CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label vietnam. Show all posts
Showing posts with label vietnam. Show all posts

03 July 2010

Our vacation...

Ok...this is the last entry about Saigon ;-). At last! Tips pada sape yg nak ke Ho Chi Minh...


If nak amek cab...sila amek Vinasun or Mai Linh saja sebab 2 cab ni mmg boleh dipercayai. Diorg pakai meter & Insyaallah takkan tipu passenger.

Nak pi jln2...make sure u all ada address tmpt yg nak pegi sebab most of the taxi driver don't understand English.

If nak beli barang...better ask the price in both currency. Lepas tu korang tgk la mana yg lagi berbaloi nak beli. Nak bayar pakai VND or USD. Kadang2 lagi murah bayar pakai USD...


Overall...percutian yg sgt memuaskan...Kami cuma spent about RM1600 saja (termasuk accomodation, shopping, makan & jln2). Ada lagi balance USD12, hahaha...

Dan...tak la teruk sgt berjalan sambil bawak budak kecik!


Before pegi, mcm2 dok pikir dlm kepala otak ni...Ok ke Ziqri nanti...boleh ke dia? Meragam ke? Alhamdulillah, sgt senang bawak Ziqri jalan.

Ok, bebeh...next year kita jalan lagi yea ;-).

Sight-seeing

Ha...sambung lagik entry Saigon! Bila nak abes, da....Layan jer la, gambar we all sight-seeing ;-)...Takmo tgk pi main jauh-jauh...


Ok, ni adalah post office. Cantikkan building dia???


Dlm building tu lagi cantik. Mmg ramai tourist datang sini amek gmbr.Post office nya besar tapi warga tempatan tak ramai berurusan time kitorang pegi. Maybe sbb dah petang kot.


Belakang kitorang tu ialah tempat telefon. Public phone. Mmg bestkan kalo public phone mcm tu. Privacy skit nak cakap ;-).


Lepas tu kitorang pi Notre Dam Cathedral. Church sebenarnya. Idak le masuk sampai dlm. Tgk kat luar sambil amek gambar ;-).


 
Udah penat jalan...kitorang lepak kat park pulak sambil minum air kelapa (lagi). Lepak2 kat sini utk ilangkan penat. Almaklum la...lepas ni nak jalan lagi kan... Park diorg bersih ok.


Ni plak Reunification Palace. Nak masuk sini sila bayar VND15000, ye. Kitorang tak masuk pon. Ko tgk la...sayup jer building tu. Tak larat kitorang nak jalan dah masuk sampai dalam. Tgk dari luar sudah...

30 June 2010

Shopping apa???

Ok...continue HCM story...Hahhaaha...tak abes2 lagi! Mesti korang nak tau kan...apa yg boleh dishopping kat sana???

Dekat sana...korang boleh shopping bag...


Kitorang dtg kedai ni sampai 3, 4 kali! Hahaha...tak abes2 borong kat sini. Beli Deuter bag, beli kipling la...beli cap sampai 5! Oh...itu utk souvenir skali ;-). Beli Nike stoking lagi...Senyum jer org kedai tu tgk kitorang. My sis sempat lagik rembat samsonite luggage! Murah seh!


Lepas tu dtg sini plak. Shopping baju raya! Ye...kami 3 beranak sudah ada baju raya sedondon. Me siap baju kurung bling bling lagi. Suka!


Dekat sini baju kurung, jubah yg ada manik bling2 tu sgt la murah! Mmg rambang mata dibuatnya! Aku jugak beli 3 pasang jubah bling2 utk my mom, MIL & makcik. Kitorang spent kat sini USD98. Dlm RM319 jer...If beli kat Malaysia, the price will be doubled! Kat sini jugak ada jual telekung.



Aku jugak beli cotton. Puas ati sgt dpt borong cotton. Aku beli 7 psg cotton! 4 psg dah anta pi jahit baju kurung. Tu pon upah jahit dah RM200. Kalo anta lagi 3 pasang tambah lagi RM150. Tempah baju kurung jer dah RM350! Mati la. Ni yg terasa nak pi kelas menjahit nih!

Kalo ikutkan hati mmg byk lagi nak beli, tapi...sedar diri duit bawak sikit. Kang ada plak yg tak balik, hahaha...

25 June 2010

Aktiviti malam...

Dekat HCM, waktu mlm rasa sgt panjang. Mana taknya...6.30 pm dah gelap. So, akitiviti kitorang waktu mlm...


Pegi Hard Rock Ho Chi Minh. HRC ni letaknya dekat Kumho Asiana Plaza. Ada byk jugak butik kat dlm Plaza nih.


Ni kat Saigon Square. Dlm ni byk kedai kecik-kecik. Kat dlm ni boleh bargain. So pandai-pandai la tawar.


Dlm ni kebanyakkannya jual baju, kasut, bag. Baju budak, baju dewasa.


Dekat depan hotel kitorang duduk tiap2 mlm ada pasar mlm. So, kitorang memalam mmg dtg sini la ;-).


Mcm-mcm la barang yg diorang jual. Segala benda yg ada kat Ben Tanh Market tu korang boleh dpt kat pasar mlm ni.


Tapi aku rasa brg kat pasar mlm ni mahal skit compare to Ben Tanh Market. Aku if bargain diorg tak nak bagi aku blah jer ;-). Gunakan kuasa veto korang sebagai pembeli, hehehe...Bebel2 penjual tu kalo aku tawar murah sgt, hahaha...Nasib la labu!

24 June 2010

War Remnants Museum

Ok...ni sambungan kesah kami ke War Remnants Museum. From our hotel, kitorang just amek cab ke sini.


Korang nmpk kan...operating hour diorg? Masa kitorang sampai kol 12.30 pm. Ada 1 jam lagi nak kena tunggu! Makanya kami semua tawaf la keliling kawasan museum tu.


Sib baik la tempat tu tak besar mana. Tapi tak ada pemandangan yg menarik pon di kawasan sekitar. Abes tawaf pon museum tu still lagi tak bukak.


Dah berpenat lelah jln kami lepak kat bus stop ni. Sib baek ada tmpt nak duduk. Ada plak mamat sorang ni dok pujuk kitorang beli air kelapa. Sebab hauskan, beli jugak la. Air kelapa tu sejuk lak. Wah...mmg best ah. Memula tu jual mahal gak la takmo beli. Udah dia pon nak jual mahal sgt. Ada ke 1 biji air kelapa tu nak jual sampai VND30000! Harus la kitorang takmo beli!

Tepat kol 1.30 pm museum pon bukak. Ramai org dah time tu. Beli tiket VND15000 sorang.


Masuk2 jer museum tu korang akan nmpk kereta kebal, jet pejuang & helikopter. Masuk kat dlm plak, macam2 jenis senapang, peluru, bom yg ada. Tapi yg paling kesian tgk gmbr ni.


Ni gmbr budak2 yg lahir akibat dari peperangan. Semuanya cacat. Ngeri tgk. Kalo org yg pregnant tu mmg tak digalakkan la tgk!


Kat tingkat 2 & 3 plak, byk ditunjuk bahan2 sejarah perang. Surat PM Vietnam bagi kat Presiden US, gmbr2 peperangan, pingat2, keadaan Vietnam kesan dari perang, gambar2 askar yg hilang masa perang & semuanya yg berkaitan dgn perang lah.

Keluar dari museum ni kitorang pi tgk ni plak. Tiger cage.


Ok, tiger cage ni digunakan utk letak prisoner. 1 cage yg kecik tu diletakkan sampai 2, 3 org! Bayangkan la cemana diorg berhimpit dlm tu. Kejam betol!


Lawatan kami diakhiri dgn tempat ni...ni adalah tempat pancung kepala! Habis jelajah musuem ni, kami pegi sight seeing plak. Tu nanti aku story in the next entry. Hahaha...jgn la boring lak entry Saigon tak abes2! Tinggal skit jer lagi nak cite pon ;-).

23 June 2010

Broadband suck!!!


Hajat dihati nak buat entry pasal War Remnants Museum tapi internet slow giler! Nak upload gmbr skit nya lama! Tak kuasa lak aku nak tunggu.

Later la aku upload cite pasal war museum nih. Adeh...byk lagi cite pasal Vietnam nih ;-P.

20 June 2010

Jom pi Chu Chi Tunnel

Ok, 2nd day we all amik tour pi Chu Chi Tunnel. Price utk tour ni USD5 per person. Booking through our hotel staff.

Perjalanan ke Chu Chi Tunnel is about 2 hrs, naik bas. Picked up at our hotel. Kematu la jugak bontot dok dlm bas tu! Ziqri, masuk jer dlm bas terus zzzzz.....Sampai sana, baru dia jaga.


Nak masuk dlm ni, kena bayar entrance fee VND75000 sorang. Yg bagusnya kat Vietnam ni, entrance fee dia adalah sama. Tak kira ko tourist ke or rakyat tempatan.


Lepas byr entrance fee, group kitorang di bawak ke tempat ni utk dgr history pasal tmpt ni. Kesah perang...cite pasal tunnel yg dibuat & tgk video perang.

Dah abes semua, baru la kami di bawa ke dlm hutan. Ok, aku sampai kat tempat ni saja sbbnya Ziqri dah menangis bila nak masuk hutan! Sabar jer la. So, terpaksa la aku keluar tunggu kat entrance sementara yg lain pi tgk tunnel. Rugi je bayar entrance fee!


Ha...korang tgk la lubang tunnel diorg. Mmg muat-muat badan je. So, if korang teringin nak masuk dlm tu, sila kuruskan badan dulu, hehehe...Kalo tak, tak merasa la masuk dlm tuh.


Ini adalah perangkap mereka. Cuba bayangkan kalo korang terjatuh dlm tuh. Isshhh...harus la badan korang tertusuk benda-benda tajam tuh. Ngerinya...


Ni plak laluan ke tunnel. Again, yg kurus saja ye boleh masuk. If badan korang besar, sila tgk jer la, hahaha...


Mr Hubby bergambar dgn kereta kebal. Katanya, elok jugak Ziqri tak masuk dlm tu. Byk nyamuk!


Ni adalah tempat dimana askar Vietnam mengawal tawanan mereka. Kiranya, ni adalah penjara la.


Ditunjukkan jugak cara-cara mereka memasak.



Bom yg digunakan. Ko tgk la...skit punya besar! No wonder la ramai rakyat diorg yg cacat & mcm2 lagi akibat bom ni. Nanti boleh tgk kesan perang in my next entry. Kitorang pegi War Remnants Museum.

Ada la dekat 2 jam jugak diorg kat dlm tu tgk benda2 ni semua. Aku la yg keboringan dok tunggu depa abes. Habis tour dlm pukul 2.00 pm kami bertolak balik ke hotel.

Satu pengalaman yg menarik walaupon aku tak dpt masuk & tgk dengan mata sendiri. Dpt tgk gambar yg Mr Hubby amek pon sudah cukup ;-). Aku dpt bayangkan cemana keadaan diorg time tu!

19 June 2010

Ke Ben Thanh Market

It's just a walking distance from our hotel. Apa yg ada kat sini? Inilah syurga beli belah utk rakyat Msia ;-P.


Masuk dlm ni mmg korang akan jumpa rakyat Msia (jumpa lagi!). Sampaikan penjual kat sini pon boleh cakap Melayu. "Mari kakak"..."Murah...murah"...Hahahahah....


Kenapa rakyat Msia suka dtg sini? Apa yg ada kat sini? Actually kat sini macam-macam ada, hehehe...Sini adalah pasar basah & kering. So, semua benda la korang boleh jumpa kat sini. Ala-ala mcm Pasar Siti Khadijah kat Kelantan nun. Tapi pasar ni bersih.Takde bau yg tak menyenangkan ;-P.

Tapi mcm biasa la...org sana kan kurus2...so, ruang antara kedai tu mmg sempit la. Nak tolak stroller pon tak muat! Mmg panas dlm ni! Tambah lak ngan org yg ramai tu.


Kat sini la ramai org Msia borong  kain utk biz. Mcm2 jenis kain ada. Ada la jugak aku beli beberapa pasang. Kat sini jugak aku beli kopi Vietnam. 500gm utk USD13. Org kata kopi Vietnam sedapkan...harus la kena beli. Dlm ni jugak ada jual jajan-jajan. Tapi tak beli. Was-was. Kain baju, bag, perhiasan...segala benda la ada.

Urusan jual beli kat dlm ni korang boleh pakai VND or USD. Pandai-pandai la korang calculate mana lagi baloi nak guna. Beli barang kat dlm ni  pandai-pandai la korang guna skill bargain korang. Kalo boleh bargain sampai separuh harga. If harga tu reasonable, penjual tu agree je...


Last but not least...ni lah pemandangan sekitar Ben Thanh Market. Ok, cukup la takat ni. Nanti sambung lagi.

18 June 2010

Soal makan...

Bila aku bgtau my family & my fren that I'm going to Vietnam...Diorang tanya...senang ke nak makan? Ada ke halal food?

Actually tak susah  nak carik makanan halal kat Saigon ni. Cumanya...the price is a bit expensive (for budget traveler like us). So, kena spend lebih skit for food kat sana.

Masa kitorang sampai...terus keluar pegi carik makan.


Ni tempat makan we all on the first day. It's just a walking distance from my hotel. Tapi memula tu dok pusing sana sini jugak la carik tmpt ni. Padahal, kitorang lalu tempat ni masa dok mencari kedai makan tapi boleh tak perasan! Maklum la...building dia kurus sgt!

Masuk kedai ni mmg ramai org Msia. Tingkat bawah penuh. So, waiter tu bawak kitorang to the 3rd floor. Punya la seksa nak naik atas. Tangga sempit sgt!

Masa nak order food, my sis asked the waiter to suggest the food for us. So, apa lagi...si waiter tu ckp dia sediakan set mkn utk 4 org. Ada kerabu, ayam, ikan, daging & sup.


These are the food suggested by the waiter. Memasing mengorder kopi susu ice. Drink ni mmg wajib minum la if pegi sana. Sedap. Sgt kaw! Nak tau bape kitorang kena for all these? USD76! RM247! Terkedu jap masing2. Mana taknya...first day makan dah RM200++...Ada lagi 3 hari nak makan.



Mcm ni la cara they all antar makanan ke atas. Masing2 cam jakun jer tgk. Hahaha...maklum la...tak penah tgk kan...

Selain dari Restoran VN Halal...korang boleh gak gi makan kat sini...


Kitorang dinner kat sini. Mahal gak. Kat sini kitorang order ala-carte. Tak mo dah makan set-set nih. Kang beratus lak lagi kena bayar. Tapi mahal la jugaknya. Bayangkan sekeping roti canai segera harganya RM9! Dan mee goreng mamak harganya RM17! Gosh....


Ha...Kedai Samsudin ni consider murah skit la banding ngan 2 restoran kat atas tu. Makanan dia pon sedap. Staf dia pon boleh cakap Melayu. Tapi jauh skit la. From our hotel ke sini tambangnya VND50000 (1 way). Kitorang dinner dekat sini & suruh diorang deliver makanan esoknya for lunch & dinner. Diorang ada delivery service to your hotel. Senang.

Kesimpulannya, if korang nak ke Vietnam...sila sediakan duit lebih skit utk makan ;-).

About saigon (from my view)

First time sampai sini, apa yg aku nmpk...the city is not as big as KL. Bandar dia pon takde la nmpk gah, hehehe...

Traffic light pon kurang. Org main cilok sesuka hati jer. Bersimpang siur masing2 bawak kenderaan! Harus lar aku rasa tak berani nak drive kat sini. Oh ye...kat sini left hand driver ok!



One more thing kat Saigon banyakkkk sgt motorist. Why? Harga motor kat sini is only USD300! About RM976 jer! Murah gilerr kan?? Ha, sebab tu la diorg byk beli motor kot.


Building kat sini kurus-kurus jer. Sama mcm rakyatnya jugak. Semua slim2. Sgt susah utk dptkan baju size L ok! XL apatah lagi! Makanya aku pasrah jer la tak boleh beli blouse eventhough nmpk blouse Zara cantik2. Hishhh...

Rakyat diorg tak pandai speaking. Simple English pon tak tau. If you all want to go anywhere, make sure u have the add. If not, tak berjalan la korang. Yg paling lawak...my sis asked the hotel staff if he knows where is the War Museum? Boleh plak staff hotel tu tunjuk selipar buruk dia...Lawak...lawak! Org tanya lain, lain plak dia jawab.

Tapi kan...taxi diorg sgt bersih! Semuanya taxi baru. Takde taxi2 buruk cam kat sini, hehehe...

We all mostly jln kaki jer...So that kitorang boleh tgk byk benda...Nak pi tmpt jauh2 baru amek cab. Aku rasa kat sini mmg selamat jer jln. Takde prob. Pengemis pon tak byk cam kat Indon. Tapi kelakar jugak bila jumpa org Msia yg jln kaki dok kepit handbag cam nak kena rompak jer lagaknya, hahaha. Ramai ok, org Msia kat sana. Jln sini jumpa org Msia. Jln sana jumpa org Msia. Sampaikan kat Ben Thanh Market tu, penjual pon boleh cakap Melayu! Mostly rakyat Msia yg datang sini sebab amek brg utk biz ;-)...

Eventhough korang dtg sini, korang takkan rasa tmpt ni cam asing sebab ramai jer jumpa org Msia. Especially kat Halal Restaurant ;-).

17 June 2010

Our Journey to Ho Chi Minh

12 Jun - Kami bertolak dari rumah seawal jam 6.30 pagi. 5.00 am aku dah bangun. Sampai LCCT is about 7.30am. Dihantar oleh my PIL. My sis pon sampai about the same time as me.


Lepas dah check in barang, we all pegi breakfast la dulu. Lapar weh. So, we decided to have our breakfast at Marrybrown.



Makan dgn pantasnya sebab boarding time is at 8.15 am. 8.30am baru aku masuk departure hall. Itu pon lepas my sis call bgtau org dah beratur. Kitorang apalagi, berkejaran la. Sekali tgk kat gate org dah takde yg q. Jalan la ngan lajunya ke flite. Kiranya kitorang la yg last. Tapi kali ni AA mmg on time. In fact, kitorang bertolak awal 5 min. Dlm sejarah (aku naik AA) flite on time. Depart from LCCT 9.10am.


Journey is about 1 hour 55 minutes. Ziqri dlm flite tak byk kerenah. Bagi dia susu lepas tu dia tido. Dah nak dekat sampai baru dia bangun.


Kitorang sampai Tan Son Nhat International Airport about 10.10 am waktu Vietnam (1 jam lambat dari waktu Malaysia). Airport dia besar, ok! Kagum aku ;-).


Dah sampai airport, check passport dulu. Immigration staff dia lorat betol. Skitnya strict. Kemain lama nak cop passport!


Lepas dah cop passport, gi tunggu bag plak. Dpt bag, pegi kaunter utk tukar duit from USD to VND. Aku tukar dlm USD100 jer kat sini. Dpt la dlm VND1.8m. Millionair aku jap, hahaha...Kat sini jugak we paid for the taxi.


From airport to our hotel at District 1, is about 30 minutes. Taxi fare is about USD8. We get the cab from the airport sebab tak mau kena tipu if amek jer mana-mana cab kat luar airport tu. Sampai hotel, letak barang terus keluar carik makan. Lapar! (ada cerita menarik pasal makan nih. I'll blog about that in my next entry).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails