Village. Nak masuk sini kena bayar RM6 yea...tp idok ler kitorang masuk!

us @ Menara KL

menara KL

Hopefully lepas ni dpt plak naik menara KL yg tinggi tuh. Pegi High tea kat situ pon cam best jugak kan? ^_^.


Ziqri kepenatan...Otw balik umah tido jer...Mana taknya...dari pagi keluar.

13 January 2011

Ayah Su dah balik baru nak update entry!

Ohhh...disebabkan kebizian melampau...maka entry ni (& maybe akan datang) adalah entry yg dah basi. Tapi still nak update jugak as a memory (to me).

End of last year...we all antar Ayah Su balik kampung. Hantar dia kat station bus saja. Kat Shah Alam. Seksyen berapa...sori aku dah lupa. *aku bab2 jln ni mmg fail. Mmg la selalu kena bebel ngan Mr Hubby asik tak ingat jln jer*. Tapi umah aku, aku igt la...Seksyen 22 ;-). Cemana nak ingat...banyak nau seksyen kat Shah Alam ni!


Aku tak tau pon kewujudan station bus ke Pantai Timur kat Shah Alam ni. Biasanya kalo aku balik kg naik bas...harus la ke Hentian Duta. Rupanya, kat Shah Alam pon ada. N dekat saje dgn my house...


Tapi...station bus kat sini tak berapa happening la. Takde byk kedai2 makan yg boleh kitorang lepak while waiting for the bus. Kedainya sikit jer...dan penuh.

Kalo they all besarkan lagi tempat ni lagi bagus. At least...ada jugak la tempat nak duduk.

Ayah Su balik kg cuti for a week...Dah selamat pon balik sini...baru entry ni kuar, hahaha...Layan jer lah!

07 January 2011

End 2010 & Early 2011

It's already 1 week of 2011. Now only I have time to update my blog! Fuhh...bz seh!!! *mcm la pangkat besau benar yg bz sgt tuh*

It seems that closing 2010 & opening of 2011 is the month of sickness! Ngan aku yg tak sehat...ngan Ziqri yg dari last month demam, batuk, selsema membawak ke tahun ni tak baik2!

Baik demam...flu plak...baik flu...batuk plak...bersilih ganti!

Tapi dlm pada tak sehat tuh...aktif tetap la aktif! Gambar Ziqri @ klinik...




Tak boleh duk diam...ada jer keje yg nak dibuatnya! Tapi sib baek la dia aktif, if dia melepek jer...lg la we all risau kan...

Sebabkan demam, batuk, flu tak baik2 lagi...kena la hold dulu jab for 18 months. *jgn ibu lupa sudah Ziqri!*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails