29 November 2008
Not feeling well...
Lagi 1 yg buat aku "lama" tak update blog is b'cos I'm very bz lately with my work. Ye lah...skrg ni keje aku kat ofis tu sumanya nak kena kejar KPI. Boring betol! Actually byk lagi nak cite tapi later-later lar. Nak kejut my hubby...Jap lagi nak gi pasar malam. Bye!
26 November 2008
My Gifts
24 November 2008
KLCC Convention Centre
20 November 2008
17 November 2008
Nor Afnizan's wedding
14 November 2008
Annual Dinner
Theme for the night is RETRO.
Aku tgh dok pikir baju apa aku nak pakai nih. Takkan nak pakai baju cam kat atas? Kalo tak pakai tudung boleh lar pakai kan? Seluar aku dah beli...Ala, seluar yg kaki kembang kat bawah tuh...Tgh dok pikir nak carik baju camana lak...Kasut idak ler aku pakai mcm kasut kat atas tu...Kang mau tak berjalan aku pakai kasut tinggi2 nih...
13 November 2008
Vacation?
Next year aku Cuti-cuti Malaysia jer lah...Itu pon kalo larat nak berjalan. Jgn kata nak berjalan jauh2...Pegi jln2 kat 1U pon aku rasa cam nak patah jer pinggang nih!
Lagipon next yr aku kena spend more money for the baby. Baru jer berangan next yr anniversary nak pegi somewhere...Terpaksa lah...aku lupakan dulu hajat tu.
Tapi ramainya org2 keliling aku pegi jln2 next yr. My sis will be going to Jakarta/Bandung, Fidah is going to Bali again! & 2 of my frens will be going to Bandung. Ayeen...jadi ke pegi Bangkok next yr? Arrggghhh...aku sgt jeles ok!
Fidah...ko pegi BALI amik Pak Haris lagi ke? If yes, kensalam kat dia. Ntah dia ingat kat aku ke tak...Kalo K Rozi tu maybe dia ingat la kot, hehehe...
11 November 2008
My weekend
Sun - Arini sesi mengemas lar pulak. Mmg penat aku rasa, sampai terpaksa cancel pegi tgk cite James Bond kat 1U! Tapi mcm mana pon aku tetap lar pegi 1U mlm tu...nak pegi beli baju & seluar aku. Perut aku ni baru nmpk sikit jer tapi seluar suma dah tak muat...so, kena lar beli yg baru...Mmg rambang mata gak lar tgk baju2 maternity kat jusco. Cntk2 sumanya...At last aku beli 2 baju, 2 seluar. Save it for next month lak :-P. Lagi 1, tujuan aku pegi 1U sbb nak beli hadiah b'day 4 my hubby tapi bila aku tanya...dia ckp tak payah beli...Dia suh simpan duit. So, aku belanja dia makan jer kat Kenny Rogers.
06 November 2008
Birthday
I did ask him what he wants for his b'day? Tapi dia ckp kalo tak nak bagi hadiah pon takpe...Cukup lar doakan dia dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki...
Tak tau lar apa nak beli utk dia. I gave him wallet for last year b'day. Any suggestion?
05 November 2008
I need new clothes!
Cantik tak baju2 nih? Found it from Due Maternity website. So, sapa kata pregnant woman tak boleh bergaya kan?
04 November 2008
Masalah-masalah di Awal Kehamilan
Selalunya berlaku dalam minggu yang ke 4 dan berakhir sehingga minggu ke 12 atau 13. Kadangkala berlarutan melepasi minggu ke 13. Mungkin disebabkan oleh meningkatnya sensitiviti terhadap hormon yang bertambah semasa hamil. Tidak seperti loya yang dikaitkan dengan sesuatu penyakit, loya mengandung meningkat apabila perut kosong. Untuk mengelakkan keadaan ini, makanlah lebih kerap tetapi sedikit-sedikit. Cuba mengambil biskut atau roti di waktu pagi sebelum keluar dari tempat tidur.
Elakkan dari makanan yang berlemak dan berempah. Pastikan pengaliran udara dalam rumah atau di tempat kerja dalam keadaan baik.
2. Sembelit
Keadaan ini berlaku kerana makanan yang dimakan bergerak terlalu perlahan melalui sistem penghadaman disebabkan oleh kesan progestron, iaitu sejenis hormon yang meningkat ketika hamil. Progestron akan mengendurkan otot usus. Oleh yang demikian ia memperlahankan pergerakan bahan makanan. Minumlah lebih banyak air dan tambahkan lebih banyak serat dalam makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin atau bijian. Anda perlu elak dari mengambil julap semasa hamil.
3. Pedih hulu hati
Ini disebabkan oleh pengaliran balik asid dari perut. Ia menyebabkan terasa pedih di bahagian dada dan di bahagian belakang tekak. Ubat antasid boleh membantu melegakan pedih hulu hati ini. Ingat bahawa anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat ini.
4. Sakit Belakang
Berat badan bayi dalam kandungan menyebabkan perubahan kepada pusat graviti. Keadaan belakang akan diburukkan lagi jika anda mempunyai postur yang tidak baik.Untuk mengurangkan sakit belakang:
- Pakai kasut tumit yang rendah.
- Ampukan belakang anda apabila duduk.
- Tidur di atas tilam yang keras.
- Berjumpa doktor anda jika sakit belakang menjadi semakin teruk.
5. Buasir
Buasir yang sederhana yang dialami akan menjadi menjadi lebih teruk semasa hamil dan boleh berlakunya trombos, terasa sakit dan mungkin berdarah semasa hamil. Anemia boleh berlaku oleh sebab pendarahan yang teruk dari buasir tersebut. Berjumpa doktor anda untuk mendapatkan ubat melembutkan najis dan ubat untuk buasir.
6. Tidak dapat tidur (insomnia)
Kesukaran untuk tidur di waktu malam disebabkan oleh naik turunnya emosi mengandung. Elakkan dari makan terlalu banyak sebelum tidur. Cuba tidur dalam kedudukan yang lebih selesa. Jika perlu, elak dari mengambil ubat penenang atau ubat tidur semasa mengandung. Ubat penenang dan pil tidur ini boleh membahayakan anak dalam kandungan. Dapatkan nasihat doktor jika anda benar-benar memerlukannya ketika anda sedang mengandung.
7. Gatal-gatal
Di akhir kehamilan adalah biasa jika anda terasa gatal-gatal. Ia hanya melibatkan tempat-tempat yang terdapatnya tanda regang di abdomen. Gunakan krim atau minyak zaitun untuk menghilangkan tanda regang tersebut. Losyen Calamine juga boleh digunakan untuk melegakan keadaan. Bagi gatal-gatal yang teruk anda perlukan ubat antihistamin untuk menghilangkannya dan membantu anda tidur di waktu malam.
8. Sembab/bengkak di kaki dan buku lali
Sembab adalah perkara biasa dan normal ketika mengandung. Rawatan lazimnya tidak diperlukan. Angkat kaki anda sedikit ketika baring untuk mengalirkan cecair keluar. Jika sembab menjadi semakin teruk berjumpalah doktor.
9. Vena varikos
Vena varikos selalunya terjadi di kaki. Di kalangan sesetengah wanita ia berlaku di bibir faraj. Elakkan dari berdiri terlalu lama. Gunakan stoking untuk melegakan keadaan. Kekejangan kaki. Keadaan ini disebabkan oleh kekurangan kalsium. Biasanya dirawat dengan tablet kalsium.
10. Serangan pengsan
Selalunya berlaku dalam minggu ke 28 yang pertama dan seringkali disebabkan postur. Pembesaran rahim menekan saluran aorta dan vena cava yang merupakan saluran darah besar terletak di belakang rahim. Pengurangan pengaliran darah balik ke jantung akan berlaku jika anda bangun secara tiba-tiba. Tukar postur anda secara perlahan-lahan untuk mengelak dari masalah ini.
11. Kerap membuang air kecil
Ini kerapkali berlaku di awal kehamilan disebabkan pembesaran rahim yang memberi tekanan ke atas pundi kencing. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan. Terasa sakit, kerap membuang air kecil dan bangun pada waktu malam lebih dari sekali mungkin merupakan tanda jangkitan saluran kencing yang sangat biasa semasa mengandung.
12. Peningkatan lelehan dari faraj
Ini disebabkan oleh peningkatan rembesan yang dihasilkan oleh pangkal rahim. Terasa kebas dan berdenyut-denyut di jari-jari? Ini boleh diatasi melalui fisioterapi dan senaman
Sumber: RatuHati