CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

14 February 2013

Takde Rezeki

Last year aku ada menang voucher Dulux ni worth RM250.


Ingatkan nak guna lah pi beli cat. Skali tgk rupanya voucher dah expired 7hb. Mmmm...takde rezeki lah nampaknya. Tu la, asik busy & suka bertangguh macam ni lah jadiknya. Padahal address kedai nak pi beli dah siap tulis.

And sebab I'm not a "kiasu" type of person malas lah pulak nak call Dulux tanya boleh extend tak.

Lagi satu yg sebab asik dok tangguh jer pi beli cat sebab dah menang 2 cat Nippon :).


Tu yg asik delay jer nak pi singgah kedai cat. Pening pun yea gak pikirkan nak beli color apa. Takpelah. Anggap jer bukan rezeki aku. Pikir lebih-lebih kang buat pening kepala jer. Insha Allah ada rezeki lain for me.

22 January 2013

Menang From Cosmo

Alhamdulillah. Menang kecil-kecilan. Walaupun nilainya tak seberapa & hadiahnya adalah biasa-biasa tapi tetaplah buat aku happy.


Dapat set mandian from Ginvera. Ini memang sampai next year tak payah beli sabun mandi lagi dah!


Empro brow pencil. Oh, ini time nak berjangok pegi kenduri kahwin bolehlah pakai. Kalo nak tunggu aku beli benda ni memang tak beli la. Nasib baik la menang boleh jugak la berjangok. Hahahahaha...


Oh, ni yang paling best. 1 beg penuh product Syahirah worth RM100.


Ni lah barang-barangnya. Barang ni aku nak bagi dekat Tok Chik. Dia memang pakai Syahirah. So bolehlah aku hadiahkan barang ni. Sebagai tanda terima kasih aku kerana menjaga Kiki & Nuha dengan penuh kasih sayang :). Seronoknya dapat hadiahkan org barang tanpa perlu keluarkan duit, yeayyy...

Walaupun hadiah yg aku menang ni tak seberapa tapi dapatlah jugak bantu jimatkan belanja kitorang. I like!

21 January 2013

Every Saturday


Bermula tahun ni, di sinilah tempat aku menghabiskan masa every Saturday. For this semester subject yg aku amik class on Saturday jer. Baguslah, Sunday boleh relaks. Next semester tak tau la lagi mcm mana. Oh, syukur Alhamdulillah. 1 of my azam which is to further study dah tercapai.

Ada jugak yg tanya...kenapa sambung study? Boleh tak aku jawab sebab cita-cita nak jadik fulltime housewife tak tercapai? Kahkahkahkah...Eh tapi itu adalah serius! Memang sgt bercita-cita untuk jadik fulltime housewife tau! Memanglah org cakap jadik fulltime housewife penat. Tapi bekerja & balik umah nak uruskan rumahtangga lagik jadik double penat!

Eh tapi aku macam dah menyusahkan diri sendiri dengan bekerja, uruskan rumahtangga & study! Hahahaha...baru sedar! Tapi takpe. Ada sebab aku sambung study. Harap2 apa yg aku impikan tercapai. Insha Allah.

Seronok jugak study ni. Boring dah dok ulang rutin yg sama for the past few years. Nak la pulak buat benda lain kan. Bila dah study dapat kawan baru. Mcm2 org aku kenal. Boleh tukar2 experience. Dan aku adalah sgt kagum bila tgk perempuan yang dah berumur masih lagi study. Serious saya kagum! Kuatnya semangat diorang ni.

Harap-harapnya aku dapat abeskan study ni dalam masa 2 tahun.

Terima kasih kepada en suami yg sanggup hantar & amik aku pegi balik class. Terima kasih jugak sebab izinkan aku sambung study balik. Terima kasih pada in-law yang sanggup tolong jagakan budak2 bila time aku pegi class. Bila class abes mlm budak2 terpaksa tinggalkan dekat sana sebab by the time balik dah pukul 12 mlm.

Dan paling penting semoga aku diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan study ni. Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails