bazar ramadhan @ Subang 2
Arini masuk arini ke 7 umat Islam berpuasa. Setakat ni aku baru 3, 4 kali kot pegi bazar Ramadhan. Rasanya tahun ni mcm tak meriah jer bazar Ramadhan kat tmpt aku nih. Org yg menjual pon tak ramai. Tak tau lar kot awal lagi. Nak beli makanan pon jenuh dok pusing 2, 3 kali tatau nak beli apa. Lagipon makanan nmpk tak menarik & tak banyak choice. Agaknya sbb H1N1 ni, org pon malas nak kuar umah. Tu pasal lar bazar Ramadhan pon tak berapa nak meriah kot.
Ha...ni nak ingatkan lar skit pada penjual2 kat bazar Ramadhan tuh. Harapnya bulan2 puasa ni, menjual lar ngan ikhlas. Jgn pikir nak untung lebih jer. Aritu aku beli air bandung cincau. Rasanya, Ya Allah...payau semcm jer air tuh. Ntah ngan air apa lar agaknya dia bancuh buat air tu. Dulu penah aku beli cendol...Skali minum, santan dah basi. Menyumpah seranah aku kat penjual cendol tuh! tak berkat org tu menjual. Ni baru sorang...kalo 100 org dok sumpah seranah penjual tu, berkat ke rezeki dia aritu?
Ooo...smlm aku bukak puasa dekat Armada Hotel, PJ. Mmg ramai org. Makanan dia boleh lar...Disebabkan makan ni org belanja, so i cannot complaint much :-).
Arini, me & hubby pegi bukak puasa kat Summit Hotel, USJ. Ni pon org belanja jugak. Bestnya...Lepas ni sape lak lagi nak belanja? Hehehe...Rezeki jgn ditolak :-)
No comments:
Post a Comment