CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

29 February 2012

28 February 2012

Play Time!

Lokasi: Bukit Keluang, Besut 


Muka happy dapat main.


Kalau boleh semua yg ada kat playground tu dia nak try. Layankan aje lah!


Wooo...bestnya ibu!


1,2, 3 turunnnn....*ayah sambut kat bawah.


Ok jom balik! Nangis terus! Tak puas nak main. Kang kalo tunggu dia puas mau sampai mlm pun tak nak balik lagi kan...

27 February 2012

Ibu...bird!

Ni actually last year nya story.


Kitorang bawak Kiki pegi tgk bird dekat KL Bird Park. Masa beli tiket tu kitorang guna Metrojaya member card. So, dpt la diskaun skit. Berapa diskaunnya korang pi la tgk kat website KL Bird Park yea.

Masa kitorang pegi tu cuaca panas! Menyesal tak bawak payung! ;).


Burung kat sini bukan dlm sangkar jer...yg berkeliaran pun byk. Bagi org yg bukan pencinta binatang cam aku ni mmg tak suka betul (takut yg benarnya) bila ada binatang berkeliaran ni. Nak lalu pun takut-takut! Haih!


KL Bird Park ni punya la luas. Berpeluh gak la ketiak nak tawaf semua tempat ni. Tempat yg sesuai untuk kuruskan badan :D!


Antara burung2 yg ada di sana. Cantik. Ada yg tak penah aku tgk pun...


Bukan takat burung...fish pun ada. *Kiki muka tak rela nak posing. Dia takut sebenarnya...


Actually kitorang pun tak abes tawaf tmpt ni. Dah takde energy nak berjalan. Tgk yg mana kaki larat melangkah jer...

Menarik gak tmpt ni utk bawak anak2 jln hujung minggu. Nanti nak bawak Kiki pegi Zoo plak. Rasanya belum penah bawak dia pegi sana lagi.

23 February 2012

Drama QUEEN

Ha...sejak2 berpantang takde keje nak buat kan...dok tgk drama jer la aku kat umah :).

Antara drama yg aku follow:


Little Star - best cite Philippines ni...Cite ni hari Isnin - Khamis pukul 4pm. Sebab aku beria dok tgk sampai mak aku pun terpengaruh tgk sama.


Putri Yang Ditukar - cite ni actually mak aku yg follow. Dah tiap2 ari mak aku tgk, sampai aku pun terpengaruh sama.


Apa Celop - hahaha...cite ni pun aku tgk. Bila dah start tgk mcm best la pulak!


Atas Nama Cinta - tiap2 petang la melekat duk tgk cite ni.


Bella Calamidades - cite ni pun akibat pengaruh mak aku jugak. Bila follow cite ni best jugak. Tapi byk la soalan aku tny mak aku. Ye la...tgk pun dah tgh2 kan...


Dingin Lavenda - cite ni pun dah tgh2 baru aku tgk.


Pelangi Kasih - cite ni mmg aku follow dari awal. Best!


Vanila Coklat - cite ni pengaruh mak aku. Bila dah start tgk cam comel plak cite ni. So, terus la follow.

Wah...drama skrg best2 lah...Mmg tak ter"follow" kalo nak diikutkan. Ni pun sbb aku maternity leave jer, if not tak tgk la semua drama nih.

22 February 2012

WW: Let have some fun

Location: Sunway Pyramid






18 February 2012

Masa untuk berjimat

Dah masuk anak 2 ni rasanya memang sesuai la untuk berjimat cermat. Dulu masa anak sorang ok lagi semua benda nak beli sbb belikan untuk dia sorang jer...

Ni dah masuk anak 2 if tak pikir cara nak jimat mmg "sakit" gak la, kan?

So, sebagai langkah berjimat cermat...aku beli cloth diaper...


Ha...amek ko! Siap sekotak terus beli. Aku beli dekat Autumnz. Siap beli wet bag skali! My mom bila nmpk aku beli CD ni komen dia > rajin ke nak basuh? Ada masa ke? Hahahaha...Nmpknya, mak aku pun tak percaya dgn kerajinan anaknya ini! Hopefully aku adalah rajin demi untuk menjimatkan duit so that duit yg dijimatkan tu boleh pegi jalan2!

Dulu mmg aku penah ckp tak mungkin utk aku guna CD ni sbb leceh & malas nak basuh. Tapi memandangkan 2 org nak kena pakai pampers...so agak byk jugak la duit yg nak kena keluar utk beli pampers every month. Lagi plak pampers kena beli utk 2 rumah kan...Belum campur duit susu lagi. *pening kepala Mr Hubby agaknya ;). Sib baik la Nuha bf. Kalo tak...lagi parah!

Agak2 berapa byk CD nak kena ada untuk 2 beradik ni yea? Baru beli 10. Cukup ke? Kalo nak jimat lagi kena cepat2 potty train Kiki la jawabnya...*dah sibuk ngan baby ntah bila la nak potty train si Kiki nih.

This year will be tahun berjimat cermat. Mana yg boleh jimat, kita jimatlah. InsyaAllah.

17 February 2012

Sebulan Dah!


Hari ni genap la umur Nuha sebulan. Wah...Time flies so fast! Kejap jer dah sebulan. *tak lama lagi abes la pantang aku ;).

Sebulan yg lepas - 17 Januari 2012 pagi mcm biasa aku pegi check up dekat QHC Medical Centre. Skali masa check up tu my bp was 170/110! Doc pun apalagi...terus la bagi surat & ask me to go to hospital immediately!

So, aku & Mr Hubby terus la ke PPUM. Sampai sana, pegi registration kaunter, they sent me to Dewan Bedah. Time ni aku pun musykil alih2 terus tolak aku naik wheelchair ke dewan bedah. Sampai dewan bedah tu, diorg bawak aku ke HDU (High Dependancy Unit). Lepas salin pakai baju spital, diorg terus amek bp aku. At that time my bp was 195/110! Terus diorg monitor my bp & pasangkan tiub air kencing. Sakit oi!

Memandangkan my bp is very high + severe pre-eclampsia + high uric acid (7.6) doc bgtau mmg tak boleh tunggu lagi dah. Diorg kena keluarkan baby if not my bp mmg takkan turun. And this is very dangerous to me & the baby.

So, lepas dah decide aku kena operate, mlm about 7 pm, aku masuk labour room. 7.45 pm Nuha keluar dgn berat 1.66kg. Lepas baby keluar, nurse terus bagi aku cium baby. Ye...time c-sec tu aku sedar. Rasa la diorg dok godek2 perut aku. Pukul 8.05 pm aku keluar from labour room.

Lepas tu aku masuk balik HDU for 24 hours monitoring before they sent me to normal ward. Nuha pulak diorg bawak ke paed ward & dimasukkan dlm ventilator. After 5 days, I was discharged from hospital but not Nuha.

Sempat la rest dekat rumah for 2 days before check in balik hospital utk jaga Nuha. After being warded for 15 days, finally Nuha was discharged from the hospital. Lega! Rasa lemau weh duk spital lama2!

Memang pregnant kali ni sgt la mencabar. Dan bersalinkan Nuha pun sgt mencabar! Bukan senang nak keluarkan 1 nyawa! Tapi yg kelakarnya...ada jugak la yg bawak mulut ckp aku koma la bagai. Na'uzubillah!

Hopefully Nuha membesar dengan sihat.

16 February 2012

Masuk Magazine U!

Hahahaha...tajuk gempak tu!


Ok, sape ada beli magazine Cosmopolitan bulan Jan 2012? Apa yang menarik? Tgk la gambar kat bawah ni ;).



Apa yg aku tulis masuk magazine u! Hahaha....gigih tulis hantar kat diorang dengan harapan terpilih sebagai surat pilihan so that I can win a perfume.

Tapi...setakat terpilih jer tapi tak menang! So, takde la dpt hadiah.

Korang penah tak tulis something for a magazine?

Actually bukan utk magazine ni jer aku tulis. Ada a few magazines that I've submitted tapi tak menang. Semua yg aku hantar tu hadiahnya perfume. Sudahnya...aku beli sendiri perfume online. Frust! Tak dapat perfume free!

15 February 2012

WW: Nuha

It's suppose to be Mommy's little Princess ;)



04 February 2012

Longgg holidayyyy....

Cuti 4 hari...mana uolls pegi? Sure ramai yg balik kg & pegi jalan2 kan? Me? Menghabiskan masa berpantang kat umah sajo. Not going anywhere sampai la abes pantang! Lama lagi tuh nak kena terperap dalam umah ni...Tapi takpe lah!

Oooo...actually, bulan Jan aritu, 14 - 17hb kitorang dah beli tiket pegi KCH...tapi disebabkan dah sarat nau preggy makanya, we all decided utk tak pegi. So, burn la tiket yg dah dibeli a year ago! Tak pasal2 "menderma" kat Pak Tony...Kalo derma kat anak yatim pun dapat pahala!

Tapi nasib baik gak la kitorang amek keputusan utk tak pegi. Sebabnya....17hb tu aku dah terberanak! Hahaha...Ada jugak hikmahnya tak dapat pegi KCH!

Nampaknya, belum ada rezeki lagi la nak jejak KCH. Takpe...insyaallah, ada rezeki & dgn izinNya...dapat jugak la kitorang pegi sana nanti 1 day! Masa kekecik dulu penah duk KCH tapi masa tu aku baby lagi...Mana tau apa kan...So, mmg berhajat jugak la nak pi jln2 kat KCH ni...

Takpe...takpe...ada rezeki boleh la pegi. Boleh bawak Nuha skali ;). Tiket yg aku burn aritu harga RM248 for 3 pegi balik...Murahkan? Hopefully next time AA buat promo boleh dpt rege yg camtu...Kalo tak, tak pegi la jawabnya!

Lastly, selamat bercuti panjang uolls!

02 February 2012

We're Home!


Finally...1 Feb...Nuha dah boleh discharged after she gained 1.84kg. She was born with the weight of 1.660 kg. After 15 days at hospital - the longest ever stayed at hospital. Mmg rasa "lemau" giler duk lelama kat spital!

It's good to be back home! Really miss my home. Miss Kiki jugak of course!

Itu pun sebelum balik mcm2 Dr Nurul bagi pesanan...Almaklum la kan...baby premature!

Hopefully Nuha membesar dengan sihat. Tak mau stay kat hospital lelama lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails