Untuk lunch kitorang makan kat sini. Restoran Melayu Melaka. Tempat ni aku carik dlm foursquare. Masa duk search tempat makan jumpa tempat ni. So, off we go to this restaurant. Sesat la jugak nak carik tempat ni. Padahal dekat jer ngan hotel yg kitorang stay.
Masa kitorang sampai sini dah pukul 3.00pm++...Dah lebih pun waktu lunch. Orang pun tak ramai dah.
Masuk2 jer nampak ni. Rupanya tempat ni buffet. Takde plak mention dlm foursquare. Nasib baik la murah jer. Kalo tak, takkan nak patah balik kan, malu la, hahahaha...
Macam-macam la ada. Selain lauk-pauk, kuih-mueh pun ada. Tapi kuih tak sedap! Tapi rojak buah dia sedap!
Walau pun macam-macam ada tapi aku cuma amik lauk kat atas jer. Asam pedas is a must! Kate Melaka terkenal dgn asam pedas kan, so kena la makan. Memang sedap!
Dinner plak kitorang makan dekat Umbai. Tempat ni tempat baru. Ni pun aku gugel jugak. Nak pegi tempat ni korang just follow signboard nak ke Muar nnti korang akan jumpa la signboard nak ke tempat ni. Senang jer nak cari.
Sampai sana memang banyak gerai. Tempat ni 2 tingkat. Kitorang makan kat Nakhoda Restaurant dekat level 2. Tempat ni pun recommended jugak. Memang kedai ni lebih ramai org compare ngan kedai-kedai lain.
Budak ni dalam kereta elok tido, sampai sini terus bangun. So, takde la nak amek gambar lebih-lebih.
Kat sini kitorang order nasi lemak, sotong celup tepung, kangkung goreng belacan & lala sweet sour(kalo tak silap. Lupa dah!)
Ok, mcm mana makan kat sini? Bagi aku nasi lemak tak berapa nak sedap. Lala pulak agak hanyir. Rasa lain daripada yang aku biasa makan. Tak tau la kalo rasa lain sebab lala ni gemuk-gemuk. Yang biasa aku makan kecik jer. Sotong celup tepung mmg sedap!
Harga? Reasonable. Tapi kalo pegi Melaka lagi tak nak dah aku makan kat sini ;).
Next day, breakfast kitorang makan kat hotel la. Dah pakej skali ngan breakfast kan...buat apa bazir duit nak makan kat luar.
Budak tak sihat ni makan coco crunch jer.
Oh...bubur nasi kat sini sedap la weh! Selalunya makan bubur nasi kat hotel ada jer yg tak kena tapi kat sedap mmg boleh diterima tekak!
Lain-lain makanan biasa-biasa jer. Takde la nak kata sedap sgt sampai ulang 2, 3 kali makan. Setakat nak alas perut boleh la.
Ok, tu jer food review aku kat Melaka. Ini jer pun tempat yg kitorang makan :).