Selalu dok komplen gemuk (berat tak turun byk lepas bersalin). Selalu pon bila ckp nak kurus, ramai yg suruh exercise. Tak exercise cemana nak kurus kan kan...Masalahnya...mcm mana la aku nak exercise...Meh aku bgtau sebab musababnya aku tak boleh nak exercise...
1. Aku dok umah mertua. Takkan la aku nak bentang yoga mat aku & pasang cd yoga & beryoga kat umah tu. Kang tak pasal2 mak mertua aku kate tak betol plak aku ni. Mmg la dia tak kata apa kalo aku buat, tapi segan la plak aku kan? Kalo korang, korang berani buat? Nak buat dlm bilik...sempit la plak!
2. Kalo aku nak exercise, sape la plak nak tolong jaga Ziqri? Takkan nak biar mak mertua & chik yg tlg jaga kan plak. Dah la seharian aku gi keje diorg tlg jaga. Takkan dah lepas waktu keje pon aku nak suruh jugak kan? Segan lagi. Lg pon...jaga Ziqri pon dah kira exercise! Penat wo...jaga budak!
3. Penat turun naik tangga. Umah mak mentua aku 2 tingkat. Aku, kalo dah duduk kat bawah, malas betul nak naik atas! Sib baek umah mak aku kat kg 1 tingkat jer. And umah aku pon 1 tingkat jer walaupon umah aku bertingkat2 ;-). Kalo aku nak kurus sebenarnya boleh jer...ha, turun naik tangga 100 kali! Confirm kurus! Tapi tak kuasa la aku nak buat kan...
4. Aku pegi keje hari2 dah kira exercise. Ye la...cuba korang bayangkan...(sila bayangkan ye)...Dari umah mak mertua aku, aku drive sampai ke LRT KJ. Ok, ni tak penat la. Dok dlm keta. Tekan minyak je. Sampai LRT, parking keta. Ha...ni part yg penat skit.
Ok, ni adalah parking kat LRT KJ. Korang nampak pokok yg kat ujung tu? Kat situ la aku parking keta. Dari situ nak ke train agak jauh jugak ye jalan kaki. Sampai kat stsn LRT kena naik tangga yg agak tinggi jugak. Lepas tu, touch kad, naik lif plak. Sib baik ada lif. Kalo tak, naik tangga lagi aku.
Dari KJ, aku naik LRT sampai ke KL Sentral. Turun lift, berjalan lagi ke tempat tunggu bas. Mcm tu la rutin aku untk 5 hari, every week! Ko bayangkan la...tak kan tak penat kan?
Tu pasal la, kadang2 bila balik umah aku mmg rasa penat yg amat sgt. Belum campur penat perasaan, penat otak suma. Lagi bertambah penat badan!
Disebabkan faktor2 diatas la maka, aku mmg malas nak exercise. Korang rajin ke?
1st 2025 Calendar
2 days ago
3 comments:
sy pun malas jugak tapi malas nak amik apa2 meal replacement! hahahaha
hahaha...aku suka entry ni kak!!!
ayeen - hahaha...sama la kite. aritu beli pil diet yusmira pon makan separuh botol jer pastu dah lupa. aiseh...susah tol nak disiplinkan diri!
emy - hahaha...
Post a Comment