CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 July 2009

about me...

This weekend hubby ada kursus kat PICC, Putrajaya. Dari pagi sampai 7 pm.

Dan mcm biasa lar, weekend I'll be at my in-laws house. Rumah aku tu dah jadi cam hotel lak. Balik sana utk tido jer...:-). Rumah dah berkecah mcm apa jer...Dah tak kuasa aku nak kemas. Lagipon takde masa nak kemas. Sapa tau kat mana aku boleh upah org kemas umah sila lar bgtau aku yea...

Aku baru berangan nak ajak hubby jln2...Sudah lama tak pegi jln2...:-(. Aku ni dah gatal kaki nak gi jln2 shopping complex. Skrg kan tgh SALE (^_^). Ini kang ada jugak yg shopping online nih, hehehe...

Kepanasan Melampau

Sekarang ni mmg panas betol! Tgk ler tu...Ziqri pon tak boleh tahan panas. Padahal dah pasang 2 kipas! Bila bukak baju dia baru lar dia tido lena!


mengantuknya


nangis sbb panas


arrggghhh...leganya dah bukak semua :-P


*skrg ni blog aku penuh ngan gambar & cite pasal ziqri jer lar...Maklum lar, org dah ada anak kan, hehehe...jgn jeles arrr...

30 July 2009

nak meniarap dah?


Gambar ni aku amik on 23/07. Aku tertido atas sofa. Skali bangun tgk Ziqri tgh berusaha nak angkat kepala dia...Dah nak meniarap ke anak aku nih?

Caca-merba


Tok Chik pakaikan baju Ziqri. Baju lain...suar lain...Hahahaha...Sib baik color sama.

Puting baru


Akhirnya...aku belikan jugak puting baru utk Ziqri. Puting Avent. Elok jer dia isap :-). Senang skit keje aku. Dia merengek jer aku sumbat puting. Kalo ikutkan ayahnya...mmg tak nak bagi Ziqri isap puting.

29 July 2009

Bandingkan harga

Ziqri minum susu S26 Gold. Jom tgk harga susu ni.

S26 Gold 900 gram:
*SK Mart Jerteh - RM64.90
*Carre4 - RM66.XX

S26 Gold 700 gram:
*Kedai ubat dekat SS18 (area umah MIL - aku lupa nama kedai tuh) - RM45.50
*Carre4 - RM46.XX
*Supermas - RM47.90
*Econjaya Jerteh - RM47.90
*Speedmart 99 - RM44.90

1 kotak susu (700 gram) = 1 week. 1 month RM44.90 x 4 = RM179.60. 1 bulan jer dekat RM180 duit susu. Belum campur pampers. Itu sebab ler kena carik kedai yg jual paling murah :-P.

28 July 2009

Gambar

Occassion: Doa Selamat
Venue: SS18/4b
Date: 27 July



Cupcake order from Mimi. Tapikan...nama Ziqri salah eja lar :-P.


menu: nasi jagung, ayam pedas, daging, jelatah, dalca, pulut kuning & kuih


wah...ayah sgt rajin susukan Ziqri lar...Kalo mcm ni selalu kan bagus :-)


me & Ziqri


my small family :-)


pakcik2 hubby


me, hubby & Ali (BIL)

26 July 2009

Doa selamat, klinik, keje

Aarrgghhhh...Penat betol aku rasa arini.

Siang tadi kat umah MIL ada buat doa selamat skit. Doa selamat sempena aku selamat bersalin aritu & Ziqri pun dah sihat. Tak ramai sgt jemput org. Jemput sedara-mara yg terdekat jer. Tu pon dah 30 orang! Gambar later lar aku upload.

Balik from my MIL house, we all pegi clinic lak. Bawak Ziqri gi cucuk utk 2 bulan. Ziqri now dah 3.9kg. Kesian dia...Sakit agaknya cucuk tu, menangis skitnya kuat sampai kuar air mata. Tak penah dia ngangis sekuat tuh!

Esok aku dah start keje. Rasa malas giler! Almaklumla...dah 2 bulan cuti :-). Sure keje byk giler esok ni! Memandangkan akunya size belum back to normal...baju nak gi keje pon tak tau nak pakai baju apa...Sigh!

23 July 2009

Puting

Ziqri ada 5 botol susu Avent. And dia dpt hadiah botol susu lagi 2 set. Memandangkan aku tinggalkan Ziqri kat umah Opah dia bila aku keje, aku ingatkan nak tinggalkan jer botol susu hadiah tu kat umah opah so that aku tak payah nak bekalkan botol susu Avent everytime antar Ziqri kat umah MIL.


gift from Mak Intan & K Nadia


Masalahnya pulak...Ziqri tak reti nak isap botol susu hadiah tu memandangkan puting dia terlampau lar "cute" (kecik). Dia dah biasa isap botol susu Avent yg putingnya besar. Bila aku bagi botol susu hadiah tu...dia masukkan suma puting dlm mulut dia sampai nak tercekik dibuatnya! Terus lar tak jadik aku nak gunakan botol susu tuh. Nampaknya, aku simpan jer la botol susu tu.


Ziqri isap puting


Bila time nak tido, dia suka nak isap puting. Bila aku bagi jer botol susu (yg susu dah abis), dia isap & mata terus pejam. Lagipon itu salah satu cara nak diamkan dia. Bila nampak mcm dia nak isap puting, aku bagi lar puting Pooh tu...ini pon dia tak reti nak isap jugak! Sekejap jer dia isap puting Pooh tu, pastu dia nangis. Bila aku bagi botol susu dia, dia diam. Elok jer dia isap.



Avent Translucent Pacifier


Aisehman Ziqri...takkan ibu kena beli puting brand Avent gak? Dah ler harga puting Avent mcm dlm gmbr tu RM28.90! Mahal betul! Puting botol susu Avent pon mahal. 2 = RM19.90. So nanti bila aku nak tukar puting utk botol susu Ziqri, aku kena belanjakan RM59.70! Tu lar dah tau mahal sapa suh aku ngengada belikan dia botol Aventkan? Mana lar nak tau Ziqri ni cerewet lak. Padan muka aku!

22 July 2009

Baby on board





First day letak dia atas car seat dia nangis. Masuk 2nd day dia dah get used to it. Dah tak nangis lagi dah. Siap tido ngan nyenyaknya. Tgk ler tu.

21 July 2009

Spek baruku :-)



Hohoho...perkenalkan...Inilah dia alat bantuan penglihatanku yg baru. Udah 2 thn pakai spek yg lama. Aritu nak buat aku tgh pregnant.

Mula2 ingat nak pakai CL tapi bila pikir2kan balik leceh jer terus tak jadi!

Yang bestnya power mata aku dah turun, yea....-

17 July 2009

Peel baru

2, 3 hari ni Ziqri tak nak tido atas tilam. Baik siang or malam, bila time dia nak tido, dia lebih prefer tido atas riba. Empok sgt ke tangan aku? Kalo time siang ari tak pe lagi sbb ada opah ngan tok chik nya yg tolong riba & dukung dia time tido. Bila malam? Tak ker naya aku?





Mlm kelmarin sepanjang mlm dia buat perangai tak nak tido. Terpaksa lar aku riba. Bayangkan dari 11 mlm smpi ke pagi dia asik nak riba jer...Mau tak rasa nak patah pinggang aku! Bila aku letak jer dia merengek. Mmg tensi betol! Ayahnya, bila aku gerak suh riba Ziqri, katanya penat keje! Aku ckp mcm ni mmg confirm Ziqri sorang jer lar. Lagi alasan utk aku tidak beranak lagi (buat masa skrg :-P).





Smlm bila dia nak tido aku try ler bedung dia. Alhamdulillah...aman skit tido aku. Dah naik lebam bawah mata aku ni ha sbb tak cukup tido. Anak sorang pon dah tak larat...ni kan pulak ada hati nak dpt twin :-). Rasanya lepas ni aku mmg tak kan berangan lagi dah utk dpt twin. Tak larat weh nak jaga dua-dua.

Misi belum selesai



Lihatlah keadaan umah ku yg bersepah itu...Masuk arini dah 5 hari aku ulang-alik from my MIL house ke umah aku utk berkemas. Ini baru aku tinggalkan umah sebulan. Mcm tongkang pecah jadiknya! Aku baru abis kemas master bedroom. Byk lagi yg belum dikemas. Misi arini nak kemaskan living hall. Sib baik umah sekangkang kera. Kalo umah besar2...Mau aku upah orang bersihkan umah.

Umah yg sekangkang kera mcm ni pon dah tak larat pastu berangan pulak nak beli umah besar2 yea. Rasanya...kalo aku teringin nak beli umah besar, selain budget nak bayar monthly installment, budget utk upah maid or upah cleaner harus diambil kira jugak!

I told my hubby, kalo mcm gini ler gaya umah masa aku takde...rasanya cukupla ngan Ziqri sorang! Tak larat beb!

15 July 2009

Tudung Bawal Sulam Manik

Salam...

Saya ada menjual tudung bawal sulam manik (Sila rujuk gambar di bawah). Harga RM55 setiap satu (tak termasuk kos penghantaran). Sesiapa berminat untuk membeli, boleh lar email saya >>> rzahira@gmail.com. Stok terhad. Sape cepat dia dapat :-).


Patern 1
Available


Patern 2
Available


Patern 3
SOLD


Patern 4

TSM101 - SOLD
TSM102 - SOLD
TSM103 - SOLD
TSM104 - SOLD
TSM105 - Available


Patern 5
Available


Patern 6

TSM01 - Available
TSM02 - Available
TSM03 - SOLD

14 July 2009

Ziqri botak





This is the latest photo of Ziqri. Mak aku yang botakkan kepala dia :-P. Ziqri already 3.25kg on his day 44. I believe he is heavier than that now. Lenguh dah kalo dukung dia lelama.

13 July 2009

I'm back!!!

Alhamdulillah...aku selamat sampai SJ kol 6pm ari Sabtu. Nasib baik all the way from Besut to KL Ziqri baik2 aje tak buat hal!

Ari Ahad ajak hubby balik umah we all kejap. Aku nak amik baju & nak tengok keadaan umah. Mcm biasa lar kan kalo biarkan org laki jaga umah. Berabuk yg amat sgt! Bersin2 aku masuk umah!

Arini aku kena lar bersihkan umah. Satu umah kena bersihkan balik as if mcm baru pindah. Mana taknya...habuk tu dah seinci tebal!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails