CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 April 2011

BW memang berkesan, TAPI...

Dah banyak aku baca kat blog yg bagi tips kalo nak up traffic kena la rajin BW. Tak dinafikan aku ni mmg malas nak BW. Sebabnya....

Ni la jadiknya bila aku dok BW....
per
*
*
*



Aku dok ngadap lappy BW...dia dok buat hal sendiri..kemain lagi dia. Abes Huggies dikeluarkan...


Mmg sakan lar dia dok main ngan Huggies tu...



Mentang2lah aku diam jer kan...ho, sakan dia ko main!

Ni lah sebabnya aku jarang BW. Aku dok asyik BW, dia pon asyik dok sepah selerak kan barang. Kadang2 nak update blog pon tak aman!

Lagi satukan...skrg bila aku bukak jer lappy, dia pon sibuk la dok "mak...mak...". Tau "mak" tu apa? Dia nak suh aku bukak youtube Ustaz Zulkarnain. Mmg feveret la kalo dpt tgk Ustaz Zulkarnain tuh. Confirm dok diam!

Kalo aku bukak youtube kartun or nyanyi2 ABC ker, 123 ker...dia tgk la kejap pastu bising suh bukak Ustaz Zulkarnain. Mmg idola Ziqri lah Ustaz Zulkarnain tuh!

Kalo kat TV...dia mmg minat Indahnya Iman. Kalo bukak channel Oasis time Indahnya Iman tu mmg aman la aku. Buleh la nak buat keje tanpa gangguan. Dia akan tgk rancangan tuh sampai abes. Kalo ada sape yg tukar channel lain bising lah dia. Mmg kalo time Indahnya Iman tuh takde sape la buleh nak kacau dia ;).

29 April 2011

Cyberview Lodge Resort

Last weekend kitorang bercuti di sini...


Cuti-cuti kali ni aku panggil Friend's Family Day. Sebabnya, kitorang pegi Cyberview Lodge Resort ni skali ngan my friends & their family members. 

Dari last year plan nak ke PD la, apa la...this year baru menjadik. For a start...kitorang pilih tempat yg dekat jer...

{main lobby}

Actually my friend request nak check in awal dalam kol 1 pm tapi tak dpt sbb full. Kol 2 pm baru leh check in katanya. Oh...tempat ni mmg sentiasa full house yea...

Kalo uolls nak dtg sini booked la awal-awal supaya tak kecewa ;).

From my house Shah Alam mmg dekat sesangat la Cyberview nih. Kitorang sampai sini kol 3 pm. Pi beli susu Ziqri dulu baru datang sini.


Walau pon tempat ni dekat jer tapi best jugak datang sini. Mmg cuti kali ni santai betollah. Relax jer kat hotel. Takyah pening2 nak pikir gi mana-mana ;). Seronok jugak percutian yg mcm ni.


Aktiviti yg kitorang buat kat sini ialah bawak anak masing2 mandi swimming pool.


Ari Sabtu sampai petang tu terus bawak diorang swimming :).




Memang seronok sakan la diorang dapat mandi swimming pool. Tempat ni pon menarik. Mmg tak sia-sia la pegi.

We really enjoy & had fun here.

27 April 2011

Kami baru pulang dari Sabah ;)

Sabtu lepas balik dari KK aritu, kitorang pegi umah Chu kat Puncak Perdana. Saje datang lepak kat sini. Lagipon Chu nak jumpa Ziqri. Asik dok sebut2 jer suruh Ziqri datang, so kitorang pon bawak la Ziqri pegi sana.

Dah lama pon tak ke sana. Last rasanya masa ujung tahun lepas masa dia buat BBQ.


Dua beranak ber T-shirt KK :). 


Ziqri seronok la datang sini...main sesuka hati jer....ramai dok melayan. Kat sini la tempat berkumpul family Abu Ashari lepas umah kat Kg Pandan tu dah jual.


Lepas ni gathering kat sini is first week of puasa. Sure kitorang semua akan berbuka kat sini. Dah jadik tradisi diorang sejak arwah datuk nenek masih ada.

Chu nya mmg rajin layan Ziqri. Kang dia boring2 dok umah...dia datanglah Subang Jaya main ngan Ziqri.

Rumah ni kecik jer compare ngan umah Kg Pandan dulu tapi aku suka tgk susun atur umah ni. Kemas dan cantik jer...Walaupon byk barang tapi tak nmpk serabut. Kreatif ;).

Menang (lagi)....Yippieeeee....

Yeayyy...balik from Cyberjaya last Sunday tu aku singgah Subang Jaya jap. Skali tgk ada surat utk aku. Surat apa? Surat yg menggembirakan hati ;).

Aku menang contest from Karangkraf magazine. Tak ingatlah magazine apa. Impiana ke...Apartment...lama nau...mana nak ingat.

Nak tau aku menang apa?


Dapat RM20 voucher from Otak-Otak Place. Yeayyy...nanti weekend boleh la try makan kat sini. Belom penah try lagi makan kat sini. Sedap ke ek??

Satu lagi, aku menang from Her World magazine...

{letter from Blu Inc Media}


Yang ni aku menang Aesop Mosturizer worth RM574! Yeayyy...seronoknya....

Tak penah lagi try product Aesop nih. Ni dah dpt free, boleh la kasik try skit ;). Tak sia-sia every month beli magazine Her World :). I Likeeeee.....

26 April 2011

It's redemption time!

Finally...setelah dgn gigihnya dok kumpul scoop Wyeth Ziqri...I can now redeem an item :)


Org sibuk dok kira scoop...dia pon sibuk sama dok kacau. Amek scoop tu masukkan dlm besen, main masak-masak, uolls!
*ni ada potensi masuk Junior Masterchef!


Semuanya ada 55 scoops = 550 points. Dlm akaun ada 100 points. So, total I have 650 points. Actually byk gak item yg aku leh redeem ngan points sebanyak tuh.

Tapi aku dah target 1 item ni. Mmg selama ni pon dok gigih kumpul scoop sbb nak redeem benda tu la. Nak tau apa dia? Flask utk air panas Ziqri ;).

Esok lusa buleh la courier scoop Ziqri nih.

Ohhh...baru teringat, dah almost 2 months aku anta form utk redeem barang Huggies. Ntah bila la agaknya baru dpt barang nih.

25 April 2011

Ke KL


Last weekend (last 2 weeks) kitorang jalan2 ke KL. Mr Hubby nak ke Pertama Kompleks carik kasut futsal. Kasut futsal kena curik lagi uolls! Hai...minat benar org ngan kasut Mr Hubby ni. Asik kena curik jer!

Lepas pusing2 Pertama Kompleks tu, dia macam tak jadik plak nak beli kasut. Terus la kitorang ke Jalan TAR. Nak beli jersey katanya. Lepas dah beli jersey imi (nak beli ori sayang duit katanya :P), kitorang singgah makan mee goreng mamak. Kedainya sebelah Alinas jer. Mmg full house sokmo lah kedai makan nih.

Kuar kedai mamak tu aku ajak Mr Hubby pegi Gulatis. Ingat nak pi carik tudung Aalia selai dua...tapikan, bila dah masuk Gulatis tuh...bukan selai dua yg aku beli. 10 elai terus aku borong! Murah ko...RM10 jer selai. Haruslah kan kena amek peluang. Best pakai tudung Aalia. Very comfortable ;).

Lepas pegi Gulatis kitorang singgah Sogo jap pi solat. Idak beli apa pon kat Sogo. Pastu pegi Pertama Kompleks lagik. Mr Hubby nak beli kasut futsal plak. Lepas berjam dok pilih kasut...finally dia beli jugak kasut futsal. Lama giler uolls dia pilih kasut. Sampai salesman pon dok pandang 4, 5 kali...Hahahaha...

Dari Asar membawak ke Maghrib baru setel barang yg nak dibeli. Lepas solat Maghrib kat Medan Mara kitorang balik.

Dok dengar org bercerita pasal ada org mencuri kat surau Medan Mara. Mmmm...ada setengah-setengah org ni masuk surau bukan nak solat tapi mmg niat nak mencuri. So, be careful lah.

22 April 2011

Pengalaman Menjadi Cikgu...

Oh...dok baca blog my sis yg asik dok ngadu pasal tension jadik cikgu. Aku boleh paham la perasaan dia sebab aku lagi dulu jadik cikgu, walaupon sekadar CIKGU SANDARAN!

Teringat pengalaman jadik cikgu sandaran for a few months masa kat kampung sementara tunggu grad. Walaupon cuma beberapa bulan saje...tapi sudah tak boleh tahan. Everytime balik sekolah jer kepala aku dah nyut nyut. Tahap maximum punya!

Mana taknya...kalo udah namanya pon cikgu sandaran...takkan la ko dpt kelas yg paling pandai kan? Harus lah ko kena ngajar budak2 kelas yg paling corot. Tapikan...budak-budak ni dah la otak tu tak berapa nak cerdik...perangai mengalahkan anak jin!

Cuba ko bayangkan...ko tengah dok ngajar kat depan ni, ada sorang murid pompuan ni boleh tuang air teh yg dia bawak atas meja dgn tak semena-menanya! Sampai aku pon jadik heran...asal budak ni? Sakit mental ke apa? Motif tuang air atas meja? Oh...mmg tak leh terima dek pemikiran aku dia buat mcm tuh.

Itu cite pasal murid pompuan. Murid laki?

Aku ngajar kat depan, dia siap leh bergaduh kat belakang, boleh? Apalagi...aku jerit la. Dah kalo cakap ngan intonasi biasa pon dia boleh buat derk jer...harus la aku kena bagi jeritan maut skit kan...ha, sepelaung dah dengar suara aku sampai a few cikgu datang kelas aku, hahahaha...Diorang ingatkan aku dah kena buli ngan budak2 tuh. Ada pulak, aku dok ngajar kat depan ni dia buleh dok ketuk2 pembaris atas meja. Mmg bingit la bunyi. Aku cakap skali suruh stop takmo dengarkan, so, aku amek pembaris dia aku buang kat tingkap! Siap ckp bapak dia baru beli pembaris tuh. Pedulik apa aku. Aku siap ckp ngan dia "dah la bodoh! org ajar takmo dengar. Lepas tu tak nak hormat org pulak. Otak letak kat lutut"! Dia nak komplen kat mak bapak dia pon aku dah tak pedulik. Mmg serious aku ckp camtu kat dia sampai lepas tu terus tak berani nak buat onar kat kelas aku!

Itu cerita pasal perangai...pasal kebersihan? Haiyo...pening aku! Dengan budak pompuan yg ko boleh nmpk kutu dok merayap atas rambutnya...sampai aku dok doa dlm ati jgn la kutu budak ni berjangkit kat aku. Belum lagi tgk kuku masing2 yg panjang & itam! Baju sekolah tu tak yah ckp lah kotornya. Ada tu selsema sampai ingus meleleh kat idung tak lap. Kalo ingus biasa takpe gak. Ni color ijau ko! Cuba bayangkan? Tak ke ko rasa nak termuntah??? Haiyoh!

Itu cerita pasal jadik cikgu. Orang yg keje kat ofis cemana pulak?

Mmmm...kalo ikutkan keje kat ofis lagi tension. Nak2 dapat plak boss yg "gila" & racist. Lagi sakit ati. Sekurang2nya kalo jadik cikgu leh la jugak cuti berbulan2 (time cuti sekolah)...kalo keje ofis? Terpaksa la ngadap org yg ko tak suka tu 365 hari!!! Lagiiiiii.....tensiiii!!!!

Tapi, nak wat macam mana kan? Dah namanya pon carik rezeki. Terpaksa la hadap jugak. Kalo dah tak tertahan lagi, resign jer...Or, carik keje lain. Hopefully boleh la dpt keje kat tmpt yg less stress. Tapi kalo tak dpt, terpaksa la terima.

Tu pasal la org skrg mati awal. Stress ngan keadaan sekeliling.

Ohhh...panjang plak sesi luahan perasaan aku arini. Sebab aku pon stress ngan keje skrg nih! Tired mentally & phisically!

21 April 2011

Fiqhri bam bam...

Oh...ni actually kesah minggu lepas. Fiqhri datang umah. Tujuannya datang nak sign surat penolakan kuasa harta camtu lah....aku lupa! Sambil2 nak gi tgk baby Ryan.
*Oh...aritu gi tgk baby Ryan lupa nak ajak Che Pah datang umah. Tu la...byk sgt benda dlm kepala otak aku ni pikir! Dah sampai bawah baru teringat! Che Pah & Che Mat...kalo dtg sini, jemput la dtg umah. Ajak via blog, boleh? hahaha...

Budak Fiqhri ni mmg semangat betollah! Kalo bagi aku dukung...10 min je aku lalu. Berat!



{Fighri Iman}

Lagi pon tak biasa dukung budak semangat2 nih. Anak aku kan halus jer dulu masa lahir.

Masa diorang dtg tu aku mmg tak masak apa pon. Pagi tu aku makan pulut gaul nyior jer. Diorg datang aku goreng keropok ngan bagi marble kek beli kat Tesco.Tak sedap langsung. Patut la leh jual murah. Itu jer yg ada. Selalu kebetulan time diorang nak dtg umah aku mesti kekeringan bahan makanan. Yang benarnya umah aku ni pon jarang ada bahan makanan sebab aku pon jarang masak. Ni pon utk kesekian kalinya nak kena buang sayur lagi. Time beli mcm nak guna. Tapi bila dah beli tak sempat nak masak plak. Adeh...

Lepas makan ringan2...tapi tgk diorang makan cam kelaparan jer, hahaha...abes licin keropok! kitorang naik gi tgk baby Ryan. Lepas borak2, kitorang balik.

Petang aku keluar. Gi mana pon aku dah lupa...hahaha...Mana taknya...last week nya cite baru nak update skrg.

20 April 2011

Ziqri yg funny...

Hari tu kan...aku ada la beli 1 shawl nih.
Aku ni mmg la selalu beli shawl tapi pakainya idak. Mcm ala-ala beli utk buat koleksi jer.
Leceh la nak pakai shawl especially time pepagi nak gi keje nak kena lilit2. Harus lah aku kena bangun kol 5 pagi kalo nak pakai shawl. Sokmo pakai tak kemas. Sudahnya, tudung awning (mak aku panggil tudung sudu) tu jugak yg aku sarung. Senang!

Tengah aku dok testing-testing shawl dalam bilik skali Ziqri pon datang. Dia nampak aku duk lilit-lilit shawl tu dia pon sibuk la nak jugak. Kacau daun jer!

Malas nak dengar dia dok merengek-rengek...aku bagi jer lah shawl tu kat dia.

Nak tau dia buat apa? Dia pon lilit-lilit shawl tu kat kepala dia...

*
*
*



Hahaha...kelakar giler! Ni dia lilit sendiri ok!


Tak tahan aku tgk dia. Sambil amek gambar dia sambil aku gelak. Memang lawak betol!


Muka takde perasaan. Tak tau yg aku gelakkan dia sebab dia funny!


Selamba jer pakai shawl aku ke hulu ke hilir! Kelakar!

Kadang-kadang anak buat kite geram, marah. Tapi diorang jugak la pengubat & penyejuk hati kite ;). Betul tak?

19 April 2011

Aktiviti bersantai di KK

Cite Sabah lagi...tak abes lagi la uolls! Hahahaha...
This is the last entry pon...So, let's continue the story :).

Hari ke 3 kat KK tu, kitorang pegi Tanjung Aru Beach. Elok jer kitorang sampai kat beach, ujan dah start nak turun!

{Tanjung Aru Beach}

So, takde apa la sgt yg kitorang boleh buat kat sini. Ingatkan nak jalan2 sepanjang pantai tu sambil tunggu matahari terbenam. Tapi memandangkan ujan dah turun...


Kitorang just bergambar kejap lepas tu blah. Meneruskan perjalanan ke...




Taman Tun Fuad Stephen :). Udah tatau lagi mana nak pegi, so pegi sini jer lah!


Ramai gak la tgk org dok berjogging kat sini. Kitorang idok ler jln sampai abes tmpt ni. Tak larat weh. 
Jalannya naik bukit. Oh, letih lah. Lagipon tak kuasa nak berpeluh-peluh kat sini.

 

Kat sini ada Restoran Nelayan. Tapi kitorang tak makan kat sini pon. Nmpk cam mahal jer, hehehe...Tak berani nak mencuba ;P.



Ziqri time kitorang stop jer nak bergambar dia dah mengamuk nangis. Dia kalo boleh, kite tolak stroller tu jangan stop. Eeiii...sabor jer lah!


Pusing-pusing tmpt tu kejap kitorang pon baliklah. Overall mmg seronok jugak bercuti kat KK nih. Bandarnya bersih. Mat rempit pon takde. Org pon bawak kereta elok jer...idok mcm kat KL!

Kalo ada rezeki, Insyaallah mau dtg lagi ke Sabah. Tapi maybe pegi tmpt lain la pulak kan...

Ok, dgn ini, tamatlah sudah story percutian kami di KK.

Skrg looking forward for a short vacation this coming Saturday. Dekat-dekat sini jer...Nak tau? Tunggu la yea...Surely I'll blog about it ;).

17 April 2011

Pn Zainab....

Pn Zainab dah pon selamat sampai di Jerteh kol 4 pagi tadi.

Semalam kitorang gi Seksyen 17 hantar Pn Zainab naik bas Sani Express kat situ. On time gak bas datang. 8.30 mlm sampai. Lepas dia dah naik bas kitorang balik umah. Kesian Mr Hubby tak tido. Pagi keje, petang gi amek kitorang kat Rawang pastu singgah Subang Parade lak sebab Pn Zainab nak beli kasut Scholl. Mlm gi keje!

Pn Zainab duk sini 1 week. Dia sampai ari Ahad kul 5.30 pagi. Kitorang gi amek kat Seksyen 17. Mmg dah pesan awal2 la suh dia beli tiket sampai Shah Alam. Dekat skit nak amek. Kalo tak kena gi amek kat Hentian Putra nun jauh!

Sib baik masa Mr Hubby ngan Hilal gi amek, bas dia baru sampai. Pastu sekian hal plak duk carik cincin. Cincin belah rotan Pn Zainab ilang! Dah le cincin belah rotan dia bukan cam cincin aku yg halus jer. Cincin belah rotan pon ala-ala tebal bukit. Mmg berjoli sakan la sape yg jumpa cincin belah rotan dia!

Macam-macam Pn Zainab bawak. Dia tau cucunya suka makan keropok siap sekotak bawak keropok walaupon naik bas. Ngan mangga, pauh,  dodol, cili api. Siap ngan ikan rebus uolls! Asal bawak ikan rebus, cili api ngan pauh? Sebabnya...dia nak buat sambal ikan. Dia tau aku suka makan kan...Oh, terharunya...Kalo tunggu beli brg kat sini lmbt plak dapat buat. Ni semua bahan dia dah bawak, sampai sini boleh terus buat. Sib baik Pn Zainab naik bas, kalo dia dtg sini naik kereta, aku tatau la apa lagi yg dia angkut.

Sampai umah aku, dia rest kejap, kul 8.30 am tu aku ajak dia gi mamak. Hahahha...nak buat nasi lemak, goreng bihun dia dah selalu makan. So, ajak la dia gi tapau roti canai. Nak ajak dia makan kat mamak dia tak mau. Pn Zainab ckp jauhnya nak gi beli roti canai! Hahahaha...

Memula igt nak antar dia pegi Rawang petang tu tapi mengenangkan dia belum penah lagi tido umah kitorang, so, suh la dia bermalam dulu umah kitorang smlm.

Malam tu kitorang masak mee bandung muar.

{mee bandung muar}

Kebetulan plak my sis ada bagi perencah mee bandung muar Adami. Oh...mmg senang lah buat. As easy as ABC! Especially utk org cam aku ni. Sedap pon sedap. Che Meng, next time balik Pagoh aku nak kirim.

Actually masak mee bandung muar ni sebab my in laws nak datang jumpa Pn Zainab.


Sementara tunggu they all datang kitorang lepak tgk TV. Aritu mmg kitorang tak keluar pon. Sian Pn Zainab penat dah seharian naik bas kan?

Lepak2 sambil dgr Pn Zainab dok update cite pasal org kampung. Oh, ramai sungguh cousins yg nak kawen bulan 6 nih. Izani anak Cik Man nak kawen bulan 6. Tudek anak Pak Long pon nak kawen bulan 6 jugak. Bila diorang bertunang pon aku tatau. Pn Zainab lupa nak update masa aku call agaknya, hehehe...

Byk lagi la cite sedara-mara yg dia update ;).

Kol 9.00 pm my in laws sampai. Aku dah kelaparan giler!


Lepas makan, borak2...tgk Trilogi Cinta...dlm kol 11 pm jugak la baru diorang balik.

Esok, Isnin kitorang gi keje tinggal la Pn Zainab sensorang kat umah. Ingat dia boring dok umah, rupanya byk keje dia buat dok kemas umah, lipat kain aku yg dah berbukit tu, kemas bilik ilal, hahaha...Masak lagi! Petang baru siap keje katanya. So, idok ler dia boring dok umah. Tq mok! 

Isnin lepas Maghrib tu kitorang pi antar dia kat Rawang. Punya la byk tol nak ke Rawang, sampai Pn Zainab tanya bape byk bayar duit tol? Byknya tol kena lalu. Hahahaha...

Sampai sana, lepak2 jap, minum...kol 10 pm kitoang balik.

14 April 2011

Ada HANTU ke?

Balik umah tadi...masa nak bukak pintu umah tetiba ada sorang pompuan tegur...

P: Assalamualaikum...Saya dok umah bawah.
Sambil tangan dok tunjuk umah dia. Umah dia sama row ngan neighbour sebelah kanan umah aku.

Aku: Wa'alaikumussalam...

P: Saya nak tanya skit boleh?

Aku: Boleh, nak tanya apa?

P: Mmmm...mlm2 ada tak dengar bunyi guli jatuh or orang tarik furniture?

Haaa...time ni aku dah pandang muka Mr Hubby. Sebabnya....kitorang penah dengar benda yg sama! Tapi tak la selalu. Kadang2 jer. Aku suspek org umah atas aku ni. Asal kol 12 tgh malam jer dok tarik tarik furniture or bunyi tolak tolak kerusi! Sebab diorang baru pindah, so kitorang ingat diorang still dok mengemas lagi la!

Aku: Ada gak kadang2 dengar...

P: Smlm ada dengar tak bunyi orang tarik furniture? Kuat sgt!


Aku: Takde plak
Tapi Mr Hubby kate mlm tadi dia ada dgr!

P: Smlm sampai ada Cina bawah umah saya ni ketuk pintu umah saya kol 12 tgh mlm marah2 saya. Dia kate dia nak tido tak boleh sebab saya dok tolak tarik furniture. Masalahnya...saya pon dengar benda yg sama!

Aku: haaa...

P: Cina tu baru pindah umah tu. Before this melayu yg duduk. Tapi dia dah pindah sebab dia bgtau husband saya dia dah tak boleh tahan.

Lepas abes dok cite tuh, pompuan tu pon blah. Haiyo...meremang bulu roma aku bila di ingatkan balik conversation tuh!

Misteri apakah?????

13 April 2011

Ke Signal Hill

Balik dari Menara Yayasan Sabah tu, kitorang singgah ke Signal Hill. Ada apa kat sini? Tujuan ke sini sebab nak pegi Observatory Tower.


Before sampai tempat tu, kitorang jumpa Atkinson Clock tower ni. Mmg susah nak amek gmbr clock ni sebab tebing curam. So, aku amek gmbr dari belakang jer. Clock pon nmpk sipi-sipi jer ;).

Lepas dah amek gambar tu kitorang teruslah ke Observatory Tower.


Time kitorang datang tu ramai gak la nmpk tourist dok amek2 gambar. From here uoll boleh nmpk bandar KK.

Few pictures of KK city from the hill...




Nice view...Bandar KK sangat bersih!


Ada tmpt duduk. Boleh la if nak relax sambil menikmati view. Nmpk tangga kat belakang tu? Bawah tu ada toilet.



Lepas amek gambar...kitorang balik.

12 April 2011

...and the LUCKY WINNER is...

Nampaknya...tak sabar-sabar uolls nak tau sape yg lucky kan? So, without any further delay...I am now announcing the LUCKY WINNER for my BIRTHDAY GIVEAWAY!

Kite tgk sape yg kena....

Jeng...jeng...jeng...

And the WINNER is......

*
*
*
*
*
*
*
*


No 6!!!!!

Siapakah????

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


To the winner: Pls email me your address & contact number at rzahira[at]gmail[dot]com.

Yang tak menang jgn keciwas yea...ada rezeki me buat GA lagi ;). Thanks for joining my GA ;).

10 April 2011

Aussino GP Sale: Indah Khabar Dari Rupa!!!


 Anyone going to this Sale? How do you find it?

Aku pon pegi gak smlm. Gigih tu lepas Maghrib pegi IPC Shopping Centre! Mmg semata-mata gi sana nak pegi Aussino sale nih. Almaklum lah...udah bape tahun tak membeli bedsheet. Rasanya sejak kawen belom penah beli bedsheet lagi kot. Dok pakai jer hadiah kawen yg org bagi. Giler ah! It's almost 3 years! Lama tuh!

Tapikan...adeh...kadang2 sale ni tak tau la nak percaya or not. Mmg la masuk Aussino tu penuh duk gantung 50%, 40%, 60%! Hati berbunga2 la masuk tgk cam byknya diskaun! Skalikan...yg diskaun 60%, 50% tu semuanya bedsheet yg original price ratus2! so if bagi diskaun 50% pon rege tetap ratus gak! Takkan la aku nak belikan?

Pegi la carik bedsheet yg my sis dok ckp rege RM29.90...tak jumpa! Pegi kat tempat yg value buy pon paling murah RM39.90. Itu pon untuk single bedsheet! Value buy untuk queen & king size pon mahal! Haiyo! Ke dah abes org borong? Ntah lah.

Sia-sia jer pegi sana smlm! Sudahnya pusing2 IPC, makan A&W balik. Dah la pegi A&W konon2nya nak makan ayam. Ayam plak abes! Aduyai...time aku nak semuanya takde! Sgt tak best keluar if apa yg dihajati tak dapat!

Masa kat A&W tu nmpk sorang mamat Cina ni dok pegang kotak Sony CD/DVD Writer RM65 jer. Cam murahkan? So, kitorang pon pegi la carik kat Sony takde. Masuk Harvey Norman pon takde jugak. Kat mana la mamat tu beli agaknya? Nak ke Ikea beli barang malas plak nak mengangkut sbb kitorang parking kat IPC!

So, smlm balik la kitorang ngan takde beli apa! Kalo tau, baik dok umah tgk konsert AF. Sejak AF start ni, aku belum penah lagi tengok konsert bebudak AF! Best ke?

09 April 2011

Makan Seafood Jer...

Ni nak cite pasal makan la pulak. Still lagi cite kat KK. Hahahaha...tak abes-abes lg ek? Skit lg jer nak abes cite psl KK ni. Sabor ek :). I'm writing it here for our memories :).

Ok, kalo dah ke KK tu org kate byk fresh seafood kat sana. So, 1st night kat KK kitorang pi makan kat Anjung Selera. Tempat ni nak otw ke Menara Yayasan Sabah. Before sampai Menara Yayasan Sabah, korang akan lalu tmpt ni dulu.

Ada byk gerai kat sini. Pilih jer mana yg korang berkenan.


Kitorang pilih utk makan di Likas Hiway Corner. Nama kedai makan tu la. Kenapa pilih tmpt ni? Sebab tgk ramai org makan katg situ. So, harus la sedap kan?


Dekat sini kitorang order sotong celup tepung, ikan (tak ingat nama dah) masak lemon, telur dadar ngan kailan ikan masin. Sotong ngan ikan kena pilih sendiri. Sotong dia bapak besar! Amek sekor jer sotong pon jenuh kitorang nak abeskan.

Dia masak pon sedap. Mmg puas ati makan kat sini. Harga? Ok. Berpatutan.

Last night kitorang kat KK, we all makan kat gerai kat KK Esplanade. Makan sotong gak lagi. Kali ni Mr Hubby suruh diorg buat goreng butter. Sedap. Ikan kitorang amek siakap sweet & sour. Sedap gak. And sayur kangkung. Pon sedap! (aku ni apa jer la yg tak sedap heh?).

Overall...makan kat KK lebih kurang sama mcm kat Semenanjung. Takde apa yg pelik. Rasa pon sama jer. Ke sebab aku tak cuba masakan diorang eh? Ntah...aku kalo bab-bab makan ni mmg jarang nak mencuba something yg baru ;). So, mmg puas ati makan sepanjang ada di sana, hehehe....

Jom pegi Karambunai!

Masa dekat KK tu, kitorang tak melepaskan peluang jln2 ke Nexus Karambunai Resort. Nak pi duk sana tak mampukan...so dapat masuk tgk2 tmpt tu pon jadik la. Lagipon dah ramai yg kata tempat tu cantik sgt kan, so masuk la pi tgk. Nak tgk la cantik mana tempat tu yg sampai mahal bebenar hotelnya kan?

{at the main entrance}


Kitorang ngan muka confident nya masuk dalam tu walaupon Mr Hubby cam takut2 nak masuk, hahaha...Bukan apa, takut kena halau karang tak ke malu muka??? Muahaha...Tapi masuk gak la buat muka selamba cam ala-ala dok situ :).

Dah la tu ngan selambanya aku suh staff Nexus amek gambar kitorang! Ngehehehehe...

{main lobby}


Masuk jer lobby dia dah rasa cam "wah...cantiknya". Cam jakun pulak la aku ni ha!


From the main lobby kitorang turun ke bawah. Bermaharajalela dok pi snap gambar sana sini, hihihi...


Dengan Ziqri tgh dok tido time ni pon gigih dukung gak, hiks. Lena la pulak tu dia tido even tho panas! Punya la ngantuknya!


Cantik kan tmpt ni? Oh, tmpt ni bersih sgt! Dan sunyi. Time kitorang dok merayau-rayau kat situ cam tak nmpk org ramai. Ada la jumpa 2, 3 org jer. Agaknya diorang berkurung dlm bilik kot. Sure bilik kat sini best agaknya :P.

{swimming pool}

Swimming pool pon cam takde org. Agaknya panas kot. Tu yg takde org mandi kat situ.


Sape yg nak cuci mata boleh la datang sini! Ramai minah saleh dok berbikini kat beach tu.
Berjemur!

{toilet}

Tapikan, walau pon tempat ni cantik...ada gak kekurangannya. Pasal toilet. Toilet nya mmg bersih sgt la tapi tak user friendly to Muslim user. Sebab apa aku cakap camtu? Sebabnya...toilet dia takde hose.

So, if korang nak buat biz besar or kecik tu pandai-pandai la lap jer ke apa. Sib baik time aku masuk sini ada makcik cleaner kat dlm tu. Dia siap bagi aku pinjam botol yg dah diubahsuai utk aku guna buat basuh. Siap pesan, lepas guna bagi dia balik, hahaha...

Lepas puas pusing2 sini kitorang chow. Nice place. Lagi best if dapat stay sini ;). Maybe 1 day. Ke utk 10 years anniversary ke, kan ayah? Hehehehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails