CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

15 March 2011

Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

Pic from Berita Harian

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak. 


Full story, sila baca sini >>> Berita Harian

Aku dulu masa beli botol susu Avent Ziqri mmg beli yg bukan BPA Free. Sbbnya tatau pon apa beza BPA ngan non-BPA. Yg aku tau yg BPA Free tu mahal skit. Lgpon masa beli tu takde pon baca pasal BPA Free nih. So, beli jer la yg murah ;).

Lepas dah beli tu baru la dpt tau pasal BPA nih. Makanya...beli la lagi botol Avent BPA Free plak. Mmmm...terpaksa la melabur duit beli botol susu BPA Free pulak. Last beli botol susu Ziqri yg cap Mothercare tu pon amek yg BPA Free jugak. Mahal pon mahal lah. Untuk kebaikan anak sendiri kan?

Untuk panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat (mcm dlm gmbr kat atas) korang boleh la tgk kat sini >>> BOTOL POLIKARBONAT

Lepas dah baca artikel tu sila la check botol susu anak anda ;).

Nota kaki: Sara hidup anak zaman moden makin mahal!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails