CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 October 2012

Hadiah Bulan Oktober

Syukur Alhamdulillah. Ni hadiah yang aku menang from magazine contest. Tiga-tiga produk ni menang dari majalah yang sama :).


Produk Clinelle worth RM173.50. Itemnya:
Purifying Cleanser 80ml
Purifying Toner 200ml
Eye Bright 15ml


Menang RoC worth RM553. Itemnya:
RoC Sublime Energy (night) 30ml x 2 [SOLD]
Skin Bleach Mask 50ml
RoC Sublime Energy (day) 30ml x 2


Clarins worth RM250. Itemnya:
Gentle Foaming Cleanser 20ml
Lotion Tonique 50ml
Instant Eye Make up Remover 30ml
Shaping Facial Lift Lipo-drain Serum 10ml
Day Screen High Protection 10ml
Shaping Facial Lift Wrap 5ml
Defining Eye Lift 8ml

Aku cadang nak jual produk-produk ni. Dengan harga yg sangat murah la. If ada sape-sape yg interested boleh email me: rzahira[at]gmail[dot]com.

Produk ni memang sesuai la if nak buat hantaran kawen ke, nak bagi kat org as a gift ke. Lagi pulak boleh dapat dgn harga yg murah kan, so jgn lambat. Sape nak cepat2 email me. Sape cepat dia dapat :).

17 October 2012

16 October 2012

Muzium Samudera

Pegi Melaka rasanya dah 2, 3 kali tapi baru kali ni la masuk Muzium Samudera :).

Masuk sini kalo tak silap tiket utk adult RM3 sorang untuk warganegara Malaysia. *staf kat tiket kaunter tu langsung la tak mesra alam! Tempat ni tak mesra stroller ye. Dah la nak ke kaunter tiket kena naik tangga. So, kitorang yg berstroller 2 ni kena sorang pi beli tiket dan sorang lagi tunggu anak kat bawah. Lepas dah beli tiket, turun balik & angkat stroller bawak naik atas plak.


Kapal ni memang la besar yg amat! Berpusing-pusing jugak la kitorang duk pikir mana nak letak stroller. Sah-sah la tak boleh nak bawak sampai atas kapal kan. Last sekali letak stroller bawah tangga kapal. Dalam hati duk doa-doa jugak jgn la ada org kebas stroller aku kang tak pasal-pasal rugi RM800! Hahahahaha....


Dalam kapal keadaannya tak berapa nak terang. Kena hati-hati bila berjalan. Kang ada yg tersadung. Org pun agak ramai sampai berpeluh-peluh tawaf kapal tu!

Apa yg ada dalam kapal ni? Byk replika kapal la. Kalo nak tau detail mengenai kapal ni boleh check dekat sini >>> Muzium Samudera.


Ni kat bahagian atas kapal. Ramai jugak yg duk posing :). Bila duk kat atas ni memang best dapat tgk pemandangan & dari atas ni dah boleh plan mana next tempat nak pegi :).


Puas posing kat atas, 2 beradik ni posing kat sini plak. Fuh! Selamat stroller aku! Hahahaha...

*Rasa macam pegi rombongan sekolah pulak bila masuk muzium, hehehe...

10 October 2012

Cuci mata

Ok, lepas abis lunch dekat Restoran Melayu Melaka kitorang jalan2 jap. Menikmati keindahan Melaka River Cruise. Actually Melaka River Cruise ni kat belakang restoran tu jer. Sambil makan pun boleh tgk bot lau-lalang. Dan penumpang-penumpang bot tu sgt la sporting semuanya duk lambai-lambai kitorang yg kat seberang sini :).


Encik suami & Kiki mmg beriya sgt nak naik bot.


Kitorang ingat lepas makan tu nak pi la naik bot. So, jln ler kitorang panas-panas terik tu nak carik tmpt beli tiket. Adventure giler la kan ngan bawak baby nya, hahahaha...


Sambil jalan sambil posing :).


Posing & jln tgh2 panas tu! Dah jln sampai ke ujung pun masih la tak nampak bayang entrance river cruise nih!


Memandangkan panas terik & Nuha pun dah mcm apa jer, kitorang pun patah la balik. Hahahaha...

En suami cadangkan naik bot malam. Katanya mlm pemandangan kat situ cantik tapi takut tak sempat plak. Nak pi makan lagi. Nanti karang terkejar-kejar plak.

So, kitorang pi river cruise ni on Sunday.

09 October 2012

Makan-makan di Melaka

Untuk lunch kitorang makan kat sini. Restoran Melayu Melaka. Tempat ni aku carik dlm foursquare. Masa duk search tempat makan jumpa tempat ni. So, off we go to this restaurant. Sesat la jugak nak carik tempat ni. Padahal dekat jer ngan hotel yg kitorang stay.


Masa kitorang sampai sini dah pukul 3.00pm++...Dah lebih pun waktu lunch. Orang pun tak ramai dah.


Masuk2 jer nampak ni. Rupanya tempat ni buffet. Takde plak mention dlm foursquare. Nasib baik la murah jer. Kalo tak, takkan nak patah balik kan, malu la, hahahaha...


Macam-macam la ada. Selain lauk-pauk, kuih-mueh pun ada. Tapi kuih tak sedap! Tapi rojak buah dia sedap!


Walau pun macam-macam ada tapi aku cuma amik lauk kat atas jer. Asam pedas is a must! Kate Melaka terkenal dgn asam pedas kan, so kena la makan. Memang sedap!

Dinner plak kitorang makan dekat Umbai. Tempat ni tempat baru. Ni pun aku gugel jugak. Nak pegi tempat ni korang just follow signboard nak ke Muar nnti korang akan jumpa la signboard nak ke tempat ni. Senang jer nak cari.

Sampai sana memang banyak gerai. Tempat ni 2 tingkat. Kitorang makan kat Nakhoda Restaurant dekat level 2. Tempat ni pun recommended jugak. Memang kedai ni lebih ramai org compare ngan kedai-kedai lain. 


Budak ni dalam kereta elok tido, sampai sini terus bangun. So, takde la nak amek gambar lebih-lebih.


Kat sini kitorang order nasi lemak, sotong celup tepung, kangkung goreng belacan & lala sweet sour(kalo tak silap. Lupa dah!)

Ok, mcm mana makan kat sini? Bagi aku nasi lemak tak berapa nak sedap. Lala pulak agak hanyir. Rasa lain daripada yang aku biasa makan. Tak tau la kalo rasa lain sebab lala ni gemuk-gemuk. Yang biasa aku makan kecik jer. Sotong celup tepung mmg sedap!

Harga? Reasonable. Tapi kalo pegi Melaka lagi tak nak dah aku makan kat sini ;).

Next day, breakfast kitorang makan kat hotel la. Dah pakej skali ngan breakfast kan...buat apa bazir duit nak makan kat luar.


Budak tak sihat ni makan coco crunch jer.


Oh...bubur nasi kat sini sedap la weh! Selalunya makan bubur nasi kat hotel ada jer yg tak kena tapi kat sedap mmg boleh diterima tekak!

Lain-lain makanan biasa-biasa jer. Takde la nak kata sedap sgt sampai ulang 2, 3 kali makan. Setakat nak alas perut boleh la.

Ok, tu jer food review aku kat Melaka. Ini jer pun tempat yg kitorang makan :).

02 October 2012

Avillion Legacy Melaka

1 week after balik cuti raya we went to Melaka. Cuti-cuti Melaka :). Pegi weekend. Pegi Sabtu balik Ahad. Kira weekend getaway la ni :).

Kitorang stay dekat sini...


Hotel ni aku booking dekat Cuti. This is my 2nd purchased from Cuti. Very satisfied with the service ;).


Masa masuk hotel ni, the ceiling caught my eyes. Cantikkan. Kiki pun masuk2 jer hotel terus cakap "Ibu, cantiknya otel ni". Hahahaha...jakun! Dah la cakap kuat. Nasib baik takde org dekat reception area tu. Kalo tak, malu!


Lif pun cantik. Boleh buat cermin lagi :).


Yang paling excited...of course Kiki! Dia memang suka pegi hotel. Kalo dapat tau nak pegi tido hotel muka memang excited giler!


The room. Luas la jugak.


The bathroom.


View from our room.


Swimming pool. Swimming pool dia kecik jer. If I'm not mistaken swimming pool ni dekat level 6. Kiki memang pantang nampak swimming pool nak main air tapi time tu dia flu so tak bagi dia mandi. Muncung la mulut. Merengek-rengek nak mandi.

Pujuk dia balik bilik bagi dia berendam dalam bathtub. Kemain suka lagi!

Best jugak pegi cuti-cuti tido hotel :).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails