CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

10 September 2012

Baby Outlet Warehouse Sale

 Semalam kitorang pegi warehouse sale ni.


Location dekat Jln PJS 11/1 Bandar Sunway. Sebelah Butik Baby Outlet. Pegi pukul 11.00 am. Wahhh...memang tak ramai org. Ke org tak tau pasal warehouse sale ni? Ke org tau tapi tak nak pegi sebab pegi open house?

Bagus jugak tak ramai org. Dapat la pilih barang ngan aman :). Jom tgk apa yg menarik sale ni.


Huggies beli 3 percuma 1. So 1 pek huggies cuma RM26++ jer & u save RM34.90!


Baju baby. And semestinya baju baby girl cantik-cantik! Rambang mata dibuatnyaaaa...


Ada stroller, ada buai, ada walker, ada mainan. Pendek kata semua keperluan baby boleh dapat kat sini. Mcm 1 stop centre utk barang baby.


Mcm2 brand ada. Pilih jer mana berkenan. Pendek kata, semua barang keperluan bayi ada kat sini. Tak payah nak pegi byk2 kedai. Kat sini boleh beli semua. *ulang lagi skali ayat dah mcm buat promo iklan plak :).


See? Susu pun ada. Makanan baby pun ada. Susu Dutch Lady Kiki kat sini lagi murah compare to Speedmart. Next time boleh la datang sini beli susu Kiki :).

Lepas beli barang, masuk butik Baby Outlet jap. Sebelah je. Nak apply membership. Beli RM50 & above boleh apply membership for 2 years for FREE!


Masuk butik ni lagi besttt!!! Lagi rambang mata!!!


Girl dress. Cantik!


See...Girl dress lagikkk! Aduhhh...memang cantik-cantik dress kat sini. Nasib baik la masih waras. Kalo tak mau jugak la aku membeli! Tapi dress kat sini tak mahal sgt. Mampu milik la :).


For boys.


Me now a member :).

Dalam pada masuk butik nak apply membership tu terbeli jugak hairband aka cekak for Nuha! Cantik sgt tak boleh nak tahan kena beli jugak!


RM12 jer. Aritu nak belikan cekak utk dia tgk kat Pumpkin Patch RM33 mahal benar! Tak jadik beli. Ni dah jumpa yg murah beli jer la. Byk design! Suma pun cantik2.

Hasil borongan utk hari kejadian.



Mcm biasa sekarang ni if beli baju, baju adik lagi byk dari abang. Cantik sgt baju girl tak tahan!

Sape yg nak pegi sale ni sampai this weekend ya.

07 September 2012

Beli hadiah b'day

Sempena sebedey to you Kiki on 26 May aritu, atok nak hadiahkan Kiki basikal. *Yeayyy...


So balik from makan-makan umah sedara belah ayah (lupa sudah umah sape!) aritu, kitorang semua ke kedai basikal!


Atok cakap "pilihlah Kiki nak apa, atok belanja". Dia boleh jawab "Kiki nak lori atok"...Pengsan! Lori jugak yg dia nak! Takde benda lain!

Disebabkan atok memang nak belikan dia basikal, so atok suh dia pilih basikal jer ;). Benda lain tak boleh beli. Kalo tak haruslah dia pegi amek lori.


Lepas dah buat pilihan...ni lah dia basikal baru Kiki. The one that Kiki choose is red color. Tq atok! Cucu happy dapat basikal, atok pun happy dapat belikan cucu basikal ;).

Ayah & ibu kasik hadiah apa??? Next entry lah cerita!

06 September 2012

Raja Ikan Bakar

Hari raya ke 5 kitorang dinner kat luar. Yeayyy... Plannya nak ke Tok Bali tapi my bro Zeli suggest makan kat sini.


Tempat ni kat Kg Pachakan. Area Kelantan aku rasa. Betul ke Pn Blog Diva?


Kekdahnya nak makan kat sini kena booking dulu. Mana la kitorang tau. Kitorang main terjah jer. Makanya...sila la menunggu dgn penuh sabar yea. Dah la masing2 datang dgn perut kosong. Lepas tu kena tunggu lama la pulak!


Adik nasib baik tak meragam malam-malam ni. Kalo tak ilang mood nak bersantap dgn kusyuknya!


Yang dipilih oleh my mom. Ikan merah, kembong, sotong & cencaru.


Bakar dulu. Dah nama kedai pun Ikan Bakar so menu kat sini semuanya bakar jer.


Dah siap! Ours!


Ha....makan la puas-puas! Dimakan dgn nasi putih & cicah sambal kicap. Terangkat abes lah! Masing2 makan mcm piranha terkan mangsa. Maklumla lapar! Lama plak tu kena tunggu!


Adik sampai tertido! Pergghhh...mmg kenyang giler lah! Tu pun tak abes makan. Ada 4 ekor kembong tapau bawak balik.

Kos makan campur air sirap limau 2 jug & milo 2 gelas = RM175. Thanks to Ayah Do yg belanja makan :). Semoga terus dimurahkan rezeki.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails