CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 July 2010

Ziqri 14 months

Hari Isnin yg lepas genap umur Ziqri 14 bulan...Tapi still tak boleh berjalan lagi. Baru dok tahap berjalan sambil pegang kerusi.


Ni gambar masa balik kg aritu. Semua benda nak dibuat mainan. Last2 biarkan aje. Sukahati la Ziqri nak main apa pon. Asal tak nangis sudah.


Masa kat kg kan...Ziqri ni mmg langsung tak nak berenggang ngan aku. Pantang aku gerak skit jer nak nangis! Mmg takde can la Wa ngan Tokki dia nak dukung. If they all amek dia dukung...dia punya lar menangis! Isshhh...sabar jer lah. Maybe sebab dia tak biasa ngan my parents kot. Ini maknanya nak kena balik selalu la.

Sekarang ni nak balik selalu pun susah. Susah nak amek cuti sama-sama. Dah dpt cuti pon still la ada lagik yg kacau nak suruh balik awal keje. *Sigh*. Nak cuti pon tak aman!

If dulu bujang, terasa nak balik kg aku drive jer balik sorang2. Skrg ni nak balik sorang susah la skit. Especially dah ada Ziqri ni. If dia dah besar skit senang bawak.

29 July 2010

Training

This week 2 hari aku ada training nun kat Cyberjaya. Jauh betol rasanya nak ke Cyberjaya nun.


Bilik training. Aku pon tak tau la apa motif diorang nak suruh kitorang pegi training nun sampai Cyberjaya. Mcm la kat ofis sendiri takde tempat yg boleh accomodate setakat 40 org tuh! Nak jugak suruh pi buat kat tempat jauh2!


Training kali ni byk gak aktiviti yg kitorang kena buat. Trainer kitorang didatangkan khas dari London sana. Jauh u!


Lepas abes training...kitorang gambar ngan trainer. Ini group aku masa training tu. Memikirkan nanti kena keje kat Cyberjaya, aduh...letih! Tapi nak buat macam mana kan...kena ikut jugak la...unless aku dpt carik keje lain ;-) (ntah bila agaknya).

28 July 2010

Melancong di tempat sendiri!

Ha...tajuk entry tu tak tahan! Nak tau kenapa? Ok, last week kan aku balik kg. So, after visiting the newborn, kitorang pegi la jln2 kat Pasar Payang.


Believe it or not this is my first time here. Hahaha...malu je jadik org Terengganu. Nak sampai tempat ni pon boleh sesat!


Kitorang jln2 kat bawah jer. Tak naik sampai tingkat atas sebab my mom nak beli barang buat laksam. Lagi pon dah petang mcm takde org jer kat bahagian atas (tak naik atas tapi tau tak ramai org, hahaha).

Ooo...before that kitorang pegi Bazar Warisan. Depan Pasar Payang tu je.



Menarik gak bazar ni. Tapi kitorang tak explore semua. Pegi kedai yg bawah jer. Lagipon mmg takde plan nak beli apa (save duit!).


Gambar kitorang ni Wa yang amekkan ;-). Ishh...asal la aku nmpk gemuk dlm gambar nih???


Mmg berkenan betol la dgn batik sutera ni tapi kena pejam mata la. Mahal weh!


Itu saje cerita kami yg jln2 sekitar bandar KT ;-). Balik tu Ziqri all the way tido. Penat!

No more 30 cents ya...

Alkisahnya...semalam aku pegi post office. Nak post surat-surat ni ha...



Surat apakah itu??? Hehehe...surat contest. Ada 20 envelope semuanya (harap2 ada la yg menang). So, smlm kat post office aku pegi la beli stamp. Memula beli stamp RM6.00. Dpt 20 keping stamp 30 sen.

Skali masa nak lekat stamp tu...aku perasan notis kat pos office tu kata start 1 julai untuk surat berat kurang < 20gm, stamp kena letak 60 sen! Mak aii...naik sekali ganda tuh. Makanya harus la aku kena beli stamp lg. So, smlm utk 20 envelope tu aku spent RM12 just for the stamp!!!

Adakah berbaloi-baloi lepas ni nak antar surat???  Mmm...kena fikir 20 kali. Patut la gaji posmen naik. Duit stamp pun naik. Bijak betol...

Semua benda la naik...Inilah dia RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Mcm ni next election aku nak undi siapa ye??? Hehehehe...

Korang tau ke kos utk pos surat dah naik???

27 July 2010

Stroller Sale!!!

Just got a new baby??? And looking for a stroller??? Maybe this is something that you're looking for...


Baby Stroller Brands Offered

Cybex
Quinny
Maclaren
Peg Perego
Combi
Gelite


Location (Tel 603 8070 3716) - Lot EF2 First Floor, IOI Mall, Jalan Puchong, Bandar Puchong Jaya, Petaling Jaya, Malaysia

Source: ShoppingnSale

Home Deco Fair

Oh...last Sun we went to Home Deco Fair at Stadium Shah Alam. Peginya pon dah hari last day. Orang tak ramai sangat. Bagus la. Takde la aku dok bersesak dalam tuh.

Tujuan utama - nak pegi survey kc. Malangnya, kitorang tak bawak floor plan so, diorang pon tak boleh nak advise berapa kos untuk our kc. Ah, nyesal lak pegi home deco fair buta2 camtu! Misi tak tercapai.

Tapikan...takde la nyesal sangat sebab....aku beli ni...

*
*
*


Electrolux Chimney Hud


Dapur tak beli sbb umah aku dah ada. Harga for that chimney hud is RM1690. Ni price utk home deco fair. Original price is RM1880.

Oh...duit kc ku telah menyusut dgn membeli barang tu. Tu belum beli ducting hose lagi. Anggaran dlm ratus jugak. *Sigh*

25 July 2010

Jangan Lupa beli kepok lekor, ye...

Ha...bila dah berjalan ke KT tu, harus la singgah beli kepok lekor. Kepok lekor kat KT mmg sedap katanya...Lgpon mmg everytime balik kg benda yg wajib beli ialah kepok lekor. What else kan???...


Balik from visiting the newborn, kami singgah kat Pak Su Keropok Lekor. Orang2 KT boleh confirmkan if keropok lekor kat sini paling sedap???


Mcm2 jenis keropok kering ada. Pilih saja mana yg berkenan. Tapi me tak beli pon. Selalu beli yg kat Kuala Besut punya. Sedap keropok kering situ. Mmg femes jugak la keropok keringnya. Kalo tak masakan tokeinya mampu buat rumah yg harga 1 juta (dgr cerita la) dgn hasil jual keropok saja.


Kaum wanita yg bekerja untuk menggentel keropok lekor. Tapi masa kitorang ada kat situ, keropok lekor yg dah siap dibungkus dibawak oleh org lain dgn menaiki motor. So, tak tau la kat mana sebenarnya tempat diorg rebus keropok lekor tu. Maybe lepas dah siap gentel diorg bawak ke tempat lain plak utk proses rebus.


Keropok lekor yg dah siap. If malas goreng makan mcm tu jer pon aku suka jugak. Mmg terasa ikan dia. 25 batang RM5, 10 batang RM2. Dijual skali ngan pencicah. Murah kan??? Tapi keropok lekor sini pendek skit nak dibandingkan dgn yg Besut punya.


Ni lah dia keropok lekor yg di beli dikedai Pak Su. Sedap sangat!!! Tapi jauh sangat nak pegi belinya!!!

24 July 2010

Visiting the newborn

On Sun, Ziqri, ibu, ayah & Wa pegi Kuala Terengganu. First time pegi sana. Nak pegi tgk baby Che Mimi.

Masa kitorang sampai...Che Mat jer yg ada kat umah. Eh, Ziqri should call him Tok Mat la ;-)...Yg lain2 pegi anta baby clinic check up.


Wa borak ngan Tok Mat...so, Ziqri main la sorang-sorang. Takde geng la...Tak lama lepas tu diorang balik. Yeay...boleh tgk baby. Ha ni lah dia baby Che Mimi...


Nama Ahmad Nuh (is it confirm???). Tapi kan...baby balik kejap jer sebab ibu cakap, lepas tu baby kena masuk spital balik sbb jaundice dia tinggi (baby Nuh dah kuar spital ke???). Sian baby...dia kena jaundice mcm Ziqri. Hopefully tak la seteruk Ziqri ye...

3 pm kitorang balik sebab ibu nak jln2 pegi Pasar Payang. Ntah apa la ibu nak carik...

Balik kg...



Last Sat, kitorang balik Besut. My hometown. Bertolak 11 am. Sampai umah my mom about 6.30 pm. Even tak jam lama jugak perjalanan. Maklum la...byk lori yg jln terkemut-kemut-menyusahkan-org-jadik-lambat!

Balik KL balik on Tues. Pukul 4 am dah bertolak balik KL sbb aku kena pi Langkawi mlm tu & Mr Hubby keje mlm plak.

Ok, nak ceritanya pasal Ziqri, pegi balik dia muntah! Otw dari KL ke Besut mmg byk sgt dia muntah. Abes seat belakang penuh ngan muntah susu dia. Sampai aku kena salin baju seluar semua! Sabar jer la.

Balik sini pon dia muntah jugak! Agaknya dia "mabuk" kot naik keta jln bengkang-bengkok!

Balik kg kitorang tak ke mana pon. Just visiting my newborn baby, pegi jln2 kejap kat Pasar Payang (will update the story & photo in the next entry).

Reload Software: 552



Tensi. My BB buat hal!!!

Ingatkan nak update cerita pasal balik kg aritu. Abaikan dulu.

Maghrib tadi my BB hang. Lepas tu aku off kan kejap & on kan balik. Skali yg keluar white screen with the message >>> Reload Software : 552.

Stress mak!!!

Ni tgh dok configure balik cemana nak betulkan balik. Install CD BB carik software tak boleh nak download plak! Katanya Window Installer Service could not be accessed!

Arrggghhh...menyusahkan betol la! Jgn ilang semua info/application yg aku dah download dlm tu sudah!

If tak boleh jugak betolkan sendiri, nmpknya esok kena la bawak pegi Celcom!

Aarrgggghhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

*update*
- My BB sudah ok. Bawak pegi Subang Parade & they install the software FOC. Suka.

22 July 2010

Cuti...

Just came back from Langkawi yesterday...So, today I'm on leave. Penat seh. Sabtu balik Besut. Selasa 5 am dah bertolak balik KL. Petang tu kol 4.30 pm dah kuar pegi KLIA. Flight pegi Langkawi plak!

Ok...for those yg pegi Langkawi...jgn lupe beli Krim Susu Kambing...

*
*
*


Bagus tau krim ni. Bau dia best. Yg paling best dia tak melekit & berminyak. Sapu jer terus meresap dlm kulit. Berangin jer...

Kegunaan: Sesuai utk Senak, kembung, kebas kaki, tangan, kena gigitan serangga, sakit urat & terseliuh.

Memang mujarab.

Buat apa kat Langkawi? To be updated later...

16 July 2010

Fabulous Motherhood 1st Giveaway

Contest again. This time organized by Mommynadia.


Senang sangat nak join giveaway ni. Takde T&C suma. Just tepek jer banner Adam yg chumel itu dekat entry uolls...

Ok lah...for the contest detail, please visit Mommynadia's blog ya.

13 July 2010

His favourite place

Sekarang ni kan...Ziqri suka sgt masuk bawah meja. Asal dia merangkak jer mesti duduk bawah meja...


Tak larat nak "kutip" dah. Sudahnya...biarkan jer dia duduk situ sampai puas! Ziqri...Ziqri...dah 1 year old ni mcm2 kerenah dia!

Oh yea...Ziqri skrg dah pandai sebut "dah" & "ntah". Tapi...ibu still tak reti sebut lagi ;-(.

Ziqri dah gunting rambut!



Yes...ni lah dia muka Ziqri with his new hairstyle! Atoknya dah gunting rambut Ziqri kasi pendek. Dah tak nmpk his curly hair.

What do you think? Chumel ke??? ;-P.

Tapikan...aku suka rambut yg lama. Rambut yg lama tu boleh nmpk curl dia yg bergulung-gulung kat belakang. 

Tapi...bila dia potong rambut pendek ni nmpk cam big boy plak ;-).

10 July 2010

Jom try...


Ha...cam dah lama tak letak gmbr makanan kan? Hehehe...Okla, ni gmbr makanan utk korang. Ni kitorang beli kat Hot & Roll.

Boleh tahan jugak la rasanya. Harga pon tak mahal. Macam2 flavor ada. Sape yg tak penah rasa lagi boleh la try ;-).

09 July 2010

Ziqri pegi A&W

Kesah semalam.

Ibu saya tension. So, ibu ajak ayah pi A&W. Yang bestnya, Ziqri pon ikut sama. Yeayyy.....


Ayah pi order food. Ziqri ngan ibu tunggu kat meja. Mana food ni ayah...lambatnya...Ayah belikan Ziqri ball jugak. Yeayyyy....


Lepas dah abes makan...ibu bawak Ziqri main keta...Tapikan ibu...kenapa keta ni tak gerak??? Biar Ziqri check kejap lah...Oooo...ibu tak letak syiling lah...Patut la tak gerak!



Oooo...ibu takde syiling 50 sen...takpe lah...Ziqri main jer lah konon2 keta ni gerak, hehehee...

Best la ibu...next time bawak Ziqri pi jln-jln lagi yea...

Ye...stress aku pon ilang & Ziqri is sooo...happy!

08 July 2010

Release Tension

This week rasa sgt tension! Pasal keje. Penat layan kerenah-kerenah diorg! Sib baik la ada ubat release tension. Nak tau apa???? Ni la dia....
*
*
*
*
*
*


Ye...inilah dia pengarang jantung, buah hati ibu. Ubat segala tension ibu ;-).

Cepat la masa berlalu. Next next week kitorang balik kampung. Hurrayyyyy.....

Actually nak buat entry baru...tapi malas plak nak stori-mori (tapi update gak entry, hahaha). So, aku merajinkan diri tukar template blog. 


What do you think? Ye, aku tau...template ni biasa-biasa saje tp aku suka sebab tak byk color. Takde pening tgk kan?

06 July 2010

iCity


Last Sunday, kitorang pi jalan2 kat iCity, Klang. Dah lama nak gi tempat ni tapi asik tak jadik jer...Selalu tgk kat blog orang jer ;-). Now, aku dah pi sendiri. Pegi ari Ahad best...tak ramai org! Pi sana bayar parking RM2 jer.


Actually tak ada apa sangat kat situ. Semua yg pegi tu sebab nak tgk lampu-lampu yg cantik tu la. Tapi kat situ ada gak la jual-jual barang. Van Pizza, KFC, Rasamas pon ada. Restoran pon byk.


Nasib baik la kitorang dtg ari Ahad, so parking pon tak jauh. Kalo tak, sure kena jln kaki jauh.


Macam-macam bentuk lampu ada kat situ.


Lampu bentuk burung merak.


Lampu bentuk deer pon ada.


Pokok-pokok yg dihiasi dgn lampu warna-warni.


iCity ni luas la jugak. Kalau betol2 jln, jenuh la jugak. Maklum la...stop kejap, amek gambar. Jln kejap, amek gambar.


Bagi sesiapa yg tak tau mana nak pegi, boleh la bawak family datang sini.

05 July 2010

Rajinnya anak ibu.....


Wah...sangat rajin anak ibu ni nak tolong lipat baju. Reti ke? Bagus...bagus...Dlm pada tu, rajin punggah kain pon ye jugak. Pantang tgk baju yg dah berlipat, mesti dia punggah!

Harap2nya sampai besar la rajin tolong ibu ye. Senang skit keje ibu! ;-)

04 July 2010

Sama kan????


Muahahaha....Mak mertua ku tunjuk gambar ni kat kitorang. Gambar Mr Hubby masa kecik. Samakan cam muka Ziqri...No wonder diorg semua ckp muka Ziqri mcm muka ayahnya!

03 July 2010

Our vacation...

Ok...this is the last entry about Saigon ;-). At last! Tips pada sape yg nak ke Ho Chi Minh...


If nak amek cab...sila amek Vinasun or Mai Linh saja sebab 2 cab ni mmg boleh dipercayai. Diorg pakai meter & Insyaallah takkan tipu passenger.

Nak pi jln2...make sure u all ada address tmpt yg nak pegi sebab most of the taxi driver don't understand English.

If nak beli barang...better ask the price in both currency. Lepas tu korang tgk la mana yg lagi berbaloi nak beli. Nak bayar pakai VND or USD. Kadang2 lagi murah bayar pakai USD...


Overall...percutian yg sgt memuaskan...Kami cuma spent about RM1600 saja (termasuk accomodation, shopping, makan & jln2). Ada lagi balance USD12, hahaha...

Dan...tak la teruk sgt berjalan sambil bawak budak kecik!


Before pegi, mcm2 dok pikir dlm kepala otak ni...Ok ke Ziqri nanti...boleh ke dia? Meragam ke? Alhamdulillah, sgt senang bawak Ziqri jalan.

Ok, bebeh...next year kita jalan lagi yea ;-).

Sight-seeing

Ha...sambung lagik entry Saigon! Bila nak abes, da....Layan jer la, gambar we all sight-seeing ;-)...Takmo tgk pi main jauh-jauh...


Ok, ni adalah post office. Cantikkan building dia???


Dlm building tu lagi cantik. Mmg ramai tourist datang sini amek gmbr.Post office nya besar tapi warga tempatan tak ramai berurusan time kitorang pegi. Maybe sbb dah petang kot.


Belakang kitorang tu ialah tempat telefon. Public phone. Mmg bestkan kalo public phone mcm tu. Privacy skit nak cakap ;-).


Lepas tu kitorang pi Notre Dam Cathedral. Church sebenarnya. Idak le masuk sampai dlm. Tgk kat luar sambil amek gambar ;-).


 
Udah penat jalan...kitorang lepak kat park pulak sambil minum air kelapa (lagi). Lepak2 kat sini utk ilangkan penat. Almaklum la...lepas ni nak jalan lagi kan... Park diorg bersih ok.


Ni plak Reunification Palace. Nak masuk sini sila bayar VND15000, ye. Kitorang tak masuk pon. Ko tgk la...sayup jer building tu. Tak larat kitorang nak jalan dah masuk sampai dalam. Tgk dari luar sudah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails