CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 August 2010

Parkson Warehouse Sale

Oh...byknya sale. Tak tau mana 1 nak pegi. Impossible la nak pegi semua kan...Fulus pon tarak, mana mungkin nak terjah semua Sale! So, dlm byk2 tu aku pilih utk pergi ke Parkson warehouse sale dekat Subang Parade. Near to my MIL's house. 


Kami ke sana ari Sabtu. Tgk la banner tu. 80% discount! Mana la tak menarik hati kan...Hajat ke sana nak carik baju Ziqri. Memang menarik pon sale ni. Mana tak menariknya...lipstick Revlon is just RM15! Lipstick SilkyGirl RM6 jer! Wah...murahkan?




Ha...cuba tengok tu...mostly discount 70 - 80%. Mana la tak tergoda kan...dari takmo beli pon jadik beli bila tgk rege murah sgt2!




Lagi satu yg bestnya warehouse ni, org tak ramai. Still lagi ada ruang utk tolak stroller. Tak mcm sale kat Sogo. Manusia skit punya ramai kan...So, dpt la aku pilih barang ngan aman. Parking pon tak susah nak carik.


Ni lah hasil belian utk hari Sabtu. Semuanya baju Ziqri saja. Mmg puas ati la! Yes...aku mmg suka beli barang utk Ziqri. Kalo ikutkan hati mmg banyak lagi nak beli tapi sedar diri la...kang ada pulak yg tak berduit lepas raya ;-).

Sape yg belum beli barang utk raya, boleh la ke warehouse sale ni. Sempat lagi. Sale sampai 05/09.

30 August 2010

1st giveaway: Syifa Punya Kraf

Ooo...me join Syifa's giveaway...


Detail giveaway, boleh tgk sini...KLIK. Tarikh tutup 02/09. Jom join...

Berbuka di Summit Hotel

Last Fri, kami berbuka di Summit Hotel. This is my 2nd time eating here. Suka.


Lobby hotel. Dah ada deco raya. Wah...cam tak sabarnya nak raya! Kitorang berbuka di Leaf Cafe. Tapi thn ni mcm tak ramai org. Kalo last year, siap atas bawah ada makanan. This year...makan belah atas jer.


Kali ni food tak byk sgt. Dan tak berapa sedap compare to last year. Tapi puas gak la makan. Puas ati dpt makan pengat durian & pulut! Nescafe tarik pon sedap, hahaha...


Cantikkan meja tuh. Kalo letak kat umah lawa nih, hahaha...Mmg deco kat Summit Hotel ni antik kot.


Ooo...dah 20 hari puasa. Do I look slim? Ada la rasa kurang skit. Tapi tatau berapa. Tak timbang ;-). Hopefully if dpt maintain berat ni pon takpe. Kang tak muat pulak baju kurung raya aku yg auntie Mary jahit ngam2 jer!

28 August 2010

Here I come...1st Anniversary Giveaway!

Hari ni terasa nak join giveaway yg dianjurkan oleh Ibu Qaisara...


Giveaway end 1/09. Sempat lagi nak join. For giveaway detail...sila la ke >>SINI<<<. Apa tunggu lagi. Tak nak hadiah ke? Jom la join ramai2...The more the merrier!

15 months

26 Ogos...Genap la umur Ziqri 15 months. Oh...dah besar anak ibu ;-). Sekarang sudah 10kg. No wonder la bila dukung rasa berat yg amat!


Makin lasak. Makin degil. Kuat nangis. Dah pandai berdiri tapi still cannot walk. Hopefully raya ni Ziqri dah pandai jalan. Takde la ibu penat asik nak dukung Ziqri je.

26 August 2010

Sekarang berkongsi...

Masa aku baca buku Asas-Asas Fardu Ain yg ditulis oleh arwah Ustaz Sulaiman Endut (Al-Fatihah utk beliau), terjumpa doa waktu diserang penyakit. So, aku nak share la kat sini doanya so that kita semua boleh amalkan. InsyaAllah, kalo kite yakin & rajin amalkan...boleh sembuh penyakit tu.

Baca Bismillah 3 kali dan ucapkanlah sebanyak 7 kali:

A'uudzu bi'izzatillahi wa qudrotihi min syarrimaa ajidu wa uhaadzir

Ertinya: "Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya daripada kejahatan yang aku deritai dan yang aku takuti ini"

24 August 2010

1 ibu beli...1 opah beli...

Mcm dah lama tak letak gambar Ziqri kan...dlm blog ni :-P...


Baju tido Ziqri me beli kat parenthood expo aritu. Baju tido Pureen. Murah jer. RM12, hehehe...


Ni plak baju tido Ziqri yg opah baru beli. Hahaha...Ziqri ada 2 baju tido baru. Yeay...Dah lama tak beli baju tido utk Ziqri. Kesian.

23 August 2010

Puasa & makanan...

Bulan-bulan puasa ni mmg sinonim dgn makanan kan? Kalo tak cerita pasal makanan tak sah. Kadang tu, pagi2 dah pikir time berbuka nak masak apa (bagi yg masak) or nak beli apa kat bazar ramadhan ;-). Mula2 puasa tu mmg mcm2 dlm kepala otak. Dah siap senarai apa nak makan/beli time berbuka nanti.

Time bulan puasa ni la mengidam nak makan macam-macam. Kadang2 makanan tu boleh dpt/makan bila2 masa tapi time bulan puasa jugak la yg beria nak makan. Biasa la bila nafsu makan datang...sumanya rasa nak beli bila pegi bazar ramadhan. Itu pasal la bila pegi bazar ramadhan, masing2 bawak plastik kiri kanan ;-). Beli skit punya banyak tapi bila time berbuka, makan tak abes. Membazir...Wajib dielakkan.

Bukan takat org Islam jer dok galak beli makanan kat bazar ramadhan...kaum lain pon sama naik ngan org Islam beli makanan sikit punya banyak mcm la diorang tu puasa kan...

So far, takde lagi la aku nak mengidam makan utk buka puasa. Apa yg ada aku makan jer. Tapi Mr Hubby aritu mengidam nak makan laksam.


Laksam is Mr Hubby's favourite. Kalo balik kg aku mesti suruh my mom buat. Mmg puas makan. Aritu ada la nampak laksam jual kat bazar ramadhan tapi tak tau la sedap ke idak.

Bila aku nak belajar buat laksam ni?

22 August 2010

Hotmama Giveaway

I'm joining Hotmama giveaway plak ye...Detail, sila klik ^SINI^. (Pls scroll down for new entry).


Gold Foot Detox Patch & Takara Foot Detox Patch
- Promosi bulan Ogos free Postage -


Package Percubaan Gold Foot Detox Patch:

Package 1: 20pcs + free postage = RM40
Package 2: 50pcs + free postage = RM100


Package Percubaan Takara Foot Detox Patch:

Package 1: 20pcs + free postage = RM30
Package 2: 50pcs + free postage = RM75

JUALAN RUNTUH BULAN OGOS:
Gold Foot Detox 100 keping RM 130 shj free postage (harga asal RM 190)
Takara Foot Detox 100 keping RM 115 shj free postage (Harga asal RM 140)...

Untuk menjadi pengedar
Gold Foot Detox Patch dan Takara Foot Detox Patch sila hubungi saya.

*******************************

Hubungi Saya :

No tel : 016-4032036 (Lina)
Emel : babytomei2007@gmail.com
YM: roses_cute2002

Maklumat lanjut sila layari blog kami:
Blog : http://babytomeimall.blogspot.com/

************************************
Bayaran

MAYBANK : 1622 6331 1299 (Amalina Abd Razak)

**Setiap transaksi pembayaran mesti di SMS/EMEL/YM

****************************************

Actually aku penah jugak try produk ni. Mr Hubby's cousin yg bagi. Best jugak. Malam nak tido tu tempek la kat tapak kaki. Masa memula tempek tu rasa gak la denyut-denyut tapak kaki tu. Agaknya dia sedut segala penyakit dlm badan aku kot...Tapi kejap jer rasa denyutnya. After that dah takde rasa apa.

Pagi bangun bukak...Tgk jadik camni...




Hitam! Aduh...banyak nau ke penyakit aku ni...Sampai benda tu mcm berminyak, ok! Best jugak if amalkan selalu benda ni.

21 August 2010

Zakat Fitrah: Sudahkah anda?

Smlm balik keje singgah bazar ramadhan sat. Beli kueh untuk berbuka. On the way balik, nampak meja untuk bayar zakat.


So, Mr Hubby ambik kesempatan untuk bayar terus la zakat. Senang...dah tak payah cari & pegi tmpt lain. Mmg bagus jugak idea diorg buat kat bazar ramadhan ni. Sambil beli juadah bukak puasa boleh la singgah skali bayar zakatkan? Menyenangkan orang ramai.

Korang dah bayar belum? Tapi kan...sekarang dah boleh bayar online. Dah canggih...Zakat pon boleh bayar online ;-). So, takde alasan utk tak bayar zakat fitrah ye...

Peraduan Copy & Paste Raya

Bagi yang nak menang MP4, Copy & Paste ayat di bawah:

Raya tahun ni saya nak layan lagu Selamat Hari Raya, Balik Kampung, Dendang Perantau dan lain-lain dengan MP4 yang dihadiahkan oleh MediaHehe..

Kalau terasa nak MP4 ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com





Bagi yang nak menang Kamera Digital, Copy & Paste ayat di bawah:


Raya tahun ni saya nak tangkap gambar kuih semperit, lemang Pak Ali, ketupat rendang dan semualah dengan Kamera Digital yang dihadiahkan oleh MediaHehe..

Kalau terasa nak Kamera Digital ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com

Senangkan? Jom join. Detail is *HERE*.

20 August 2010

MamaZakwan Buat C.O.N.T.E.S.T

I'm joining MamaZakwan contest...


For contest detail, please click HERE . So, here is my photo:


Nama: Muhammad Ziqri Raziq Bin Mohd Najib
Tarikh Lahir: 26 Mei 2009

Ke Parenthood Expo MV

Lunch tadi me & my friends pegi ke Mid Valley. Hajat di hati nak pi tgk Parenthood Expo ;-).


Singgah Avent ingat nak beli puting Ziqri tapi takde yg size 6++. So, tak beli apa.


Cuci-cuci mata disini. Berkenan sungguh aku tgk kereta mini tuh. Nak tau rege dia? RM500++! Mahalnya!


Juga singgah di Tiny Tapir. Ada diskaun. Tapi tak beli apa jugak. Sape yg pakai diaper cloth, boleh la dtg sini. Ada jugak booth Lunatots.

Oh...kat sana aku jumpa Amber Chia. Kurus jer dia even preggy. Mmg tinggi betol dia. Walaupon preggy...sgt la stylo. Model...mesti la kan, kena stylo!

Hasil belian....


Bukan beli barang kat Mothercare, ye. Oh, Mothercare pon ada sale. Aku cuma beli bag tu saje di Mothercare sbb nak letak barang beli kat expo tadi, hahaha...Sanggup tu. Ye la...RM5 jer kan...Beli la.

Dekat expo aku beli basuh botol Pureen Ziqri. Beli refill pack. 2 pack RM22! Berbaloi-baloi...Beli jugak baju basahan & baju tido pureen utk Ziqri. Sepasang RM12 jer ;-). Murah!


Dapat ubat gigi Free. Bagus...jimat duit tak yah beli ubat gigi utk Ziqri. Yeay...


Dan jugak dpt Libresse FREE. Cukup utk stok sebulan. Yeay...jimat lagi. Suka!

So, sape yg tak tau nak gi mana weekend ni boleh la shopping di Expo sana.

18 August 2010

Buka Puasa Hari Ke 7

Ooo...smlm kami berbuka di Armada Hotel. Yeayy...Ini adalah kali ke 2 kami berbuka di sini. Thn lepas pon company Mr Hubby buat kat sini jugak.


Kueh-mueh Melayu yg sedap. Tgk la pilihan kueh yg ada. Mana tak rambang mata!


Mcm-mcm jenis makanan ada. Pilih saje mana yg berkenan.


Makanan yg memenuhi meja kami. Hahaha...Byk weh! Mmg kenyang makan. Alhamdulillah. Rezeki. Kali ni pegi tak bawak Ziqri sebab pegi terus dari ofis.

Ayah...lepas ni berbuka kat mana plak yea? ;-).

Makin lasak

Ziqri skrg makin lasak. Mcm-mcm kerenah dia sejak dah besar nih. Skrg ni kan...suka buat mulut mcm ni

*
*
*
*


Tak tau la mana dia belajar buat mulut mcm tu. Lg dimarah, lg dibuatnya. Makin lasak & makin degil! Dan kuat menangis skrg. If benda yg dia nak kite tak bagi...nangis. Hayo!


Ziqri...ikut perangai sape ni???

17 August 2010

Cikpia's Birthday Giveaway

Joining Cik Pia's birthday giveaway plak...


Ok, sape yg rasa nak CD Dayang Nurfaizah, meh la join giveaway ni. Detail klik SINI.

3rd : Buat satu entry tajuk "cikpia's birthday giveaway". isi kandungan nya bebas tapi mesti ada at least 1 cadangan untuk i improve this blog.... he he..... (makna kata taderla bebas sangat)
 >>> Saya suka baca pasal life orang. So, Cik Pia...tulis la pasal your life...Kalo makan tempat best2 or pegi jln2 tmpt yg best ke, update la dlm blog. Boleh la saya menumpang baca ;-).

 5th : Jemput/tag kan seorang rakan blogger anda & dia mesti tau die di tag
>>> Saya nak tag Pn Emy. Emy...jom join!

Berbuka di luar lagi

Ni cerita hari Ahad yg lepas. Kami berbuka di Subang Bestari. Rumah pakcik Mr Hubby.


Menu utama kami - nasi arab  & makanan2 lain la of course. Kami sampai terus waktu berbuka. Lepas mereka solat Maghrib jemaah, makan, borak2...diorg suma pegi solat terawih.

Tinggal la aku, Aunty Najiba, Opah, Mak long & Mak Intan. Aku apa lagi...sebuk dok layan Ziqri. Penat dok kejar dia yg asik menuju ke tangga. Pantang nmpk tangga nak naik!


Lepas dah kepenatan main, akhirnya tido jugak. Fuh...boleh la relaks jap. Lepas diorg balik solat terawih, kami beransur pulang. Kena balik awal, Mr Hubby keje malam (lagi).

Give Away Raya...

Me joining giveaway raya by MrsNor...



Hadiahnya menarik! Sapa yg nak join boleh la jengah blog MrsNor utk tau detailnya ye. Tarikh tutup 23/08. Sempat lagi nak join.

16 August 2010

Give Away From Polkadot's Cottage

Hari ni I'm joining give away dari blog ini >>> http://pikoponpon.blogspot.com/


For detail...sila la ke blog beliau yea...ll KLIK ll.

Sebab kenapa saya layak memenangi give away ini >>> sebab saya akan berpindah ke rumah baru (tak tau bila lagi. Soon) dan barang2 give away tu mmg sgt la sesuai utk letak kat my house nanti ;-).

Untuk giveaway ni, aku nak tag Pn Emy yg suka join contest. Good luck!

15 August 2010

Berbuka di Kg Mr Hubby


Semalam kami semua berbuka puasa di kg Mr Hubby. Kat mana tu? Dekat jer. Kat Kg Pandan ;-). Ni kg belah my father in law. Semua adik-beradik ayah & anak diorg dtg. Majoritinya la...Mmg penuh rumah tu. Hingar-bingar dgn suara budak-budak kecik. Belum campur yg menangis lagi.

This yr will be the last yr kitorang bukak puasa & raya kat sini sebab rumah tu dah dijual. Next yr beraya kat umah lain plak.

This year aku akan beraya di sini dulu. Tahun ni turn belah Mr Hubby dulu. Raya ke 3 or 4 baru balik kg aku. Korang raya dimana???

14 August 2010

Weekend yang jimat...

Memandangkan Mr Hubby dah almost 3 weeks keje mlm & will continue sampai raya (sbb his buddy mc accident)...makanya, dah 3 weeks jugak la kitorang tak kuar jln2 weekend sbb ayah tido. Mmg la rasa cam boring skit dok umah tak ke mana-mana tp yg bagusnya...duit tak abes ;-P. Kang kalo kuar, paling koman abes gak la seratus. Tu pon kalo tak beli apa-apa. Kalo beli barang? Lagi byk abes. Good for me also. Yang tak boleh tgk benda yg ada tanda "SALE". Nak-nak sekarang tgh byk sale sana sini!

Bila dah tak ke mana-mana tu kan...apa lagi...melayan si kecik ni la...Jom layan tgk gambar dia...


Selalu asik main dalam umah jer...kali ni bawak dia main kat luar plak...Tapi bila dah bagi can main kat luar tu, takde lak dia nak tolak keta dia tuh. Statik jer kat situ. Apa...la Ziqri ni.


So...how's your weekend??? Selamat berhujung minggu, uollss!!!

Ayu Little Cottage Giveaway

Me joining Ayu Little Cottage Giveaway...


Detail giveaway, pls refer ll HERE ll. Untuk giveaway ni, aku nak tag Pn Emy...

Jika anda mendapat quilt bag ini nanti, apa yang anda akan masukkan kedalam beg tersebut dan kemanakah anda akan bawanya? Saya akan letakkan barang2 Ziqri mcm napkin, drypers, botol susu, baju & akan dibawa ke mana saja everytime keluar bawak Ziqri ;-).

Berbuka di hotel

Semalam kitorang berbuka di Carlton Hotel, Shah Alam. Company Mr Hubby belanja ;-). Best, dapat makan kat hotel. Yang penting...FREE, hahaha...

Kali ni pegi bukak puasa kat luar kitorang bawak Ziqri. Tapi dia bukan makan pon ;-).


Yang bestnya berbuka kat hotel ni of course la sebab food dia kan...


Banyak pilihan...macam-macam ada...Pilih saja apa nak makan...




Nak makan rebus-rebus pon ada. Nak makanan kampung pon ada. Mcm-mcm la. Kalo tulis semua kang penuh lak entry ni ;-). Tapi kan...makanan kat sini tak berapa sedap ;-( mengikut rasa tekak aku la. Tekak orang lain aku tak tau la. Tapi...ada 1 yg sedap ngan tekak aku...




Roti canai...Sedap! Apa kes bukak puasa makan roti canai? Lantak...Kalo ikutkan, aku makan sikit jer. Bila bawak Ziqri mood nak makan pon kurang. Susah nak makan sambil pegang anak. Mintak baby chair, tak ada la pulak. So, makan ala kadar je la...Sib baik makanan pon tak sedap sgt, hahaha...Kalo tak rugi weh!




Lepas dah makan, borak2...balik la. Tunggu apa lagi kan...Lg pulak Mr Hubby kena masuk keje. Mlm ni plak, kitorang berbuka di kg Mr Hubby. Di Kg Pandan. Hahaha...kg la sgt kan...Memang dah jadik tradisi belah family Mr Hubby utk kumpul anak-beranak untuk berbuka puasa.

Perfume-A-Holic Contest

Ok, kali ni aku join contest dari TentangIkram plak...


Contest detail boleh la tgk SINI yea...Tarikh tutup 15/08/10. Cepat2 la join...

My Slogan >>> ME + PERFUME = WANGI

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails