CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 September 2010

Keberangkatan pulang & dugaan datang lagi...

Mmmm...beraya di kg kali ni mmg tak raya. Kitorang tak ke mana-mana. Baju raya bawak balik byk2 pon tak pakai. Tak ke mana2 sbb dok melayan sedara-mara jauh dekat & rakan taulan arwah yg dtg menziarah. Ziqri lagi la...dok umah berlenggeng je ngan pampers. Mlm baru pakai baju. Panas yg amat kat sana!

Bila tak raya tu, duit pon tak abes ;-). Duit raya yg aku dah siap2 masuk dlm ang pow masih lg berbaki. Dan bila duit kitorang tak luak, collection Ziqri pon tak la seberapa :-(. Nak buat mcm mana kan...tak pe lah. Mana nak tau semua ni nak jadik.

Me & my sis family berangkat balik ke KL ari Sabtu 18/09. Terasa sgt sedih & sayu pulak rasa kali ni nak tinggalkan my mom. Bergenang gak la mata aku bila salam ngan dia. Sedih sebab pikir lepas ni dia dok sorang. "Kawan" yg selalu dok kongsi masalah dia dah takde. Kalo lah aku dlm menyelami perasaan dia...Ntah apa lah yg dia pikir agaknya...

Kitorang balik konvoi ikut LPT sebab nak singgah hospital tgk Pak Long & jugak menziarah family arwah Mak Long. Perjalanan smooth & tak byk kereta walaupon kitorang beberapa kali stop sbb Ziqri muntah! Mabuk kereta betol.

Sampai Hospital Temerloh mmg sedang2 elok jer time waktu melawat. Me, my sis & Hilal naik atas. Yg lain2 kena tunggu bawah sebab kids below 12 yrs tak boleh masuk. Masa aku sampai kat wad, Pak Long tgh tido. Rasa mcm susah jer tgk keadaan dia bernafas time tu.

Bila dia sedar, masa aku salam dia aku tgk mata dia bergenang (aiseh...ni yg buat aku rasa sedih lg!). Lepas tu dia mintak maaf ngan aku sbb katanya, sbb dia arwah Mak Long meninggal. Bukan salah dia...dah takdir. Lepas duduk dlm 30 minit, kitorang mintak diri sbb nak bagi peluang yg lain naik. Lgpon nak singgah umah Pak Long lg. Takut lambat plak.

Bila time nak balik...skali start keta, problem!


Time tu dah nak dekat kol 6 pm. So, kitorang no choice, bersempitan la dlm kereta my sis! Singgah workshop, diorg tak nak repair! Org nak bagi duit pon tak nak. Apadaaaa...

So kitorang terus la ke rumah arwah Mak Long. Sampai sana, dah nak dekat Maghrib. Masa aku salam Nino (my cousin), mata dia bergenang tgk aku. Aduh la...sedih lagi! Almaklumla...dua2 kehilangan org tersayang! Kira boleh paham la perasaan masing2. Dia dok cerita ngan aku, yg sebelum arwahnya meninggal, arwah pandang dia dgn pandangan sayu jer. Mcm tau2 jer dia nak pergi. Hari sebelum kejadian kemalangan tu, dia bagitau arwah sgt tak sabar2 nak ke Besut nak tgk arwah bapak. Sampai mak sedara sendiri pon ditinggalkannya.

Kat sana jugak sedara arwah (jugak sedara my mom. tp aku tatau dia ngan aku pangkat apa ek?) bgtau mcmana keadaan arwah ;-(.

Lepas solat Isyak, kitorang bersempit2 dlm 1 keta balik ke KL. Kereta tinggalkan dekat hospital. Naseb baik la jarak Temerloh - KL tak jauh! Kalo tak jenuh jugak sempit2 dlm kereta!

Sampai umah my sis MIL dah dekat kol 12 tgh mlm. Bila my PIL dtg amek, dok borak2 bagai dekat nak kol 2 pagi juagak sampai Subang Jaya!

1 hari yg memenatkan!

29 September 2010

Ke Kubur...

Raya 6...Jumaat 17/09 - for the first time aku ke kubur. Huhuhuhu...
Dekat kg aku, bila raya 6 mmg ramai yg akan dtg ke kubur. Masing2 datang melawat kubur family masing2 la.




Lepas tu, ada makan2 skit kat pondok kat kubur tuh. Masing2 akan bawak makanan skit sorang utk diberikan kepada mereka-meraka yg dtg melawat kubur. Ala2 mcm potluck la kekdahnya...



Ni la kubur arwah bapak aku. Masa diorg tanam lepas Isyak (14/09) tu, aku tak ikut pegi kubur sbb Ziqri ada. Kang sapa plak nak tolong jaga Ziqri. Kalo dia tak kesah nak dok ngan org lain takpe jugak. Ini...bertuah la dia!

Disebabkan aku belum lg ke kubur arwah, so raya 6 tu aku ikut la my mom & Udin pegi kubur. Depan kubur arwah bapak aku tu, kubur arwah abang bapak aku yg meninggal last year. Sebelah kiri kubur arwah bapak (tak nmpk dlm gambar) plak kubur arwah datuk aku. Arwah datuk dah lama meninggal. Aku pon tak pernah kenal dia sebab masa aku lahir dia dah takde. Mak aku cakap dia meninggal lepas 1 week diorg kawen.

Rasa sayu plak bila berdiri depan kubur nih. Rasa mcm perasaan time tu kosong jer. Tak sangka yg aku ngadap tu adalah tanah. Dan org yg disayangi (arwah bapak) berada di dalam! Ntah la...tak tau nak ckp perasaan aku!

Sedih? Sape tak sedih. Tapi kalo aku asik dok nangis jer...Tak berkesudahan jugak. Lagi akan buat mak aku sedih. Lgpon, aku gembira dgr dia pegi ngan senang. Dan aku masih sempat tgk jenazah dia sebelum dikebumikan. Sempat cium dia buat kali terakhir!

Nampaknya lepas ni, tiap2 thn raya akan ada agenda ke kubur. Kalo sebelum ni aku tak penah pegi, Insyaallah, lepas ni aku akan dtg melawat arwah bapak di sini. Amin...




Masa kat kubur tu sempat jugak la aku snap gambar kubur sapa ntah ni. Berdekatan ngan kubur arwah. Tak bertanggungjawab betol org yg buang sampah-sarap kat dalam tuh! Tak hormat langsung.

P/s: korang selalu ke pegi kubur?

27 September 2010

5 & 6 Syawal: sedih & pilu

Syawal ke 5. Hari yg paling sedih dalam hidup aku. Dlm perjalanan balik ke Besut utk beraya, aku dpt panggilan telefon from my bro bgtau, bapak aku dimasukkan ke hospital & keadaannya tenat. Belum abes cakap dgn my bro, my mom amek telefon tu dan bgtau yg bapak aku dah meninggal. Time tu dlm pukul 12:45. Dan aku time tu berada di Kuala Lipis. Mmg terkejut sgt2. Takde dgr dia sakit (walau pon dia ada sakit jantung) tiba2 dpt panggilan dia dah meninggal! Aku menangis sepanjang jln dari Kuala Lipis tu sampai la ke Gua Musang! Sedih sebab tak sempat nak jumpa raya dgn dia.

Aku sampai kg dekat nak pukul 5. Time tu aku hanya sempat jumpa jenazah arwah. Time org lain bersuka ria balik kg utk beraya...aku? Tak dapat nak digambarkan perasaan tu. Nasib baik bila sampai umah, tgk mak aku ok. So, aku pon ok la skit. Tp bila mengadap jenazah, airmata keluar. Bila bacakan Yassin, airmata keluar lagi.

Sedih sbb tak sangka dia akan pergi raya tahun ni. Mmg rasa cepat sgt. Dulu raya 2007, dia masuk spital on the 1st day raya sbb strok. Raya tahun ni 2010, raya ke 5, dia meninggalkan kami semua!


 gambar terakhir arwah

Sebagai anak, aku redha dgn pemergiannya. Aku sentiasa mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org2 yg beriman, Amin...

Pada mlm raya ke 6 pulak, kami dikejutkan dgn kematian Mak Long. Dia meninggal akibat kemalangan jln raya lepas balik dari menziarah arwah bapak aku.

Bayangkan kesedihan yg kitorang rasa. 2 hari berturut2 dgr berita kematian! Mmg tak sangka. Mmg mengejutkan!

Itulah dia cerita raya aku tahun ni yg sgt menyedihkan. Pada arwah Mak Long, aku doakan semoga rohnya juga dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

Al-fatehah...

22 September 2010

4 Syawal: Santai

Hari raya ke 4 mmg tak pegi beraya. Kitorang siap jln2 ke Carrefour lagi. Kalo dah pegi Carrefour tu apalagi...carik susu Ziqri la.


Nak balik kg kena beli siap2 susu Ziqri. Kat sana kang mahal sgt plak. Pegi Carrefour time2 raya ni best. Takde org, hahaha...

Ziqri kalo dah jumpa bola mmg diam la dia.


Lepas pegi Carrefour, kitorang singgah Subang Parade plak. Mmmm...dah tak tau nak beraya kat mana, so kitorang dtg la jalan2 kat sana.

How's your raya? Meriah ke?

3 Syawal: Menerima Tetamu


Hari raya ke 3 mmg bz. Dari pagi sampai ke malam sedara-mara belah bapak mentua datang berkunjung. Aku cuma bz buat air ngan basuh pinggan jer ;-).

Yg paling bz bapak mentuaku la...jadik chef! Dia yg masak makanan utk tetamu.

Mmg ramai betol sedara-mara belah bapak mentua aku ni. Sekali dtg sampai penuh 1 umah! ;-).

21 September 2010

2 Syawal: beraya sakan!

Hari raya ke 2 baru kami keluar beraya umah sedara -mara.


Before keluar, amek gambar family dulu. Hahaha...raya ke 2 baru sempat nak bergambar.


First stop - breakfast kat umah Mak Ngah. Kat Subang Jaya jugak. Mmg every year Mak Ngah akan buat open house on the 2nd day raya. Pepagi dah puas makan segala macam makanan!


Balik dari umah Mak Ngah, ramai-ramai konvoi ke Puncak Perdana plak. Beraya umah adik-beradik arwah nenek.

Lepas tu ke Bukit Jelutong. Kat sini kami beraya kat 2 buah rumah.

ziqri with his funny face

Balik dari Bukit Jelutong, beraya kat Shah Alam plak. Umah Mak Uda. Dekat nak maghrib baru balik umah. Raya ke 2 ni mmg sakan beraya! Dari pagi sampai ke mlm!

Puas makan segala mcm makanan sampai diorang ni cirit-birit the next daynya. Naseb baik aku tak kena!

13 September 2010

1 Syawal...

Selamat Hari Raya semua. This year aku raya kat KL dulu. Wah...berapa kali nak kasik tau da...This is my 2nd time raya kat sini. Kalo ikutkan rasa cam 1st time jer sbb this year baru merasa nak gi jln umah sedara-mara belah sini. Masa 1st time raya sini (2008) tak sempat jln2. Lepas solat raya terus balik Besut.

Pagi raya dekat umah mak mertua ku tidak lah sesibuk pagi raya kat umah aku. Kat sini relaks jer. Makan pon ala kadar jer sebab kitorang akan makan dgn meriahnya dekat kg Mr Hubby dekat Kg Pandan sana. Pagi lepas diorg balik solat raya...bermaaf-maafan...terus la gerak ke Kg Pandan. Semua adik-beradik bapak mertua ku yg tak balik beraya umah mertua akan berkumpul di sini.


Tahun ni our theme color: brown/gold. Baju beli kat Saigon aritu. Actually baju melayu Ziqri sama ngan ayahnya tapi pagi raya bagi dia pakai besar plak (masa beli aritu tak try pon) sampai dia boleh bukak baju sendiri. Nampaknya raya aji la baru Ziqri boleh pakai baju tu.


Nasib baek la aritu, Uncle Id pegi umrah dia ada belikan baju ni untuk Ziqri. Kalo tak...tak pakai baju melayu la Ziqri ;-).

Sampai Kg Pandan, wah...dah ramai sedara-mara yg dtg. Kalo dikira-kira...adalah dlm 70 org! Termasuk yg kecik2 semua. Itu pon tak semua yg dtg. Kalo dikumpulkan semua...mau la ratus tau!


Ni adalah acara bermaaf-maafan. Tgk la...skit punya ramai! Kena tunggu turn nak salam, hahaha....Dari yg tua sampai la yg paling muda. Tahun ni last la kitorang raya kat Kg Pandan ni. Next year, diorang akan berkumpul di Puncak Perdana pulak. In fact, raya aji ni dah beraya kat umah baru.

Lepas solat Jumaat, aku ikut Mr Hubby pegi open house umah big bossnya di Kelana Jaya. Jumpa Esma Daniel & family kat sana. Umah big bossnya besar yg amat! Kagum...kagum...Yang bestnya, bukan takat Mr Hubby jer dapat duit raya from big boss. Aku & Ziqri pon dapat! Aku dapat RM50, Ziqri dapat RM10 ;-).

Lepas balik from Kelana Jaya, kitorang pegi Keramat plak. Raya umah Mak Long.


This is the last house la yg kitorang pegi on the 1st day raya. Dekat nak maghrib kitorang balik umah. Basically on the first day, kitorang cuma pegi beraya 3 buah umah saja. Puas makan!

11 September 2010

Menjelang Hari Raya

My Company start cuti hari Khamis. So, hari khamis tu aku tak keje la ;-). Bangun pagi, rasa badan Ziqri panas. 

So, kitorang bawak la Ziqri pegi Klinik Alam Medic kat Subang Perdana. Kitorang mmg selalu pegi clinic sini eventhough dok kat Subang Jaya. Bukan takde clinic kat sini tapi...ntah...dah biasa pegi sana. Ziqri pon jab kat sana.


Masuk jer bilik doc, terus doc tny...demam ke? Nampak sangat ramai yg demam dekat2 nak raya nih.Bila check temperature Ziqri, 38.6! Doc masukkan ubat kat bontot & amek darah. Tunggu 5 mins, result blood test keluar. Seb baek takde apa2. Risau gak. Nak2 raya, sakit kan...

Hajat hati lepas balik klinik tu, nak la gi carik kopiah ayahnya tapi Ziqri plak tido. Langsung, balik umah. Malam raya tu plak...mak mentua ajak pi carik baju raya kat PKNS. Kitorang ikut jer. Org lain malam raya sebuk dok masak mcm2 kan, kitorang boleh lagi gi jln2. 

Sampai PKNS, org punya la ramai! Mcm konpius plak. Ramai jugak yg tak balik kg beraya cam aku, hehehe...Pening aku dok dlm tu dgn org ramai...panas. Tapi brg mmg murah la sbb diorg main lelong jer. 

Lepas balik dari PKNS, kitorang singgah PELITA plak. Hahaha...mlm2 raya boleh plak dok lepak kat mamak kan? Lepas makan minum, dekat nak kol 11 mlm jugak la sampai umah. Penat.

08 September 2010

Ya AMPUN!!!!

his favourite sitting position

My driving license expired 22/08/10 & all this while I'm driving with an expired license! Macam mana la aku boleh lupa...Banyak sgt benda pikir dlm kepala otak ni. Kadang2 sampai migrain dibuatnya. Seb baek tak kena tahan ngan polis. Kalo tak...sah2 tambah lagik saman!

Aku baru perasan yg lesen aku mati smlm. Tu pon ntah mcm mana tiba2 teringat nak check. If la, balik kampung ngan selamba jer drive...mmg mendapat la!

Nasib baek la colleague aku dgn baik hati offer diri nak pi renew lesen aku. Kalo tak esok jer la aku gi renew ;-).

Esok company aku dah start cuti. Yeehaaa...seronoknya. Tak payah pi keje.

07 September 2010

Persiapan raya dah siap ke?

As for me, semuanya dah siap. Takde la shopping sgt pon. Lebih kepada shopping brg2 Ziqri je ;-). Memandangkan brg2 Ziqri pon dah setel beli semua...so weekend aritu kami ke Carrefour. Pegi beli susu Ziqri.

Ziqri pakai baju baru ;-)

Ok, memula kami ke Carrefour Kota Damansara. Asal jauh sgt? Sebab dah alang kepalang pi ngantar biskut raya kat sana kan...so, singgah jer la. First time ni pegi Carrefoour sini. Oleh kerana kami malas nak dukung Ziqri, so...amek la troli walaupon brg yg nak dibeli cuma setin susu, hahaha...

Memula igt dia takmo la duduk dlm troli. Skali letak...wah...excited ko! First time, ngehehehehe....

Kat Carrefour Kota Damansara sgt la aman. Takde org. Heran aku! Ke manakah mereka2 ni semua? Parking senang. Nak jalan pon tak serabut. Tapi...unfortunately...walaupon susu Enfagrow berlambak kat sana, yg ORIGINAL flavor takde! Isshh...ni yg malas aku nak pegi tempat yg tak biasa nih.

Makanya...tak lain & tak bukan, kami ke Carrefour Subang Jaya sudahnya. Senang skit beli kat sini. Aku dah biasa. Dah boleh hafal brg2 suma kat mana. Tak payah nak pusing keliling carik barang.


Ziqri cam biasa la. Letakkan dlm troli. Tapikan...bila kitorang stop jer nak belek2 barang, dia mula la menjerit nak suruh tolak. Kalo boleh jangan stop. Haiyo...Ziqri!

Bila beli barang dia sebok nak pegang. So, aku bagi la dia pegang roti Gardenia. Sampai lunyai dibuatnya roti tu nak boleh ke gi bayar! Dah sampai kaunter nak bayar, boleh plak dia takmo bagi aku amek roti tuh!

Lepas misi beli Enfagrow berjaya kat Carrefour, kami singgah McD drive-thru. Beli makanan. Utk aku la, hahaha...yea...saya sudah beraya.

Aaarrghhh...tinggal esok jer lagi nak keje nih. Tak sabar nak cuti! Korang, lama ke cuti? Aku cuti start ari Khamis membawak ke next week je. Yeay....

04 September 2010

Tara....

Ha...ni la dia baju raya Ziqri yg ditunggu-tunggu sekian lama!


5 helai tshirt utk Ziqri...


3 helai seluar utk Ziqri...

Dan...


Sepasang baju basahan ;-). Semuanya aku beli dekat ChildrensPlace. Mahal ke? Bagi aku sgt berbaloi-baloi. Everything is RM300. Dpt 11 helai. Beli time sale.

Wah...raya sakan Ziqri tahun ni! Aku mmg suka beli baju utk Ziqri. Suka tgk dia bergaya ;-). Rasanya semua ibu akan mempunyai perasaan yg sama.

03 September 2010

From US to Subang Jaya


Akhirnya! Barang yg ditunggu-tunggu utk sekian lama dah sampai! Fuh...lega. Mmg lama tunggu barang ni. Sebulan, ok! Sebelum ni aku beli takde la selama ni tunggu. Check2, rupanya lama sebab kena tahan kastam. Sabar jer la. Sib baek tak kena bayar tax!

Nak tau apa dlm kotak tu? Hehehe...ok ni, clue nya...


Pyjamas for Ziqri. This is 1 of the item in the box. Ada byk lagi...Nanti la aku tunjuk yea ;-). Semuanya brg Ziqri. Brg ibu ngan ayah, nan ado.

02 September 2010

Aku MALAS exercise SEBAB...

Selalu dok komplen gemuk (berat tak turun byk lepas bersalin). Selalu pon bila ckp nak kurus, ramai yg suruh exercise. Tak exercise cemana nak kurus kan kan...Masalahnya...mcm mana la aku nak exercise...Meh aku bgtau sebab musababnya aku tak boleh nak exercise...

1. Aku dok umah mertua. Takkan la aku nak bentang yoga mat aku & pasang cd yoga & beryoga kat umah tu. Kang tak pasal2 mak mertua aku kate tak betol plak aku ni. Mmg la dia tak kata apa kalo aku buat, tapi segan la plak aku kan? Kalo korang, korang berani buat? Nak buat dlm bilik...sempit la plak!

2. Kalo aku nak exercise, sape la plak nak tolong jaga Ziqri? Takkan nak biar mak mertua & chik yg tlg jaga kan plak. Dah la seharian aku gi keje diorg tlg jaga. Takkan dah lepas waktu keje pon aku nak suruh jugak kan? Segan lagi. Lg pon...jaga Ziqri pon dah kira exercise! Penat wo...jaga budak!

3. Penat turun naik tangga. Umah mak mentua aku 2 tingkat. Aku, kalo dah duduk kat bawah, malas betul nak naik atas! Sib baek umah mak aku kat kg 1 tingkat jer. And umah aku pon 1 tingkat jer walaupon umah aku bertingkat2 ;-). Kalo aku nak kurus sebenarnya boleh jer...ha, turun naik tangga 100 kali! Confirm kurus! Tapi tak kuasa la aku nak buat kan...

4. Aku pegi keje hari2 dah kira exercise. Ye la...cuba korang bayangkan...(sila bayangkan ye)...Dari umah mak mertua aku, aku drive sampai ke LRT KJ. Ok, ni tak penat la. Dok dlm keta. Tekan minyak je. Sampai LRT, parking keta. Ha...ni part yg penat skit.


Ok, ni adalah parking kat LRT KJ. Korang nampak pokok yg kat ujung tu? Kat situ la aku parking keta. Dari situ nak ke train agak jauh jugak ye jalan kaki. Sampai kat stsn LRT kena naik tangga yg agak tinggi jugak. Lepas tu, touch kad, naik lif plak. Sib baik ada lif. Kalo tak, naik tangga lagi aku.

Dari KJ, aku naik LRT sampai ke KL Sentral. Turun lift, berjalan lagi ke tempat tunggu bas. Mcm tu la rutin aku untk 5 hari, every week! Ko bayangkan la...tak kan tak penat kan?

Tu pasal la, kadang2 bila balik umah aku mmg rasa penat yg amat sgt. Belum campur penat perasaan, penat otak suma. Lagi bertambah penat badan!

Disebabkan faktor2 diatas la maka, aku mmg malas nak exercise. Korang rajin ke?

01 September 2010

Horray...Horray...Horray!!!!

Aku sgt happy arini. Sgt teruja! Mood raya tolak tepi skrg nih. Wah...seronoknya...Nak tau kenapa seronok sgt???

Sebabnya....


Dah dapat kunci Indahria. Yahoo!!! Dah boleh pindah. Seronok sgt tak terkira. Mana tak seronoknya...6 bulan tunggu wei! Jenuh.

Akhirnya...dapat jugak kitorang pindah umah sendiri! Tapi idak ler nak pindah skrg. Lepas raya la. Bulan2 puasa ni mana larat nak angkat barang kan. Kalo angkut pon...yg kecik2, ringan jer.

Last year, lepas raya pindah. This year, lepas raya pon pindah lagi. Hopefully this will be the last (for the time being). Kalo ada rezeki nak pindah umah baru (yg lebih besar) maybe lambat lagi la kot. For now, will be staying here.

Me rasa seronok sgt. At last dpt jugak duduk rumah sendiri. Alhamdulillah, syukur. Lepas ni kalo nak beli barang pon dah tak payah pikir nak pindah2 lagi.

My bro will be staying with me. Senang skit. Kesian dia skrg dok sorang2. Oh, Udin pon if ada meeting kat sini tak payah dok hotel lagi. Boleh la tido kat umah. Dekat jer ngan Uitm tu!

Tapi dlm seronok tu ada jugak peningnya...pening memikirkan nak renovate rumah (mcm la duit byk nau!). Oh duit...Tgk la...buat jer la apa yg termampu. Yg lain2 tu later boleh touch up.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails