CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

29 August 2009

Pasal Ziqri


Ruam susu kat muka Ziqri datang balik. Tgk lar ha...merah2 pipi tuh. Dah bawak dia jumpa doc. Doc ckp benda ni normal utk baby. Doc bagi ubat sapu.


Ziqri dah 3 bulan makin tembam. Dah ada double chin. Kalo tido leher pon dah tak nmpk. Kalo riba dia mmg kebas2 ler rasa kaki nih.

Alhamdulillah, anak ibu membesar dgn sihat. Itu yg penting!

28 August 2009

Bazar Ramadhan & Buka Puasa

bazar ramadhan @ Subang 2

Arini masuk arini ke 7 umat Islam berpuasa. Setakat ni aku baru 3, 4 kali kot pegi bazar Ramadhan. Rasanya tahun ni mcm tak meriah jer bazar Ramadhan kat tmpt aku nih. Org yg menjual pon tak ramai. Tak tau lar kot awal lagi. Nak beli makanan pon jenuh dok pusing 2, 3 kali tatau nak beli apa. Lagipon makanan nmpk tak menarik & tak banyak choice. Agaknya sbb H1N1 ni, org pon malas nak kuar umah. Tu pasal lar bazar Ramadhan pon tak berapa nak meriah kot.

Ha...ni nak ingatkan lar skit pada penjual2 kat bazar Ramadhan tuh. Harapnya bulan2 puasa ni, menjual lar ngan ikhlas. Jgn pikir nak untung lebih jer. Aritu aku beli air bandung cincau. Rasanya, Ya Allah...payau semcm jer air tuh. Ntah ngan air apa lar agaknya dia bancuh buat air tu. Dulu penah aku beli cendol...Skali minum, santan dah basi. Menyumpah seranah aku kat penjual cendol tuh! tak berkat org tu menjual. Ni baru sorang...kalo 100 org dok sumpah seranah penjual tu, berkat ke rezeki dia aritu?

Ooo...smlm aku bukak puasa dekat Armada Hotel, PJ. Mmg ramai org. Makanan dia boleh lar...Disebabkan makan ni org belanja, so i cannot complaint much :-).




Arini, me & hubby pegi bukak puasa kat Summit Hotel, USJ. Ni pon org belanja jugak. Bestnya...Lepas ni sape lak lagi nak belanja? Hehehe...Rezeki jgn ditolak :-)

26 August 2009

Ziqri - 3 Months

Ziqri dah 3 months today! Wah...Sekejap jer anak ibu dah besar :-). Cepat betol masa berlalu. So, what do i expect from my baby? Sila la klik kat sini yea >>> Milestone Chart.

Bila dah tgk chart tu mesti lar terpikir-pikir lak kan...Is my baby developing normally?

Answer: Remember, each baby is unique and meets social milestones at her own pace. These are simply guidelines to what your baby has the potential to accomplish -- if not right now, then shortly. And if your baby was born prematurely, you'll probably find that she needs time before she can do the same things as other children her age. Don't worry. Most doctors assess a premature child's development from the time she should have been born and evaluate her skills accordingly. If you have any questions at all about your baby's development, check with your doctor.

So, ibu2 tak yah lar risau kalo anak kita tak dpt buat apa yg sepatutnya dia buat mcm dlm chart tuh. Chart tu kan guideline jer. Cheh...ayat penyedap hati, hahaha...


Walaupon mlm tak cukup tido, tapi mmg seronok tgk development dia. Rasanya semua ibu will feel the same way, kan? :-). Now mlm Ziqri dah tido lena. Kalo dia bangun pon sbb nak susu. Time kitorang bukak puasa dia tido. So, senang ler skit nak buka puasa. Time sahur, kol 4.00 dia dah bangun. Lepas bagi susu dia dok diam walaupon tak tido. Dapat ler makan ngan aman :-). 

Bila dah 3 bulan, it's time for Ziqri to get another jab. Blh rfr kat table bawah ni jab utk apa yea...



Aisehman...nak tgk dia kena jab ni yg tak sanggup. Kesian dia...Sure nangis punya. Hopefully dia tak demam lepas kena jab tu.

25 August 2009

This week...

Nampaknya, this week tak dpt lar sgt aku nak update blog. Y? B'cos...I stay at my in-law's house lar.

Tak dpt lar aku nak update gambau2 yg aku dah amik. Takpe...tunggu lar aku balik umah...Maybe weekend ni aku ada kat umah kot, :-P.

Aisehman...1 week tak dok umah...I miss my sweet home oledi...

23 August 2009

Wristlet



Hadiah from Pak Long Aliff. Pak Longnya baru umor 20 kalo tak salah aku. Bila dgr jer aku bersalin terus lar dia gi belikan hadiah ni utk Ziqri. Masa lepas bersalin tu tak muat ler lagi nak pakai kat tgn Ziqri. Longgar yg amat! Almaklum lar...tangan Ziqri cute lagi time tuh :-P. Skrg dah boleh lar pakai. Siap ada bunyi lagi. Tq Pak Long...

Fun activiti

...buat kat ofis on 20/08. Sehari b4 puasa. Selain dari acara makan2 (asik buat mkn2 jer...bila masa la aku nak kurus nih), kitorang main game. Tgk lar gmbr kat bawah ni aksi masing2 main. Dah lama tak main permainan budak2 ni...seronok lak rasa.


they are playing chinese checkers



main dam aji



main game ular



main karom



main snooker


main congkak


ni lak main batu seremban & main tutup botol


Mmg fun betol lar...Terjerit2 masing2 main. Bukan main happy lagi. Ngalahkan budak2 main :-P. Sekali-sekala apa salahnya kan ^_^.

21 August 2009

Esok Puasa



Esok puasa! Ramadan dtg lagi...
So, aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA to all.
Semoga Ramadan kali ini diberkati Allah.
Amin...

20 August 2009

Work in progress



Ni lar projek aku skrg :-). Sudah lama tak jahit manik. Time preggy dulu terus stop dari aktiviti menjahit nih. Tak larat. Lenguh nak ngadap manik ni lama-lama.

Hahaha...dlm pada ada baby tu sempat lagi dok menjahitkan? Sib baik lar Ziqri jenis tido siang. So, weekend tu dok umah takde apa nak buat, jahit lar manik kan...

Ni pon bila nak siap tak tau lar :-P. Mana taknya...dok buat keje ni skit, pastu gi buat benda lain lak skit...Nanti kang baru nak sambung jahit manik, Ziqri lak bangun...Kena layan dia dulu. Bagi minum susu, main2 jap ngan dia...Bila dia dah dok diam baru blh sambung balik.

Apa2 pon, aku sgt bangga ngan hasil keje tangan aku nih, hahaha...Jgn main2...bunga manik (mcm dlm gambar) tu aku belajar sendiri...Takde org ajar pun! Belajar from observation dlm blog2 yg jahit manik. Sebab tu lar aku suka ngadap internet. Bukan ngadap sesaja jer...ada benda yg aku belajar :-). Ha, dengar tu ayah...I ngadap internet bukan ngadap kosong, tau!

16 August 2009

Tip utk menjaga keselamatan bayi & kanak-kanak anda semasa duduk dlm car seat



Boleh lakukan:
#Hanya gunakan car seat yg betul bagi berat & saiz kanak2
#Gunakan car seat yg mematuhi piawai terkini
#Pastikan car seat tersebut sesuai dgn kereta anda
#Pastikan car seat itu diletakkan dgn selamat bagi setiap perjalanan.
#Dudukkan anak anda dibahagian belakang kereta sepanjang perjalanan
#Periksa Car seat dgn kerap bagi memastikan tiada kerosakan.


haha..dah lama beli tapi plastik tak bukak2 jugak :-P

Tidak boleh dilakukan:
#Jgn biarkan anak anda duduk di kereta tanpa car seat pada bila2 masa tidak kira berapa singkat perjalanan tersebut.
#Jgn pasang car seat dihadapan tempat duduk penumpang kalau ada airbag.
#Jan beli car seat terpakai (wpon murah) kerana barangkali ia mempunyai bahagian yg hilang.
#Jgn gunakan car seat apabila kereta telah mengalami kemalangan.
#Jgn bawa anak dlm dakapan anda atau letakkan tali pinggang sekeliling anda berdua kerana apabila berlanggar, ia akan menyebabkan kecederaan kepada anda berdua.
Jgn mengubah suai car seat.

Farewell

Cerita yg dah basi. Baru skrg sempat nak upload dlm nih :-). Last 2 weeks rasanya...kitorang buat farewell party for my TL. Aku dpt tau dia nak resign masa aku maternity leave. Mula2 tu mcm tak sangka lar dia nak resign. Setahun jer keje dah resign...Aku nih? Hai...ntah bila lar...Udah lar lepas ni notice berenti 3 bulan! Mengalahkan manager la pulak...



me & Purdey (my TL)


makan kfc jer...


from left: depan - Purdey, back - Aisyah, Nurul, me & Wanda


To my TL...semoga cepat2 ler dpt keje. Bukan main happy lagi member dah resign. Ilang suma stress. Aku ni pon tgh dok stress...Esok ada exam. Isshhh...depa nih suka betol wat exam. Kalo keje gomen, exam nak naik pangkat. Kat ofis aku ni buat exam saja2 jer...Paling baik pun masuk dlm appraissal. *Sigh*...


15 August 2009

when he's not working...



Inilah kejenya...aktiviti bersantai 2 beranak...

14 August 2009

Ziqri tido

Byk gmbr Ziqri yg aku amik ialah time dia tido. Sbbnya, bila dia tido, barulah aku boleh amik gmbr dia ^_^. Suma gmbr Ziqri yg ada...akulah photographernya :-P.


Hai...kecik sungguh anak ibu. Tgk ler tuh...badan dia lebih kurang sama panjang jer ngan bantal tuh...



Kalo tido, suka sengetkan kepala. Walaupon aku betolkan kedudukan kepala dia, kejap jer dia akan beralih ke posisi yg sama...Kaki lak, mesti style camtu...Kelakar pon ada tgk gaya dia tido. Tak kesah lar Ziqri...as long as u comfortable...



Time tido, suka angkat tangan.



Tgk lar...tangan mesti kat atas...Time ni, segala2nya besar utk Ziqri...Baju besar...mitten & booties pon besar...

mmm...

Arini sgt lar tak bermaya...2 ari cirit-birit. Lepas bersalin nih perut aku sgt lar sensitip! Sumanya jadik kucar-kacir...

Kepala lak asik pening jer...Migrain ke? Mmg dah lama tak migrain. Sejak preggy mmg tak migrain. Or pening sbb fikirkan masalah? Problem sendirik & jugak problem org? Baiknya aku ni, problem org pon aku tlg pikirkan. Mmmm...nak buat mcm mana, takkan lar nak pentingkan diri sendiri.

Mcm2 ada dlm kepala otak nih...Hai, bestnya kalo jadik Ziqri. Takde apa yg dia pikir...Tgk dia tido pon seronok jer...Bagus lar dia tido nyenyak kan? Kang kalo dia tak tido, aku jugak yg susah.

10 August 2009

Baju bola



Yeay...Ziqri dah ada baju bola...Nanti boleh ikut ayah pegi main futsal :-).

Baju raya?

from left: kain crepe & japanese cotton



Aku ada 2 pasang kain yg belum dijahit. Hajatnya...nak buat baju raya tapi rasanya banyak kedai yg dah tak amik tempahan. Ada ler 1 kedai kat Subang Bestari ni aku tanya...dia masih amik ler kalo takat nak buat baju kurung jer tapi...upah jahit RM55. Mahal betol! Setau aku, upah jahit baju kurung ni paling mahal pon RM50 jer.

Nampaknya...tahun ni aku beli yg ready made jer lar...

Buku



FIL bagi aku buku nih. Katanya, aku suka membaca so, dia bagi aku buku ni memandangkan dia ada 2 biji.

Mmg very useful buku nih. Byk tips2 yg berguna. Nanti lah kalo aku ada masa & si kecik tu dok diam, aku share lar ngan korang tips2 yg ada dlm buku ni.

Ikan Bakar Oh Sedap



Ari Jumaat, lunch aku pegi makan ikan bakar kat Jln Bellamy (belakang Istana). Sblm ni dgr org ckp jer ikan bakar kat sini sedap...

Mmg sedap. Harga pon ok. Kitorang order 2 ekor ikan pari, sekor ikan sembilang, 2 ekor sotong, sepinggan kerang, nasi 5 & air 6 gelas semuanya RM69.50. Murah lar kan...

Kitorang makan kat kedai yg paling ujung skali. Kedai kat situ buka sampai kol 3 pm, Mon - Sat.

07 August 2009

Esok...

Pagi pegi Subang Jaya...
Tghari pegi wedding kat Shah Alam...
Petang balik Batu Gajah...


----------------------------------------------------------------


Tgh aku rajin nak update blog...gmbr lak tak leh upload...
Eeeiii...hangin betol!

06 August 2009

Pasal susu



Smlm aku dah tukar susu Ziqri. Kitorang belikan dia NAN1 Pro lak. Sebab apa tukar? Sebab ruam susu kat leher dia makin banyak. Keliling leher abis merah-merah...Dulu kat muka jer...Kat muka dah ilang...Leher lak.

Smlm pon tgk dia minum susu NAN1 tu ok jer. Hey...kat sapa lak aku nak bagi S26 tuh? Dah ler baru beli 2 kotak...Rugi...Rugi...

Boleh ke kalo bagi susu campur2 ek? Agak2 sakit perut tak nanti?

04 August 2009

Ziqri...

Cuba teka...saya tgh buat apa?




tgh feeling :-)




apa lar ibu ni...aku tgh "membuang" pon nak amik gmbr ke?




ok ibu...I'm finished! Dah boleh tukar pampers...

03 August 2009

Aku yg weng...



Arini aku EL. Ziqri 1 mlm tak tido...Asik merengek jer...Pening kepala aku...Dah ler aku ni mmg tak cukup tido. Tambah ngan smlm tak dpt tido...mmg rasa weng sgt2 arini...Sib baik ler pagi ni dia dah tak meragam mcm smlm...

My weekend

Weekend yg sgt memboringkan. Tak ke mana2 pon.

Ari sabtu...Hati meronta2 nak ke SOGO :-). Tapi memandangkan takde geng nak pegi...Aku batalkan saja niat dihati. Nasib baik jugak ler aku tak pegi...Kalo tak, mau aku terperangkap dlm demonstrasi ISA tu. Huh...diorg ni kalo nak berdemonstrasi pon pegi ler buat kat tempat yg tak mengganggu org awam. Menyusahkan org betol!

Ooo...adik aku pulak plan nak dtg umah MIL nak tgk Ziqri on Sat. Dia bgtau kalo dia dtg dia sms. Aku dok tunggu dia...dia tak sms so aku ingatkan dia tak jadi dtg. Mlm, kuar ngan hubby pegi beli susu & basuh botol Ziqri. Lepas tu we all pegi mkn kat A&W. Keluarnya cuma 2 jam jer tapi aku rasa mcm berjam2, hehehe...Maklum lar, Ziqri tinggal kat umah tu yg rasa mcm nak balik cepat jer...

On Sun...pepagi mak aku dah tepon bgtau adik aku accident masa otw nak dtg umah aku. Accident kat Jln Pekeliling...Rosak teruk jugak keta kancil tuh...Nasib baik dia tak apa2...Yg dianya idak pulak nak tepon aku bgtau...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails