CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

29 November 2011

The Best Nappy Rash Solution For Kiki

Dari baby sampai dah besar ni pun still lagi kena nappy rash si Kiki nih. Nak buat macam mana, "kulit mahal"! Agak2 ada tak anak org yg tak penah kena nappy rash langsung? Kalo ada sgtlah beruntung mak bapak dia!

Now dah 2 years pon still sometime kena jugak nappy rash. Puncanya? Now dah besar sgt susah nak salin pampers dia! Kadang tu kena pujuk kemain lagi. Tu pun kadang2 tak jalan! Selagi tak melayut pampers tu dia tak nak tukar! Gggrrrr...Tu yg kena nappy rash tu!


Dulu masa baby sapukan dia Pureen nappy rash cream jer. It works!


Bila dah besar skit, Pureen nappy rash cream pun tak jalan. Pegi clinic balik2 doctor kasik Betasone. Tgk la skitnya byk collection Betasone cream Kiki ;). Bila tanya doctor takde solution lain ke nak elak nappy rash? Katanya pakaikan lampin. Hahahaha...doctor ni tatau ke skrg org dah pakai cloth diaper ;).

Mmg la...kalo nak ikutkan jimat & nak elak nappy rash ni pakaikan jer lampin/cloth diaper tapi....adoiii...susah la nak bagi dia pakai cloth diaper sbb Kiki duk ngan opahnya. Kesian plak la nanti opah dia nak kena basuh banyak! Kitorang pun tak nak la menyusahkan diorang.


Bila bagitau doctor Betasone tak jalan...doctor bagi plak H-Cort cream which is also not working on Kiki's skin.

Bila semuanya tak jalan, I try to find out the solution myself! Finally jumpa jugak dekat Guardian!



Bepanthen! Memang berkesan utk Kiki. Bila kena nappy rash jer, sapu cream ni esok terus baik! Harga pun murah. 1 kotak 30gm tu cuma RM9.00++ jer. Skrg mmg tak carik nappy rash cream lain. Mmg aku beli Bepanthen jer.

My problem solved! :)

28 November 2011

Fabulous Motherhood Smart Beauty Giveaway

Sape suka join giveaway??? Rasanya ramai blogger yang suka join contest/giveaway kan? Kalo korang suka...jom la ramai-ramai kite join Fabulous Motherhood Smart Beauty Giveaway. Me sekadar mencuba nasib. Mmg selalu kalo masuk giveaway by blogger ni mmg payah skit nak sangkut tapi sbb hadiah menarik, so join jugak la ;). Hopefully menang la kan?

Nak tau apa hadiahnya?


5 yang bertuah akan dapat hadiah from ENUCA! Hadiah utk 5 org lagi. Hopefully me 1 of those lucky one!

Hadiah Grand Prize X 2: 7ml ENUCA serum worth RM88 + 1 invitation to 4 hours hands-on personal make up workshop (menarik nih!)



Consolation prize X 3: 1 invitation to 4 hours hands-on personal make up workshop


Menarik kan hadiahnya? So, what are you waiting for? Let's join this giveaway. For details, please refer to Fabulous Motherhood blog.

Good luck everyone!

26 November 2011

Menang voucher makan

Actually cerita ni dah lama. Now baru nak update story ;). Me menang voucher Otak-otak Place worth RM20 sempena masuk contest Majalah Apartment ke Dapur (tak ingat dah).


So here we are at the Otak-otak Place, One Utama. First time makan sini. Kalo tak menang agaknya mmg takde la merasa nak makan kat sini ;).


Ok, let's order! Harga makanan kat sini pun boleh tahan gak. Ala2 Secret Recipe punya harga. Mmmm...padan la tak berapa ramai sgt org kat sini. Makanan ala2 kopitiam tapi mahal!


Kiki yg excited sebab dah dapat sandal baru ;). 


Lepas belek punya belek tak tau nak makan apa...lg plak tgk harga kemain mahal, finally kitorang order char keoy teow. Ni pun mahal gak. order 2 char keoy teow plus air tak cukup voucher RM20 tu. Siap kena top up lagi! Mahal kan?


Kiki mcm biasa la...org lain makan sedap2 dia tetap la dgn susu dia. Tapi kalo nak ikutkan takde la sedap mana pun char keoy teow dia. Biasa jer. Rasanya kat warung lagi sedap kot ;). Ni la first time & only makan kat sini ;).

21 November 2011

First Time

Dah masuk 2nd trimester, ni la baru 1st time pegi shopping barang for me.  Kalo ikutkan mmg malas nak beli baju/pants pregnant. Nak pakai yg lama jer. Lgpun awal2 aritu dah pegi amek baju kat umah my sis. Unfortunately, dari 1 paper bag yg penuh ngan blouse/pants pregnant, ada a few jer yg aku boleh pakai! Ggggrrrr.....Baju sendiri plak lg ada a few jer yg muat!

So, dah masuk 2nd trimester ni mmg blouse/pants pon dah berkurang nak pakai sbb tak muat! Terpaksa jugak la pegi beli baru especially pants!

Kalo ikutkan aku nak beli pants Scarlet jer murah tapi Scarlet ni cuma ada kat Jusco jer & nak pegi Jusco aku kena pegi Mid Valley, Sunway Pyramid or 1Utama which is aku mmg elak sgt2 nak pegi sbb tmpt tu besar & tak larat dah nak jalan. So the only choice yg aku ada & larat nak pegi is Subang Parade tapi Subang Parade takde Scarlet!

Sudahnya...masuk ke Modernmum! Selalu lalu kedai ni tapi tak penah teringin nak beli barang kat sini sbb tau mahal! Tapi dah takde tmpt nak carik maternity pants singgah jugak la. Lgpun ada Sale skrg. *Ada Sale pon harga serupa mcm takde!


Bila dah masuk tu kan...rembat jugak la maternity pants 2 helai. Tutup mata jer la beli. Kalo gi beli maternity pants Scarlet boleh dpt 6 helai! Itu pun salesgirl tu duk suruh aku beli mcm2...sandal la, blouse la...bra la...Haih, mcm la byk sgt duit kan...

Dan bestnya...beli barang kat sini dpt susu free lagi ;).


Tapi bak kate Mr Hubby, ntah bila la nak minum susu ni pun! Haih...mmg bab2 minum susu ni aku surrender lah! Tak lalu!

17 November 2011

Masakan Pantai Timur

Last Saturday mmg asik makan makanan pantai timur lah! Pagi breakfast pegi makan nasi dagang kat SS19 ngan Hilal & Kiki. Malam tu plak Mr Hubby ajak pegi Kelantan Delights dekat ngan Empire tuh.


Design restaurant ni dari jauh mmg dah menarik perhatian kan? Kalo tgk dari luar tu mcm memanggil-manggil jer suh singgah ;).


Deko dlm restaurant. Deko mmg cantik. Aku mmg suka tgk tmpt2 yg dibuat dari kayu. Cantik! Masa kitorang sampai tu mmg tak ramai org la kat sini.


Susah jugak bawak Kiki pegi tmpt2 mcm ni. Tak duduk diam. Abes tumpah air serai atas meja. Sib baik tumpah air jer...kalo pasu tu jatuh pecah tak ke haru nak membayor? Bagi buku McQueen Lightning nak suh dia duk diam rupanya dia diam sambil duk koyak buku tu! Sabor jer lah!

Selain drpd environment & food yg sedap...berbaloi ke nak makan kat sini? Ok, let see what we've ordered then u can decide whtr worth of money or not to eat here ;).


Sirap selasih if tak silap aku harganya RM9++. Mine air laici special harganya RM10.90. Air pon dah nak dekat RM20 uolls!


Mr Hubby makan nasi kerabu. Sepinggan tu RM19.00 campur solok lada cute sebiji RM2.50!


Me order laksam RM10.90. Sikit jer laksamnya. Kalo beli kat pasar malam dah boleh dpt 3 bungkus kan?

Total makan mlm tu pon dah RM57+++. Mmmm...makan mmg la sedap tapi kalo nak pegi selalu tmpt ni cam tak worth it la plak.

Mr Hubby yg teringin sgt nak makan kat sini. Tak penah pegi katanya...Lepas ni tatau la dia nak pegi lagi ke tak, hehehehe....

16 November 2011

WW: Win & SMS

Yeayyy...1st time beli magazine Cosmopolitan & masuk contest terus menang. Menang 2 hadiah lagi! Alhamdulillah...


+Avene Contest+


+Beyonce Contest+

Aku rasa sgt bertuah! ;)

08 November 2011

AidilAdha yang suram

Ohhh...raya haji thn ni mmg rasa tak meriah lah! Walau pon sejak kawen ada gak time raya haji tak balik kampung tapi takde la rasa lemau cam tahun ni. Kenapa ek? Maybe sebab my mom takde kot. Sib baik la dah kawen...kalo tak, mmg raya sorang2 la aku!

Raya tahun ni lepas solat Subuh tu, sempat lagi tido balik. Hahahaha....nmpk nau mood raya tu takde. Beli brg raya pon petang nak raya tu baru gi beli. Ha...padan la muka aku semua benda pon abes! Sementara tunggu ayahnya balik solat raya tu sempat gak la aku masak lontong. Dengan bahan tak cukupnya belasah jer la masak. Yang nak makan pon bukannya org lain, kitorang jer. So, masak ala kadar cukup. Janji ada rasa!

Thn ni gambar raya family pon tarak! Kiki tak bagi kerjasama. So, tak payah bergambar. Ayah blk solat raya, kemas barang naik umah MommyNadia kejap jumpa Cik Mat & Cik Pah. Sempat gak makan. Tq :). Balik from their house terus ke Puncak Perdana. Tmpt biasa utk family gathering.

Kitorang sampai pon dah lambat. Menyinggah Secret Recipe beli kek. Time raya tu b'day Mr Hubby ;).


+Choc brownies+

So, utk gathering tu kitorang bawak kek je lah. Sampai2 terus makan. Punya la byk makanan, aku cuma makan nasi lemak & laksa johor jer. Tak larat nak sumbat semua!

+b'day boy kena pasang lilin sendiri++


Dah siap pasang lilin, so marilah kita nyanyi beramai-ramai. Yg tukang nyanyi pon budak2 ni jer yg excited tgk b'day cake ;).

+Kiki pun sibuk nak tiup lilin+

Abes acara potong kek, kitorang balik umah memandangkan ayah kena keje. Yes...sepanjang cuti raya haji ayah kerja. So, sepanjang cuti raya haji tu la aku spend berdua je ngan Kiki kat umah. *Sib baik la ada anak, kalo tak mmg bosan tahap gaban la duk umah sorang2!

Ha...bosan tak raya aji aku? Korang cemana?

06 November 2011

AidilAdha & B'day

Salam AidilAdha to all muslim. Today we're not only celebrating AidilAdha but today is also Mr Hubby's b'day!

HAPPY B'DAY TO U, MY DEAR! Semoga dimurahkan rezeki & dikurniakan kesihatan yang baik!

Actually kitorang dah celebrate b'day Mr Hubby last weekend. Advance b'day celebration sbb Mr Hubby bz keje during AidilAdha holiday!

So, atas rqst Mr Hubby, kitorang pegi makan dekat Chilis Citta Mall. And of course la ibu yg belanja kan ;).

+AyahSu & Ayah (the b'day boy)+

Kalo dah namanya Chilis kan...tak penah la tak ramai org! Masa kitorang sampai dlm kol 8 pm tu, ada la dlm agak2 setengah jam nak kena tunggu! Ramainya la hai org makan kat sini.

+Ibu & Kiki+

Kiki excited sbb dpt kertas untuk dia conteng2. Dapat la kitorang makan ngan aman. Ok, let see what we've ordered:


+for Kiki+

Free meal for Kiki! Tapi Kiki cuma makan fries tu 2, 3 batang jer...yg lain kitorang yang ngap! Hahahaha...

+wings over buffalo+

Me order wings over buffalo. This is my favourite! Mmg sedap sgt! Everytime pegi Chilis mesti aku order ni!


Ni b'day boy yg order. Dia teringin sgt nak rasa burger ni. Sedap gak.


Lastly....Brownies Choc Sundae ;). B'day cake takde, so makan ni pon cukuplah. Wooo...mmg kekenyangan giler la kitorang!

And the best part is....dpt masuk contest! Masa dpt resit tu, ada code utk kite key in kat website diorg. It's lucky draw base. Kalo menang dpt RM500 cash (bestnya kalo dpt ni blh shopping!) or Chilis voucher worth RM1000 (kalo dpt ni mmg every week gi makan kat Chilis la!). Hopefully ada la rezeki untuk kami.

Lepas makan terus balik. Tak larat dah nak jln2 kat Citta Mall tuh. Kekenyangan!

02 November 2011

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails